Thursday, September 23, 2010

Orang yang paling aku sayang di dunia telah pergi buat selamanya..


Ya Allah, teguhkan imanku, tinggikan kesabaranku, tabahkan hatiku.. Sesungguhnya aku amat merinduinya ya Allah..

Ibu, terlalu banyak benda yang kita lakukan bersama dulu. Memasak, menjahit, bercerita, gelak tawa. Makan sepinggan, minum secawan. 'Shopping' bersama, 'jogging bersama. Kak Long rindukan semua ni. Bila Kak Long masuk PLKN, semuanya jadi kenangan. Kat PLKN, hampir setiap malam Kak Long menangis sebab Ibu tak ada depan mata seperti hari-hari sebelumnya. Kak Long dah tak dapat buat semua ni lagi sampailah sekarang.

Tapi, bila difikirkan balik semua yang berlaku memang ada hikmahnya. Kalau aku tak pergi PLKN, dapatkah aku menanggung semua ni? Selepas PLKN tempoh hari aku rasa jiwa aku lebih kental. Dapat berjauhan daripada keluarga. Berjauhan dengan Ibu.

Ibu, ibulah teman Kak Long, Ibulah ibu yang terbaik yang Tuhan telah pinjamkan dunia akhirat. Allah lebih menyayangi Ibu. Kak Long redha dengan ketentuanNya.. al-Fatihah buat Ibu..



22 Sept 2010, 12 Syawal 1431H

Monday, September 13, 2010

Selamat bertemu lagi blogku sayang..




Woah!! Rindu gila nak menaip kat sini. Huhu.. Dah tiga bulan kot tak usik. Duduk di Rembau, Negeri Sembilan buat aku tak dapat nak jenguk Facebook, Blogger.. Tambah lagi dengan laptop yang rosak. Adehh.. Agak sengsara hidup. Nak 'upload' gambar PLKN pun susah. 'Memory card' kamera tu buat hal pula. Haish.. kena tutup antivirus la, apa la.. Bertimbun virus! Entah bilalah gambar PLKN nak wujud dalam FB aku.. Ni pun aku guna laptop saudara nak letak gambar raya. Oh ya.. Tahun ni memang aku tak sempat nak 'wish' SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kat sini.. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK pun lagilah tak sempat. Huhu.. Tak apalah.. Okeylah.. aku dah nak balik. Ni ada kat Kuala Terengganu. Nak balik Dungun pula..