Friday, January 29, 2010

Selesai akhirnya!

Huh.. siap juga aku jahit skirt panjang tu. Semuanya ada enam helai. Senang saja. Tapi, nak buat tu makan masa yang lama.. Orang malaslah katakan.. Sebab nak duit, aku sanggup walaupun lambat. Hahha.. Lagi satu, sebab nak tolong Ibu jahit cepat semua baju.. Sejak raya hari tu, orang tak berhenti datang nak tempah baju. Rezeki, rezeki.. Huhhu.. Kenalah bersusah sikit kan nak dapat duit.

Erm.. tak ada ke orang nak tempah manik pula? Aku dah lama tak pegang biji-biji halus tu.. Uhh..


Tuesday, January 26, 2010

Ungu Karmila

Satu lagi novel yang baru habis aku baca. Walaupun dah pernah baca sebelum ni, tak puaslah. Setakat ni, nilah novel yang paling 'best' aku baca.

Mengisahkan tentang sepasang suami isteri, Arif dan Karmila serta orang gaji mereka, Jainab yang tinggal di Vila Sunyi yang terletak di Puncak Rimba, Cameron Highlands. Sebagai seorang pakar bioteknologi, Arif selalu masuk ke hutan untuk mencari tumbuhan baru. Akhirnya, dia mememui spesies bunga yang unik dan misteri. Orang asli di situ percaya bahawa bunga tersebut mempunyai 'nyawa' yang mampu menghuru-harakan hidup manusia. Sebaliknya bagi Arif pula, dia tidak percaya semua cerita karut itu memandangkan dia beragama Islam. Syirik bagi sesiapa yang mempercayai benda sebegitu.

Arif membawa pulang tumbuhan misteri tersebut ke Vila Sunyi. Arif cuba hasilkan hasil baru dengan mengacukkan tumbuhan misteri itu bersama pokok bunga ros. Maka dengan itu terhasillah tumbuhan yang diberi nama Ungu Karmila. Setelah berjaya, semua penghuni Vila Sunyi mengalami banyak kejadian aneh. Sikap Arif mula berubah daripada seorang yang penyayang kepada pembengis.

Satu pembunuhan ngeri di dalam Vila Sunyi berlaku. Arif, Karmila dan Jainab ialah mangsa dalam pembunuhan tersebut. Persoalannya, siapakah yang telah membunuh mereka?

Kalau nak tahu, bacalah sendiri.. Hoho..

Mampukah aku??


Aku selalu bertanya pada diri sendiri. Macam mana kalau kita dah suka? Soal perasaan kan tak boleh ditahan, atau.. dipaksa? Mampu ke aku bertahan dengan status 'single' sekarang? Aku tak berani nak cakap sebab aku belum 'jumpa'.

Pernah dengar tak 'couple' itu haram? Aku tak nafikannya. Cuma aku tak berani nak cakap lebih-lebih. Takut nanti aku malu sendiri. Takut aku diuji, dan takut aku tak dapat hadapi. Tuhan kan selalu uji kita?? Benda yang kita tak nak selalunya akan jadi. Itulah ujian namanya..

Mungkin kita cakap tak nak 'couple', tapi hati kita macam mana? Kita sebagai manusia cuma boleh berdoa supaya dijauhkan daripada benda-benda sebegini.. Insya'Allah.. kita takkan terjebak..

Monday, January 25, 2010

Natural Clenx Tea


Aku sengaja 'post' benda ni. Nak promosi ke apa, aku pun tak tahu. Tapi, aku cuma nak cakap bagi sesiapa yang dah minum Clenx Tea ni, teruskanlah. Memang berkesan bagi sesiapa yang nak amalkan diet. Maksud aku, nak kurus. Erm..

Sepupu aku yang syorkan beli teh ni. Jadi, Ibu belilah.. Memang dah lama juga Ibu beli. Mula-mula aku tengok saja. Lagipun aku memang tak payah minum pun tak apa. Takut nanti bukan kurus, tapi kering pula. Aku pun bukannya suka sangat benda-benda berubat ni. Jamu tu pun dengar saja dah rasa pelik.

Tapi, baru-baru ni aku tengok Abang Cik rendam teh tu di dalam satu gelas besar. Dia biarkan atas meja. Huish.. nampak sedap saja walaupun tak ada gula.
Petang tu, aku tanya Ibu, "Ibu, Kak Long boleh minum ke teh ni? "
Ibu cakap, "Boleh.."

Aku pun tanpa banyak tanya 'try' minum Ibu punya yang dah direndam. Hehe.. Sedap.. Rasanya macam teh cina. Huhu.. Malu pula. Lepas hari tu, sampai hari ni aku masih minum teh ni. Nak tahu kesannya? Malam tadi aku minum, lepas tu pagi-pagi lagi dah rasa memulas-mulas. Sampai sekarang ni pun agaknya dah nak masuk lapan kali aku masuk tandas. Haha.. Tapi, badan rasa ringan tau! Sebab minum teh ni dapat buang semua benda yang tak diperlukan di dalam badan. Tapi, selera makan tak bertambah. Tak rasa lapar, makan macam biasa. Tapi, bagi yang nak kurus kena jugalah kurangkan makan. Kalau aku minum teh ni lepas makan, mesti banyak kali masuk tandas. Tapi, aku nasihatkan kalau nak minum ni, pastikan tak pergi mana-mana hari tu. Nanti satu hal pula nak cari tandas. Haha..

Sunday, January 24, 2010

Murnirah SMS..

Pagi-pagi lagi dah kacau orang. Ish.. Aku tengah seram sejuk layan novel Ungu Karmila lepas solat Subuh tadi kawan aku ni tiba-tiba 'sms'. Huhu.. Nilah isi-isi 'sms' tadi..

" weh, bngun weh. semayg subuh. tolong msk srpn untk aku. aku lapa niyh.. "
" orang da bngun da la. x mandi je lg.. sombong btol eh skang.. mntang2 la jmpe rmai pakwe ensem kt sne en.. eh, kim salam kt pakwe awk tu tau.. haha.. ngah wat pe tu??"
" alah, tau la jelez en x dpt gi. org tu duk tperap kt umah je. haha.. aku tgh mkn nasi goreng cine ni. aku hentam je ape org bg aku mkn je.. ko tgh wat ape? "
" tgh bce novel.. eh, kat sne ade aktiviti ape eh?? "
" aktiviti yg boley wat aku kurus. hey, nnt kau jgn jelez tgk aku. cume itam ckit la.. nnt raye cine aku balik msti kau t'kjut tgk perubahn aku. hehe "
" oh, bru nk tnye brubh ke x.. hehe.. eh, nnt msj lg la.. nk mndi niyh.. bye.. "
" ptot la aku bau cm longkang td. haha "
" weh, baek2 ckit eh.. ni msti kalo x mndi bau cm longkang en.. haha.. "
" wan aku kna gerak skarg la. ok, bye "
" bye.. "

Dah lama tak jumpa si Muny ni. Rindulah.. Dia dah pergi PLKN sejak awal tahun lagi. Seronok nampaknya dia di sana. Dia cakap, Faruque dan Syazwan pun ada di sana. Sama tempat kem dengan dia. Aku memang dah lama berkawan dengan dia. Sejak tingkatan satu lagi. Tapi, rapat sejak tingkatan empat. Suka berkawan dengan dia walaupun kadang-kadang menyakitkan hati. Haha.. Tak apalah. Tak kenal maka tak tahu keburukan dia kan?? Huhu.. Itulah kawan. Orang kata tak kenal maka tak cinta. Tapi bagi aku, dah lama kenallah nak menguji sama ada setia ke tak. Tahu tak kenapa? Sebab kalau kita dah lama berkawan kita akan tahu segala baik dan buruk dia. Dan, kita kena terima baik buruk dia. Walaupun tak suka, kita kena terima bahawa tiada insan yang sempurna di dunia ini. Jadi, fikir-fikirkanlah..


Saturday, January 23, 2010

'Wish' untuk Angah..



Semoga cepat matang, ya!
Selamat menempuh alam remaja!!

Friday, January 22, 2010

Selesai masalah ke??

Hari ni, dah masuk hari kedua aku belajar kereta. Haha.. Bukan dengan Abang Yan, tapi dengan Ibu. Kebas kereta Cik At. Eh, bukan kebas, pinjam. Aku kan budak baik. Heheh.. Pusing-pusing di tapak pasar malam di Prima Saujana. Setakat ni, dah boleh naik bukit. Tapi, bukit tu rendah saja. Tu pun dah mencabar aku tau. Hm.. Rasanya bolehlah nanti buat bekalan nak belajar dekat Metro Driving Academy tu.. Tadi aku cuba bawa dari tapak pasar malam tu ke Giant yang berdekatan. Haha.. Dekat saja. Tu pun dah takut-takut sebab kebetulan masa tu ada banyak pula lori besar yang menyibuk. Haish.. masa tu jugalah nak lalu. Haha.. yang kelakarnya, baru nak keluar dari simpang dah salah masuk lorong. Orang masuk lorong kiri, aku pergi kanan. Ngeh.. ngeh.. Kebetulan pula ada satu kereta nak masuk. Mesti pak cik dalam kereta tu cuak kan ingat aku nak langgar dia. Haha.. Aku ke dia yang cuak?? Aku ni tak ada perasaan. Tak rasa apapun. Sengih-sengih saja tunjuk gigi dekat pak cik tu. Tapi, bila teringat balik rasa kesian pula pada pak cik tu.. Hehhe.. Maaf ya, pak cik.

Cakap fasal kereta ni, aku baru teringat nak 'post' perkara ni. Aku dah tukar cikgu baru. Tak tahu lagi cikgu mana. Maksudnya aku dah tak belajar dengan Abang Yan lagilah. Huhu.. Sedih jugalah. Tapi, aku tak kisah sangat sebab memang betul aku tak boleh bawa kereta dia. Dia dah tukar 'seat' baru. Yang besar punya. Aku dah cuba dua kereta. Tak payah bantal-bantal pun. Tapi, kereta kecil sajalah. Aku tak boleh bawa besar-besar ni.. Tak padan dengan tuan nanti. Heheh.. Entah siapalah yang mengajar aku nanti? Hm..

Menghayati kebesaranMu..






Teringin pergi ke tempat-tempat macam ni. Bukan tak pernah tengok, tapi untuk lebih menghayati..

Thursday, January 21, 2010

Cinta zaman dulu, cinta zaman sekarang..


Orang dulu susah nak bercinta. Dahlah pemalu. Lagi-lagi perempuan. Kalau mula dulu, nanti dicop sebagai 'perigi cari timba'. Hm.. orang sekarang ni, perempuan lelaki semua tu dah tak kisah lagi. Err.. bagi aku, sepatutnya lelaki yang mula dulu. Pendapat aku begitu sebab nampak sangatlah lelaki tu penakut, perempuan pula yang lagi berani. Huhu.. Apa-apa sajalah kan..

Orang dulu, sampai berpeluh-peluh nak tulis surat untuk luahkan perasaan. Tu dah sehari.. Belum lagi campur dengan berpeluh memikirkan tentang nak bagi ke tak surat tu dekat si dia. Huhu.. Ni zaman tak ada 'handphone' lagilah. Lepas tu, nak bagi pula surat dekat si dia tunggu esok hari. Esok tu kalau si dia ada tak apalah. Kalau tak ada, kecewalah sebab dah penat-penat kumpul semangat nak bagi surat tu kan. Lepas tu, kena pula tunggu si dia baca. Entah bila si dia nak buka surat tu tak tahu. Hm.. bila si dia dah baca, kena pula tunggu si dia balas. Panjang betul cerita fasal surat yang satu tu. Lain dengan orang sekarang, beberapa saat dah boleh tahu jawapan si dia. Orang dulu, tunggu nak balas surat pun sampai nak berjanggut. Sebab itulah cinta orang dulu-dulu kekal lama. Tak banyak cerita. Malas-malas tulis surat, kahwin terus.. Hehheh..

Aku?? Akukan orang zaman sekarang.. Haha.. Tak payah bercintalah. Kahwin saja terus. Tak banyak cerita, tak banyak dosa. Hehe.. Lagi senang. Hoho.. Satu persoalan lagi.. 'I Love You' senang disebut. Tapi, kenapa 'Saya cintakan awk' susah disebut walaupun 'sms'?? Hm..


Tuesday, January 19, 2010

Cinta Balqis

Drama ni memang 'best' sangat. Aku sangat puas hati dengan 'ending'nya hari ni. Aku suka sebab Hassan bahagia akhirnya.. Huhhu.. Setiap petang Isnin hingga Khamis aku mesti tunggu cerita ni. Aku tak pernah terlepas satu episod pun. Minat sangat.. Hehhe..

Inilah Balqis. Watak utama drama ni. Seorang yang degil pada awal cerita. Tak dengar kata ibunya. Akibat kedegilannya tu, banyak halangan yang terpaksa dilalui selepas dia menikahi Ezany.

Ezany atau Emran. Nama Ezany tu ditukar kepada Emran setelah mengalami amnesia (hilang ingatan). Namanya ditukar kerana kedua orang tuanya tidak merestui hubungannya dengan Balqis lalu ingin memisahkan mereka.

Hassan. Seorang yang sangat baik. Baik sangat.. Dia sanggup melihat Balqis bahagia walaupun hatinya terluka. Rela berkorban apa saja untuk Balqis. Aku memang tak boleh tengok muka sedih dia. Mesti aku menangis. Lagi-lagi kalau dia menangis. Hahha..

Marisa. Watak yang aku rasa memang dianiaya. 'Part' dia mesti sedih. Walaupun dia seorang isteri yang baik, namun itu semua tak mampu menarik perhatian Emran terhadapnya. Sangat mencintai Emran, suaminya.

Sukalah pengakhiran cerita ni.. Berapa kali nak cakap?? Hahha.. Mama Ezany ditahan polis. Padan muka! Dahlah tak sedar diri. Yang tak syoknya Mukriz tak tahu tentang statusnya. Erm.. tak apa. Marisa akhirnya mengandung. Balqis diceraikan oleh Ezany. Hassan pula setelah lama menunggu akhirnya dapat berkahwin dengan Balqis. Huhu.. setia dia, ya. Kesimpulannya, cerita ni memang syok la!!

Sunday, January 17, 2010

Rahsia gerak jari

Memicit atau memegang hidung
.Tak mudah tertipu dan sangat berwaspada dalam apa jua tindakan.
.Pemalu.
.Sukar berkongsi rahsia besar kecuali dengan orang yang benar-benar dipercayai.

Meletak tangan pada bahu kawan
.Suka ikut kepala sendiri.
.Pentingkan diri sendiri.
.Sangat prihatin tentang masalah teman-teman rapatnya.

Bermain dengan tangannya
.Mempunyai tahap humor yang tinggi.
.Bersikap terbuka.
.Tidak ambil hati terhadap kritikan orang lain.

Mematahkan jari-jemarinya
.Gugup dan kurang yakin untuk berbicara dengan orang lain.
.Baik hati.
.Bersedia membantu sesiapa jua.

Menggigit kuku
.Gugup dan gementar pabila berbicara.
.Agak tertutup untuk berbicara tentang rahsia hati.

Memintal hujung rambut
.Suka berkhayal.
.Sukar diperdaya.
.Keras kepala.

Menongkat dagu
.Pendengar yang setia.
.Rahsia akan selamat di tangannya.
.Suka mendengar masalah teman-teman.
.Setia dalam persahabatan.

Suka meletakkan tangan di atas meja
.Pandai menyesuaikan diri.
.'Happy go lucky'.
.Peramah.
.Suka bergantung pada orang lain.

Menggosok dua telapak tangan
.Ramah dan matang.
.Suka berterus-terang.
Mudah memahami perasaan orang lain.
.Suka membantu.

Memutar cincin
.Sangat menepati janji.
.Berhati-hati dalam tutur kata.
.Gemar hidup yang teratur.

Wednesday, January 13, 2010

Pening.. pening..

Hm.. Macam mana aku nak buat ni? Bawa kereta klac tak sampai. Terseksa aku belajar hari tu. Huhu.. Hari ni aku nak cuba kereta lain. Cuma nak tengok, masalah aku yang tak pandai ke, atau aku memang tak boleh bawa kereta tu. Em.. Susah betul jadi orang 'istimewa' ni. Hehe.. Kasihan cikgu aku, Abang Yan jenuh duk fikirkan cara nak atasi masalah aku ni. Susah hati dia. Sabar eh Abang Yan.. Huhu.. Aku rasa bersalah pula. Tapi, bila difikirkan patut ke aku rasa bersalah? Macam aku tak bersyukurlah pula. Macam menyalahkan apa yang Allah dah jadikan. Betul tak? Tapi, serius aku memang rasa serba-salah bila tengok cikgu aku susah-susah saja ajar aku. Tapi, aku pula tak boleh-boleh pun..

Ibu kata, kalau tak boleh juga lepas ni, aku kena tukar cikgu lain. Aku agak cuak bila Ibu cakap macam tu. Huhu.. Sebab orang yang kendalikan jadual aku kata, kalau nak tukar kereta kenalah tukar cikgu. Err.. Aku kalau boleh tak naklah. Menyusahkan orang pula. Tapi, kalau itulah satu-satunya cara, apa nak buat kan? Ya Tuhan, tolonglah aku..

Monday, January 11, 2010

9 Nyawa - Ramlee Awang Murshid

Hilang sikit bosan baca buku ni. Memang 'best' la novel ni. Ramlee Awang Murshid la katakan. Aku memang minat dengan novel-novel dia. Novel 'thriller' dia memang bagus sangat. Plot novel 'thriller' yang direka memang mencabar. Bukan saja di dalam buku, malah kita yang membaca pun rasa tercabar dengan jalan ceritanya yang pelik dan lain daripada yang lain. Macam biasa, jalan cerita yang ada di dalam novel Ramlee Awang Murshid memang tak boleh nak dijangka. Memang lari dari apa yang kita fikirkan. Sebab tu aku suka. Novel 9 Nyawa ni aku baru saja habiskan semalam. Hoho.. Dah berapa minggu baru habis.. Aku kan suka menghayati.. Yang tak berapa faham aku ulang baca. Tak nak tertinggal sikit pun.. Em.. bagi peminat-peminat novel 'thriller', bacalah buku ni. Novel paling baru tau daripada Ramlee Awang Murshid!

Anugerah Juara Lagu ke-24

Beriya-iya aku tengok AJL semalam.. Huhu.. sedih tak dapat tengok penuh.. Tapi, aku dapat tahu juga siapa yang dah menggondol juara malam tadi..

Aizat. Dua lagunya iaitu 'Kau dan Aku' dan 'Pergi' telah dipertandingkan ke peringkat akhir AJL yg ke-24 ni. Kedua-dua lagunya juga masing-masing telah memegang anugerah persembahan terbaik berserta anugerah juara lagu pada kali ini.

Yuna dinobatkan sebagai naib juara bagi lagunya yang bertajuk 'Dan Sebenarnya'.

Faizal Tahir menduduki tangga yang ketiga dengan lagunya, 'Bencinta'. Walaupun kesihatannya agak tidak mengizinkan, dia tetap bersemangat meneruskan persembahannya pada malam tu.

Black. Memenangi anugerah vokal terbaik degan lagunya yang berjudul 'Aku Rindu, Sayang Kamu'.


Sunday, January 10, 2010

Fakta telur penyu..



Aku cuma tertanya-tanya mengapa ada orang yang ragu-ragu dengan telur penyu. Ragu-ragu sama ada telur penyu boleh dimakan ataupun tidak. Sebabnya utamanya ialah.. penyu binatang dua alam. Jadi, aku carilah apa-apa yang berkaitan telur penyu ni dalam internet. Hasilnya, ini saja yang aku jumpa..

Kepercayaan tradisi, telur penyu boleh menguatkan tenaga batin, satu daripada 1,001 sebab mengapa telur penyu menjadi rebutan sehinggakan mereka sanggup mengeluarkan banyak wang mendapatkannya.

Telur penyu adalah sumber protein yang paling kurang khasiatnya berbanding telur lain, seperti telur ayam.

Mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi iaitu antara 10 dan 15 kali lebih tinggi daripada telur ayam. Begitu juga kandungan garamnya.

Telur penyu menjadi rebutan sehingga penggemar sanggup membayar kira-kira RM2.50 sebiji telur sebesar bola ping pong itu.

Kajian telur penyu di pantai Australia dan persisiran pantai Malaysia menunjukkan telur penyu mengandungi bahan toksik yang mencemari laut dan hidupan akuatik.

Dahulu, penduduk setempat bergantung hidup dengan telur penyu.

Kesimpulannya, lebih baik tak payah makan kot.. Huhu..

Coklat dan Bunga



Lagu yang comel kot.. Terutamanya bila Ain nyanyi.. Lagu pun comel ke??

Saturday, January 9, 2010

Buat Najwa..

Maaf.. Lambat sikit 'post'. Huhu..
Semoga Najwa berjaya dalam hidup dan redha dengan apa yang Tuhan dah uji..
Selamat ulangtahun yang ke-18!!

Thursday, January 7, 2010

Amali..

Sebelum memandu, cikgu-cikgu kat pusat memandu tu semuanya tanya aku. Boleh bawa ke ni?? Apa aku nak jawab? Aku pun tak pernah langsung bawa kereta sebelum ni. Waa..!

"Okay, betulkan seat.. Sampai tak klac?" aku jawab okay.
"Selesa tak?" aku geleng-geleng dengan muka susah hati.
"Apa benda nak letak belakang awak ni?" aku ambil beg di tempat duduk belakang.
"Try main gear..," aku turut saja apa yang disuruh. Macam budak yang baru nak belajar. Agak terpinga-pinga. Huhu..
"Okay.. Masuk gear satu," aku pun buatlah. Terkial-kial jugalah. Biasalah kan? Hehe.. Akhirnya kereta aku berjalan juga walaupun perlahan. Hoho..

Hari ni aku pergi kursus amali memandu. Penat juga.. Satu setengah jam jugalah aku belajar. Hm.. Abang Yan lagi yang ajar. Serius betul dia mengajar. Tak macam biasa aku tengok. Kat luar dia agak kelakar. Aku dengan bersungguh-sungguh mendengar saja apa yang diajar. Masih merangkak lagi. Seronok betullah bawa kereta kan? Hehe.. Satu saja masalah aku. Tempat duduk tu tak boleh depan lagi ke? Aku rasa kaki aku sampai, cuma kalau memandu jadi tak selesa fasal tempat menyandar tu jauh sangat. Dah 'adjust' pun macam tu juga. Penyandar tempat duduk tu terlalu ke belakang. Tadi pun aku dah letak beg kat belakang aku, tapi siku aku selalu saja terkena pada pintu. Takkanlah tangan aku terlampau panjang, kaki aku pendek pula? Oh, tak mungkin. Aku pun rasa stereng tu macam terlalu dekat dengan aku tadi. Pelik juga. Hm.. Tadi ramai yang suruh bawa bantal untuk menyandar. Aku rasa.. err.. perlukah? Tak kisahlah. Janji sekarang ni aku tengah tunggu lesen L keluar saja. Huhu.. Tak sabar rasanya nak memandu lagi..

Wednesday, January 6, 2010

Aku dah tak tahan..

Ya Allah, aku tak tahan dengan cerita-cerita tentang Mak Alang aku. Semalam dia dah sedar, tapi masih ada wayar di dalam mulutnya yang menghalang dia daripada berkata-kata. Hm.. Hari ni pula, dia sudah boleh bercakap tapi agak terbatas sikit. Pak Alang ada telefon ibu pagi tadi. Katanya, Mak Alang aku selalu tanya fasal anaknya. Pak Alang aku tu tak tahu macam mana nak beritahu perkara yang sebenar. Takut kalau tersilap kata jadi lainlah pula. Takut dia tak dapat terima. Tak sanggup. Sesabar manapun seseorang tu, sanggup ke dia berterus-terang? Sedikit sebanyak mungkin kehidupan terjejas disebabkan perkara sebegini. Sedihnya.. Sampai sekarang Mak Alang masih tak tahu tentang tu..

Tuesday, January 5, 2010

Perempuan??

Hm.. Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Kalau cakap ada yang terasa. Hm.. Senang cakap, aku pun perempuan juga. Jadi, sama-sama terasalah kan. Sebenarnya, Angah ada cerita macam-macam kat aku. Aku ni pula, hanya jadi pendengar yang setia. Aku ni pula jenis yang suka buat kesimpulan. Heheh.. Apa yang aku dengar, tak kisahlah daripada Angah atau sesiapapun, ramai yang tengah bercinta bagai nak rak. Macam dah bertunang. Em.. macam dah kahwin pun ada kot. Aku bukannya kisah pun fasal tu. Tak salah jadi orang yang setia. Cuma yang sayangnya ada ramai yang putus tengah jalan. Hm.. Macam mana tu?

Aku terfikir perkara ni sebab aku dah tengok cara kawan-kawan lelaki aku mempermainkan budak-budak perempuan. Aku sebagai perempuan ni, mana tak angin tengok mereka tu. Huh.. Suka hati mereka saja. Tapi, aku tak boleh nak kata apa sebab bagi aku agaknya orang lelaki memang macam tu. Em.. aku tahu bukan semua lelaki macam tu. Huhu.. Aku nak cincang saja mereka bila tengok mereka senang-senang 'mengayat' budak perempuan sampai perempuan tu sanggup putus dengan teman lama. Hm.. susah-susah saja putus. Tengoklah nanti dah dapat budak perempuan tu, dia cari orang lain pula. Tak rasa.. aku nak cakap apa ya? Tak payah tulislah, nanti ada yang marah. Aku cuma tulis saja, tak nak bermusuh. Fikir-fikirkanlah ya.. Aku sebagai perempuan juga tak nak tengok hati perempuan lain hancur berderai. Huhu..

Hm.. dalam pukul 6.30 petang tadi ibu sampai di rumah. Macam-macam ibu cerita. Aku rasa macam tak sanggup nak dengar lagi. Sedih.. Bayangkan mak cik dan pak cik aku tu dah buat segala persiapan untuk menimang cahaya mata. Tiba-tiba jadi macam ni. Hm.. aku tak rasa yang aku boleh pergi ke sana. Tak sanggup. Dengar cerita pun aku dah menangis. Terbayang-bayang rasanya.. Hm..


Bosan tunggu rumah.. Huhu..


Monday, January 4, 2010

Ibu pergi Kuantan..

Ibu dan Ayah baru saja bertolak ke Kuantan lebih kurang pukul 3.00 tadi. Sekarang ni aku dengan Angah saja di rumah. Abang Cik dan Adik dah mula bersekolah hari ni. Sebenarnya Mak Alang aku sekarang ada di KPJ Kuantan. Dia mengalami pendarahan yang banyak lalu menyebabkan koma. Sekarang aku tak tahu bagaimana keadaannya. Insya'Allah tak apa-apa. Erm.. bayi yang dikandungnya patut lahir pada bulan ni pun sudah disahkan meninggal dunia. Aku tak pasti sama ada sebelum atau selepas pembedahan bayi tu meninggal. Huhu.. Tak ada sepupu baru. Sedihnya.. Tapi, itu kan ketentuanNya. Jadi kita kenalah terima kan? Sekarang ni Pak Alang tengah risaukan Mak Alang. Dia tak tahu macam mana nak beritahu tentang bayi tu. Hm.. Tentang Abang Cik pula, Ibu dan Ayah risau sama ada bas sekolah hantar dia balik ke tak. Dah bermacam cara kami fikirkan. Tapi, tetap menemui jalan buntu. Heh.. Kalau aku boleh bawa kereta kan senang?

Kebelakangan ni aku selalu saja pegang-pegang cuping telinga aku. Tak tahu kenapa. Dahlah bila pegang saja rasa kosong. Tak ada subang. Subang ke anting-anting? Sama saja kan? Huhu.. Penampal subang aku hilang sebelah. Sedihnya.. Dahlah emas pula tu. Hadiah aku dapat cemerlang dalam UPSR. Aku sayang gila kot.. Lepas tu terpaksa cabut kedua-duanya sebab dah tak lengkap. Sayangnya, dari darjah enam aku pakainya. Kenapa bila aku habis sekolah baru nak hilang? Huhu..

Semalam aku hadir kursus yang kedua untuk memandu. Bosannya tak payah cakaplah. Sampai berair mata aku sebab mengantuk sangat. Heheh.. Lepas tu, cikgu tu ajar tentang cara tukar tayar kereta, cara nak tengok enjin, dan macam-macamlah. Aku juga yang kena. Disebabkan saiz aku ni, cikgu tu suruh aku buka nat skru pada tayar kereta. Satu saja, itu pun tak terjejas langsung. Cikgu tu kata kena tambah berat badan. Nanti kalau susah, siapa nak tolong? Hohoh.. Orang lelaki kan ramai cikgu. Hehe.. Akhirnya aku disuruh naikkan kereta menggunakan ejek, ejek? Betul ke aku cakap ni? Hm.. Yang tu semua orang boleh buat. Haha.. Tak apalah, janji matlamat aku untuk pegang stereng kereta hampir tercapai. Maksud aku bawa keretalah.. Setakat pegang tu dah banyak kali dah.. Huhu..

Sunday, January 3, 2010

Melawat Penang









Friday, January 1, 2010

Tahun baru..

Ni 'post' pertama aku tahun baru ni. Jadi, aku nak ucap Selamat Tahun Baru untuk semua ahli keluarga, kawan-kawan dan sepupu! Kenapa kena ada sepupu? Sebab aku sayang sepupu aku. Boleh kan? Hehhheh.. Kenapa ayat aku pelik ni? Hurm..

Tahun 2010 ni, aku ada banyak keinginan atau boleh dikatakan impian. Hm.. Sebab aku dah masuk 18 tahun, jadi banyak perkara yang aku boleh buat. Pertama, aku nak bawa kereta. Mesti habiskan belajar memandu tahun ni juga! Kedua, aku nak belajar bisnes. Aku akan pastikan dalam masa dua tahun aku dah boleh berdiri sendiri, yeah! Semangat! Semangat! Ketiga, aku nak jadi lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni. Kena rajin belajar memasak. Belajar menjahit. Mengemas tak payah kot, dah okey. Yes! Tahun ni mesti lagi semangat dari tahun-tahun lepas! Dan yang paling penting, aku nak pakai tudung. Hm.. kenapa ya? Selama ni pun aku pakai tudung kan? Huhu.. Biarlah sesiapa yang tahu saja faham apa yang aku maksudkan.

Buat orang-orang yang aku sayang. Kawan-kawan aku dari SKTAAM, SK Sura, SKSI, SMKSI, aku mesti rindukan kalian. Aku takkan lupa semua perkara yang aku lalui terutamanya semasa hari-hari persekolahan. Huhu.. sedih. Apa ni? Err..

Buat sepupu-sepupu aku, terutamanya A'ah, Yen, Awar dan Kay.. Semoga berjaya dalam apa jua keadaan sekalipun. Khasnya Najwa, Awar dan Kay yang akan menduduki SPM pada tahun ni. Buat yang terbaik. Seterusnya aku nak minta maaf kalau ada salah silap yang telah aku lakukan pada orang-orang yang tertentu. Minta maaf tak semestinya hari raya kan? Lepas tu, buat sesiapa yang ada salah faham denganku, aku harap sangat aku dapat betulkannya semula. Tak pun, aku minta maaf banyak-banyak kalau si 'dia' terasa hati dengan aku. Memang aku betul-betul minta maaf walaupun aku tak tahu tu salah aku ke tak. Huhu..