Monday, June 10, 2013

Blog pertama 2013?

Assalamualaikum buat blog tersayang!



Maaf lama tak jenguk awak. Huhhu. Dah ada mesin jahit kesayangan baru jadi lupa pula kat blog. Hehe..


Dah dekat setahun rupanya aku tak menaip kat sini. Tak sangka. Nampak sangat sibuk memanjang. Biasalah, bila umur meningkat kerja makin bertambah. Alhamdulillah.. Agak banyak tempahan yang aku terima setakat ni. Ni pun dah berkira-kira nak tutup tempahan untuk raya puasa. Takut tak sempat kalau terlalu banyak. Iya lah, siang kerja di kedai. Malam baru boleh jahit tempahan sendiri. Selalu je tidur lewat. Agak penat kebelakangan ni. Aku dah target, siap je baju ni semua aku nak tidur puas-puas. Hehe..


Susah juga nak menaip kat sini sebenarnya. Disebabkan Ipad ada masalah, aku terpaksa jerukkan perasaan untuk berblog. Sampai dah lupa semua kejadian yang sepatutnya aku cerita kat sini. Huhu. Aku nak ubah sikit blog lepas ni. Nak letak gambar baju-baju yang dah siap. Sepatutnya dah lama aku letak. Cuma masa dan masalah Ipad yang tak mengizinkan. Aku dah target untuk buat sesuatu untuk menyelesaikan masalah ni. Nantilah lepas raya kot. Hehe. Gambar pun susah nak letak. Kena update itu ini pula. Hm..


Em.. Lamalah pula menaip kat sini. Banyak kain yang menanti untuk dipotong. Okeylah, ada masa aku update lagi. Insya'Allah. =)


Wassalam.

1 komentar:

whispering wind said...

Lama tak update blog, :-)