Saturday, July 28, 2012

Ciput versi junior =)

Assalamualaikum!!


Sekarang ni dah pukul 2.47 pagi. Aiseh, tak boleh tidur dah aku ni. Tadi, lepas tengok tv lebih kurang pukul 11.00 malam aku dah tidur senyap. Masa tengok Mega Movie kat TV3 tadi, aku dah tertidur depan tv. Aku masuk dalam bilik lepas Abang Cik kejut aku suruh tidur dalam bilik. Aku pun dengan longlainya bawa masuk sekali si comel Ciput, kucing baru a.k.a adik baru aku dalam bilik. Comel sangat! Comel macam ni. Tapi dia lagi banyak putih. Dalam gambar tu banyak warna hitam. ^ . ^




Ni kes tak boleh nak upload gambar. Habis gambar kucing lain dikebas. Huhu..




Nak dijadikan cerita pagi-pagi buta ni. Ciput tiba-tiba gigit-gigit manja kaki aku. Aku ingat dia nak kejut aku bangun sahur ke, solat Subuh ke. Aku pun sengih kat dia, gerak-gerak kaki sikit, lepas tu tidur balik. Malas nak bangun sebenarnya. Kesian dia tak dilayan. Hehe. Then, aku rasa ada dia naik atas aku, selit-selit kat bawah lengan aku, mengiau. Slow je dia mengiau. Aku pun bangun dan tanya dia " Ciput nak apa ni? Kak long ngantuk la..". Dia turun dari katil dan pergi ke arah pintu, aku pun buka pintu dan keluar dengan dia. Dia pergi ke arah bekas makanan dia berdekatan dapur. Aihh, rupanya dia lapar. Tengok jam, ya Allah, pukul dua pagi! Apa-apalah Ciput.. Sambil tunggu dia makan, aku ambil air untuk dia. Baru nak pusing pergi letak air, tengok-tengok dia dah ada depan bilik air Abang Cik sambil tengok aku. Aku pun bawa dia ke bilik air aku. Kes malas nak tunggu depan bilik air Abang Cik. Dah tahu dah dia nak 'membuang'. Hehe. Lepas dia 'membuang', aku pun basuh la bilik air tu sampai wangi. Allahu Akbar, dera Kak Long pagi-pagi buta ya! Macam-macamlah adik aku sekor ni. Haha!


Lepas excercise basuh bilik air, aku pun buka iPad then online. Haha! Sekarang ni Ciput tengah tidur atas riba aku. Mula-mula tadi, dia kacau aku online, pijak-pijak screen iPad. Lepas tu aku gosok bawah dagu dia, then dia tertidur sendiri. Comellah awak! Hihi..




Sebenarnya, kucing ni Angah bawa dari asrama dia. Kata Angah, dia masuk dalam beg telekung kawan Angah lepas solat terawih. Terbawalah dia sampai asrama. Lastly, budak-budak ni bela dalam bilik. Itulah cerita mula-mula Ciput. Semalam aku ambil Angah dari asrama, dia bawa sekali Ciput naik kereta. Balik rumah, Adik, adik bongsu aku letak dalam bilik air masa dia nak 'membuang'. Lepas sekali 'membuang', dia dah pandai cari bilik air sendiri. Memang pandai! Semalam dia dah 'buang' sampai lima kali. Empat kali tu dia cari bilik air sendiri. Cuma, aku kenalah basuh lepas tu kan. Haha! Mana dia reti nak basuh sendiri. Dia 'buang' sendiri dalam bilik air pun dah cukup bagus dah sebenarnya. Esok, Adik nak mandikan dia pula. Wangilah Ciput kejap lagi. Hehe.



Okey. Habis cerita fasal Ciput. Apa lagi? Aku tak mengantuk ni. Aduh, lagi setengah jam je nak sampai pukul 4 pagi. Nanti nak bersahur. Nampaknya cerita aku habis di sini je dulu. Ada lagi nak cerita sebenarnya, tapi malaslah panjang-panjang sangat. Hehe.. Lain kali pula.


MA' AS SALAMAH, ILAL LIQA'. =)


Friday, July 20, 2012

Lagu Zaman Facebook.



Sekarang ni, banyak betul lagu yang berkaitan dengan Facebook. Pelik juga aku. Huhu.. Orang zaman sekarang boleh kata 'tak boleh hidup tanpa FB' kot. Ada tapi tak guna pun tak apa. Macam benda wajib dah. Tua dan muda sama naik dah aku tengok. Hehe. Facebook belake doh lening..



Nilah antara lagu yang aku perasan ada kaitan dengan Facebook :




Cinta Muka Buku - Najwa Latif

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku..




Sleeq ft Najwa Latif - Untuk Dia

Bertemu di Facebook berapa hari kemudian..




Data - Aku Ditipu Lagi

Facebook pun aku tak sudi..




Aliff aziz - Jangan Ganggu Pacarku

Takkan cukup email-email indahmu,
Status-status palsumu,
Liking-liking poking-poking baginya..





Kadang-kadang tu ada juga lirik yang nampak agak kelakar. Haha!


Saturday, July 14, 2012

Rindunya nak menulis kat sini. =)

ASSALAMUALAIKUM WA RAHMATULLAHI WA BARAKATUH buat blog yang tersayang.. =)



Dah lama sangat tak jenguk blog ni. Sibuk memanjang. Sebenarnya rindu nak buat macam dulu. Hari-hari boleh update blog. Buat apa-apa semua nak cerita kan. Hehe..



Sekarang ni kalau update, tak boleh nak letak gambar. Agak membosankan jugalah. Huhu. Tapi, tak apalah. Bersyukur dengan apa yang ada. Aku sekarang memang agak sibuk. Kerja, tanggungjawab. Banyak sangat. Tapi, terima kasih ya Allah. Semua tu buat aku jadi gembira dan tenang, mengisi kekosongan hati yang dulu. Dulu, buat kerja rumah saja. Sekarang, kena hantar ambil adik-adik sekolah. Alhamdulillah.. Majikan tempat kerja aku memahami. Tengah buat kerja, tiba-tiba kena berhenti sebab nak ambil adik balik dari sekolah. Em, macam mak orang pula kadang-kadang. Haha!



Hari tu, hari Khamis sampai Ahad, 28 Jun 2012 hingga 2 Julai 2012. Pertama kali aku betul-betul rasa macam mak orang. Mama pergi Brunei, tinggalkan kami adik beradik di rumah. Aku kena jadi mak sekaligus ayah pada adik-adik. Ayah aku dah bekerja di Brunei sejak Mac lalu. Em.. Memang dugaan betul dalam tiga hari tu. Dengan baby Sumayyah demam. Berdebar juga aku. Malam pertama dia tidur dengan aku. Mula-mula, pukul 6 petang dah tidur senyap, aku ingat macam tu sampai pagi. Lepas maghrib, aku mula menjahit memandangkan dia dah tidur. Then, pukul 12 tengah malam aku berhenti buat kerja, masuk bilik nak tidur. Tiba-tiba Sumayyah pusing kepala tengok aku, dia senyum. Aku main dengan dia sekejap. Alahai comel sangat! Tapi, aku dah mengantuk sangat, aku pun buat-buat tidur dengan harapan dia akan ikut tidur juga. Tapi, lepas tu dia marah, nangis-nangis sebab aku tak main dengan dia. Punyalah susah dia nak tidur, sebab badan dia panas. Aku memang buntu sangat masa tu. Bagi susu salah, tidur riba salah, gendong tak kena. Lastly, aku ambil kerusi, biar dia tidur dalam tu. Agak lama juga, baru dia tidur. Tu pun tak lena. Kejap bangun, kejap tidur. Aku pun dah ikut sama macam dia, kejap bangun kejap tidur. Pagi tu aku bangun dengan bawah mata bengkak, hitam. Seingat aku, dulu time nak SPM je aku macam ni. Haha! Bila ingat ni, kelakar sangat. Petang esoknya, bagi Sumayyah dekat TOk Ki dan Tok Cik jaga. Pagi Ahad baru ambil semula. Malam tu barulah dia tidur lena dengan aku sebab dah baik demam. Walaupun penat, tapi aku sedar rupa-rupanya best juga jadi mak. Rasa puas sebab dapat mengisi semua masa 24jam. Tak rasa membazir masa. =)


Berkenaan praktikal aku. Dah tamat sebenarnya tempoh praktikal tu. 5 Mac hingga 5 Julai. Cuma tak tahu lagi bila nak ambil sijil di AJB. Maklumlah, jauh dah kita sekarang. Huhuhu.. Insya'Allah dalam bulan puasa ni aku pergi sana. Eh, teringat puasa, tak sabar rasanya menunggu kedatangan bulan Ramadhan ni. Makin kuruslah nampaknya aku ni. Aduh.. Macam mana nak gemuk balik? Hm.. Sekarang ni aku teruskan perkhidmatan aku dengan majikan yang sama dengan status pekerja. Bukan pelajar praktikal lagi dah aku. Hehe. Along, majikan aku, tak bagi aku berhaenti. Dia kata susah nak cari yang dah tahu selok-belok kerja ni. Kalau aku berhenti, dia susah nak cari yang lain. Kalau ada pun, kena ajar semula. Tak cukup sekadar tahu basic. Em, tak apalah kan. Aku pun nak belajar lebih lagi. Insya'Allah aku akan tetap setia di situ. =)


Aku rasa cukuplah penulisan aku hari ni. Dah lenguh belakang tengkuk asyik tunduk mengadap iPad ni. Haha. Okeylah, lain kali aku cuba update lagi. Sayang rasanya nak tinggal blog kesayangan ni. Bye, Wassalam. ^ . ^


SALAM RAMADHAN buat SEMUA UMAT ISLAM!
AHLAN WA SAHLAN ya RAMADHAN! =D





Berkenaan