Friday, June 18, 2010

OST Adamay - Yang Teindah



Thursday, June 17, 2010

Kerinduan..



Agak teruja menunggu hari-hari lalu berlalu. Hm.. Mengenangkan aku akan berangkat ke kem PLKN pada hari Isnin ni, rasa hati berbaur. Rasa teruja sebab tak sabar nak menempuh hari-hari yang mencabar di sana. Sedih pun ada. Iyalah.. Semestinya aku kena 'homesick' nanti. Biasalah orang yang malas keluar macam aku ni lebih aman duduk di rumah. Hehe.. Sejak tamat SPM tahun lepas, aku memang sentiasa ada di rumah. Sebagai seorang suri rumah sementara, nanti mesti aku rindu nak buat kerja-kerja rumah.. memasak.. Huhhu.. Kat Negeri Sembilan nanti orang pula masak untuk aku. Heheh.. Risau juga ya. Takut makanan kat sana pedas. Kalau pedas sah-sah aku 'maintain' nanti. Badan tak naik. Abang Cik cakap, aku ni bagi la makanan banyak manapun, perut kecil mesti tak nak masuk juga. Untung juga perut kecil. Hehe..

Aku tengah berfikir apa yang perlu dibawa ke sana nanti. Benda utama yang aku risaukan ialah 'sunblock'. Ergh.. Aku paling tak suka satu benda ni. Dahlah lambat kot nak tempek kat muka. Kena pula orang cerewet macam aku ni. Mesti nak rata. Tak nak nampak pucat. Oh, memang aku cerewet. Aku mengakulah kan.. Ditambah dengan muka aku yang agak sensitif. Silap-silap makin banyak jerawat aku pakai benda ni. Haih.. 'Sunblock' macam mana agaknya yang kena dengan kulit aku. Dan, dan.. yang boleh pakai dengan cepat. Kalau boleh aku malas gila nak pakai benda tu. Tapi.. Ah.. Habislah muka aku hitam balik. Dah lebih lima bulan aku kekalkan warna kulit aku. Tiba-tiba, dalam masa sehari saja boleh musnahkan semua ni? Oh, sabar sajalah..

Okey, okey.. Semangat balik. Biarlah hitam kan. Bak kata Pak Kumbang, eh.. Hehe.. Buat ni untuk negara. Aku teruja nak pergi ni. Hehe..



Friday, June 11, 2010

Pergilah Ayu – The Fabulous Cats


Kosong hidupku tanpa mu
Cermin ku membayangkan bayanganmu
Pameran kaseh ku layu
Tiada dirimu tiada untukku

Tinggalkanku dalam anganku
Sakitku mencintaimu
Deritaku merinduimu
Lemah hati menginginkanmu

Kau hilang terus kau menyepi
Tawaku bila ku ketahui
Berita kau sudah berpunya
Hancur hatiku
Berkeping-keping jadinya

Hilangku bukan kerana cinta
Hilangku bukan untuk menyeksa
Bagiku semua tiada berharga
Biarku telan semua derita

Pergilah kau pergi dariku
Biarkan ku jalani hidup tanpamu
Tiada cinta dan kasehmu
Meski hati merelai

Mati hariku di kotak sepi
Di situ kau mula mahu mengenalinya
Langkahku songsang mula ku sedari
Semula ku hias kau jauh dah pergi

Putus komunikasi kau elakkan diri
Ku mencari jalan kembali kau mahu terus pergi
Ku ingatkan kau memori kau tutupkan telinga
Nyata tiada kita nyata tiada jalan penyambungnya

Ya Allah maha pemurah dan maha pencipta
Terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia
Jika nyata bukan dia pemilik tulang rusukku
Kikiskanlah pesonanya dari kedua mata

Dengan kelebihan dan kekurangan yang ada
Bahagiakanlah mereka ku doakannya
PadaMu ku pohon sucikan hatiku
Sehinga dapat melaksana kehendak dan rencanaMu
Amin

Korus
Pergilah pergilah ayu
Jangan kau
Hiraukan tentang diriku
Pergi kau pergi kau ayu
Ku anggapkan ini satu tragedi

Kau hapuskan semua yang kita bina
Kau hancurkan harapan ku
Untuk hidup bahagia bersamamu

Berkali kau bersumpah untuk berubah
Tapi janji kosongmu
Tak sudah sudah
Entah sampai bila
Kau lepaskan saja aku

Ulang Korus

Pergilah kau pergi dariku
Biarkan ku jalani hidup tanpamu
Tiada cinta dan kasehmu
Meski hati merelai


Thursday, June 10, 2010

Medical Check up.



Sabtu lalu, aku dapat surat daripada PLKN. Macam-macam kertas aku kena tandatangan. Abang posmen tu pula banyak cakap. Aku sebenarnya malas nak layan. Tapi, layan sajalah. Huhu..

Dalam sampul tu punyalah banyak kertas. Iya, bukan kertas biasa. Benda-benda dalam tu sangat, sangatlah penting. Matilah aku kalau hilang satu. Mula-mula tengok surat tu, aku rasa macam.. oh, apa ni? Banyak gila. Lepas tu, aku biarkan atas meja dulu. Serabut tengok kertas banyak sangat. Sah-sah aku tak boleh jadi cikgu ni. Hehe..

Semalam, aku ke Klinik Kajang untuk buat 'medical check up'. Buat pemeriksaan mata. Haish.. agak kacau juga. Aku terlupa nak bawa cermin mata. Jarang aku pakai sebab tu lupa. Aduh.. Nasib baik 'nurse' tu okey. Dia cakap tak apa. Ada satu benda ni mengganggu temujanji aku. Eh, temujanji? Haha.. 'Urine test'. Aku tak naklah taip dalam Bahasa Melayu. Hehe.. Ujian ni aku kena buat di klinik swasta. Sebabnya, klinik tu tak ada air. Aiyoo.. Bikin kacau saja. Ujian lain-lain terpaksa dibuat hari ni. Em.. banyak lagi lah. Malas nak cerita pula. Huhuh.. Tapi, yang aku pelik selalunya kan doktor ambil darah, x-ray. Tapi, tak ada pun. Aku ingat aku akan pengsan hari ni. Nasiblah aku sambung puasa ganti. Kalau tak susah pula nak puasa.

Di klinik tu, aku terjumpa seorang kawan. Em.. baru kenal. Ada seorang budak lelaki selalu ikut dia ke hulu ke hilir. Barangkali abang dia. Takpun pakwe dia. Apa-apa sajalah. Masuk bilik pemeriksaan bersama dia. Dia pun dapat PLKN juga. Hari ni, aku terjumpa dia lagi. Tapi hari ni aku datang lagi awal dari dia. Sebelum keluar dari bilik pemeriksaan, Ibu tegur dia. Aku hanya senyum.

Ibu tanya dia, "Ni abang ke?"
"Em.. ya, abang. Eh, suami. Abang.. Err..", adakah aku salah dengar jawapan dia?
"Eh, suami? Dah kahwin?" Ibu terkejut. Aku pun sama ikut terkejut. Dia hanya tersenyum mengangguk. Lelaki tu pun sama.

Oh, tak sangka tu suami dia. Muda gila kot.. Satu soalan bermain di benak aku. Berapa agaknya umur mereka??


Wednesday, June 2, 2010

Sang Mantan - Nidji


Dulu aku kau puja
Dulu aku kau sayang
Dulu aku sang juara
Yang selalu engkau cinta
Kini roda telah berputar

Kini aku kau hina
Kini aku kau buang
Jauh dari hidupmu
Kini aku sengsara
Roda memang telah berputar

Mana janji manismu
Mencintaiku sampai mati
Kini engkau pun pergi
Saat ku terpuruk sendiri

Akulah sang mantan
Akulah sang mantan

Sakit teriris sepi
Ketika cinta telah pergi

Akulah sang mantan
Akulah sang mantan

Mana janji manismu
Setia sampai aku mati
Kini engkau pun pergi
Saat ku jatuh dan sendiri

Mana janji manismu
Mencintaiku sampai mati
Kini engkau pun pergi
Saat ku terpuruk sendiri

Akulah sang mantan
Akulah sang mantan
Akulah sang mantan
Akulah sang mantan

Mana janji-janjimu