Monday, June 22, 2009

Hati manusia lain-lain..

Memang aku mengaku aku salah.Aku juga serba-salah.Tapi,siapa yang faham dan tahu keadaan yang sebenarnya??Siapa??Hanya aku dan dia,kawan aku yang memang berhati tulus.Sanggup bersusah untuk aku.Pertama kali aku ada kawan macam tu tahu tak??Kau ada??


Ya..memang aku bercuti.Tapi,kau tahukah sebabnya?Mesti kamu fikirkan hanya untuk berseronok.Memang aku berseronok.Kenapa,cemburu?Mungkin ya dan mungkin tak.Mungkin nampak kejam kalau kamu tahu aku suruh kawan aku buatkan semua kerja-kerja aku yang terbengkalai di sekolah.Malah aku di Langkawi tiga hari bersenang-lenang.Hm..kejam tak??Kejam kan??

Kau nak tahu sebabnya?Aku terpaksa!!Terpaksa!!Aku tersepit dalam dua keadaan.Tapi,demi Allah..aku tak suruh pun kawan aku buatkan kerja-kerja aku tu semua.Aku pun ada hati perut.Aku pun ada perasaan.Rasanya tak akan mungkin aku buat macam tu pada kawan aku.Takkan!!Aku cuma terima mesej.."Wan,aku dah buatkan kau punya folio tu.Kau janganlah risau".Ya Allah,aku tak terkata apa-apa.Tak cukup rasanya kalau aku bagi segunung emas pun.Memang aku cukup terharu sangat dapat kawan macam dia.Terima kasih sangat-sangat.Dia dah tolong aku melepaskan diri dari kebuntuan.Terima kasih,ya Allah!!Aku menangis di Langkawi mengenangkan kawan aku yang sanggup tolong aku dan juga aku menangis memikirkan bagaimana agaknya tanggapan kawan-kawan yang lain terhadap aku.Menangis memikirkan ayah aku yang sanggup membuat kami bahagia.

Jadi memang betullah kiraanku.Kawan-kawan aku ramai yang memandang jelek pada aku disebabkan hal tersebut.Tapi sekarang aku dah tak kisah.Biarlah apa kata orang.Mereka tak tahu apa yang berlaku.Asalkan aku dapat menjaga hati ayah aku.Ayah aku bersusah-payah nak bawa aku bercuti,aku fikir fasal benda lain.Sepatutnya aku tak patut fikir fasal sekolah pun sebaliknya hanya memikirkan betapa seronoknya bersama keluarga.Hm..Begitulah orang..Rambut saja sama hitam,tapi hati lain-lain..Lebih ramai yang berfikiran negatif daripada positif.Tapi,aku pun sebenarnya taklah salahkan mereka.Mungkin aku pun akan berfikiran begitu kalau terkena pada orang lain.Jadi,fikirkanlah..

Hari-hari baru di sekolah..

Ya Allah..Kenapa markah aku jatuh merundum??Sedihnya!Teruk betul aku ni.Cikgu pun jadi risau..Hm..Aku tak tahu macam mana lagi nak cakap..SPM dah dekat.Macam mana ni??Setakat ni aku baru dapat 1A.


Cerita lain pula..Baru-baru ni ada Majlis Penutupan Bulan Bahasa.Alhamdulillah..aku dapat tempat kedua dalam pertandingan syarahan Bahasa Arab.Ya Allah..tak sangka rasanya..Persembahan Dikir Arab berjalan lancar walaupun ada sedikit kekok.Huhu..Apa-apa pun Dikir Arab adalah yang terbaik!!

Sunday, June 21, 2009

Pulau Langkawi..

Kami ke Langkawi pada 14 Jun 2009.Maksudnya semasa orang lain tengah sibuk memulakan hari persekolahan.Nak buat macam mana..Dah itu saja hari yang ada.20 Jun ayah dah nak balik Riyadh semula..

Baru tiba di bumi Langkawi.

Inilah tempat pertama yang kami pergi.Beras Terbakar ya??Iyalah kot..Huhu..

Selepas itu,kami membeli-belah berhampiran Beras Terbakar.Murah-murah..


Kemudian,kami ke Underwater World.Awal-awal masuk dah nampak ikan besar.Di situ memang banyak ikan yang pelik-pelik.Piranha pun ada.Aku paling suka penguin.Comel..

Yang ini 'printed hand' kami berempat.Diperbuat daripada lilin.'Peace' tu Abang Cik punya.'Colourful' tu aku.Oren Angah dan yang akhir adik.

Selepas tu,barulah kami ke hotel selepas penat berjalan.

Berehat di pantai di kawasan hotel sebentar sebelum bertolak ke tempat-tempat yang lebih menarik dan seronok.




Di Langkawi Geopark,kami ingin menaiki kereta kabel.Malangnya tempat kereta kabel tutup.Dua hari.Memang tak ada rezeki.Hm..Tapi,kami dapat pergi ke taman tempat pemeliharaan haiwan seperti arnab dan rusa.Seronok..


Pasir Hitam.Di sini tiada apa yang menarik sangat.Cuma pemandangannya lain daripada yang lain.Iyalah..Pasir pun dah hitam,mestilah nampak lain.

Bagi aku,ni paling seronok sebab banyak aktiviti selain dapat menikmati pemandangan yang sangat mengagumkan.Memang aku terharu kerana dapat menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Kuasa ini.Bersyukur sangat.Ya Allah,aku terpegun sangat.Tak terkata.Memang menyentuh hati aku..serius!Aktiviti yang kami buat sepanjang perjalanan menaiki bot termasuklah pergi ke kawasan helang.Memang banyak helang di situ.Tapi,abang yang bawa bot tu cakap,itu baru sikit.Aku tak dapat bayangkan macam mana yang dia kata banyak sebab yang aku tengok tu pun dah cukup banyak.

Lepas tu,kami ke kawasan rumah atas air.Di situ kami dapat tengok macam-macam ikan pelik termasuklah pari.Pari tu memang sangat jinak.Kalau kita kocakkan permukaan air,pari tu akan timbul minta diusap dan dimanjakan.Seronok sangat..

Akhir sekali,kami pulang ke daratan melalui kawasan laut.Abang yang bawa bot tu memang 'sporting' la..Dia bawa kami ke tengah-tengah laut.Sebenarnya pihak bot tu tak benarkan melintasi kawasan laut.Bahaya.Haha..Kebetulan pada masa tu ombak agak kuat.Huh..mencabar jugalah.Tapi,aku suka!Ada sekali tu bot hampir-hampir terbalik disebabkan abang tu tersilap langkah.Hoho..Nasib baik dia dah 'pro' bawa bot.Kalau tidak memang dah tenggelam semua dalam laut.Huhu..

Malam itu,kami makan di satu restoran.Layanannya memang cukup ekslusif.Huh..Bayangkan di tempat parkir kereta ada orang yang jaga di belakang setiap kereta.Hm..mulanya aku pelik juga tempat ni.Layanan macam di hotel.Hm..sekali tengok menu semua telan air liur.Huh..mahal gila!Pertama kali makan macam ni.Haish..Nampak kan gambar 'lobster' di atas?Tahu tak..Harganya memang tak pernah aku bayangkan.RM250.Huh..dahsyat.Boleh pengsan..Rasanya ni kali pertama dan terakhir makan di situ.Haha..

Ini aktiviti terakhir kami selama tiga hari dua malam kami di Langkawi.Berenang di pantai dan berkayak.Tunggang terbalik aku berkayak bersama Abang Cik.Huhu..

Akhir sekali,memang 'best' Langkawi ni.Tak rugi kalau pergi.Haha..'Promote'..'promote'..Tapi,aku bukan orang yang suka nak promosi-promosi ni.Cuma aku nak cakap memang seronoklah di sana.Tak terkata..Huhu..Kalaulah aku dapat pergi waktu cuti sekolah,lagi seronok kan??Tak payah fikir fasal sekolah di sana..


Cuti pertengahan tahun..

Banyak sangat cerita yang aku tak taip.Cuti ni banyak benda yang berlaku di kampung aku.Letih jugalah.Tak sempat nak buat pakej kerja rumah aku.Huhu..Sesak..Sesak..Nak mula dari mana eh?Mula dari mula la..Haha..Benci sebenarnya nak 'upload' banyak-banyak foto ni.Tapi tak apalah.Demi kenangan..

Ni sekadar hiasan..

Ni saudara aku nikah pada 29 Mei.Sebenarnya di situ ada dua orang yang akan dinikahkan.Nak cakap yang baju putih,dua-dua pun baju putih.Hm..saudara aku yang kanan tu tau.Kalau nak kenal boleh,tapi dengan tok kadi tu sajalah ye..

Hari esoknya.Bersanding.Selamat Pengantin Baru ya!!Untuk Abang Piyi' dan Kak As.

Gambar kahwin tu diambil di Perlis.Sebelum kami ke majlis tersebut,ber'shopping' sakan..He..Selepas itu,kami semua berangkat pulang terus ke Terengganu.Penat tu tak payah ceritalah.Bayangkan kami semua terpaksa menempuh perjalanan selama hampir 12 jam dari Perlis ke Terengganu.Fuh..

Nak cerita sikit.Masa tu,dalam 4.30 pagi,kami berhenti di sebuah warung.Orang Thailand agaknya.Hm..kami semua dengan ada yang mamai,terpisat-pisat lagi,'order'lah makan minum.Nak dijadikan 'hot' cerita ni,kami semua jadi nak mengamuklah kalau boleh.Ada ke patut masa memasak kakak tu boleh 'sms'.Tersengih-sengih pula tu.Cepat tak apalah.Ni lambat tahap gila.Siapa tak hangin.Huh..Dah tu,menu berterabur dia hantar.Heheh..satu ayat dari mulut Abang Faizal aku tak boleh lupa.."Eh,ada lori gula terbalik ke kat sini?".Tahu kenapa?Dia masak uish..manis gila!!Haha..padan muka.Dahlah sombong,tak minta maaf pun.Nak juling mata jeling pada kami ni.Hish..Apa da..Teruk betul.Kata ibu,"Kita dah salah tempat la..".Hm..Nak buat macam mana kan??Nasib..nasib..

31 Mei pula sambut hari jadi sepupu aku ni,Wan Afina Batrisya.Si 'Birthday Girl' ni sebenarnya lahir pada 29 Mei.Huhu..Terlajak kot..Kata ayahnya,Pok Ba "Saja nak bagi ramai..".Masa ni aku agak 'tension' sebab gambar yang aku tangkap tak 'clear'.Buruk!

Ni 'cupcakes' yang Cik Na buat.Hadiah untuk Afina.'Cute' kan??

Ni pula Kak Wani dan Abang Wadi.Haha..Nama mereka sesuai kan??Kak Wani tu adik kepada Abang Piyi'.Aku tak tahu nak eja nam dia macam mana.Pandai-pandailah sebut ya..

Wah,nampak berseri-seri saja!Semoga berkekalan hingga ke anak cucu cicit ye..



Gambar pertama tu,nak tunggu ibu dan ayah tiba dari KL.Ayah pula dari Riyadh sebenarnya.Rindunya..Gambar di bawah,setibanya ibu dan ayah.

Hiasan kot..Ni sebenarnya baju Kak Syeeri.Aku buat manik tu dengan ibu.Ok tak??

Tak lupa juga.Cu Ja dan tunang adiknya.Kami ke majlis ini walaupun tak kenal.Hehehe..



Makan..makan..Ahli keluarga berkumpul.Gambar atas,besan bertemu besan.Dua orang sebelah kiri nenek-nenekku dan kanan pula Pok Su Ba.Gambar tengah,Ayah (kiri) dan Aboh.Gambar bawah aku la..dan Angah.