Wednesday, December 22, 2010

Haiwan jadi contoh juga.

Ada satu hari, ramai saudara datang rumah nenek aku. Biasalah anak-beranak ramai macam ada kenduri kahwin. Hehhe.. Tapi, hari tu macam biasa saja. Taklah ramai macam Hari Raya. Aku pun buat air sunquick, tuang air macam biasa. Lepas tu, nenek aku alas jag tu dengan pinggan dan letakkan air dalam pinggan tu untuk elakkan semut hurung air sunquick. Hm.. Biasalah air sedap-sedap ni semut suka nak berkongsi sekali. Hehe..



Beberapa jam lepas tu, Angah cakap semut-semut dah hurung air yang dalam pinggan tadi. Kira tak dapat nak minum air sunquick tadilah. Tak sangka semut-semut tu nak juga air tu walaupun dah ada 'protection'. Em.. Petang itu juga aku tengok air di dalam pinggan sudah kering separuh! Wow! Tak reti mengalah betul semut-semut ni. Patutlah ada pepatah 'rajin seperti semut'. Huhu.. Semut pun lagi rajin daripada aku. Uhuk..





Hari kedua pula. Aku jemur kain kat belakang rumah. Sedang aku berjemur.. Eh, berjemur? Hahha! Aku tengok Comel, kucing yang Adik bela, duduk termenung. Mengiau-ngiau minta sesuatu sambil memandang aku. Mesti Comel lapar.. Huhu.. Selesai kerja menjemur kain, aku terus ke dalam mengambil makanan kucing. Penuh kucing sekeliling aku mengiau minta makanan. Aku bawa makanan ke luar dan letakkan di atas pondok kat belakang rumah. Berhampiran ampaian tadi.

Sedang kucing-kucing tu makan, tiba-tiba ada bunyi suara anak kucing mengiau-ngiau nyaring. Semua kucing yang sedang makan tadi berhenti makan, mencari arah suara tadi. Salah seekor daripada kucing-kucing tu terus berlari ke arah anak-anak kucing tadi. Rupanya itu adalah ibunya. Aku agak terpegun juga tengok benda ni. Tahu sebab apa? Sebab itu menunjukkan betapa sayangnya kucing tu pada anaknya. Sanggup berhenti makan semata-mata nak bagi anaknya menyusu. Huhu..

Aku terfikir.. Sedangkan kucing sayangkan anak. Apatah lagi manusia. Tapi, mengapa orang zaman sekarang ni dengan rasa tak bersalahnya buang-buang anak?? Dunia sekarang memang dah terbalik. Hm.. Semua ni sama dengan zaman jahiliyyah dulu kan..


Tuesday, December 14, 2010

Perasaan.



Rindu.




Sunyi.



Mahu kembali seperti dulu.



*Kenapa dengan diri aku??

Thursday, December 9, 2010

Ayunya Ana Raffali..



Aiyo.. Dah hampir 5.00 pagi sekarang. Mata ni tak nak tidur lagi. Haih.. Degil! Huhhu.. Nilah akibatnya tidur petang. Lepas solat Zohor tadi, aku terus tidur sampai ke Asar. Ni dah jadi terbalik. Jadi burung hantulah nampaknya. Borak-borak dengan Awar, Yen dan Angah. Akhirnya, tak boleh tidur terus. Haiya..!



Ni Ana Raffali. Ayu kan? Aku suka lagunya yang bertajuk Kalau Berpacaran. Bagi aku biasa-biasa saja. Taklah sedap mana. Tapi, penuh erti. Bila cakap Ana Raffali, orang akan tahu tentang stailnya yang lain daripada yang lain. Buat persembahan sentiasa berbaju kurung atau kebaya. Memang ayu.


Cerita yang aku nak cerita ni lain sebenarnya. Hehe.. Hari tu, masa balik Kajang aku ke surau pada hari Jumaat. Dengar ceramah. Kiranya malam Sabtulah kan.. Lepas ke surau, aku, Angah, Abang Cik dan Ayah ke sebuah kedai makan yang terletak di Bangi. Bila kami masuk ke kedai tu, semua orang yang ada dalam tu pandang ke arah kami. Apa hal pandang-pandang?? Macam tak pernah tengok orang. Pelik betul. Lepas tu barulah aku tertangkap yang mereka tu tengok kami sebab kami semua ayu sangat berbaju kurung. Ayah dan Abang Cik pula berjubah. Hehe.. Alim kan? Kelakar pula rasanya. Tapi, bila difikirkan balik, apa yang pelik sangat kalau berbaju kurung? Mesti ada yang cakap baru balik dari kenduri kahwin. Mana taknya, baju aku pun dah macam nak pergi nikah dah. Semua putih dari atas sampai bawah. Tinggal pakai selendang dengan mahkota saja atas kepala. Haha!

Bila aku balik kampung, tiba-tiba nenek aku cerita perihal berbezanya anak dara zaman dulu-dulu dengan zaman sekarang. Aku serius baru tahu yang orang perempuan zaman dulu pakai kain semuanya. Aku fikir segelintir saja. Huhu.. Bayangkan satu kampung kecoh kalau ada seorang anak dara tu pakai seluar. Kira tak boleh buat menantulah.. Lebih kurang macam tulah. Ini maknanya orang perempuan zaman dulu memang sopan sangat sampaikan benda macam tu pun diambil kira. Wow! Teruja aku tau. Hm.. Memang terbalik dengan zaman sekarang. Sekarang pakai seluar dah jadi kebiasaan. Aku sendiri pun pelik bila tengok ada perempuan muda yang pakai baju kurung pergi Alamanda. Macam nak pergi majlis kahwin. Lagi-lagi yang pakai kebaya. Yang itu memanglah kan? Haha.. Bila difikirkan balik, fikiran aku kolot, mungkin?

Dunia ni dah jadi pelik agaknya. Huhu.. Sedikit sebanyak terkesan juga dengan cerita nenek aku. Mana taknya, terkena batang hidung sendiri. Hehe.. Macam orang jahiliyyah dulu. Pelik bila tengok orang berpakaian tutup sana-sini. Orang yang lebih baik dipandang pelik. Em.. Aku tak tujukan pada sesiapa melainkan untuk peringatan pada diri sendiri. Cuma ingin berkongsi sahaja. Lagipun ni blog aku kan? Hehhe..

Hm.. Rupanya impian aku nak berbaju kurung bukan impian semata-mata. Hehe.. Pelik kan impian aku? Nilah salah satu impian aku. Susah sangat nak buat benda ni. Nampak senang kan? Tapi, susah sangat. Tak tahu kenapa. Fikiran aku dah diset untuk pakai baju macam ni kalau ada acara-acara tertentu sahaja. Macam juga baju tidur. Kebanyakan hari aku di rumah pakai baju tidur lengkap menjelangnya malam. Bilalah agaknya aku nak berubah??


Tuesday, December 7, 2010

Balik Kajang tiga hari..

Khamis lalu, aku balik ke Kajang dengan Angah. Naik bas tau.. Hehhe.. Pertama kali aku naik bas tanpa ditemani orang tua. Tak sangka aku! Aku fikir aku takkan dapat buat ni sampai bila-bila. Mesti orang cakap pelik benda macam ni tak pernah buat sendiri. Mula-mula aku takut nak naik bas. Iyalah.. Macam-macam cerita yang kita dengar fasal bas-bas ni. Bas terbaliklah.. Bas meletuplah.. Mana tak takutnya? Huhu.. Tapi, alhamdulillah aku tak apa-apa sepanjang perjalanan ke Kajang. Hehe..

Sesampainya aku di rumah, aku tengok keliling rumah. Rindu rasanya! Lama gila tak tengok rumah. Walaupun agak bersepah, tapi tetap rumah sendiri kan? Huhu.. Selama tiga hari aku kat rumah tu aku memang ambil peluang habis-habisan untuk berkemas. Dah lama tak kemas rumah sendiri. Serius aku memang rindu sangat nak buat semua ni. Sebab tu aku lebih suka duduk di rumah sendiri. Dulu orang selalu tanya aku tak bosan ke duduk terperap di rumah. Aku jawab saja tak. Sebab memang tak bosan. Benda yang aku buat kat rumah tak pernah membebankan aku pun. Suka adalah..


Si Putih dan Ciput. Berselera betul!



Ciput buat muka 'cool'. Hahah!


Cerita terbaru! Ciput ada awek. Hahha! Kelakarlah Ciput ni. Abang Cik yang cakap Ciput ada makwe. Sedang aku berkemas dalam bilik Ayah, tiba-tiba ada kucing putih bertompok hitam naik ke tingkat atas. Comel sangat.. Dahlah manja macam Ciput. Hm.. Padanlah Ciput suka. 'Spesen' rupanya.. Haha.. Kucing tu suka hati nak tinggal kat rumah aku. Makan pun kat rumah aku juga. Hehhe.. Tak apalah. Janji Ciput tak sunyi lagi macam dulu. Makin gemuk pula aku tengok Si Ciput ni sejak ada awek.. Hahha!



Ni Putih. Comel kan? 'Posing' baik punya! Hehhe..


Yang kelakarnya, ada kawan Ayah nak tolong bela kucing dua ekor ni sebab kami nak pindah kat Dungun. Ayah pun dah dapat kerja kat sini. Jadi, macam kasihan pada Kak Noni, bibik yang tolong jaga rumah tu, kena datang bagi makan kat dua ekor ni tiap-tiap hari. Em.. Kawan Ayah masukkan Ciput ke dalam kereta. Bila tengok balik Ciput, terkejut anak kawan Ayah Si Ciput ni kencing kat atas kerusi dalam kereta dia. Aduhai Ciput.. Suka buat hallah. Huhu.. Nampak sangat dia tak nak. Hehe.. Akhirnya mereka tak jadi nak bela. Apa-apa sajalah Ciput..