Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011!!!




"thanks to 2010 coz give me a real life..
2011, here i come to move on! =)"
-status pertama di laman Facebook aku pada 2011.



Tahun 2010 telah meninggalkan aku. Ya! Pada tahun 2010 juga banyak benda yang sudah aku pelajari. Terlalu banyak kenangan yang tak mungkin dapat aku lupa. Banyak sangat.

Antaranya :

- Dapat lesen kereta. Lama gila nak dapat..
- Si dia, Pak Kumbang mewarnai hidup aku.
- Keputusan SPM yang agak teruk!
- Kemalangan. Motor yang salah, aku tak salah ya..
- Dapat Matrik tapi tak nak pergi. Pelik tak??
- PLKN selama tiga bulan.
- Pemergian Ibu. Tiga minggu selepas aku balik dari PLKN..
- Terpaksa tinggalkan bandar Kajang buat sementara waktu.
- Tinggal di Dungun bersama sepupu-sepupu tersayang..
- Tiba-tiba aku tengok bola. Hihi.. Malaysia menanglah!!





Selamat tinggal segala kenanganku! Kenangan yang banyak mengajar aku erti hidup yang sebenar. KepadaMu, ya Allah.. Aku bersyukur kerana dikurniakan hidup yang penuh bererti. Aku terima qada' dan qadarMu. Aku juga bersyukur kerana masih di beri peluang untuk hidup di dunia ini.





Tahun 2011 kali ni aku nak belajar bersungguh-sungguh. Belajar bukan untuk kerja. Tapi, aku ikhlas untuk mendapatkan keredhaanNya. Kehidupan baru bakal menanti pada 8 Januari 2011 nanti. Aku akan mendaftar di Akademi Jarum Berlian. Insya'Allah..

Kepada semua yang membaca blog aku.. SELAMAT TAHUN BARU!! Semoga tahun ini menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya.. Kepada kenangan-kenangan lalu, aku tetap rindukannya. Kenangan takkan datang lagi bertemu dengan kita walaupun sungguh-sungguh kita mahu bertemunya. Jadi, hargailah dan jangan sia-siakan apa yang telah sedia ada di depan mata..