Thursday, February 11, 2010

Kenapa masa tak boleh diulang?

Dulu, aku selalu bertanya pada diri. Kenapa ya masa tak boleh diundur? Tapi sekarang kan aku dah boleh berfikir. Mana mungkinlah kita boleh kembali ke waktu dulu. Hehe.. Lawak juga bila difikirkan. Semua manusia yang hidup pasti akan melalui zaman kanak-kanak, zaman remaja, zaman tua. Ha? Zaman tua? Apalah aku ni.. Hoho.. Kenapalah aku terfikir benda-benda pelik macam ni? Mungkin sebab aku terlampau rindukan zaman budak-budak agaknya. Haha..

Cuba bayangkan bagaimana agaknya hidup kalau semua orang boleh mengulangi masa lalu. Mesti tak ada orang yang akan jadi tukang sapu, pengutip sampah atau seumpama dengannya kan? Kenapa aku cakap macam ni? Sebabnya, semua orang mesti, 'comfirm' nak jadi pandai. Semua orang nak jadi doktor, jurutera, arkitek, cikgu.. Mana ada orang bercita-cita nak jadi pengutip sampah? Cuba tanya dekat satu dunia, siapa nak jadi tukang sapu. Tak ada orang nak kan? Hm.. Sama juga aku. Aku pun tak nak. Huhu.. Bukan menghina, cuma untuk renungan saja. Pusing macam manapun tetap kita kena fikirkan yang Allah itu maha adil. Dia dah tetapkan segalanya. Kita hanya merancang. Semua yang terjadi adalah untuk keseimbangan. Ya, keseimbangan dalam masyarakat. Kalau tak ada tukang sapu dan pengutip sampah, mesti tempat kita kotor. Rumah kita dipenuhi dengan sampah-sarap. Iyalah, dah tak ada orang nak ambil sampah. Sanggupkah kamu pergi ulang-alik ke tempat pelupusan sampah semata-mata untuk menghantar satu sampah? Kalau ada pun segelintir saja.. Betul kan?

Cuba bayangkan lagi kalau masa boleh diundur, apa akan jadi? Pastinya semua nak jadi muda belia sepanjang hayat. Haha.. Aku pun nak macam tu kalau boleh. Tapi, sebagai manusia kita harus melalui dan terima semua tu. Oh, nanti bila dah tua mesti ada kedut-kedut di muka. Hm.. kalau muda tak payah cucuk botox kan. Hehe.. Tapi, semakin kita tua sepatutnya kita harus sedar makin banyak dosa yang kita tanggung. Ini kalau sentiasa muda, mana nak sedar lagi diri banyak dosa. Hoho.. Lagipun proses semulajadi kan lagi cantik, unik? Cuba tengok orang tua yang mukanya berkedut dan tak lama lepas tu mukanya tiba-tiba tegang semacam. Mesti orang pandang pelik. Mesti orang ragu-ragu. Entah-entah dia cucuk botox ke.. Haha.. Em.. kalau semua nak jadi muda, siapa nak jadi tua? Siapa nak jadi bayi? Takkan keluar dari perut mak terus besar kot.. Macam tak adillah. Huhu..

Kalau masa boleh diundur, tak ada orang masuk neraka kot? Semua mesti nak jadi baik. Dah buat jahat lepas tu pergi balik ke masa lalu dengan harapan semuanya boleh dibaiki. Ramai orang nak macam tu kan? Tak mungkin.. Insya'Allah dengan bertaubat dan membuat kebaikan saja mampu menebus dosa. Allah kan maha adil?

Dan yang paling penting kalau masa boleh diundur, kita takkan ada kenangan. Sebab semua kenangan akan tercipta jika kita laluinya sekali seumur hidup. Kalau masa dah diundur, kenangan tersebut takkan menjadi kenangan lagi. Betul kan? Huhu.. Daripada kenangan jugalah munculnya pengalaman. Pengalaman memang banyak mengajar kita, manusia tentang erti hidup yang sebenar. Pengalaman jugalah yang boleh mengubah diri kita supaya menjadi manusia yang lebih baik dan matang.

0 komentar: