Friday, October 31, 2008

Bosan!!

Hish..Bosan betullah hari ni.Macam nak mati pun ada.Huh..Sumpah lain kali kalau tak belajar memang aku tak nak pergi sekolah.Hm..Sebenarnya,aku tak nak ke sekolah pun.Tapi yang amat mendukacitakannya,aku ada peperiksaan Bahasa Arab Tinggi (BAT).Huh..Duduk dalam kelas rasa macam tak ada orang langsung.Aku pun apa lagi,jadilah budak yang nakal pergi masuk ke kelas orang lain.Buat bodoh sajalah.Err..daripada aku jadi halimunan dalam kelas aku lagi baik aku jalan-jalan ke kelas orang.Lagipun kawan-kawan sekepala aku semua di kelas lain.Kawan-kawan borak aku di kelas sendiri semuanya tak hadir.Malas la jawabnya..Hm..

Peperiksaan BAT tadi memang agak susah daripada biasa.Memang aku perah otak habis-habisanlah tadi.Terseksa betullah!!Apa entah yang ditanya aku tak faham.'Lastly',hentam sajalah.Janji ada terisi jawapan dalam tu.Hehhe..

Em..Aku belum tunjukkan lagi gambar keluargaku semasa Aidilfitri kan??Dah habis raya baru nak letak.Hahaha!!

Friday, October 24, 2008

Lukisan Kejuruteraan..

Memanglah rasa seronok dapat buat peperiksaan Lukisan Kejuruteraan (LK).Tapi,disebabkan terlalu berhati-hati dan lambat,dua soalan tak lengkap.Oh,sedihnya!Rasa macam tak puas buat satu kertas saja.Kenapalah tak tukar Fizik satu kertas,LK tiga kertas.Kan 'best'??Hahha..Err..Kawan aku Aina lagi kasihan.Dia memang pandai dalam LK,tapi sebab kelemahan dia yang satu tu dia tak dapat juga buat semua soalan.Dia hanya buat dua soalan daripada tujuh soalan.Aku rasa macam ..entahlah..Rasa kasihan sangat-sangat pada dia.Dahlah baik sangat.Semalam dia cakap pada aku,ajar dia cara berkomunikasi.Err..aku ni pandai sangat ke bercakap?'Oral' pun tergagap-gagap.Hm..Tengoklah dulu Aina.Bukan tak boleh tapi,aku ni jenis yang tak pandai ajar orang.Hehe..

Tuesday, October 21, 2008

Peperiksaan..

Wargh!!Aku tak dapat tidur lena dalam bulan peperiksaan ini.Teruk..Teruk..Semalam aku terpaksa lupakan fasal kertas Kimia 1 dan Matematik 1.Kawan-kawan aku cakap,kalau tak ada alasan kukuh tak boleh ambil semula.Hm..kalau difikirkan semula,kukuh ke jawapan "Saya terpaksa ikut keluarga ke Kuantan,Cikgu".Err..Rasanya baik biarkan sajalah.Hari ini aku juga aku terpaksa menghadapi kertas Matematik Tambahan 1 dengan kepala yang kosong.Aku tak ingat langsung hari ini ada kertas Matematik Tambahan.Ya Allah,aku pasrah sajalah..Memang ada peluang yang cerah aku gagal kali ini untuk MT.Hm..Nasib baik English Science and Technology (EST) tadi tak susah sangat.Dapatlah aku rehat sikit.Aduh..

Sebenarnya semalam aku ke rumah saudara aku.Ingatkan blog yang lepas?Aku ada ceritakan fasal A'ah.Aku ke rumah dialah semalam.Memang seronoklah juga.A'ah mem'promote' macam-macam barang padaku.Memang ada bakat jadi 'salesgirl'lah dia ni.Huhhu..Dia gosok apa entah di tangan aku sampai jadi kemerah-merahan.Dia kata untuk putih.Hihi..Aku tahulah aku gelap kan?Tapi aku dah terpikat dengan pelembap rambut yang dia 'promote' tu.Hahaha..Walaupun tak cuba,aku dah tertarik dengan keharuman baunya.Ada sekali campuran lilin untuk rambut bercabang.Tapi,rambut aku bercabang ke??

Hari ini pula,adik-adik si A'ah ada di rumahku.Memang penat melayan mereka.Bukannya apa,mereka tu cuma banyak mulut.Mengalahkan orang tua pula.Haha..Seronok juga.Kedua-dua budak tu dari pagi sampai ke petang baju yang mereka pakai semua sama bagaikan kembar.Sekarang pun sudah masuk kali ketiga bertukar baju,masih seperti kembar cuma warnanya lain.Keh..Keh..Keh..

Sunday, October 12, 2008

Hm..

Wargghh!!Aku bosan la!!Duduk rumah tak tahu nak buat apa-apa pun.Tadi pun pergi beraya dua buah rumah saja.Sekarang pun tinggal aku dengan adik-adik aku saja di rumah.Hai..esok pula peperiksaan bermula.Aku pula masih sempat bermain-main macam ni.Agaknya orang lain dah demam nak periksa.Bukannya apa,aku malaslah.Hehhe..Malas nak membaca.Lagilah kalau buku tu buku Fizik.Tak tahulah kenapa diri ini benci sangat dengan mata pelajaran tu.Huh..


Oh,ya!Hampir terlupa pula.Hari Jumaat lepas,Maryam dan Anisah ada buat makan-makan sempena menyambut hari kelahiran mereka yang ke-16.Buat di taman permainan dekat Impian Kasih tu saja.Kecil-kecilan,hanya untuk kawan-kawan mereka.Huhu..Dalam gambar di bawah ni Maryam (kiri) dan Anisah (kanan).

Friday, October 10, 2008

7 Syawal...

Kawan-kawan aku lebih kurang 20 orang datang rumah.Kelam-kabut jugalah melayan sebab tak sedia apa-apa pun lagi.Hehe..Sudahlah kuih raya pun tak letak dalam balang lagi.Maklumlah,baru balik dari kampung.Manalah sempat nak berkemas.Nasib baik barang-barang lain dah disimpan.Huhhu..Inilah yang datang rumah aku hari tu..


Emm..alang-alang cerita bab raya ni baik aku kenalkan orang-orang yang banyak menceriakan hidupku di kampung.
Yang ini ialah A'ah.Tak payahlah nama penuh,ya.Sama umur denganku,16 tahun.Bersekolah di MGS,Kuantan(aku tak tahu nama sebenar sekolah tu).Dia seorang yang gila-gila,'happy go lucky,'happening',senang berkawan,kelakar,slamber,peramah,dan banyak juga yang seronok tentang dia.Satu lagi,dia memang suka sangat bergaya depan kamera.Hahha!!



Azreen.Atau lebih senang dipanggil Yen.Berumur 14 tahun.Bersekolah di SMK Seri Dungun (SMKSED).Memang baik sangat.Dia juga seorang yang amat sukakan budak-budak.Semua budak-budak kecil di rumah nenek sukakan dia.Memang tak ada can orang lain nak mendukung budak-budak dekat situ.Satu-satunya sepupu aku yang sering ber'sms' dengan aku sampai tak terlayan.

Ini pula Awar atau Munawwar.15 tahun.Bersekolah di SMASID (tak ingat nama sekolahnya).Seorang budak yang suka bergaya dengan barang berjenama.Hahha!!(Kalau dia baca pun bagus juga)Dia juga seorang yang slamber dan tak kisah apa orang nak cakap tentang dia.Agak tabah juga.Yang aku benci,dia selalu tak puas hati denganku.Paling aku suka tentang dia,dia memang kelakar tahap nombor dualah (sebab tak sekelakar Zizan-Raja lawak tu).Hahaha!!

Sepupu aku yang boleh tahan comelnya.Huhu..Kay,umurnya 15 tahun.Sama dengan Awar.Aku tak tahu pula sekolahnya di mana sebab dia seorang saja dalam yang aku kenalkan ni tinggal di Kuala Terengganu.Yang lain Dungun.Dia ni kadang-kadang diam,kekadang bising.Tak menentu jugalah.Ada kalanya dia kelakar.Hm..Yang 'special' tentang dia,dia ni pandai memasak.Tengok cara potong bawang pun dah tahu.Aktif dalam sukan juga.

Ini ialah si kecil yang paling kacak dan comel aku pernah tengok.Selalunya tengok yang comel saja.Hehe..Ni adik Cu Ja aku,namanya Ikmal.Badan kecil macam budak tahun satu.Dia memang banyak berjasa dalam menyerikan hidup orang-orang di rumah nenek sebelah ibu aku.Rapat sangat dengan adik lelaki aku sampai tak boleh berenggang langsung.Aku kasihan melihatnya kalau kami mahu balik.Hari tu pernah sekali dia menangis sebab kami balik.

Wednesday, October 8, 2008

Malam 8 Syawal..



Hari ini adalah hari yang agak memenatkan aku jugalah.Tapi,seronok.Hm..Penat ni sebab petang tadi lepas balik sekolah terus pergi beraya ke rumah kawan.Rumah Pn.Nuraidah sekali tau!!Huhu..Kawan-kawan aku semua tak beritahu pun nak datang rumah.Itulah yang kelam-kabut sikit.Tapi,tak apalah..Ni dia kawan-kawan aku yang datang tadi..


Hm..cerita fasal ni teringat pula duit raya.Heheh..tahun ni tak dapat banyak sangat macam biasa.Haha..tak sedih pun fasal dah besar.Malu pun adalah juga masa nak ambil duit tu.Alang-alang cerita fasal raya,cerita sajalah fasal saudara-mara aku pula ya..