Saturday, February 27, 2010

Facebook

Macam seronok..

Dear Wan Anis, di bawah ini adalah hasil Test Kepribadian Anda:
Siapa diri sejati Anda: Anda dewasa, wajar, jujur dan memberikan nasihat yang baik. Orang meminta komentar pada semua jenis masalah yang berbeda. Kadang-kadang Anda mungkin menemukan diri sendiri dalam sebuah dilema ketika terjebak dengan masalah, yang hatimu bukan kepala Anda perlu untuk diselesaikan.
Pandangan Anda pada diri sendiri:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Anda turun-ke-bumi
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Orang-orang seperti Anda karena Anda begitu mudah
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Anda adalah pemecah masalah yang efisien karena Anda akan mendengarkan kedua sisi dari sebuah argumen sebelum membuat keputusan yang biasanya menarik bagi kedua belah pihak
Jenis pacar yang Anda cari:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Kau suka serius
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Cerdas
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Ditentukan orang
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Anda tidak menilai buku dari sampulnya
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Begitu tampan orang tidak selalu gaya Anda
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Hal ini membuat Anda seseorang yang menarik di mata banyak orang
Kesiapan Anda untuk berkomitmen hubungan:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Anda lebih suka mengenal seseorang dengan baik sebelum memutuskan apakah Anda akan berkomitmen untuk hubungan
Keseriusan cinta:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Anda memiliki taktik yang sangat masuk akal ketika mendekati lawan jenis
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Dalam banyak cara orang menemukan keterusterangan Anda menarik
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Sehingga Anda akan menemukan diri Anda dengan banyak tanggal
Pandangan Anda tentang pendidikan:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Pendidikan sangat penting dalam hidup
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Anda ingin belajar keras
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Belajar sebanyak mungkin
Pekerjaan yang tepat untuk Anda:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Anda orang yang praktis
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Akan memilih pekerjaan yang aman dengan penghasilan tetap
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Mengetahui apa yang Anda ingin lakukan adalah penting
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Menemukan pekerjaan tetap melakukan hal itu
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Anda akan ditetapkan untuk hidup
Bagaimana Anda melihat keberhasilan:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Anda yakin bahwa Anda akan sukses dalam karir pilihan Anda
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Tidak akan menghentikan Anda dari mencoba
Apa yang anda paling takut:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Anda prihatin tentang gambar Anda
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Cara orang lain melihat Anda
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Ini berarti bahwa Anda berusaha sangat keras untuk dapat diterima oleh orang lain
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Sudah waktunya bagi Anda untuk percaya kepada siapa Anda
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Bukan apa yang Anda kenakan

Friday, February 26, 2010

Seni aku?? Seni ke? Hehe..


Pelukis graffiti : Abang Cik, adik aku.
Pewarna : Aku.



Pelukis : Aina Azman, kawan aku.
Pewarna : Aku.

Kesimpulannya, aku suka sangat mewarna. Heheh.. Kecil-kecil tak nak buat. Bila besar sibuk nak buat kan? Haha..


Thursday, February 25, 2010

Sibuk sangat..

Aku ni sibuk sangat ke? Ni pun dah sampai tengah malam buta baru boleh 'online'. Aku mengadu pada Ibu.. Ibu cakap, "Alah, Kak Long sibuk macam mananya. Asyik mengadap internet saja". Haish.. Mana adalah. Aku ada jadual. Belum sampai masa mana boleh buka laptop. Siap kerja rumah baru boleh makan. Kadang-kadang tu aku tak makan pun. Huhu.. Ibu mana tahu. Aku duduk di rumah berseorangan dengan Ciput dan Ciko saja. Dahlah nak jaga dua ekor tu macam jaga anak. Eh, macamlah aku pernah jaga anak. Anak kucing iyalah juga. Kalau tinggal bergaduh nanti. Haih..

Semalam sempat juga buat dua biji kek coklat dengan Ibu dan Cik Nina. Hehe.. Em.. Malas nak 'edit' gambar. Adobe Photoshop dah tak ada. Sedihlah juga.. Huhu..


Kawan-kawan aku yang tak kerja semua cakap bosan duduk kat rumah. Tapi aku ni tak rasa bosan pun. Macam-macam kerja aku buat. Oh ya.. aku menjahit. Lupalah.. Heheh..

Bila agaknya keputusan SPM keluar? Jiran aku cakap Isnin ni. Aku terkejut jugalah. Sebab cepat sangat kot..Betul ke tak jiran aku ni ha? Huhuh..

Tuesday, February 23, 2010

Apa?? Apa??




22 Februari 2010




11.58 p.m.




Aku hanya mampu menulis sependek ni? Heheh.. Gembira. Terharu. Semua ada. Pagi tadi memang mata aku bengkak, sebabnya? Aku menangis. Haha.. Sampai di sini saja yang aku mampu taip. Tak boleh lebih-lebih. Hehe..

Keputusan SPM nak keluar?? Hah?? Kalut.. Kalut.. Tak keruanlah aku. Huhhu..

Friday, February 19, 2010

Tengok la dulu..

Aku memang suka sangat cakap.. "Tengoklah dulu..". Tak tahu sebab apa. Huhu.. mungkin selama ni aku tak bebas sampaikan aku tak tahu nak buat keputusan yang tepat. Aku tak tegas. Aku memang lebih suka ikut kata Ibu dan Ayah. Kawan-kawan aku kata, aku dikongkong. Tapi, aku tak rasa pun aku dikongkong. Haha.. Aku tak kisah pun. Memang aku mengaku kalau orang cakap macam tu. Hakikatnya, masa kecil dulu memang aku rasa sangat dikongkong. Tapi, bila dah matang aku rasa suka hidup aku dikongkong. Alah bisa, tegal biasa kan?

Kebelakangan ni Ibu selalu tanya aku, "Kak Long, kalau Ibu nak buka kedai, Kak Long nak sambung belajar ke nak bisnes?" . Hm.. aku tak tahu nak buat keputusan. Kalau ikutkan hati, aku dah malas nak belajar. Kemalasan aku ni memang terserlah sejak tingkatan empat. Aku memang sedar pun. Orang lain semangat belajar untuk SPM, aku?? Huhu.. Macam tak ada semangat saja. Dahlah dengan slamber tak pergi sekolah tanpa sebab munasabah. Hohoh.. Kalau orang tanya aku tak menyesal ke ponteng sekolah, aku cakap tak. Dah memang tak menyesal, takkan nak buat-buat menyesal pula. Huhu..

Akhirnya, satu saja keputusan yang aku buat. Kalau keputusan SPM aku okey, maksudnya 4A ke atas, aku sambung belajar. Tapi kalau bawah daripada tu, aku rasa baik aku uruskan kedai saja. Aku dah letakkan prinsip, aku harus sedia dengan apa jua perkara yang mendatang. Jadi, kalau ikutkan hati, memang 70% aku nak jaga kedai saja. Menjahit. Tapi, kalau keputusan aku baik memang sayanglah juga kalau tak pergi jauh.


Ni gambar manik yang aku buat tahun lepas. Entah baju siapalah ni. Aku pun tak ingat. Huhu..

Wednesday, February 17, 2010

Aku pada zaman budak hingusan..

Kalau balik kampung, orang kat kampung sukalah nak malukan aku. Haha.. Cerita macam-macam fasal aku zaman muda dulu. Eh, silap.. Zaman budak dulu. Huhu..

Cerita paling kerap mengundang tawa aku, cerita aku petik limau kasturi belakang rumah Tok Wan. Masa tu aku baru lepas pandai berjalan. Tok Wan pelik kenapa tiba-tiba rumah jadi sunyi. Rupanya senyap-senyap pergi petik limau. Marah jugalah Tok Wan masa tu. Iyalah, petik buah yang tak masak lagi. Tak ada satu pun limau kasturi yang tinggal kat pokok. Haha.. Rajin betullah aku masa kecil.

Mak cik aku pula cerita, alat-alat solek memang tak boleh biarkan di atas meja. Nanti memang jahanam dek kerana budak ni. Haha.. Kalau ada lipstik memang habis aku ambil buat conteng-conteng kat cermin. Yang paling kelakar, mak cik aku terkejut tiba-tiba masuk bilik tengok penuh bedak di atas lantai. Sekali nampak tapak kaki yang kecil comel. Tapak kaki bekas bedak. Dah sah itu tapak kaki aku. Huhu.. Kenapalah aku nakal sangat masa kecil? Dah besar jadi malu pula orang cerita. Hahha..

Aku memang suka sangat menyanyi. Siap joget-joget lagi. Huh.. Tak sangka aku masa kecil tak malu. Haish.. Asal orang suruh nyanyi, aku pun mula menyanyi. Semua lagu-lagu iklan dalam tv aku hafal. Kata Ibu la.. Haha..

Nasib baik bila besar aku tak macam tu. Kalau dah tua ni pun perangai macam tu, tak tahulah kan.. Haha..

Balik kampung..

Ibu aku. Hoho.. Ni Anggun Maya. Yeah, nama yang pelik. Dalam gambar ni dia baru 25 hari.

Kenapa nampak kelakar? Comel pun ada juga.

Awar, aku dan Angah.. Siapa paling muda? Hahha..

Angah, aku, Atie..


Tumpukan pada cermin mata tu. Haha!

A'ah, Kay, Yen.. Bila kita nak bergambar ni, ha??

Friday, February 12, 2010

Sanggup jadi bini nombor dua?? Sanggup?

Semalam aku sms dengan kawan aku. Mula-mula tanya fasal borang UPU, lepas tu borak-borak fasal suri rumah. Biasalah, aku sekarang kan seorang suri rumah. Hoho.. Bangga jadi suri rumah.. Tiba-tiba, kawan aku ni masuk bab lain..

Kawan : Aku nk tnye ko. Boleh ke bcinta dgn laki orang lepas tu nk rbut laki tu?
Aku : Err.. Laki orang? Mksd ko suami orang? Ish, bdosa weh bcinta ngn laki org..
Kawan : Tp kalo cinta jugak?
Aku : Snang je.. Ko kawen ngn dia.. Jadi bini no 2.. Ko sanggup ke? Drpd ko buat dosa bcinta ngn laki org baik ko kawen je ngn dia trus.. Apsl ko tnye ni, ha?
Kawan : Kalo bini no 1 x rela? Nk gi Thailand ke? Tetiba aku rase cam x boley nk elak sbb laki skang smakin pupus.. (aku nak gelak baca ni.. haha)
Aku : Ada ke mak ayh yg nk ank dia kawen lari? Dah tu jd bini no 2 lak tu.. Drpd ko saketkn ati rmai org, ko sorg je yg bahagia.. Baik ko putus je la.. Lagi bagus..
Kawan : Hehe.. Bpandangn jaoh gk ko eh..

Aku bukannya apa. Cuma bagi pandangan saja. Orang tanya, aku jawab. Hohoh.. Tak sangka pula ada orang nak tanya aku benda macam ni. Aku dahlah tak kahwin lagi kan.. Haha.. Erm.. banyak sebab sebenarnya tak perlu pilih suami orang.

Sebagai anak, cuba kita fikir macam mana kalau ayah kita ada perempuan lain? Mesti rasa sakit hati kan.. Walaupun bukan sebab diri kita disakiti, mesti rasa sakit juga. Mak kita macam mana? Tak pernah terfikir ke perasaan mak kita kalau dia tahu ayah kita ada orang lain? Kalau mak kita sedih, takkan kita sebagai anak tak rasa sedih kan.. Macam tu jugalah perasaan anak-anak 'si dia' tu dekat rumah.


Lepas tu, cuba bayangkan perasaan isteri 'si dia' tu. Bohonglah kalau tak rasa sakit sikitpun. Walaupun si isteri tu suruh suaminya berkahwin lain, mesti sakit hati juga. Macam mana kalau pak we kamu dirampas? Sakit hati kan? Tu baru pak we, belum lagi suami. Huhu.. Aku bukan sekadar cakap. Tapi, aku pernah tengok sendiri betapa sengsaranya si isteri bila si suami ada orang lain. Lagi sengsara kalau si isteri bermadu.. Nak ke dituduh dan dicop sebagai perosak rumah tangga orang? Memanglah bermadu boleh dapat payung emas kat akhirat nanti. Tapi, bukan senang-senang macam tu saja nak dapat. Kena betul-betul ikhlas menerima si 'honey' madu tu. Huhu..

Erm.. sebelum buat keputusan nak kahwin dengan laki orang, cuba fikir.. Kalau 'si dia' boleh buat pada isteri pertama macam tu, jadi tak mustahil nanti 'si dia' buat lagi pada kamu yang nak bercinta dengan suami orang ni. Betul kan? Hehe..

Thursday, February 11, 2010

Kenapa masa tak boleh diulang?

Dulu, aku selalu bertanya pada diri. Kenapa ya masa tak boleh diundur? Tapi sekarang kan aku dah boleh berfikir. Mana mungkinlah kita boleh kembali ke waktu dulu. Hehe.. Lawak juga bila difikirkan. Semua manusia yang hidup pasti akan melalui zaman kanak-kanak, zaman remaja, zaman tua. Ha? Zaman tua? Apalah aku ni.. Hoho.. Kenapalah aku terfikir benda-benda pelik macam ni? Mungkin sebab aku terlampau rindukan zaman budak-budak agaknya. Haha..

Cuba bayangkan bagaimana agaknya hidup kalau semua orang boleh mengulangi masa lalu. Mesti tak ada orang yang akan jadi tukang sapu, pengutip sampah atau seumpama dengannya kan? Kenapa aku cakap macam ni? Sebabnya, semua orang mesti, 'comfirm' nak jadi pandai. Semua orang nak jadi doktor, jurutera, arkitek, cikgu.. Mana ada orang bercita-cita nak jadi pengutip sampah? Cuba tanya dekat satu dunia, siapa nak jadi tukang sapu. Tak ada orang nak kan? Hm.. Sama juga aku. Aku pun tak nak. Huhu.. Bukan menghina, cuma untuk renungan saja. Pusing macam manapun tetap kita kena fikirkan yang Allah itu maha adil. Dia dah tetapkan segalanya. Kita hanya merancang. Semua yang terjadi adalah untuk keseimbangan. Ya, keseimbangan dalam masyarakat. Kalau tak ada tukang sapu dan pengutip sampah, mesti tempat kita kotor. Rumah kita dipenuhi dengan sampah-sarap. Iyalah, dah tak ada orang nak ambil sampah. Sanggupkah kamu pergi ulang-alik ke tempat pelupusan sampah semata-mata untuk menghantar satu sampah? Kalau ada pun segelintir saja.. Betul kan?

Cuba bayangkan lagi kalau masa boleh diundur, apa akan jadi? Pastinya semua nak jadi muda belia sepanjang hayat. Haha.. Aku pun nak macam tu kalau boleh. Tapi, sebagai manusia kita harus melalui dan terima semua tu. Oh, nanti bila dah tua mesti ada kedut-kedut di muka. Hm.. kalau muda tak payah cucuk botox kan. Hehe.. Tapi, semakin kita tua sepatutnya kita harus sedar makin banyak dosa yang kita tanggung. Ini kalau sentiasa muda, mana nak sedar lagi diri banyak dosa. Hoho.. Lagipun proses semulajadi kan lagi cantik, unik? Cuba tengok orang tua yang mukanya berkedut dan tak lama lepas tu mukanya tiba-tiba tegang semacam. Mesti orang pandang pelik. Mesti orang ragu-ragu. Entah-entah dia cucuk botox ke.. Haha.. Em.. kalau semua nak jadi muda, siapa nak jadi tua? Siapa nak jadi bayi? Takkan keluar dari perut mak terus besar kot.. Macam tak adillah. Huhu..

Kalau masa boleh diundur, tak ada orang masuk neraka kot? Semua mesti nak jadi baik. Dah buat jahat lepas tu pergi balik ke masa lalu dengan harapan semuanya boleh dibaiki. Ramai orang nak macam tu kan? Tak mungkin.. Insya'Allah dengan bertaubat dan membuat kebaikan saja mampu menebus dosa. Allah kan maha adil?

Dan yang paling penting kalau masa boleh diundur, kita takkan ada kenangan. Sebab semua kenangan akan tercipta jika kita laluinya sekali seumur hidup. Kalau masa dah diundur, kenangan tersebut takkan menjadi kenangan lagi. Betul kan? Huhu.. Daripada kenangan jugalah munculnya pengalaman. Pengalaman memang banyak mengajar kita, manusia tentang erti hidup yang sebenar. Pengalaman jugalah yang boleh mengubah diri kita supaya menjadi manusia yang lebih baik dan matang.

Wednesday, February 10, 2010

Nak gugur jantung aku..

Petang tadi, aku, Ibu dan Cik Ti baru pulang dari Gombak. Ziarah orang sakit. Sesampainya di rumah, tiba-tiba Abang Cik telefon 'handphone' Ibu. Ibu segera keluar rumah dengan agak kelam-kabut. Aku pula leka bercakap dengan Angah. Aku dengan 'excited'nya mencuba shawl yang baru dibeli tadi. Haha.. murah saja. Nak cuba benda baru kan..

Tiba-tiba, aku dan Angah terdengar suara Ciput dari luar. Lain macam bunyinya. Kami terkejut. Aku yang sedang melilit shawl, terus tanggalkan dan meluru keluar. Kami tambah kaget apabila melihat apa yang berlaku. Ya Rabbi, Ciput tersepit di tengah-tengah pagar rumah, pagar automatik. Aku terpinga-pinga tak tahu apa yang patut dibuat. Terlupa sebentar keadaan sekeliling. Lidah kelu. Beberapa saat aku baru dapat berfikir. Aku terus menekan punat 'controller' pagar automatik. Aku terus berlari mendapatkan Ciput. Serentak aku dan Angah menjerit nama Ciput. Pabila pagar terbuka, Ciput kaku dan jatuh bagaikan patung. Tersangkut-sangkut nafasnya. Angah dah menangis teresak-esak. Aku tengok dengan perasaan yang.. aku pun tak tahu nak terangkan. Jantung bagai disentap. Sebak sampai sejuk kepala aku macam nak pitam. Aku terus mendukung Ciput yang sedang kesakitan. Huhu.. Sedihnya..

Lepas Maghrib tadi, air mata aku merembes keluar tanpa henti bila peristiwa itu tiba-tiba datang menerpa fikiran. Astagfirullah.. Itu saja yang aku mampu lafazkan dalam keadaan macam ni. Tapi, alhamdulillah Ciput tak apa-apa. Cuma bila aku terpandang pagar rumah aku mesti peristiwa tu menghantui fikiran. Terlampau takut. Terfikir bagaimana kalau masa tu semua orang tak sedar? Ah, lupakan.. lupakan..

Adakah aku fobia dengan kejadian ni?


Tuesday, February 9, 2010

Tinggal Kenangan - Caramel Band



Pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku

jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
ingin kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih

pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku

jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
ingin kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih

Monday, February 8, 2010

Mesra Pet Shop

Tadi aku saja pergi teman Ibu pergi klinik gigi. Gigi geraham bongsu patah. Kata Ibu, nak cabut. Ibu 'booked' untuk hari esoknya. Hm.. Orang kata kalau gigi dah macam tu kena bedah. Aku dah kecut dengar perkataan 'bedah' tu. Macam-macam aku tanya. Sedar ke tak masa buat tu? Sakit tak? Doktor tu buat guna apa? Mesti letih buka mulut besar-besar kan? Hish.. seram aku..

Lepas tu, teringat pula nak belikan botol susu untuk Ciko. Ciko dah kurus sikit sebab tak pandai makan lagi. Aku dan Ibu masuk ke Mesra Pet Shop dekat Impian Gemilang tu. Wah, teruja habis aku masuk kedai tu. Ada kucing, arnab dan hamster. Wah, geram.. geram.. Aku pun apa lagi terus saja meluru ke arah kucing-kucing tu. Sukanya! Sukanya! Comel!!! Seronok betul aku main dengan kucing-kucing tu sebab dalam kedai tu tak ada orang lain selain aku, Ibu dan jurujual. Semua kucing tu untuk dijaga bukan untuk dijual. Tak silap aku, sehari RM10. Manja betullah kucing-kucing tu. Semua berebut nak suruh aku manjakan, nak suruh dibelai. Sampai ada yang bergaduh. Huhu.. Masa main tadi, sempat juga aku ambil gambar. Hehe..



Aku paling suka yang putih ni. Kucing ni 'excited' sangat bila nampak orang nak belai dia. Dahlah paling comel pula tu.. Eeii.. geramlah! Bila lagi aku nak datang sini?

Saturday, February 6, 2010

Ciput.. Ciko..

Aku nak kenalkan 'adik-adik' baru aku. Haha.. Yang bawah ni, Ciput. Tau kenapa? Sebab ekor dia sejemput. Dari jauh dah kenal tengok dari belakang. Haha.. Unik kan? Ada orang tanya.. Kenapa warna hitam? Dah dia hitam, nak buat macam mana.. Hm.. Ada lagi yang tanya. Kucing hitam boleh nampak hantu kan? Tak takut ke? Aku jawab saja. Macamlah kucing lain tak boleh nampak hantu. Dah tu, nak takut apa, dia yang nampak. Bukannya aku. Hahha.. Eh, fasal apa ada garisan kat tulisan ni?


Ni pula Ciko.. Eh, bukan manusia tu. Tapi, kucing tu.. Haha.. Emm.. Aku baru kutip semalam kat rumah Cik At. Ibu tengok terus berkenan. Warna coklat tu sebenarnya yang menarik perhatian. Muka dia comel.. Macam 'teddy bear'. Huhu.. Geram betul.



Kedua-duanya sama saja. Bukan sama fizikal, tapi sama perangai. Dua-dua suka sangat bermain. Sikit-sikit nak gigit orang. Haha.. Kecil-kecil dah pandai ya? Jalan pun tak betul lagi. Ciko ni pun tak sangka sama macam Ciput. Aktif semacam. Aku keluarkan dari sangkar terus terkam kaki aku. Huhu.. Ciput pula dah besar. Lagi mencabar kesabaran aku. Kadang-kadang dia terkam belakang aku. Ni nak bermanja ke apa ni Ciput? Selalunya Ciput buat macam tu kalau dia marah aku lambat bagi dia makan. Heheh..

Kalau Ciput tidur dalam bilik aku malam tu, 5.30 pagi esok mesti dia kejutkan aku. Bukannya apa, cuma nak makan. Kalau aku malas, ambil saja makanan dia bawa masuk bilik. Kalau tak layan, nanti dia buat sampai aku layan dia. Gigit-gigit kaki aku. Huhu.. Mentang-mentanglah ada senjata kan.. Tak dapat kaki, tangan dia gigit. Iyelah, aku yang masih mamai lagi dipaksa. Kalau tak nanti habislah berparut kaki aku. Ergh.. Dia makan kena pula orang tunggu. Kalau tak dia takkan makan. Saja nak bagi aku 'excercise' pagi-pagi kan? Hahha..

Yang penting aku sayang dua-dua. Dua-dua pun comel..

Thursday, February 4, 2010

Perempuan dan 'make up'..

Si Budak : Nape eh orang perempuan suka mekap?
Aku : Nape tanya?
Si Budak : Mana tau kau pakai kot.. Buat apa mekap tebal-tebal ni? Dahlah banyak bahan kimia. Nnt pakai byk2 muke pucat..
Aku : Mane tau nih? (tau plak dia psl mekap2 ni)
Si Budak : Aku kan ska membaca.. Hehe..
Aku : Owh, abis tu kau tak nak la bini kau lawa eh?
Si Budak : Sikit2 x pe la..
Aku : Oh, ok..
Si Budak : Semulajadi lg cantik kn..
Aku : Ape2 je la..



Aku : Ibu, kawan Kak Long ada tnye knape perempuan suka mekap..
Ibu : Dah mmg lumrah orang perempuan cam tu. Naluri..
Aku : Betul jgk..
Ibu : Kalau tak mekap nnt laki cari lain. Nak ke?
Aku : Ha?? (telan liur.. Haha..)
Ibu : Kalau nak yg smula jadi cantik baik ambik model je terus..
Aku : Tu la masalahnya model pun mekap jgk.. Orang sekarang yg cantik jarang la yang tak mekap.. Kurang2 pakai la bedak sikit.. Hm..
Ibu : Orang lelaki pun mekap ape..
Aku : Hehe..



Haha.. mana ada perempuan yang tak bersolek sebelum keluar rumah. Kalau ada pun sikit sangatlah. Kalau nak pergi pasar ke lain ceritalah kan.. Aku pun kadang-kadang malas juga nak bersolek sebelum keluar. Tambah lagi kalau setakat nak pergi Tesco je.. Macam la Tesco saja dekat dengan rumah aku kan. Haha.. Aku lebih-lebih pun kalau ada 'dinner' atau majlis-majlis tertentu saja. Bukan senang nak 'make up' ni tau.. Jadi, bagi orang yang pandai bersolek ni, tahniahlah! Selain tu, kalau rajin aku pakai bedak dengan celak saja. Gincu? Oh, aku tak suka pakai 'lipstic'. Rasa peliklah.. Eh, lelaki pun ada yang bersolek tau. Haha..

Ya, memang semulajadi lagi cantik. 'Natural beauty' kan.. Betullah kata Si Budak tadi. Aku tak nafikan. Tapi, lumrah manusia, tak puas dengan apa yang ada. Aku pun macam tu. Nanti adalah yang tak kena kalau tak 'make up'. Bukan saja tak kena pada diri sendiri, tapi orang lain juga. Cuba bayangkan orang yang mukanya berminyak atau apa-apa saja yang agak tak sedap dipandang melekat kat muka. Walaupun bukan kamu yang mengata tentu ada juga orang-orang yang akan mengata. Mulut orang mana boleh tutup. Heheh.. Alhamdulillah, aku tak tergolong dalam si 'Joyah' mulut jahat tu.. Fasal apa entah aku suka kaitkan nama Joyah dengan kecoh ni. Huhu.. Sesiapa yang ada nama macam tu, maaflah ya.. Jadi, untuk menutup mulut mereka cuma satu. Ubah penampilan walaupun sedikit. Lepas tu, kalau mereka tu nak kutuk juga tak tahulah kan.. Huh.. Aku serius tak suka orang macam ni. Dahlah dengan slambernya kutuk orang, macamlah dia tu 'perfect' sangat kan..

Tuesday, February 2, 2010

Terus-terang atau bohong??

Perkara yang aku paling benci kat dunia ni ada dua..

Pertama, menyakiti keluarga sendiri.

Kedua, menyakiti kawan sendiri.

Prinsip aku, berkata benar walaupun pahit. Kalau tanya orang lain sama ada terus-terang atau berbohong lagi baik, mestilah orang cakap berterus-terang lagi baik. Hakikatnya, mampukah kita terima kebenaran tu? Lepas apa yang terjadi, tak mungkin lagi aku akan jadi seorang yang jujur. Belajar daripada pengalaman kan.. Hanya memakan diri saja nanti. Ya, kadang-kadang bila dah terlepas cakap baru aku terfikir yang aku ni sememangnya lurus. Atau bahasa adik aku, 'lampi'.. Huh.. Sepanjang malam tadi aku berfikir kenapalah aku ni terlalu jujur?? Salahkah aku jujur? Bagi aku, kejujuran pun boleh memutuskan tali persahabatan..

Mungkin ada orang yang boleh buat tak tahu kalau perkara macam ni terjadi. Mungkin mereka akan cakap, "Biarlah, aku dah cakap benda yang betul kan.. Dia nak marah pun apa aku kisah..". Aku dah cuba nak buat macam tu. Tapi, lepas tu aku masih rasa seolah-olah ada batu yang besar menghempap aku. Aku memang takkan tenang dengan prinsip begitu.

Bagi sesiapa yang berkaitan, tolonglah maafkan aku. Aku dah puas menangis sebab sakitkan hati kawan-kawan aku disebabkan kejujuran aku ni. Lepas apa yang berlaku, aku tak dapat nak tarik balik kata-kata aku. Cuma ini saja aku boleh buat. Aku boleh minta maaf saja. Aku tak mampu nak mengikis kemarahan kamu semua. Aku juga manusia biasa yang punya kelemahan. Ya Allah, ampunilah aku..

Cinta Sempurna - Yuna


Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Telusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesbrnmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
tak mampu tuk memnaggung sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhhh

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirmu
ku sanjung setiap kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu
Akhirkankan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan
Ohhh

Sempurnanya sifatmu
Telusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesbrnmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu tuk menanggung sebuah cinta sempurna darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhhh


Monday, February 1, 2010

Mikhail


Hish.. banyak pula novel yang aku baca. Hehe..


Aku malas nak ulas kali ni. Bacalah kalau nak tahu.

Aku cuma boleh cakap, aku memang suka sangat watak Mikhail. Suka sangat-sangat.. Dia ni 'cool', baik sangat.. Walaupun dia ni pembunuh, aku tak kisah pun. Banyak lagi yang aku suka fasal dia. Tapi, tak payah cakaplah. Nanti orang cakap aku tak berpijak di dunia nyata pula. Haha..

'First time'?? Heheh..

Tadi lepas Zohor terus pergi ke Alamanda. Bagi orang yang macam aku ni, memang tak suka pergi tempat-tempat macam ni. Setakat nak cuci mata bolehlah.. Sebab apa? Sebabnya barang-barang kat situ semuanya mahal-mahal. Benda yang boleh buat aku terbeliak biji mata tengok pun, tak mampu menarik perhatian aku. Pegang pun tak nak kalau boleh.. Huhu.. Mahal sangatlah. Tak minat. Cis, orang peduli apa aku minat ke tak..

Tujuan aku satu 'family' pergi situ pun bukan sebab nak ber'shopping' tapi nak bersuka ria. Huhu.. Kami nak main bowling. Aku ni punyalah 'excited' fasal tak pernah main kan. Dah 18 tahun hidup, aku tak pernah pegang pun bola bowling ni. Ish.. ish.. Tak apa. Sekurang-kurangnya aku dah pegang hari ni. Hahahha..

Lepas tu, yang paling aku suka.. Aku dapat markah kedua tertinggi. Woo.. teruja, teruja.. Ayah yang tertinggi. Yeah.. boleh tahan juga ayah aku ni. Hehheh.. Lain kali nak main lagi boleh tak?? Hihi..

Huhu.. fasal belajar memandu. Lepas raya cina aru aku mula belajar. Huh.. Hati aku ni kekadang rasa nak meletup pun ada juga kan.. Iyalah, orang lain pun baru daftar sekarang dah boleh bawa kereta ke mana-mana. Tapi aku?? Ah, lupakan.. lupakan.. Bak kata kawan aku, nanti marah cepat tua kan?? Hahha..

Tak sabar nak tunggu 5 Februari ni.. Huhu..