Sunday, February 27, 2011

Makin banyak dosa aku.

Semakin lama aku hidup, semakin aku sedar terlalu banyak kelemahan yang ada pada diri aku. Ketika aku berseorangan, aku akan termenung. Bukan termenung memikirkan pakwe, tapi termenung memikirkan betapa lalainya aku dengan dunia. Dunia yang hanya sementara. Difikiranku selalu terdetik, "Kalau esok lusa aku mati macam mana agaknya?" Aku serba salah pada diri sendiri. Aku hidup ni kerana apa? Masih serba salah. Emm..

Banyaknya dosa aku.. Huhu.. Semalam agak tersentap dengan sindiran mak tiri aku. Aku berseluar jeans dan berbaju t-shirt. Bagi aku, biasalah kan.. Aku memang dah agak dia akan tegur. Ya, aku tahu yang dia memang suka berterus-terang. Hehhe.. Bagus juga ni. Boleh aku berubah sedikit demi sedikit. Tapi, tapi.. Nilah hati manusia. Sentiasa berperang dengan nafsu. Jihad kan? mestilah agak sukar. Akukan manusia.. Lemah pula. Jadi, benda-benda macam ni memang aku mengaku susah sangat nak dilaksanakan. Huhhu.. Bilalah aku nak berubah ni? Hari-hari terdetik benda yang sama saja dalam fikiran aku. Tapi, keputusannya tetap sama. Hati keras. Belum lembut lagi. Insya'Allah sebelum ajal sampai, aku akan berubah. Tapi, macamlah aku tahu bila ajal sampai kan? Huhhu.. Sedih rasanya. Ya Allah, berilah hidayah buatku..





Oh ya, aku dah ada Mama sekarang. Baru semalam. Terkejut ke?? Janganlah terkejut. Dah jodoh, nak buat macam mana kan? Kan itu salah satu janji-Nya.. Aku segan dengan keluarga belah Mama aku. Hm.. Iyalah, akukan tak sempurna. Tak macam kawan-kawan aku yang bertudung labuh, berbaju kurung. Hanya berseluar dan ber't-shirt'. Memang Ayah dah banyak kali tegur. Aku berubah juga, tapi macam tulah. Perubahan yang sangat sedikit. Tak ketara. Hm.. Aku sendiri pun selalu berdoa agar aku sendiri boleh berubah. Bukan untuk orang lain, tapi diri sendiri. Pelik kan?? Tapi, itulah hakikatnya. Niat dah ada, cuma keadaan yang buat aku masih begini. Hm.. Semoga aku cepat berubah.



*Aku rindu semua kawan-kawan aku kat Kajang. Rindu sangat-sangat!


Friday, February 25, 2011

Sukaneka di Cherating


Tempat : Pantai Cherating
Tarikh : 14 Februari 2011
Masa : 8.30 pagi - 6.00 petang
Pasukan aku : Biru a.k.a. Mahligai Cinta






Pertandingan membina istana pasir.



Pertandingan ratu terhodoh.



Dari kiri, Kak Diha, Kak Ida, aku.



Tiqah, Fatin, Kak Ina, Kak Ida, aku, dan Iman.



Aku dan Iman.



Azira, Yah, dan aku.


Tuesday, February 1, 2011

Akademi Jarum Berlian Sdn. Bhd.

Kad pelajar aku. Masa ni masih cantik lagi. Sekarang dah kemek-memek dah aku tengok. Tak senonoh betul aku ni la. Mana taknya, selalu bersandar kat meja. Huhhu.. Budak-budak kat sana semua cakap muka aku dalam gambar lain. Mana taknya, gambar sebelum PLKN. Haha! Sekarang ni dah bulat dah..


Katil aku. Tempat yang paling strategik tu.. Orang masuk bilik terus tuju kat katil aku. Sebabnya? Buka pintu, katil pertama yang orang akan nampak dulu ialah katil aku.


Hari pertama kat kelas EMAS. Kelas budak-budak junior. Budak tahap satu. Kat atas ni gambar Kak Ina dengan Fatin. Sebilik dengan aku.



Ni pula Kak Ida dan aku yang sepet. Entah kenapa aku rasa aku makin sepet. Huhhu.. Gemuk kot! Kak Ida ni kakak aku. Sebilik juga.




Dari kiri, Nas, Tiqah, Kak Ti, Yah. Selain Kak Ti, yang lain semuanya duduk luar hostel.Rumah dekat-dekat bolehlah balik. Cemburu eh aku..




Masa ni kami ke bandar. Sebenarnya nak beli barang dapur kat kedai dekat-dekat saja. Entah macam mana semua bersiap, terus ada yang cadangkan pergi bandar jalan kaki. Masa pergi berlenggang, balik macam nak pengsan angkut barang-barang shopping. Sendiri beli, sendiri mau inagtlah.. Hehhe..



Ni kat kelas depan. Saja masuk sini sebab nak buat projek lepas siap segala pola yang agak serabut.



Salah satu daripada 27 pola yang aku dah buat. Kena ambil ukuran sendiri.



Ni pula simpling. Namanya sinpling sebab ni benda-benda simple yang kita kena tahu sebelum menjahit pakaian. Banyak sangat kalau aku nak cakap kat sini. Ada dalam lebih kurang 46 simpling yang aku kena buat. Sekarang baru siap 35 kot..


Ni tulang belut. Benda yang aku nak sangat cuba buat. Aku tak pernah tengok arwah Ibu dulu buat benda alah ni. Aku cuma tahu nama dia saja. Ibu cakap cerewet buat benda ni. Lepas buat, baru aku tahu memang cerewet. Dahlah halus pula tu. Huhhu.. Patutlah buat benda ni mahal.
Aku cuma nak cakap, memang seronok belajar kat sini. Dengan adanya kawan-kawan sebilik yang baik-baik, gila-gila.. Memang seronok sangat. Tapi, kalau cakap pasal internet memang sedihlah. Kat sana mana ada guna laptop. Belajar pun guna mesin jahit la. Oh, ya.. Sekarang ni aku baru guna mesin kaki. Dah mahir mesin tu, baru boleh guna high speed.