Monday, April 26, 2010

Sengsara.. Huhu..

Sabtu lalu, aku ke MetroPoint. Tak seronok langsung. Huh.. Iyalah, pergi tak sampai setengah jam pun. Beli 'paper bag' dan terus keluar dari situ. 'Paper bag' tu memang agak pentinglah.. Oh, tak puas! Tak puas langsung! Aku yang dah lama tak pergi 'window shopping' ni rasa macam.. ergh.. tak tahulah nak cakap. Terseksa kot..

Keluar dari MP, Ayah, Ibu, aku, dan Adik pergi ke Pasar Kajang. Okey, agak pelik bila aku cakap yang inilah kali pertama aku menjejakkan kaki di situ walaupun dah enam tahun aku tinggal di Kajang. Haha.. Tak apa, janji aku pernah juga pergi kan? Hehe.. Oh, ya. Sebelum tu aku ada pergi ke kedai kasut yang terletak berhampiran pasar tu dengan Adik. Aku memang dah lama berhajat nak mencari kasut yang sesuai untuk ke majlis kahwin. Huhu.. Sedih betul bila terpaksa pakai kasut yang tak sesuai langsung dengan baju.. Sebab tu aku nak cari kasut yang lain. Em.. mula-mula masuk ke kedai tu, mata aku melilau mencari-cari yang berkenan. Tapi tak ada satu pun yang aku suka.

Lepas tu, ada sorang kakak.. eh, kakak eh? Entah-entah sama umur dengan aku. Haha.. Dia tanya aku,

"Adik nak cari kasut yang macam mana ya?" tengok dia panggil aku adik. Sebab tu aku panggil dia kakak. Hehe..

"Oh, saya tengok-tengok je..," aku hanya tersenyum.

"Em.. Adik cari 'heels' ya? yang ni yang terbaru..," dia tunjukkan kasut yang dimaksudkan. Pandai kakak tu. Macam tau-tau saja. Hehe.. Oh, aku lupa yang aku pinjam 'heels' Angah hari tu. Patutlah dia tahu. Haha..

Tengok saja kasut tu aku macam terpukau sekejap. Aiyoo.. Pandai pula kakak ni pilih. Memang kena dengan selera aku. Cantik kot.. Aku pun angkat kasut tu. Bukan untuk dicuba, tapi nak tengok harga. Hehe.. RM59.90. Okeylah tu. Aku nak sangat tapi aku ada ke duit sebanyak tu? Aduh.. Kalau ada duit dah tentu aku beli. Iyalah, bukan senang nak cari kasut aku. Dahlah saiz susah nak cari, cerewet pula. Haish.. Lagi satu, kenapalah selera aku tinggi sangat? Asal benda yang aku berkenan saja mesti mahal. Uhh..

'Point'nya di sini ialah.. mana aku nak cari duit? Poket aku memang kering-kontang ni. Huhu.. Nak kerja tak boleh. Nak pergi dating pun tak syok kalau tak ada duit ni.. Eh? Bila masa aku pandai dating ni ha? Ish.. Haha.. Sengsara betul hidup tak ada duit. Memanglah duit bukan segalanya. Tapi, segalanya perlukan duit kan? Hm.. Kenapa aku rasa zaman aku sekolah lagi kaya dari zaman aku sekarang? Huhu..

Monday, April 19, 2010

Tak perlu sebab untuk sayang.



Dari dulu aku tertanya-tanya. Kenapa aku sayang dia? Kenapa? Sekarang aku dah dapat jawapannya. Aku dah terbaca satu entri blog orang lain. Dan jawapannya..

'Tak perlu sebab untuk sayang'

Iya la kot itu jawapannya.. Hehe..

Aku selalu fikir benda merepek ni sebab aku tak nampak lagi kelebihan yang lebih bersifat menonjol dalam diri dia. Tapi.. tapi.. aku tetap sayang dia. Em.. pelik ke??


Sunday, April 11, 2010

'Cupcakes', kek cawan




Kek ni ada 20 biji semuanya. Rasa teruja bila siap sebab inilah kali pertama aku buat 'cupcake'. Hehe.. Rasanya bolehlah tahan. Selalunya aku buat kek dalam loyang saja. Saja bosan duduk di rumah berseorangan. Ibu dan Adik pergi ke Pulau Pinang pada malam Jumaat lalu. Jadi, hari Jumaat tu aku seorang saja tinggal di rumah memandangkan Angah dan Abang Cik ke sekolah.

Sekarang, kek-kek ni tinggal dua biji saja di rumah. Aku sempat makan dua biji saja. Huhu.. Dalam masa empat hari, tinggal dua biji saja? Aku pun tak sangka. Tapi, memang banyak juga aku beri pada orang lain. Tinggal enam saja yang ada di rumah ni. Oh, aku tak tahu adik-adik aku pun sukakan kek coklat. Selalunya aku yang habiskan. Heheh..

Lagi dua biji aku sorok. Hehe.. Ibu dah 'booked' awal-awal lagi dah..

Thursday, April 8, 2010

Sejarah hitam.




Harap lepas ni tak ada benda yang lagi teruk. Huhu..

2010 memang nak kenakan aku ya?



Monday, April 5, 2010

Avanza? Heh..

Rancangan pagi tadi :
Ambil gambar untuk buat lesen.
Ke Tesco.
Pergi buat lesen.

Dalam pukul 10.00 pagi, Ibu keluarkan kereta dari halaman depan rumahku. Lepas tu, Ibu tekan 'controller' pagar automatik lantas pagar tertutup dengan sendirinya. Tiba-tiba Ibu memandang ke arahku. Ibu berkata "Kak Long bawa kereta ni boleh ke?".

"Entah Ibu. Belum cuba, belum tahu.. Hehe..", dalam hati ni bagai meronta ingin pegang stereng Avanza Ibu. Hehe.. Iyalah, Ayah dah cakap kalau tak siap lesen tak boleh bawa kereta. Hm..

"Kak Long 'try' bawa dulu. Tak apa", kalau dah ditawar begitu siapa yang tak nak. Lagi-lagi bagi orang yang macam aku ni. Dah ada lesen tapi ditahan tak boleh memandu. Huhu..

"Okey. Tapi kena ada bantal. Haha..", aku pun terus masuk ke rumah kembali untuk mengambil bantal wangi. Wangi sebab tu bantal kat ruang tamu. Hehe.. Kesimpulannya, aku dah bawa keretalah. Mula-mula memang aku tak yakin sangat nak pandu Avanza yang memang jauh bezanya dengan Kancil yang kecil tu. Dahlah bukan manual. Tapi, kalau aku tak cuba bila lagi aku nak pandai kan..

'Part' yang seronoknya masa nak masuk parking di dalam Tesco. Hehe.. Disebabkan aku tak boleh nak agak berapa panjang Avanza tu, aku dengan slamber telah menyondol kereta di dalam petak parking sebelah. Err.. Aku tak sengaja. Aku tak sengaja. Ibu aku buat muka biasa macam tak ada apa yang berlaku. Hm.. Ibu cakap tak ada apa, cuma cat kereta Ibu melekat pada kereta tu. Aku dah cuak. Haih.. berparut Avanza. 'First time' bawa dah macam ni. Heh.. Pelik-peliklah aku ni.. Huhu..

Hari ni, seharian aku pandu Avanza. Banyak kali kena hon dari belakang. Terkejut juga. Nasib baik aku tak terlepas brek kaki. Hm.. Memang biasa agaknya bagi budak macam aku ni. Huhu.. Sampai sahaja di rumah, aku dan Ibu terus pengsan kat ruang tamu. Haha.. Ibu letih tengok aku memandu sebenarnya. Kecut perut katanya. Hehe.. Siapa berani jadi penumpang aku? Haha..

Friday, April 2, 2010

Lulus.

Aku tahu aku sepatutnya dah lama dapat tanda 'P' ni. Tapi, nak buat macam mana kan? Hehe.. Alhamdulillah.. Akhirnya hari ini aku dapat juga keluar dari satu ujian yang memang agak mencabar. Bagi aku, bukan senang nak dapat ni. Hm.. Mungkin ada orang yang pelik kalau baca apa yang aku tulis ni. Huhu.. Memang tak mustahil juga ada sesetengah orang yang setuju dengan apa yang aku katakan.

Bukan maksud aku susah bawa kereta. Cuma susah nak dapatkan lesen P. Sebabnya, banyak benda yang tak kita jangka tak mustahil akan berlaku. Melalui kelalaianku, aku banyak belajar. Ya, sangat banyak benda yang aku belajar dari situ. Aku sedar itulah hikmahnya. Dari situ juga aku jadi banyak berfikir. Kita tak boleh nak salahkan kereta tu. Iyalah, kemungkinan ada kereta yang kondisinya agak tak memuaskan seperti brek tak makan ke.. gear rosak ke.. Semua kemungkinan ini boleh berlaku. Jangan salahkan kereta tu. Sebabnya, memang semua kereta kondisinya berbeza. Aku juga terfikir, bukannya aku nak pakai kereta Kancil sampai bila-bila kan? Jadi, kena biasakan juga dengan benda-benda macam ni. Bersedia untuk apa saja kan? Hehe..

Ya Allah.. Aku bersyukur sangat! Pengalaman aku nak dapatkan lesen P ni memang banyak mengajar aku. Aku lebih menghargai dan terasa nikmatnya pabila menempa kejayaan. Walaupun kejayaan yang tak seberapa, tapi kali ni memang aku rasa lain sangat. Tak tahu nak terangkan macam mana perasaan tu..

Thursday, April 1, 2010

1 April 2010



Bangun tidur.
Kemas-kemas rumah.
Masak.
Mesej.
Makan.
Tidur.
Apa lagi??

Bosan betul. Hari-hari pun macam ni. Huhu.. Macam jadual pula. Dah dekat empat bulan aku duduk macam ni. Hm..

Hari ni aku keseorangan di rumah. Adik-adik aku semua belum balik lagi. Bila cakap fasal adik-adik aku, mesti teringat pertanyaan maut. Heh.. Soalannya berbunyi..

1. Kak Long, bila nak kahwin ni?
Huh? Kebelakangan ni aku tak terfikir pun nak kahwin. Haha.. Macam sebelum ni terfikir pula.

2. Siapa ya bakal suami Kak Long?
Haish.. Tak sabar betul mereka ni. Lambat lagi..

Semua fasal kahwin. Huh.. Apa ni? Aku tak sedia lagi. Masak pun tunggang-langgang lagi. Heh.. Ibu aku cakap, tahun depan kalau ada orang masuk meminang Ibu lepas.. Aku agak cuak juga. Hish.. Apa ni? Apa ni? Ah..

Oh, lagi satu. Susah ke diterima akal kalau aku ber'couple' ha?? Ish.. ish.. Kalau aku cakap aku dah berpunya, mesti orang gelak. Okey.. Mungkin aku cakap main-main masa tu. Tapi, cara mereka gelak nampak sangat takkan percaya kalau aku betul-betul 'couple'. Em.. kenapa agaknya ya?

Duduk di rumah ni aku dah tak ada nafsu nak tengok tv. Hm.. Dua tiga hari ni saja baru aku tengok. Tunggu cerita Asmaradana. Cerita ni agak 'best' juga. Ini pun nak cerita ke? Sah-sah bosan. Huhu..