Friday, January 20, 2012

Situasi.



Dah lama sangat aku tak update blog. Bukan tak nak tapi, banyak benda lain yang membuatkan aku terpaksa tangguhkan dulu. Ingat nak upload gambar projek terakhir aku. Tapi tak apalah, lain kali. Banyak sangat masalah aku sekarang. Huhhu.. Nak menangis pun ada. Terlalu banyak benda yang aku nak kongsi sebenarnya. Em..

Berita aku. Aku sekarang dah masuk 10 hari aku tamat belajar di Akademi Jarum Berlian. Secara batinnya aku dah habislah belajar. Tapi zahirnya belum. Tau kenapa? Sebabnya, aku kena buat praktikal pula lepas ni. Insya'Allah dalam bulan Februari aku mula praktikal. Macam mana agaknya perasaan di alam pekerjaan ya? Aku rasa excited pula bila dengar cerita kawan-kawan senior pasal praktikal ni. Ada yang dapat jahit baju pengantin dah pun.




Insya'Allah impian besarku hampir terlaksana. ^ . ^



Sekarang ni aku dah jadi penduduk hampir tetap Besut, Terengganu. Cakap Kelantanlah nanti aku. Huhu.. Adik-adik aku semuanya sekolah kat sini. Abang Cik sekolah kat SMK Tengku Mahmud 2. Adik pula sekolah SMA Maarif. Angah sekarang bekerja sebagai.. Em.. Apa ya? Entahlah. Lebih kurang macam personal assistant kot.. Aku? Aku sekarang ni menganggur, tak buat apa-apa. Hanya kembali jadi suri rumah sementara menunggu bulan Februari. Bosan? Em.. Bosanlah juga. Huhhu..






Then, pasal hati. Aku serius aku tak tahu apa perasaan aku sekarang. Tak tahu apa yag aku mahukan sebenarnya. Wujudkah orang yang tak faham diri sendiri?? Entah, tapi aku rasa aku macam tu. Fasal 'dia', aku tak tahu. Hanya mampu geleng kepala. Aku rasa akulah yang entah apa-apa. Serabut tak tentu fasal. Mungkin orang yang selalu baca blog ni pun perasan aku tak seceria mana sekarang. Selalu hilang mood kalau ada yang tak kena. Hm.. Ada siapa-siapa yang dapat bantu aku?

Ya Allah.. Hanya Kau yang tahu apa yang aku rasakan. Aku rasa nak menangis. Tapi, masa-masa lalu membuatkan air mata aku dah susah nak jatuh sekarang. Semua masa lalu telah mengajar aku banyak perkara. Mengajar aku untuk berubah. Mengajar aku tak berperasaan. Mengajar aku kesabaran. Kebencian. Sukar percaya pada sesiapa sahaja. Walaupun orang terdekat. Hm.. Aku rasa aku macam dah agak teruk kot sekarang. Entahlah..