Wednesday, December 30, 2009

Aku lulus!

Haha.. Kecoh sajalah.. Dahlah ambil dua kali. Hoho.. Tak malu gila. Apa-apapun Sabtu ni aku dah boleh pergi bengkel. Hm.. Markah aku 48/50 saja. Tapi, bolehlah.. Hehheh.. Tak tahu kenapa aku rasa nak tulis perbualan ni.. Aku rasa kelakar pun ada. Huhu.. Tak sangka diri sendiri macam ni. Heheh.. Bukan apalah, aku sebenarnya keliru dengan identiti orang yang boleh kata hari-hari hantar aku pergi balik sepanjang tempoh aku belajar memandu ni.. Keliru sebab mukanya Cina tapi dia cakap Melayu tak pelat pun. Erm.. banyak lagilah benda yang buat aku tertanya-tanya fasal ni. Haha, macam penyiasatlah pula..

Aku : Bang, boleh tanya sikit tak? Arap tak marah la..
Abang Yan : Tanya je la..
Aku : Ape name penuh Abang Yan eh?
Abang Yan : Nape nak tau?
Aku : Saje je.. Huhu..
Abang Yan : Hehe.. Nape nak tau ni? Tak payah tau la..
Aku : Alah bagitau je la..
Abang Yan : Hehe.. Identiti saya memang orang ramai tak tau..
Aku : Abang ni Cina ke Melayu?
Abang Yan : Yang tu pun nak tau ke? Hehe.. Tak payah tau la..
Aku : Tak de la.. Keliru la abang ni Cina atau Melayu.. Hehe..
Abang Yan : Tanya la Abang Azli kalau nak tau.. Hehe..

Erm.. semalam ada orang tanya, btul ke aku suka *****? Aku mula-mula tanya dia macam mana dia tahu? Dah tu, dia ceritalah. Mula-mula aku rasa tak nak mengaku fasal malu sangat kan.Tapi bila difikirkan, dia dah ada bukti aku mengaku sajalah. Aku cakaplah itu dulu. Huhu.. Nasib baik dia jenis 'open', jadi dia macam tak kisah sangatlah. Serius aku memang malu tahap 'gaban' kalau orang ungkit hal tu. Sebabnya, masa tu aku tak terfikir apa-apa. Tersuka kat si 'dia'. Aku tak tahu nak terangkan macam mana. Susah. Sekarang ni kalau aku teringat balik hari tu aku memang rasa bodoh sangat dan akan rasa sakit hati. Aku tak suka semua tu. Hati aku ni sakit sangat apabila terfikir tentang tu. Walaupun dah lama berlalu, kesannya masih terasa sampai sekarang. Meskipun sekarang aku dah hilang rasa 'suka' kat dia. Aku sebenarnya malu sangat bila berdepan dengannya. Tapi, takkan nak tunjuk kan?

Wednesday, December 23, 2009

Teruk!

Memang teruk! Aku memang tak boleh ke nak beri konsentrasi yang lebih pada sesuatu perkara? Aku pun tak tahu apa jawapannya. Kenapa aku tak ada semangat macam orang lain? Semangat nak berjaya ke apa ke? Macam orang tak ada perasaan. Hoh.. Matlamat aku tak jelas?

Hm.. Isnin hari tu, aku ambil ujian memandu. Aku gagal.. Aku gagal!! Teruknya aku! Markah lulusnya 42/50.. Tapi aku cuma dapat 39/50. Haish.. Benci betullah. Itulah akibatnya degil. Orang suruh buat latihan tak buat. Baca buku tu saja sampai habis. Padahal bila buat balik latihan memang benganglah. Sama sebijik dalam ujian hari tu. Waaa!! Aku kira-kira yang aku salah tu boleh dapat 45 atau 46.. Lepas tu, dah dua hari aku pergi ke tempat tu nak ambil ujian tapi JPJ asyik 'offline'. Jadi tak boleh nak daftar. Hish.. Padan muka! Dah dua hari aku terpaksa pergi balik tanpa ambil ujian tu. Hm.. dan terpaksa pergi ke sana dengan menaiki kereta yang dipenuhi dengan lelaki. Maksudnya aku, aku seorang saja perempuan. Malu oh.. Huwa!!

Hari-hari cuti aku dihabiskan dengan kerja-kerja yang agak berat. Aku kemas bilik dan buang semua kertas-kertas, buku-buku yang tak pakai. Bayangkan berapa banyak buku yang aku tak buang dari darjah enam. Hoho.. Sayang punya fasal. Lepas tu, kemas rumah lagi yang baru siap 'renovate'. Ibu macam-macamlah, beli almari baru lagi. Heheh.. Hurm.. Masa kemas bilik, aku terjumpa surat-surat kawan-kawan lama aku. Aku pun bacalah. Huhu.. kelakarlah pula tulisan zaman budak-budak. Bahasa pun kelakar. Hehe.. Masa darjah lima. Sayangnya.. Akhirnya aku buang juga sebab kertas tu dah berhabuk. Huhu.. Buang dengan berat hati. Tiba-tiba rasa rindu pula pada zaman aku sekolah rendah. Kenangan yang takkan aku lupa sampai mati. Rindunya.. Rasa macam nak kembali semula pun ada. Tapi, aku tahu itu memang mustahil.. Huhu..

Oh,ya! Sekarang ni ada Yen, sepupu aku kat rumah. Banyak cakaplah dia tu. Dia diam tu pun fasal tidur. Haha.. Tak apalah daripada orang tu. Aku benci satu benda. Kenapa aku rasa macam ni? Ataupun firasat aku memang betul? Aku memang betul-betul rindu kampung tapi.. Aku tak tahulah nak cakap macam mana. Seolah-olah aku dapat rasakan orang yang aku rindu tak rindukan aku pun. Kasihan kan? Memang serius aku katakan aku benci merindu pada orang yang tak rindukan aku. Bukan nak perasan ke apa. Tapi, macam tulah. Kita di sini beriya-iya nak jumpa dia tapi dia tak ada rasa langsung nak jumpa kita. Tak payahlah aku cakap siapa.. Aku tak rasa nak tulis namanya di sini!

Thursday, December 17, 2009

KPP

9.00 pagi
Bertolak dari rumah aku di Saujana Impian. Naik kereta Gen2 Abang Nazri. Aku bersama tiga orang lagi iaitu Ira, Hazwani, dan Kak.. apa nama dia aku tak tanya pula. Hehe.. Aku rasa 'excited' sangat. Lamalah juga di dalam kereta. Agaknya adalah dalam setengah jam kot..

10.00 pagi
Pendaftaran peserta di lobi bangunan Metro Driving Academy.Masuk saja dalam bangunan tu aku rasa macam aku kecil sangat. Huhuh.. orang lain semua tinggi-tinggi. Padahal boleh kata semua umur sama saja. Kemudian, kena tunjuk kad pengenalan dan buat pemeriksaan cap jari macam biasa. Lepas tu aku disuruh untuk masuk ke dalam satu bilik khas. Aku tak tahu tu bilik apa. Di dalam tu aku disuruh duduk di depan komputer dan buat ujian. Aku yang tak berperasaan ni terus tekan-tekan apa yang diarahkan di dalam komputer tu. Selepas tu, aku dikehendaki menjawab soalan-soalan yang berkaitan warna. Mula-mula aku pelik juga kenapa dia nak kena tanya soalan yang senang macam tu. Lepas buat tu baru aku terfikir sebabnya. Huhu.. Seterusnya kami semua diarahkan ke Dewan 3 selepas selesai ujian tersebut. Aku dengan muka berlagak tahu bersama Ira melangkah ke dewan tersebut. Malangnya, kami tak tahu jalan yang betul. Sesat. Ada seorang pak cik yang baik hati ni tunjukkan tempat tu. Aku dan Ira gelak sajalah. Nak kata apa? Buat malu saja! Heheh..

10.30 pagi
Sesi pertama dimulakan. Lebih kurang 40 orang hadir pada hari ini. Cikgu tu cakap selalunya dua tiga orang saja sekali satu dewan. Sesi kali ni memang seronok sebab cikgunya pun boleh tahan. Rupa-rupanya Metro Driving Academy di Puchong baru beroperasi selama sebulan. Hm.. Apa yang kami belajar tentulah berkenaan undang-undang jalanraya.

1.30 petang
Rehat. Aku dan Ira solat Zohor. Kemudian kami ke kantinnya meninjau makanan yang ada. Aku tak rasa nak makan. Memang nampak menyelerakan. Tapi.. Uh, tak payah cakaplah. Waktu rehat memang agak menyeksakan. Aku rasa macam nak bentang tilam, letak bantal dan tidur dalam dewan tu. Mengantuk sangat..

2.30 petang
Sesi kedua bermula. Sambungan daripada pelajaran sebelumnya. Tapi, cikgu bertukar. Kali ni lebih seronok sebab cikgunya kelakar. Ada saja yang benda yang membuatkan kami tergelak. Dia cakap sebab takut kami tidur. Jadi, dia buatlah kelas tu agak santai..

5.00 petang
Semua peserta bersurai. Hari Isnin ni insya'Allah aku ambil ujian berkomputer pula.


Monday, December 14, 2009

SPM tamat..Hoho..

Hari ni tamatlah sudah sejarah hidup gilang-gemilang aku. Lepas ni, tak ada lagi sekolah. Hari-hari boleh bangun tidur lambat. Hahha.. Tak adalah. Oh, SPM bagi aku sama saja macam peperiksaan yang lain. Aku tak tahu macam mana pendapat orang lain. Dah semestinya tak sama macam aku. Heheh.. Terus-terang aku katakan, aku tak rasa keputusan aku baik. Bagi aku, semua kertas aku boleh buat kecuali Kimia dan MT. Susah sangatlah kot.. Aku dahlah tak berapa pandai dalam dua ni... Ops! Bukan tak berapa, memang susah nak dikatalah aku ni. Hm.. Apa-apapun, aku sekarang dah tak tergolong dalam 'under 18' lagi. Hoho.. Seronok ke jadi budak 18 tahun ni? Tapi yang pastinya aku tetap akan merindui waktu-waktu persekolahan aku dari tadika sampai tingkatan lima. Hehe.. Nostalgik betullah..

Erm.. Hari Sabtu lalu, aku dah mendaftarkan diri untuk kelas memandu. Kelas atau sekolah?? Apa-apa saja! Hari Rabu ni ada kursus untuk semua 'kanak-kanak' yang sudah mendaftarkan diri mereka untuk turut serta belajar memandu. Huh.. Tak lama lagi aku boleh bawa kereta! Seronoknya!! 'Excited' ni.. Macam manalah agaknya nanti ya.. Dahlah tak tahu-menahu langsung fasal kereta ni.. Apa-apapun, belum cuba belum tahu.

Rindu kampung!! Rindu sepupu! Argh, nak balik!! Nak balik!! Kali ni banyak betul halangan nak balik kampung. Huhu.. Dengan rumah tengah 'renovate', dengan SPMnya, ujian memandu.. Hu.. Hu..