Friday, August 26, 2011

Belajar menerima hakikat.


Kasihan blog aku. Dah lama dipinggirkan. Huhu.. Banyak sebenarnya memori yang aku nak coret kat sini. Tapi, masa cemburukan aku. Masa cemburukan aku!

Pertama. Aku dah pun habis tahap satu. Aku kata tahap satu, orang tak faham. Bila cakap semester satu satu barulah faham. Okey, aku ibaratkan macam semester satu. Em.. Sekarang ni aku dah sebulan harungi semester dua. Setakat ni aku dah siap dua pasang baju projek. Jubah dan kurung moden. Naik cuti ni, aku mula masuk kebaya moden pula. Aku sekarang terpaksa jadi orang yang cerewet untuk memuaskan hati cikgu yang mengajar aku. Sebabnya? Cikgu aku, Cik Siti sekarang agak cerewet berbanding dengan Cik Zura. Jadi aku target biarlah aku jadi cerewet untuk kebaikan aku. Sebelum cikgu tengok kerja aku, lebih baik aku sendiri teliti kerja aku dulu. Biar aku jadi cikgu kepada diri sendiri dulu. Hehe.. Bila tunjuk kat cikgu, aku harap dia puas hati.




Kedua, 3 Ogos lalu. Mak cik aku a.k.a. Acik Ma telah meninggalkan kami selamanya. Takziah buat keluarga A'ah. Kak Long faham apa yang korang rasa. Sabar saja yang kita mampu. Ingatlah, doa anak-anak sentiasa mengiringinya di sana. Amal soleh anak juga mampu mengiringinya. Kak Long harap Epi, A'ah, NJ, Baby dan Acik Wan tabah dengan semua ni. Tuhan saja yang tahu betapa berat dugaan ni. Allah takkan menguji jika hambaNya tak mampu.




Ketiga. Aku hanya manusia biasa yang tak mampu menyelami isi hati orang lain dengan hanya melihat. Allah saja yang tahu betapa seksa hidup aku sekarang. Berbekalkan iman dan kesabaran yang semakin hari semakin menipis, aku harungi semua ni. Hampir putus asa, putus harap. Allah.. Namamu saja yang mampu buat sabar aku menebal semula. Kekusutan yang aku hadapi hanya Dia yang tahu. Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku mahukan. Aku buka facebook, ni yang aku jumpa..

Siapa Wanita Cantik?
Wanita cantik ialah:
1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…


Aku mula sedar yang aku bukannya wanita kuat. Bukan wanita cantik seperti yang dikatakan. Ampuni aku Ya Allah.. Aku sering sunyi.



Sometimes, it takes losing something to realize what you've had.



Ya, aku sering terlupa yang aku masih ada ramai orang di sisi aku. Yang sentiasa menyokong aku. Ada ramai lagi orang yang sayang aku, yang tak pernah lupa aku. Aku baru sedar. Maafkan aku. Maafkan aku. Aku tahu lepas ni takkan sama macam dulu. Selepas cuti ni, aku harap aku boleh berubah.




Akhir sekali, aku sangat rindukan arwah Ibu! Bulan puasa macam ni kerinduan ni kerap sangat datang menerpa fikiran aku. Hanya sabar yang mampu kuatkan diri aku. Al-Quran saja yang mampu menenangkan aku. Aku bersyukur kerana masih dikurniakan iman di dada untuk bertahan dengan dugaan yang berat ni. Kalau iman ni tiada, mungkin aku dah tak ada kat sini. Astagfirullah.. Aku masih ingat yang masih ramai di luar sana lebih berat ujiannya berbanding aku. Mungkin dugaan aku ni hanya sekecil kuman saja kan. Huhu..




Buat orang-orang yang banyak memberi nasihat dan sokongan pada aku. Terima kasih banyak kerana membuat aku banyak berfikir baik buruknya keputusan aku. Hanya Tuhan yang dapat membalas segalanya. Terima kasih juga kerana mendengar luahan hati aku di saat aku tiada sesiapa yang menemani di sisi. Aku amat hargai segalanya.


Sunday, August 7, 2011

Owl City - Vanilla Twillight ^ . ^