Wednesday, December 30, 2009

Aku lulus!

Haha.. Kecoh sajalah.. Dahlah ambil dua kali. Hoho.. Tak malu gila. Apa-apapun Sabtu ni aku dah boleh pergi bengkel. Hm.. Markah aku 48/50 saja. Tapi, bolehlah.. Hehheh.. Tak tahu kenapa aku rasa nak tulis perbualan ni.. Aku rasa kelakar pun ada. Huhu.. Tak sangka diri sendiri macam ni. Heheh.. Bukan apalah, aku sebenarnya keliru dengan identiti orang yang boleh kata hari-hari hantar aku pergi balik sepanjang tempoh aku belajar memandu ni.. Keliru sebab mukanya Cina tapi dia cakap Melayu tak pelat pun. Erm.. banyak lagilah benda yang buat aku tertanya-tanya fasal ni. Haha, macam penyiasatlah pula..

Aku : Bang, boleh tanya sikit tak? Arap tak marah la..
Abang Yan : Tanya je la..
Aku : Ape name penuh Abang Yan eh?
Abang Yan : Nape nak tau?
Aku : Saje je.. Huhu..
Abang Yan : Hehe.. Nape nak tau ni? Tak payah tau la..
Aku : Alah bagitau je la..
Abang Yan : Hehe.. Identiti saya memang orang ramai tak tau..
Aku : Abang ni Cina ke Melayu?
Abang Yan : Yang tu pun nak tau ke? Hehe.. Tak payah tau la..
Aku : Tak de la.. Keliru la abang ni Cina atau Melayu.. Hehe..
Abang Yan : Tanya la Abang Azli kalau nak tau.. Hehe..

Erm.. semalam ada orang tanya, btul ke aku suka *****? Aku mula-mula tanya dia macam mana dia tahu? Dah tu, dia ceritalah. Mula-mula aku rasa tak nak mengaku fasal malu sangat kan.Tapi bila difikirkan, dia dah ada bukti aku mengaku sajalah. Aku cakaplah itu dulu. Huhu.. Nasib baik dia jenis 'open', jadi dia macam tak kisah sangatlah. Serius aku memang malu tahap 'gaban' kalau orang ungkit hal tu. Sebabnya, masa tu aku tak terfikir apa-apa. Tersuka kat si 'dia'. Aku tak tahu nak terangkan macam mana. Susah. Sekarang ni kalau aku teringat balik hari tu aku memang rasa bodoh sangat dan akan rasa sakit hati. Aku tak suka semua tu. Hati aku ni sakit sangat apabila terfikir tentang tu. Walaupun dah lama berlalu, kesannya masih terasa sampai sekarang. Meskipun sekarang aku dah hilang rasa 'suka' kat dia. Aku sebenarnya malu sangat bila berdepan dengannya. Tapi, takkan nak tunjuk kan?

Wednesday, December 23, 2009

Teruk!

Memang teruk! Aku memang tak boleh ke nak beri konsentrasi yang lebih pada sesuatu perkara? Aku pun tak tahu apa jawapannya. Kenapa aku tak ada semangat macam orang lain? Semangat nak berjaya ke apa ke? Macam orang tak ada perasaan. Hoh.. Matlamat aku tak jelas?

Hm.. Isnin hari tu, aku ambil ujian memandu. Aku gagal.. Aku gagal!! Teruknya aku! Markah lulusnya 42/50.. Tapi aku cuma dapat 39/50. Haish.. Benci betullah. Itulah akibatnya degil. Orang suruh buat latihan tak buat. Baca buku tu saja sampai habis. Padahal bila buat balik latihan memang benganglah. Sama sebijik dalam ujian hari tu. Waaa!! Aku kira-kira yang aku salah tu boleh dapat 45 atau 46.. Lepas tu, dah dua hari aku pergi ke tempat tu nak ambil ujian tapi JPJ asyik 'offline'. Jadi tak boleh nak daftar. Hish.. Padan muka! Dah dua hari aku terpaksa pergi balik tanpa ambil ujian tu. Hm.. dan terpaksa pergi ke sana dengan menaiki kereta yang dipenuhi dengan lelaki. Maksudnya aku, aku seorang saja perempuan. Malu oh.. Huwa!!

Hari-hari cuti aku dihabiskan dengan kerja-kerja yang agak berat. Aku kemas bilik dan buang semua kertas-kertas, buku-buku yang tak pakai. Bayangkan berapa banyak buku yang aku tak buang dari darjah enam. Hoho.. Sayang punya fasal. Lepas tu, kemas rumah lagi yang baru siap 'renovate'. Ibu macam-macamlah, beli almari baru lagi. Heheh.. Hurm.. Masa kemas bilik, aku terjumpa surat-surat kawan-kawan lama aku. Aku pun bacalah. Huhu.. kelakarlah pula tulisan zaman budak-budak. Bahasa pun kelakar. Hehe.. Masa darjah lima. Sayangnya.. Akhirnya aku buang juga sebab kertas tu dah berhabuk. Huhu.. Buang dengan berat hati. Tiba-tiba rasa rindu pula pada zaman aku sekolah rendah. Kenangan yang takkan aku lupa sampai mati. Rindunya.. Rasa macam nak kembali semula pun ada. Tapi, aku tahu itu memang mustahil.. Huhu..

Oh,ya! Sekarang ni ada Yen, sepupu aku kat rumah. Banyak cakaplah dia tu. Dia diam tu pun fasal tidur. Haha.. Tak apalah daripada orang tu. Aku benci satu benda. Kenapa aku rasa macam ni? Ataupun firasat aku memang betul? Aku memang betul-betul rindu kampung tapi.. Aku tak tahulah nak cakap macam mana. Seolah-olah aku dapat rasakan orang yang aku rindu tak rindukan aku pun. Kasihan kan? Memang serius aku katakan aku benci merindu pada orang yang tak rindukan aku. Bukan nak perasan ke apa. Tapi, macam tulah. Kita di sini beriya-iya nak jumpa dia tapi dia tak ada rasa langsung nak jumpa kita. Tak payahlah aku cakap siapa.. Aku tak rasa nak tulis namanya di sini!

Thursday, December 17, 2009

KPP

9.00 pagi
Bertolak dari rumah aku di Saujana Impian. Naik kereta Gen2 Abang Nazri. Aku bersama tiga orang lagi iaitu Ira, Hazwani, dan Kak.. apa nama dia aku tak tanya pula. Hehe.. Aku rasa 'excited' sangat. Lamalah juga di dalam kereta. Agaknya adalah dalam setengah jam kot..

10.00 pagi
Pendaftaran peserta di lobi bangunan Metro Driving Academy.Masuk saja dalam bangunan tu aku rasa macam aku kecil sangat. Huhuh.. orang lain semua tinggi-tinggi. Padahal boleh kata semua umur sama saja. Kemudian, kena tunjuk kad pengenalan dan buat pemeriksaan cap jari macam biasa. Lepas tu aku disuruh untuk masuk ke dalam satu bilik khas. Aku tak tahu tu bilik apa. Di dalam tu aku disuruh duduk di depan komputer dan buat ujian. Aku yang tak berperasaan ni terus tekan-tekan apa yang diarahkan di dalam komputer tu. Selepas tu, aku dikehendaki menjawab soalan-soalan yang berkaitan warna. Mula-mula aku pelik juga kenapa dia nak kena tanya soalan yang senang macam tu. Lepas buat tu baru aku terfikir sebabnya. Huhu.. Seterusnya kami semua diarahkan ke Dewan 3 selepas selesai ujian tersebut. Aku dengan muka berlagak tahu bersama Ira melangkah ke dewan tersebut. Malangnya, kami tak tahu jalan yang betul. Sesat. Ada seorang pak cik yang baik hati ni tunjukkan tempat tu. Aku dan Ira gelak sajalah. Nak kata apa? Buat malu saja! Heheh..

10.30 pagi
Sesi pertama dimulakan. Lebih kurang 40 orang hadir pada hari ini. Cikgu tu cakap selalunya dua tiga orang saja sekali satu dewan. Sesi kali ni memang seronok sebab cikgunya pun boleh tahan. Rupa-rupanya Metro Driving Academy di Puchong baru beroperasi selama sebulan. Hm.. Apa yang kami belajar tentulah berkenaan undang-undang jalanraya.

1.30 petang
Rehat. Aku dan Ira solat Zohor. Kemudian kami ke kantinnya meninjau makanan yang ada. Aku tak rasa nak makan. Memang nampak menyelerakan. Tapi.. Uh, tak payah cakaplah. Waktu rehat memang agak menyeksakan. Aku rasa macam nak bentang tilam, letak bantal dan tidur dalam dewan tu. Mengantuk sangat..

2.30 petang
Sesi kedua bermula. Sambungan daripada pelajaran sebelumnya. Tapi, cikgu bertukar. Kali ni lebih seronok sebab cikgunya kelakar. Ada saja yang benda yang membuatkan kami tergelak. Dia cakap sebab takut kami tidur. Jadi, dia buatlah kelas tu agak santai..

5.00 petang
Semua peserta bersurai. Hari Isnin ni insya'Allah aku ambil ujian berkomputer pula.


Monday, December 14, 2009

SPM tamat..Hoho..

Hari ni tamatlah sudah sejarah hidup gilang-gemilang aku. Lepas ni, tak ada lagi sekolah. Hari-hari boleh bangun tidur lambat. Hahha.. Tak adalah. Oh, SPM bagi aku sama saja macam peperiksaan yang lain. Aku tak tahu macam mana pendapat orang lain. Dah semestinya tak sama macam aku. Heheh.. Terus-terang aku katakan, aku tak rasa keputusan aku baik. Bagi aku, semua kertas aku boleh buat kecuali Kimia dan MT. Susah sangatlah kot.. Aku dahlah tak berapa pandai dalam dua ni... Ops! Bukan tak berapa, memang susah nak dikatalah aku ni. Hm.. Apa-apapun, aku sekarang dah tak tergolong dalam 'under 18' lagi. Hoho.. Seronok ke jadi budak 18 tahun ni? Tapi yang pastinya aku tetap akan merindui waktu-waktu persekolahan aku dari tadika sampai tingkatan lima. Hehe.. Nostalgik betullah..

Erm.. Hari Sabtu lalu, aku dah mendaftarkan diri untuk kelas memandu. Kelas atau sekolah?? Apa-apa saja! Hari Rabu ni ada kursus untuk semua 'kanak-kanak' yang sudah mendaftarkan diri mereka untuk turut serta belajar memandu. Huh.. Tak lama lagi aku boleh bawa kereta! Seronoknya!! 'Excited' ni.. Macam manalah agaknya nanti ya.. Dahlah tak tahu-menahu langsung fasal kereta ni.. Apa-apapun, belum cuba belum tahu.

Rindu kampung!! Rindu sepupu! Argh, nak balik!! Nak balik!! Kali ni banyak betul halangan nak balik kampung. Huhu.. Dengan rumah tengah 'renovate', dengan SPMnya, ujian memandu.. Hu.. Hu..

Sunday, November 1, 2009

Majlis Graduasi kali pertama SMKSI
























Wednesday, October 28, 2009

Jadual Waktu SPM 2009

Rabu, 18 November 2009
Bahasa Melayu (Kertas 1) 8.00 pagi - 10.15 pagi
Sejarah (Kertas 1) 11.00 pagi - 12.00 tengah hari
Bahasa Melayu (Kertas 2) 2.00 petang - 4.30 petang

Khamis, 19 November 2009
Bahasa Inggeris (Kertas 1) 8.00 pagi - 9.45 pagi
Bahasa Inggeris (Kertas 2) 10.30 pagi - 12.45 pagi
Sejarah (Kertas 2) 2.00 petang - 4.30 petang

Jumaat, 20 November 2009
English Science for Technology (Kertas 1) 8.00 pagi - 9.15 pagi
English Science for Technology (Kertas 2) 10.00 pagi - 11.00 pagi

Isnin, 23 November 2009
Mathematics (Kertas 1) 8.00 pagi - 9.15 pagi
Mathematics (Kertas 2) 10.00 pagi - 12.30 tengah hari

Selasa, 24 November 2009
Pendidikan Islam (Kertas 1) 8.00 pagi - 10.00 pagi
Pendidikan Islam (Kertas 2) 2.00 petang - 4.30 petang

Rabu, 25 November 2009
Additional Mathematics (Kertas 1) 8.00 pagi - 10.00 pagi
Additional Mathematics (Kertas 2) 2.00 petang - 4.30 petang

Khamis, 3 Disember 2009
Physics (Kertas 1) 8.00 pagi - 9.15 pagi
Physics (Kertas 2) 10.00 pagi - 12.30 tengah hari
Physics (Kertas 3) 2.00 petang - 3.30 petang

Selasa, 8 Disember 2009
Chemistry (Kertas 1) 8.00 pagi - 9.15 pagi
Chemistry (Kertas 2) 10.00 pagi - 12.30 tengah hari
Chemistry (Kertas 3) 2.00 petang - 3.30 petang

Khamis, 10 Disember 2009
Lukisan Kejuruteraan 2.00 petang - 4.30 petang

Isnin, 14 Disember 2009
Bahasa Arab Tinggi (Kertas 2) 8.00 pagi - 10.30 pagi
Bahasa Arab Tinggi (Kertas 1) 11.00 pagi - 12.15 tengah hari

Friday, October 16, 2009

Raya lagi..



Thursday, October 15, 2009

Ayah balik..

Ni kali kedua ayah balik ke Malaysia selepas pertengahan tahun hari tu. Lama kan? Huhu.. Seronok.. seronok.. Esok balik kampung. Hoho..

'Trial' SPM aku.. agak teruk. Erm, bukan 'agak', tapi memang teruk! Aku dapat 3A saja. Huh.. Aku tak puas hati. BM aku B.. Wargh..! Bencilah.. Teruk kan BM aku.. Orang Melayu apalah aku ni?? Ergh.. Lepas tu, EST aku tak sangka boleh dapat sebegini teruk. Oh.. 56% saja! Agama Islam aku 75% tepat. Hohho.. Fizik pula, cikgu naikkan markah aku bagi lulus. Hah.. Alhamdulillah.. MT?? Baik tak payah cerita. Haha!! Gagal lagi.. Err.. Tapi aku tak tahu sebenarnya aku lulus ke tak.. Hm..

Hari ni pula ada gerak gempur. Apa tu?? Aku pun tak tahu nak terangkan. Erm.. agaknya serupalah dengan ujian. Aku buat main-main waktu jawab kertas Kimia tadi. Haha.. Hari Selasa minggu depan ada Fizik. Nasib baik esok Deepavali. Selamatlah sesaat.. Haha..

Thursday, October 8, 2009

PMR 2009

Semalam bermulalah titik sejarah bagi junior-junior tingkatan tiga. Tak ada apa yang nak dibicarakan. Cuma aku berharap insya'Allah Angah dapat menghadapi PMR ini dengan baik. Aku tengok Angah macam biasa saja. Tak macam aku dulu. Kelam-kabut juga seminggu sebelum peperiksaan berlangsung. Hm.. Biarkanlah.. Asalkan dia tenang semasa menjawab peperiksaan. Amin.. Buat adik-adik tingkatan tiga yang lain juga, 'All The Best', ya!! Huhu..

Fasal peperiksaan percubaan SPM aku, markah LK aku menaik tapi tak memuaskan. Mungkin gred di peringkat sekolah mengkategorikan 86% ialah A1. Sebaliknya kata Cikgu Kamsiah markah tu adalah B3 di peringkat SPM sebenar. Rasa teruk sangat masa cikgu cakap macam tu. Huh.. Hm.. Bahasa Inggeris aku meningkat. Walaupun setakat B3, tapi aku rasa bersyukur sangat sebab dapat juga naikkan prestasi aku. Huhu.. Erm.. Kimia pula, lagi 1% saja nak lulus. Hm.. sedihnya tengok orang lain dah maju. Tapi aku?? Tetap sama saja. Hm.. Lagi satu BAT, macam biasalah. macam orang tak pernah belajar saja, 56%. Teruk! Semasa jawab pun rasa macam tak pernah belajar. Haha.. Tulah balasan untuk orang yang selalu ponteng kelas. Heheh..

Ayah balik 15 Oktober. Ditunda lagi! Itupun ayah cakap tarikh yang paling awal. Hm.. ni semua sebab orang yang tak balik-balik lagi dari Malaysia tu. Ayah aku terpaksa gantikan dia. Ayah aku pun nak balik juga. Haish..

Oh, ya!! Terima kasih pada kawan-kawan yang datang beraya di rumah aku. Yang baru pertama kali datang pun terima kasih banyak-banyak, ya!

Thursday, October 1, 2009

Komik 'Hari-Hari Midori'

Aku baru saja selesai baca komik yang bertajuk "Hari-hari Midori". Seronok sangat baca komik ni. Aku sanggup tunggu jilid yang seterusnya sehingga tamat dan akhirnya aku dapat juga baca sehingga habis dari jilid 1 hingga 8.

Aku tertarik dengan jalan ceritanya yang kelakar dan romantis. Walaupun hanyalah komik dan kartun, ceritanya mampu membuat ramai pembacanya tersentuh. Ceritanya juga ada dalam bentuk CD. Tapi, aku lebih suka memilih komik. Penyampaian dan jalan cerita antara komik dan CD sama walaupun keadaannya lain.

Cerita ini mengisahkan tentang seorang remaja lelaki yang ganas dan bengis. Namanya Sawamura Seiji. Dia sering bergaduh di sekolah dan dia digelar Anjing Gila Sawamura. Walaupun begitu, impiannya hanyalah satu iaitu ingin memiliki teman wanita. Disebabkan sikapnya yang ganas, ramai gadis menolak untuk menjadi teman wanitanya. Suatu hari, ada remaja perempuan tiba-tiba muncul sebagai tangan kanannya. Remaja perempuan tersebut ialah Midori. Midori amat mencintai Seiji tetapi dia tiada keyakinan untuk meluahkan pada Seiji. Perkara ini menyebabkan dia menjadi tangan kanan Seiji. Pelbagai kesulitan yang terpaksa mereka lalui bersama. Cerita ini berakhir dengan kesudahan yang gembira dan mengharukan.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang cerita ni, bacalah sendiri. Aku tak larat nak tulis panjang-panjanglah.. Haha..


Monday, September 28, 2009

Raya.. Raya.. Raya..

Selamat Hari Raya!! Semua gambar ni diambil di kampung aku, Terengganu.

Keluarga Che' Ngah..

Keluarga Ibu Ake..

Keluarga akulah..

Keluarga Pak Alang..

Cu Ja, Tok Wan, dan Pak Su Ba.

Cucu-cucu bersama Tok Wannya.. Hoho..

Anak-anak dan menantu..

Dari kiri, aku, Pak Su Ba, Tok Wan, Cu Ja, dan ibu.

Saje perasan kejap.. Heh..

Di rumah Tok Wan.. Ni budak-budak yang datang beraya bergambar dengan aku. Comel kan??

Gambar di atas ni diambil semasa beraya di rumah Mak, nenek sebelah ayah. Huhu.. Tak sempat nak ambil gambar banyak-banyak sebab kami sekeluarga duduk agak lama di rumah Tok Wan, nenek sebelah ibu.

Pada 25 September berlangsungnya majlis perkahwinan dua pupu aku, Kak Syeri dan Abang Nut Man. Aku harap mereka akan bahagia sepanjang hayat. Selamat Pengantin Baru, ya!!

Thursday, September 17, 2009

Aidilfitri 2009


Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya. Aidilfitri pula bakal menggantikannya. Semoga bergembira menyambut hari kemenangan bagi umat Islam pada tahun ini.

Tahun ni, aku tak dapat bayangkan macam mana perasaan aku bila bergema takbir pada pagi 1 Syawal nanti. Dengan ketiadaan ayah bersama kami. Aku rasa sayu sangat. Apabila ibu menyentuh hal tu, aku hampir-hampir menitiskan air mata. Tak sanggup nak bayangkan. Ayah tahun ni tak dapat beraya bersama kami semua di Malaysia. 10 Oktober nanti barulah ayah boleh balik. Bulan Syawal ni ayah beraya di Mekah dan Madinah. Tak apalah, orang cakap 'happy' beraya di Mekah. Orang Malaysia pun ramai.Huhu..

Buat ayah.. Selamat Hari Lebaran. Kak Long minta maaf atas segala salah dan silap yang pernah Kak Long lakukan. Semoga raya tahun ini banyak memberi kebaikan kepada kita. Amin ya Robbal a'lamin..

Tuesday, September 15, 2009

Hari-hari yang telah berlalu..

Pertama kali aku rasa terlalu bodoh! Pertama kali aku menangis sampai bengkak-bengkak muka aku. Pertama kali aku dapat melepaskan semua yang terbuku di hati.

Susah nak terangkan. Aku 'tension' sangat. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab 'trial' SPM yang aku lalui. Aku agak kepenatan sepanjang minggu peperiksaan ni. Itu memang tak dapat dinafikan. Kadang-kadang aku rasa macam nak pengsan. Huh.. Selalunya aku tak macam ni. Tapi bukan sebab tu aku menangis.

Apa yang membuatkan aku menangis ialah rasa bersalah aku. Rasa bersalah aku terhadap ibu. Walaupun aku tak tahu apa salah aku, tapi yang aku tahu aku dah.. aku tak tahu nak cakap macam mana.. Anak derhakakah aku?? Aku sedih sangat masa tu ibu aku hantar 'sms' yang menunjukkan ibu marah pada aku. Aku tahu ibu sakit hati sebab ibu tak nak luahkan sendiri pada aku. Masa itulah aku menangis dan menangis sampai tak keluar bilik, tak pergi terawih duduk memikirkan salah aku. Akhirnya jawapan yang dicari tak aku temui. Tapi, di sebalik tu aku rasakan sebagai anak sebaiknya aku mengalah.. Walaupun mungkin bukan aku yang salah. Malam itu, aku berdoa kepada Allah agar hati ibu mudah menerima maaf dariku. Aku rasa baik aku mati daripada terus menyakiti ibu. Tengah hari esoknya, aku turun ke tingkat bawah. Cari ibu dan terus bersalam dengannya lalu meminta maaf dalam keadaan menangis teresak-esak. Ibu pun memaafkan aku. Aku rasa bersalah dan rasa bodoh sangat kalau aku tak minta maaf. KepadaMu, Ya Allah.. Ampunkanlah aku kerana telah menyakiti hati ibuku. Terima kasih atas kelembutan hati yang telah Kau berikan padanya, ya Allah..

Hari ni, aku tak ke sekolah. Haha.. Ponteng kot. Hari ni dan esok aku tak ada peperiksaan. Boleh rehat sebentar. Bukan bersama Kit-Kat.. Puasa, puasa.. Hari Khamis ni ada kertas LK dan EST. Seronoknya!! LK.. LK.. Tak sabar nak tunggu.

Saturday, September 5, 2009

Suka cerpen ni..

Air Mata Malam Pertama
www.iLuvislam.com
muslim_warrior
Editor : kasihsayang

Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam. Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernah kukenali; pilihan keluarga. Aku pasrah. Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.

Ana dah jadi isteri! ” Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul. “Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti.” Doaku perlahan. Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku sudah bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti. “Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti?” Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati. Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.

“Assalamualaikum!” Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya. Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku.

“Sayang”..Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya. Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud ke jari manisku.

“Abang”.. Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku. “Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana ke pangkuan abang. Ana harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang..”Bisikku perlahan. ” Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina keluarga yang bahagia.” Janjinya padaku. Itulah kali pertama aku menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain daripada sekeping foto yang telah diberikan emak kepadaku.

Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu. Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari universiti lagi. Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak. Berbaju melayu putih sepasang serta bersampin. Aku juga memakai baju pengantin putih. Kami dah berpakat begitu. Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami.

**********

“Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan dengan Ana”. Ayah memulakan mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami minum petang di halaman rumah. Mak hanya diam memerhatikan aku, membiarkan ayah yang memulakan bicaranya.

“Apa dia ayah, mak? Macam penting je” Soalku tanpa menaruh sebarang syak wasangka. “Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak Ana.” “Apa!!!”Pengkhabaran begitu membuatkan aku benar-benar terkejut. Aku masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku mahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mahu terikat dengan sebarang tanggungjawab sebagai seorang isteri. “Kenapa ayah dan mak tak bincang dengan Ana dulu?” Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan ayah yang membelakangi aku. Sepatutnya mereka berbincang denganku terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan yang bakal mencorakkan masa depanku.

“Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan sekiranya kami membincangkan perkara ini dengan Ana. Pastinya Ana akan mengatakan bahawa Ana masih belum bersedia. Sampai bilakah Ana akan berterusan begitu?” Ayah mengemukakan alasannya bertindak demikian. “Sebagai orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat seorang suami yang boleh melindungi dan membimbing Ana. “Ujar mak setelah sekian lama membisu. “Apakah Ana fikir mak dan ayah akan duduk senang melihat anak gadisnya berterusan hidup sendirian tanpa penjagaan dari seorang suami? Kami bukan nak lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang tua, tapi itulah tanggungjawab orang tua mencarikan seorang suami yang baik untuk anak gadisnya.” Terang ayah lagi.

“Ana..” Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri, menahan rasa. “Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Ana sebab kami terlalu sayangkan Ana.”; “Ini cincinnya, pakailah.” Mak meletakkan satu kotak kecil berbaldu di hadapanku. Perasaanku berbaur. Macam-macam yang datang. Berbelah bagi. Apa yang patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan bersetuju dengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah membiarkan cita-citaku semakin kabur dan berbalam di hadapan. Namun kiranya aku menolak, bermakna aku telah melukakan hati kedua-dua orang tuaku itu. Orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa mereka berdua, aku takkan hadir dan mustahil untuk melihat dunia ini. “Ahhhhgggg…”Keluhku sendirian. Aku dalam dilemma. Yang manakah patut aku utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapan mak dan ayah. Aku selalu tewas bila melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukakan hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diberkati Tuhan.

**********

Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni. “Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu.” Ujar ayah padaku. Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah saru agenda yang tidak boleh dilupakan. Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik. Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu. Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam.

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.” “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin.” Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman.

Aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan. “Bang, maafkan Ana!” Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus. “Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang.” Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku. Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah. “Abang nak ke mana tu?” Soalku. “Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi.” Jawabnya. “Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi.”Aku kesian melihatnya, keletihan. “Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah.” Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu. “Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya.” Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah. Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja.

“Bila Ana turun?” Soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja. ” Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang.” “Maafkan abang sayang.” Dia menghampiriku. “Sayang tak marahkan?” Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat. Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku. “Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita.” Rungkutku tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku. “Apa nak malu, kan sayang ni isteri abang.” Jawabnya tersenyum. “Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi.” “Betul ni?”Soal suamiku cepat-cepat. “Ish..Gatal la abang ni!” Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku. Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi.

Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri. Walaupun begitu,masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku. “Apa yang Ana menungkan ni?” Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang. “Abang ni, terkejut Ana tau!” Aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk. “Alaa..sayang ni..macam tu pun nak marah.” Usiknya sambil mencubit pipiku. “Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!” Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku.

“Sayang…” Seru suamiku sambil merangkul tubuhku. “Sayang nak honeymoon kemana?” Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu. “Ana ikut aje ke mana abang nak bawa.” “Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?” Guraunya. “Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?” Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa. “Nanti sayang nak berapa orang anak?” Soalnya lagi setelah ketawanya reda. “Abang nak berapa?” Soalku kembali tanpa menjawab soalannya. “Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?” “Ish…abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?” Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa. “Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan.” “Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup.” Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira. “Ni yang buat abang tambah sayang ni.” Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku. Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi.

“Zul, Ana! Jom kita makan dulu!” Suara mak memanggil. “Mari bang! Ana pun dah lapar ni.” Ajakku sambil memimpin tangannya. Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam. Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik. Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukenali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup. Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apatah lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan. “Mampukah aku menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu? Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?” Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya.

“Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku.” “Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan. Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari. Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti? Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil.

“Masuklah, pintu tak berkunci.” Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku. Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku. ” Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?” Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku. Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu. “Habis tu apa yang sayang menungkan ni?” Ana takut bang!” Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya. Dia memelukku erat sambil membelai rambutku. ” Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita.” Pujuk suamiku.

” Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut..” Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya.

” Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang! ” Bisiknya. Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku. ” Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit.” Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang. Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air. Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai. Malam berarak perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang. Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya.

**********

“Ayah, mak! Ana dah buat keputusan.” Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari. Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri. ” Keputusan tentang apa?” Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat. ” Pasal peminangan tu.” Ujarku. Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu. Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku. ” Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih.” Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya. Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari. Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu. Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini? Hanya emak yang tahu hakikatnya.

” Syukurlah, moga Ana bahagia nanti.” Ucap ayah padaku. Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku. “Nanti mak kenalkan dia pada Ana.” Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka. ” Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje.” Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku. Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat. ” Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya.” Ayah mempersoalkan keputusanku itu. ” Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula?” Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu.

**********

Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku. ” Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah.” Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan. ” Baik bang. Bang, ni baju abang.” Ujarku sambil bangun untuk ke dapur. Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi. ” Patutlah.” Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang. Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik. Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan. Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya. Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.

“Bang….”Seruku. “Ada apa sayang?” Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya. “Malam ni abang nak…..nak…..”Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu. Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya… ” Nak apa sayang?” Soalnya lagi sambil tersenyum. “Ah..abang ni…”Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku. “Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?” Bisiknya ketelingaku. Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya. Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.

“Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!” Bisik suamiku. ” Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia.” Jawabku. Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul. Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama ladang dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku. Aku cuba untuk mempraktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.

Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada.” Rasulullah bersabda: “Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu.” Rasulullah bersabda: “Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia.” Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu.”

Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong-menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.

Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang. Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah.

Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya. “Abang tak apa-apa?” Soalku risau dengan keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui. “Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot.”Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam. “Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu.” Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pijama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu. “Nakallah abang ni.” Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar. Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam. Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu. Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku.

Aku lihat muka suamiku agak kepucatan. “Kenapa ni bang?” Soalku sewaktu bersalaman dengannya. ” Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni..” “Zul sakit ke?” Tanya ayah. “Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot.”Jawabnya. “Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak.” Sampuk mak. “Nanti Ana ambilkan ubat.” Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat. Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air. Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan. “Terima kasih.” Ucapnya perlahan. Aku angguk. “Abang berehatlah.” Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam.

Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang.” ” Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah.” “Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan.” “Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah.”Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya. “Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan sayang. Sayanglah satu-satunya buah hati abang.” Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja. Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik. “Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea” “Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya.” Ujarnya perlahan. “Abang tidurlah.” Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya. Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu. Aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga.

Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat. Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu. Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku. Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya. Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku.

**********

” Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana.” Pujuk emak. Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini. Hari ini,zuriat suamiku itu telah menjenguk dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku. Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku.

Aku menari dengan komputer aku sebab aku tak tentu arah

Pilih bulan kau lahir:


Januari-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​Aku cinta


Februari-​​-​​-​​-​​-​​-​​Aku gigit


Mac--------Aku belasah


April-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​Aku peluk


Mei-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​Aku sepak


Jun-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​Aku terkentot depan


Julai-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​Aku menari dengan


Ogos-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​Aku pergi dating dengan


September-​​-​​-​​-​​Aku lambai dekat


Oktober-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​Aku muntah depan


November-​​-​​-​​-​​-​​Aku jerit dekat


Disember-​​-​​-​​-​​-​​Aku terlanggar





Pilih hari (nombor) kau lahir:


1-------mak aku


2-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​komputer aku


3-------kereta jiran aku


4-------kucing


5-------kerusi


6-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​gangster


7-------henfon aku


8-------kawan baik aku


9-------cikgu


10-------semut


11-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​pisang


12-------polis


13-------buku


14-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​patung barbie


15-------lembu


16-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​makcik aku


17-------radio


18-------tv


19-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​makcik kantin


20-------kasut sekolah


21-------upin dan ipin


22-------Siti Nurhaliza


23-------tupai


24-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​Christiano Ronaldo


25-------buku teks


26-------kawan aku


27-------unta


28-------meja


29-------orang gila


30-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​taylor swift


31-------awek cun




Pilih warna baju yang kau pakai:

Putih-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​sebab aku perasan cantik


Hitam-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​sebab aku gila


Pink-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​sebab aku suka single


Merah-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​sebab mak aku suruh


Biru-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​sebab aku tak tahan


Hijau-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​sebab aku baik hati


Ungu-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​sebab aku semangat


Kelabu-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​sebab bomoh suruh


Kuning-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​sebab aku dalam pertandingan


Oren-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​sebab aku sakit hati


Coklat-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​sebab aku tak tentu arah


Lain-​​lain-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​sebab aku fikir aku hebat

Fizik dan Kimia

Huhu.. habis juga kertas untuk Fizik dan Kimia. Susah ke senang tak tahu nak cakap. Sejuk juga kepala aku nak menjawab. Tapi, bolehlah cakap 'ok'. Sebabnya,aku baca! Bersungguh jugalah aku baca. Haha.. Selalunya nak baca macam dipaksa. Sebab.. sebab.. Fizik bosan. Aku tak bolehlah dengan Fizik. Huh.. Apa-apa saja! Em.. lepas ni hari Selasa pula. Kertas BM. Apa yang keluar agaknya ya??


Najwa telah disahkan positif penghidap TB. Apa tu?? Aku pun tak berapa tahu. Yang aku tahu penyakit ni berkenaan kuman pada paru-paru. Erm..

Monday, August 31, 2009

Ya Allah..Ya Rabbi..

Kebelakangan ni, dua tiga hari aku rasa tak tenang sangat. Ya Allah.. memikirkan peperiksaan percubaan SPM hari esok. Kerja-kerja di rumah aku. Huh.. pening juga. Aku mengadu pada ibu. Tapi ibu kata, tak payahlah fikir sangat.. Aku tak tahu nak kata apa. Erm.. memanglah ibu dan ayah aku tak kisah sangat fasal peperiksaan aku. Tapi, sebagai manusia aku pun mahukan yang terbaik. Betul kan?? Esok bermulalah ujian untuk aku. Esok mula 'trial' SPM. Sudahlah dengan borang matrikulasi yang tak selesai-selesai. Fuh.. pening.. Memang susah hidup kalau tak ada ayah. Hm..cakap macam ni rindu pula pada ayah. Aku selalu tak dapat mengawal air mata kalau teringatkan ayah. Aku sejujurnya tak berapa gemar jika orang bertanya tentang ayah aku. Sedih.. Rindu.. Jangan pelik kalau tiba-tiba aku menangis. Huhu..


Berita baru daripada sepupu aku, Kak Sopa.Hari ni adiknya,Najwa dimasukkan ke hospital sebab terkena jangkitan kuman pada paru-parunya. Dah lama Najwa tak ke sekolah. Kasihannya.. dia juga ada 'trial' esok. Tapi, itu dah tak penting. Yang penting sekarang ialah kesihatannya. Agaknya semua ahli keluarganya dalam keadaan tak menentu sekarang. Iyalah, tiba-tiba penyakit tu datang. Sebelum ini, pergi mana-mana klinik pun dikatakan demam biasa. Huh.. Sedihnya.. Walaupun aku bukan keluarganya, tapi aku masih sepupunya. Aku tak tahu nak kata apa. Memang terkedu aku baca blog Kak Sopa. Nak menangis pun ada. Ya Allah, semoga Najwa dan yang lainnya tenang menghadapi dugaannya itu. Amin..


Saturday, August 29, 2009

Superman - Lucky Laki

reff:
aku bukanlah superman
aku juga bisa nangis
jika kekasih hatiku
pergi meninggalkan aku

ayahku selalu berkata padaku
laki-laki tak boleh nangis
harus slalu kuat
harus slalu tangguh
harus bisa jadi tahan banting
tapi ternyata sakitnya cinta
buat aku menangis


repeat reff

ayahku selalu memarahi aku
jika jatuh air mataku
kata ayah slalu air mata itu
adalah tanda kelemahan
tapi ternyata air mataku
ternyata jatuh juga

repeat reff

ayahku tersayang maafkanlah aku
jika aku masih menangis
masih belum bisa menjadi seperti
apa yang ayah selalu mau
kita berjanji ’tuk tidak lagi
menangis karena cinta

repeat reff [3x]

Thursday, August 27, 2009

Myheritage.com face recognition




Muka aku macam cinakah?? Banyak sangat muka cina yang sama dengan aku. Huhhu.. Aku rasa muka aku Melayu tulen kan?? Apa-apa sajalah. Fauziah Latif tu salah. Sebenarnya Nur Fazura. Hehhe.. Saja buat benda-benda tak berfaedah ni sekali-sekala.Hahaha..

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan 1430H


Ruginya !! Aku tak dapat puasa hari ni.Hari pertama Ramadhan.Huwa..! Tak seronok pula rasanya. Sudahlah semalam senggugut, tak boleh puasa lagi.Haish.. Erm.. semalam ada majlis ambang merdeka di sekolah. Aku tak ke sekolah sebab.. sebab.. senggugut la ! Huhu.. Kalau tak bolehlah raikan majlis ambang merdeka yang terakhir di sekolah. Huhu.. Tahun depan dah tak ada lagi. Sedihnya..

Rindu pula pada budak-budak kelas aku. Err..kenapa aku rindu pula tak pergi sekolah ni?? Pertama kali aku rasa macam ni. Uhuk.. pelik. Agaknya aku memang seronok sangat dapat masuk kelas 5 Wibawa kan?? Hehe.. Betul.. Tak percaya sudahlah.. Kelas tu memang 'the best' !

Hm.. 3 September ni aku ada peperiksaan percubaan SPM .Berita tergempar dalam hidup aku kot.. Haha.. Aku baru 'study' sikit-sikit saja. Tengah sibuk sekarang. Macam biasalah puasa-puasa ni aku tolong ibu menjahit. Tapi tahun ni tak banyak yang aku dapat buat sebab nak SPM. Huh..SPM lagi ! Aku cuma dapat tolong ibu buat manik saja. Maaflah ibu, itu saja Kak Long boleh tolong.. Nak buat macam mana lagi?? Hm..

Oh, hampir lupa. Adalah dalam dua minggu yang lalu, kami ada bela Si Ciput, kucing yang sangat manja. Haha.. nama Ciput tu pelik kan? Adik akulah punya kerja. Nama Ciput tu diambil sempena ekornya yang sejemput. Haha.. Tak nampak rupa ekor pun. Manja sangat. Pagi-pagi nak suruh orang manjakan dia. Kalau tak nanti dia gigit kaki. Kelam-kabut juga pagi tu kalau dia keluar dari sangkar. Bergayut di kaki orang. Hai.. Ciput.. Ciput..