Tuesday, February 24, 2009

Ayah pergi Riyadh..

Pukul 12.30 tengah malam (23 Februari),kami menghantar ayah ke KLIA.Malam tu bermulalah perpisahan pertama yang agak lama juga.Empat bulan pertama ni,kami berlima iaitu ibu,aku,Angah,Abang Cik dan Adik terpaksa tinggal bersama tanpa ayah.Sedih la..Ini kerana ayah telah mendapat kerja yang lebih baik lagi di Riyadh,Arab Saudi.Ibu cakap,mungkin kami juga akan ke sana nanti.Insya'Allah..kalau ada rezeki adalah.Ataupun kami kena berpindah ke sana dalam tahun depan.Kalau boleh tahun ni,tapi disebabkan aku dan Angah ada peperiksaan besar PMR dan SPM,tak jadi.Huhhuh..Macam manalah agaknya ayah aku sekarang?Ya Allah,moga-moga dia selamat saja di sana.








Sunday, February 22, 2009

Rama-rama dan perempuan

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Wednesday, February 18, 2009

Sukan Tahunan SMKSI 2009

Pasukan-pasukan unit beruniform dalam acara perbarisan.

Ini pula perbarisan bagi rumah sukan masing-masing.


Acara yang terakhir,penyampaian hadiah.


Sebelum acara tarik tali dimulakan.Acara ini ialah perlawanan antara johan dan naib johan sahaja.


Guru-guru sudah bersedia untuk menunjukkan kekentalan mereka.Semangatnya!

Tidak kurang juga ada yang ber'picnik' sementara menunggu guru-guru memulakan acara.

Di sinilah tempatnya.Stadium UKM di Bangi.Agak sesak juga,ya.Huhu..

Acara lumba lari.Aku tengok macam nak terbang pun ada.

Ini pula aku tak tahu nak terangkan macam mana.Tapi,inilah pembukaan sebelum acara perbarisan dimulakan.

Seronok dan meriah.Itu saja yang boleh aku cakap.Cuma yang tak seronoknya,rumah sukan aku kalah!Huhhu..Oh,ya!Nama rumah sukan dah tukar.Rumah ungu jadi Amethyst,kuning jadi Topaz,biru jadi Sapphire,merah jadi Ruby dan hijau jadi Emerald.Aku rumah Sapphire.Erm..johan rumah sukan ialah Ruby,naib johan pula Amethyst dan tempat ketiga Topaz.

Friday, February 13, 2009

Aku redha..Biarlah..

Agaknya orang macam aku ni mustahil kalau cintanya dibalas.Aku memang tak ada keyakinan langsung walau sedikit untuk meluahkan perasaan aku pada orang yang aku suka.Memang..aku sedarlah siapa aku kan?Huhu..Buat penat saja kalau aku luahkan perasaan pada orang tu.Bukannya dibalas pun.Entah-entah dihina lagi adalah.Macam dulu.Erm..sejak peristiwa tulah aku jadi tak ada keyakinan yang lebih.Walaupun semasa sekolah rendah,tapi aku masih ingat lagi macam mana aku ditolak dengan kejam dulu.Ya!Memang aku menangis.Sudahlah hari tu tarikh hari lahir aku.Oklah Wan Anis..Tak payahlah berangan dan berhentilah jatuh cinta.Nanti-nanti adalah yang datang kan?Mungkin lebih baik lagi.Hm..bila teringat balik peristiwa tu aku sering saja menangis sendirian.Dan,satu perasaan yang kuat yang selalu aku rasakan iaitu cemburu terus hilang.Mungkin ada,tapi tak macam dulu.Kalau dulu aku cemburu macam nak gila sampai menangis.Huhu..Bodoh betul kan?Sekarang ni dah tak macam dulu.Aku dah matang.Dah boleh kawal perasaan tu.Hati aku pun mungkin tertutup untuk mencintai seseorang sejak hari tu.Hanya keluarga aku saja yang mendapat tempat di hati.Perasaan aku kosong.Minat mungkin,cinta tak mungkin.


Sunday, February 8, 2009

Ye ke???

Tahu tak?Ibu aku cakap,jatuh maruah orang perempuan kalau suka pada seorang lelaki.Err..adakah itu maksudnya aku tak boleh sukakan sesiapa pun??Waaaa!!!Betulkah ini?Habis tu,salah tak kalau aku minat sebab budak tu comel?Tak ada sebab lain pun..

Sedihnya ibu aku cakap macam tu.Sebenarnya,hati aku dah tersuka pada seorang budak ni.Aku suka dia pun mungkin sebab dia terlampau comel kot..Cara dia senyum.Uishh..comel sangat!!Dahlah mata bulat.Aduh..angau pula.Hehe..Apa-apa pun aku harap aku tak sukakan dia.Lagipun,dia ada sifat yang aku paling tak suka.Tak payahlah beritahu kan?Huhu..Ramai budak tak sukakan dia.Tapi,kalau aku tak sukakan dia,kenapa bila dia cakap 'bye' hari tu aku rasa 'happy' semacam je?Ah,tak..tak..Aku tak suka dia okay.Wan Anis,tolonglah jangan terjebak dengan si dia tu.Dahlah tak sesuai pula tu!!Huh..Penyakit inilah yang aku paling benci tahu tak?!Nanti kecewa lagi macam dulu.Tak nak!!!

Sunday, February 1, 2009

FINAS 2009

Semalam,31 Januari 2009,kami ke bangunan FINAS yang terletak di KL.Erm..seronok jugalah ke sana.Dapat tengok macam-macam benda berkenaan pembikinan filem di Malaysia.Ada juga yang menghadiri sesi ujibakat untuk menjadi pelakon.Sesi bergambar bersama artis juga ada di sana.Ramai juga ya yang nak jadi pelakon.Hm..Macam-macam gaya ada.Mak cik pun ada juga yang nak masuk ujibakat.Hehheh..

Ini pakaian yang digunakan dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam.Yang dipakai Maya Karin tu..Ada juga alatan-alatan seperti alat muzik dan kuda kepang di pameran ini.


Sempat juga bergambar bersama Aziz Sattar.Masa ni beliau baru datang.Hehe..ikut pintu belakang.Biasalah tu..



Ni pula keluarga aku bersama Tan Sri Mohamed Jins Shamsudin,pengerusi FINAS.




Bersama Datuk Mustapha Maarof.


Cara rakaman zaman sekarang.Huhu..Di sinilah tempat ujibakat tu.

Rahsia daripada seorang paderi..

Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia.

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.


Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.


Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, “Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.” Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, “Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ” Barulah pemuda ini beranjak keluar.


Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, “Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?”Paderi itu menjawab, “Dari tanda yang terdapat di wajahmu.

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.


Paderi berkata, “Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.
” Si pemuda tersenyum dan berkata, “Silakan!”
Sang paderi pun mulai bertanya, “Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.

“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!”
“Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?
“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.


Setelah membaca “Bismillah.. .
” dia berkata,
-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, “Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).” (Al-Isra”: 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur”an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung “Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu”jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.
*
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An”am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu”jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, “Pukullah batu itu dengan tongkatmu.” Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.” (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. ” (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, “Tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya”qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
” (Yusuf:98)
-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.” (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim..” (Al-Anbiya”: 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.


Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, “Apakah kunci surga itu?”
Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba menge
lak.Mereka berkata, “Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! ”

Paderi tersebut berkata, “Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.

Mereka menjawab, “Kami akan jamin keselamatan anda.

Paderi pun berkata, “Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .
**

NOTA: Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur”an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.

Membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.

Wallahualam
semana kaya atau besar…tetap Allahuakbar! !!! ittaqullah!! !!!