Monday, March 29, 2010

Kenapa masa kecil comel ha?



Saja rasa nak letak gambar masa kecil. Heheh..



Ni tidur ke, buat-buat tidur? Rambut terpacak tu Angah. Rambut kalah budak lelaki. Haha..


Tembam. Hohoh..

Ibu aku cakap, masa kecil comel sebab tak pernah lawan cakap. Besar-besar dah tak comel sebab dah pandai melawan. Dosa pun tanggung sendiri. Hehe..


Thursday, March 25, 2010

Kenapa..?



Bila tengok gambar tu..

Aku jadi sakit hati..

Nafas jadi sempit..

Aku tenggelam dalam satu perasaan yang aku sendiri tak dapat fahami..


Saturday, March 20, 2010

Cuti Mac 2010

Sebelum tu, aku nak cakap. Banyak benda yang aku dapat belajar sepanjang cuti ni. Duduk di rumah sewa Ayah di Penang membuatkan aku seronok walaupun serba kekurangan. Periuk nasi elektrik tak ada, mesin basuh tak ada, apa lagi? Katil, sofa? Lagilah tak ada. Heheh.. Macam duduk di rumah orang baru kahwin. Ibu cakap masa inilah nak melatih aku jadi perempuan. Hoho.. Okey, aku faham. Haha..

Em.. Di Bukit Mertajam, kami hanya dapat keluar pada waktu malam. Iyalah, waktu siang Ayah kerja kan.. Aku malas nak hurai panjang-panjang lagilah. Tengok gambar sajalah. Hehe..






Gambar tak formal. Aku ada gambar formal ke?? Ceh..



Aku suka gambar ni. Romantiknya.. Dah kahwin tak apalah.. Tak kahwin sakit mata aku nak tengok.. Hahha!

Gambar ni diambil semasa di restoran Mutiara Kristal. Sedap kambing bakar kat situ.




Di Route 69.




Pasar di Kuala Kangsar, Perak.





Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.





Muzium Diraja Perak.




Jambatan gantung.

Aku di Penang boleh kata setiap malam keluar makan. Tapi, kenapa orang tetap cakap aku makin kurus? Hish..

Aeishah datang tadi. Oh, rindunya dia!!

Thursday, March 11, 2010

Keputusan SPM

Budak-budak yang berumur 18 tahun macam aku memang tertunggu-tunggu saat ni. Walaupun aku tak dapat rasakan degupan jantung yang laju seperti orang lain, aku tetap suka melihat suasana yang kecoh di sekolah tadi. Tepat jam 11.00 pagi, aku, Ibu dan Murnirah bertolak ke SMK Saujana Impian. Sudah hampir tiga bulan aku tidak menjejakkan kaki di sini. Sekolahku yang cantik dah jadi bertambah cantik dengan pagar yang berwarna 'peach'. Heheh..

Lebih kurang pukul 11.30 pagi, cikgu mengumumkan pelajar yang mendapat keputusan terbaik bagi tahun ini. Seramai 18 orang pelajar memperoleh 7A dan ke atas. Para pelajar ini termasuklah Asma, Ili, Syahidah Samsir, dan juga Wong Kang Wei. Tahniah ya!! Masa inilah semua pelajar mempamerkan wajah mereka yang pucat, merah.. Ada juga yang dah menangis. Suasana memang agak bising pada masa tu.

Murnirah dengan muka cuaknya. Heheh.. Gambar aku tak ada sebab muka aku tak berapa nak cuaklah masa tu..

Lepas memperoleh keputusan SPM. Aik?? Mata aku berair? Hohoh.. Aku menangis jugalah masa cikgu umumkan yang bahawa peratus kelulusan matapelajaran Kimia dan Fizik di SMKSI mencapai tahap 100%. Aku terlampau gembira pada masa tu sebab selama ni aku sangkakan aku akan gagal dalam matapelajaran Kimia.

Alhamdulillah.. Keputusan aku agak memuaskan aku. Sebabnya, aku memang tahu aku tak layak untuk mendapat lebih daripada tu. Berbaloi dengan usaha aku yang terus-terang aku cakapkan memang sedikit. Walaupun kesabaran aku kadang-kadang tergugat, tapi aku dengan segera mengingatkan diri aku bahawa ini semua ujian untuk aku. Ujian dari Yang Maha Esa. Ya, aku terima dengan keputusan 3A aku. Syukur semuanya kredit iaitu tidak kurang daripada C.
Buat kawan-kawanku.. Tahniah! Walau apapun keputusan yang kamu dapat, itulah usaha kamu. Kamu dah cuba yang terbaik untuk semua tu. Dan, sebagai kawan aku tumpang gembira dengan keputusan kawan-kawan aku yang memberansangkan.Tahniah ya! Untuk Hanis Nasyitah dan Aeishah Khidir.. Tahniah kerana memperoleh 'straight A'..


Wednesday, March 10, 2010

Ujian JPJ

Tidak tepat pada pukul 8.00 pagi, van yang aku naiki bertolak ke pusat memandu IMKEDA. Macam biasalah janji pukul 8.00 pagi tapi pukul 8.30 pagi baru sampai. Huhu.. Okey. Hm.. Sesampainya aku di pusat memandu, aku mengikut sahaja kawan-kawan aku ke sebuah bilik. Agaknya adalah dalam lebih 50 orang di dalam bilik tersebut. Aku buat muka slamber dengan membawa bantal di tangan. Ah, peduli apa orang nak pandang. Heheh.. Aku yang bernombor giliran 50 termangu-mangu pabila diberitahu aku akan menjalani ujian pada sesi yang ketiga. Oh, apa aku nak buat dengan masa yang ada? Bayangkan dari pukul 9.00 pagi sehingga 1.30 petang aku terpaksa menunggu giliran. Ada kakak ni telefon ayahnya sebab nak balik. Lama kot.. Kalau ikutkan aku pun aku nak balik juga. Heh.. Aku dan kawan-kawan duduk saja di surau. Buat apa lagi kalau tak berborak lepas tu tidur. Haha..

Tepat jam 1.30 petang iaitu selepas kami solat zohor, kami ke dewan. Haha? Dewan?? Aku pun tak tahulah. Huhu.. Pegawai JPJ memberi ceramah pada kami semua tentang perjalanan sepanjang ujian berlangsung. Setelah itu, nombor-nombor diserahkan. Saat ini aku terserempak dengan Cheah Ka Shing. Betul ke aku eja nama dia? Huhu.. Selesai berurusan di dewan tu kami terus ke pondok berdekatan bukit. Perasaan duduk di situ macam perasaan nak tengok kereta berlumba. Hahha.. Mana taknya, kereta berderet depan mata.

Aku macam cacing kepanasan tak senang duduk di pondok tu. Panas. Aku berdoa di dalam hati supaya Dia mempermudahkan urusanku. Tunggu punya tunggu, akhirnya tiba giliran aku. Memang berdebar juga. Tak normallah kalau aku tak ada perasaan macam tu. Em.. Pegawai JPJ tanyakan nama aku. Kemudian aku disuruh untuk mulakan ujian. Pegang saja stereng, perasaan takut aku terus hilang seolah-olah perasaan tu meresap ke dalam stereng kereta itu. Aku pun membaca basmallah dan menarik nafas kemudian menghembus perlahan-lahan. Dengan yakin, aku memulakan ujian bahagian II. Mula-mula, semua berjalan dengan lancar. Aku menarik nafas lega apabila sampai tepat di atas garisan kuning di atas bukit. Tersenyum ke arah pegawai JPJ dan segera mengangkat tangan tanda aku sudah berpuas hati. Pegawai tersebut menanyakan nombor giliran aku kemudian menyuruh aku meneruskan perjalanan.

Saat inilah aku agak resah. Gear satu tak masuk. Berkali-kali aku cuba namun hampa. Agak lama aku di situ. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk membutakan mata untuk itu. Tekan minyak dan lepaskan klac seperti biasa. Lepaskan brek tangan dan aku hanya redha. Aku tahu aku akan gagal. Kalau lepas pun, itu satu benda yang agak mengejutkan aku. Sangkaan aku tepat apabila kereta tersebut berundur ke belakang. Pegawai itu tersenyum dan mengarahkan aku supaya keluar daripada perut kereta. Aku macam tak percaya aku tak lepas bahagian bukit. Ya Allah, aku tahu Kau sedang menguji aku. Masa tu aku memang rasa macam nak menangis. Uhh.. Sedih sangat. Tapi, disebabkan aku dengar pegawai JPJ tu membebel depan aku, aku tak jadi menangis. Pegawai tu memang kelakar. Terima kasih ya, pak cik! Aku memang panggil dia pak cik pun. Haha..

Ujian seterusnya, ujian bahagian III. Di jalanraya. Ujian ini berjalan dengan lancar walaupun keadaan jalanraya agak sibuk. Aku pun dah biasa dengan keadaan ni. Alhamdulillah, syukur aku lulus. Bolehlah mengubat kecewa aku tadi. Huhu.. Nampaknya lepas ni aku kenalah ambil ujian lagi sekali. Aku masih memegang status pelajar di IMKEDA. Heheh.. Tak apa, tak apa. Ujian kedua nanti aku mesti boleh. Yeah! Semangat lebih ni..

Satu lagi debaran menanti aku. Esok! Ya, aku perlu bersedia untuk hari esok. Aku terima saja dengan ikhlas apa sahaja yang berlaku esok. Ya Allah, aku tahu aku memang tak layak. Tapi, aku minta Kau berikanlah aku yang terbaik. Aku terima segalanya. Aku tahu Kau takkan berikan ujian yang tak mampu aku tanggung. Amin.. Kepada kawan-kawan aku semoga apa yang didoakan oleh kamu semua akan dikabulkan oleh Allah..

Tuesday, March 9, 2010

Pretty Boy - M2M


I lie awake at night
See things in black and white
I only got you inside my mind
You know you have made me blind

I lie awake and pray
That you will look my way
I have all this longing in my heart
I knew it right from the start

Oh my pretty pretty boy
I love you
Like I never ever loved no one before you
Pretty pretty boy you're mine
Just tell me you love me too
Oh my pretty pretty boy
I need you
Oh my pretty pretty boy I do
Let me inside
Make me stay
Right beside you

I used to write your name
I'll put it in a frame
And sometimes I think I hear you call
Right from my bedroom wall

You stay a little while
And touch me with your smile
And what can I say to make you mine
To reach out for you in time

Oh my pretty pretty boy
I love you
Like I never ever loved no one before you
Pretty pretty boy you're mine
Just tell me you love me too
Oh my pretty pretty boy
I need you
Oh my pretty pretty boy I do
Let me inside
Make me stay
Right beside you

BRIDGE
Oh pretty boy
pretty boy
pretty boy
Say you love me too

CHORUS
Oh my pretty pretty boy
I love you
Like I never ever loved no one before you
Pretty pretty boy you're mine
Just tell me you love me too
Oh my pretty pretty boy
I need you
Oh my pretty pretty boy I do
Let me inside
Make me stay, right beside you.


Monday, March 8, 2010

'Reunion' 5 Wibawa 09


Tarikh : 5 Februari 2010

Tempat : Rumah Khalidah


Ni semua adalah cewek 5 Wibawa yang comel.. Hah? Comel? Haha..

Dalam gambar, Hidayu, Shazwani, Khalidah, Amira, Azza, Puan Azmiza, Shafida, Cikgu Kamsiah, Puan Noraidah, aku, Ain, dan anak Puan Noraidah.

Masa ni tak semua datang. Mungkin sibuk agaknya. Hm.. Walaupun agak terlambat, aku nak abadikan juga gambar-gambar ni dalam blog aku. Bila lagi nak jumpa macam ni kan?? Sedih betul tak dapat bawa kamera. Huhhu.. Ni pun aku curi gambar-gambar dalam Facebook Ain. Hehe.. 'Thanks' ya Ain!!

Sunday, March 7, 2010

PLKN

Aku rasa macam dah pernah 'post' tajuk ni. Tak apalah. Hoho.. Erm.. Sebenarnya aku baru 'checked' mengenai penglibatan diri aku dalam PLKN ni. Melalui sms.

PLKN KEM 92070211... ke 15888

Lepas tu aku terima mesej..

RM0.2o PLKN:
92070211...
Tahniah. Anda ditempatkan di Kumpulan 3.
Penempatan akan dimaklumkan kemudian.

Aku cepat-cepat beritahu Ibu. Hehe.. Ibu cakap, "Alah, tak dapatlah tu. Nanti dah masuk U kan..". Aku tahu sangatlah. Ibu dan Ayah macamlah nak lepas aku macam tu saja. Dahlah tiga bulan. Aku macam biasalah tak ada perasaan. Haha.. Tapi, sejak kebelakangan ni aku rasa macam tak nak pergi PLKN tu. Haih.. Kenapa? Aku pun tak tahulah. Memang lagi seronok duduk di rumah kan..

Friday, March 5, 2010

Okey..



Keputusan SPM keluar pada 11 Mac. Tak sabar. Takot. Berdebar. Apa lagi??




'Tension'!!! Sebabnya.. Aku dah tak boleh sabar lagi menjahit kain yang tak habis-habis menyakitkan hati aku! Jahit manik lagi bagus la. Huhu.. Ya Allah..




Wuu.. Rindunya.. Rindunya..




Bab PLKN.. Aku dapat ke tidak ni ha? Dahlah internet buat hal. Laman web penting pun tak boleh buka. Hish.. Geram aku!!


Tuesday, March 2, 2010

Peristiwa 1 Mac


.....

semalam

aku tak mimpi kan?

Hm.. Hoho..


Em.. Bila tarikh sebenar keputusan SPM keluar ya? Ada yang cakap 1 Mac. Okey, yang ni dah 'comfirm' tipu. Hahha.. Lepas tu, ada pula yang cakap 11 Mac. Boleh diterima. Dan yang tarikh yang terakhir aku dengar 16 Mac. Erk.. Aku tak nak 16 Mac!! Aku tak setuju. Aku nak jumpa kawan-kawan.. Masa tu aku tak ada kat Kajang. Huhu.. Macamlah orang peduli aku ada ke tak ada masa tu kan.. Heh..

Tarikh ujian JPJ aku dah ditetapkan 10 Mac ini. Hm.. Aku harap boleh buatlah nanti. Sedia ke tak.. Itu belakang kira. Memang aku kena buat juga. Kalau tak jadi, kena bayar RM60. Aiyoo.. Nak duit sajalah.. Bagi aku pula, nak dapat P. Selagi tak dapat satu huruf ni, tak senang aku. Masalah banyaklah. Huhhu..

Monday, March 1, 2010

"1 new message(s)"




" Doa shbt yg dmakbulkan Allah ialah doa seorg shbt wat shbt yg lain tnpa dketahui oleh shbtnye tu.. Insya'Allah.. niat wan baik cuma kate2 je kurg tepat. wpun kte cuma 4wrd msg 2, tp x salahkn kalo kte olah sikit supaya msg 2 lbih manis dbaca n menghasilkn snyuman wat mereka yg mbaca shgga timbul rasa untk 4wrd msg 2 pd kwn lain or mengaminkn kata2 dlm msg td. juz an opinion bukn mbantah 100%.. salah silap hrp dmaafkn.. asif jiddan.. =) "

-mira roslen-




Selalunya aku tak pernah layan pun 'forward messages' ni. Entah kenapa hari tu aku terasa nak hantar pada kawan-kawan yang lain. Mesej apa tak payahlah tahu. Huhu.. Pabila selesai hantar, baru aku teringat yang aku terlupa nak 'edit' sikit mesej tu. Aduh.. mula-mula tu aku tak kisah. Tak apalah kan. Agak-agak dalam masa satu jam lepas tu, aku terima mesej di atas daripada seorang kawan aku. Ya Allah.. Rasa macam ada batu besar menghempap kepala aku ni. Memang terkena batang hidung. Rasa macam nak kemik dah kot.. Huhu..

Lepas aku baca ni, aku memang rasa diri aku ni terlalu.. terlalu.. terlalu kebudak-budakan. Terasa diri ini terlalu kerdil. Walaupun aku ikhlas menghantar mesej tersebut, aku tetap rasa kecewa dengan diri aku. Terima kasih ya Allah kerana Engkau berikan aku sahabat begini, yang dapat menyedarkan aku. Membuka mata hatiku. Aku memang berterima kasih sangat dengan kawan yang macam ni sebab tak takut untuk berterus-terang.