Sunday, September 28, 2008

Yeah!Balik kampung...

Esok aku pulang ke kampung.Kampung aku di Dungun,Terengganu.Dua-dua,ibu dan ayah.Cuma kampung saja lain-lain.Eeii..seronoknya dapat jumpa sepupu-sepupu!!Lagi seronoknya,aku balik sini,Kajang semula hari Selasa minggu depan.Terpaksa!Ayah ada kerja yang tak dapat dielakkan di Besut.Hehe..seronoklah ye!!


Oh,terlupa pula!Hari Rabu ni 1 Syawal kan??Kemungkinan hari tu aku tak ada kesempatan untuk ucap Salam Lebaran dalam blog ni.Jadi aku buat sekaranglah..



Jadi,aku nak minta maaf kepada sesiapa yang baca blog aku ni.Terutamanya kalau orang tu aku kenal.Aku nak mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung jari kaki ya..!Manalah tahu kalau-kalau aku ada buat silap yang aku sendiri pun tak sedar kan??Hihi..Ok-lah,selamat menyambut hari lebaran dengan penuh makna..

Saturday, September 27, 2008

Hm..

Banyak juga aku nak cerita hari ni.Erm..mula-mula,fasal ujian lisan.Alhamdulillah aku dah selesai buat semua ujian lisan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.Huh,lega rasanya.Itu pun hari Khamis baru buat.Nak tahu sebabnya?Sebab..masa hari Selasa hari tu budak lelaki kelas aku buat hal.Macam mana cikgu tak marah,dah dekat sebulan cikgu suruh bersedia tapi diorang semua belum sediakan apa-apa lagi.Aku pun samalah,hehe..tapi sekurang-kurangnya aku buat jugalah malam tu.Semua budak-budak perempuan mengamuklah bila cikgu merajuk dan terus keluar kelas.Sebabnya,semua dah bermati-matian hafal skrip pembentangan yang dah dibuat.Nasib baiklah hari Khamis tu nama aku antara yang awal cikgu sebut.Kalau tak mesti sekarang ni aku dah terseksa buat benda yang aku benci.Huh..

Oh,aku tak ceritakan apa pembentangan aku untuk ujian lisan.Sebenarnya fasal pengalaman aku sebagai seorang pengawas semasa di sekolah rendah.Oleh sebab saiz badan aku yang kecil ni,banyak jugalah benda-benda kelakar yang aku lalui.Masa menjadi pengawas,aku seorang yang garang jugalah.Hehe..Pernah juga aku cubit seorang budak ni sampai menangis.Dia ugut aku nak beritahu kepada mak ayahnya.Aku cuak juga masa tu.Haha..Satu lagi,masa jaga satu kelas darjah enam,waktu tu aku baru darjah enam,pat.Aku benci betul seorang abang ni.Dia ni..err..lelaki lembut.Dia selalu buat bising saja.Aku marah,dia lawan balik.Mentang-mentanglah dia besar kan?Dia memang suka sangat mengusik aku.Ada hari tu dia geram dengan aku dan dia cubit bahu aku sampai merah.Aduh,kena penangan lelaki lembut sekali!Hish..Itu sajalah aku cerita bab ni.Malaslah panjang-panjang.

Kedua,aku ada bagi kepada Aina kad raya hari tu.Aina tu budak baru dalam kelas aku.Dia suka duduk seorang dan diam sendiri.Hari Khamis tu juga,dia balas kad raya aku.Aku gembira sangat sebab dapat tahu yang dia pandai melukis kartun anime.Comel sangat dia lukis dalam kad yang diberi pada aku.Dahlah aku ni suka sangat-sangat anime.Seronoknya!!Dan,hari tu Murnirah balik sekolah awal.Dia terpaksa hantar adiknya pergi ke sekolah awl.Aku memang sudah lama menunggu saat ni.Saat balik bersama Aina.Aku nak tanya dia macam-macam.Kalau di sekolah mungkin dia malu untuk berterus-terang di depan orang.

Semasa aku berjalan pulang bersamanya,aku bertanya "Kenapa awak selalu senyap dalam kelas?".Selepas tu,dia ceritalah.Sebenarnya,dulu dia agak bising jugalah.Ha?Aku pun terkejut juga bila dia cakap macam tu.Erm..dia kata dulu ada seorang rakannya menegurnya kerana dia selalu buat bising.Selepas itu,dia terus jadi pendiam.Tak berapa nak bercakap.Tapi,aku terfikir juga teruk sangat ke tahap kebisingannya sampai kena tegur?Hm..Ok-lah,aku dah dapat tahu kenapa selama ni dia senyap saja.

Hm..lupa pula!Rahmah dan Azza ada bagi pada aku nombor telefon bimbit seorang budak ni.Tak payahlah tahu siapa kan??Hehe..Aku mati-mati cakap yang aku tak minat langsung dah budak tu.Mereka boleh pula usaha untuk buat aku sukakan dia balik.Pening jugalah dengan kerenah mereka ni.Sebenarnya,budak yang aku maksudkan tu aku minat dari tingkatan satu lagi.Tapi,sekarang ni dah tak ada perasaan langsung dengannya.Hish..Apalah..

Monday, September 22, 2008

Esok ujian lisan..

Benda yang aku paling benci muncul lagi.Ah,menyampahnya!Aku tak tahu mahu bentangkan tajuk apa esok.Padahal cikgu dah bagi tarikh hampir sebulan sebelum tu jugalah.Haih..

Saturday, September 20, 2008

Seronoknya!!!

Laptop ayah aku dah siap dibaikilah!!!Bolehlah aku tulis dalam blog lagi.Hehhe..Sebenarnya,ibu beritahu kepada aku seorang saja fasal ni.Disebabkan perkara ini,aku terpaksa bersabar dan tunggu masa yang sesuai untuk buka internet.Sekarang ni pun semua orang pergi solat terawih.Tinggallah aku seorang saja di rumah.

Aku tak sabar nak luahkan di blog ni.Dua tiga hari lagi aku akan dapat pergi membeli-belah!Bolehlah beli macam-macam nanti fasal dah dapat duit gaji.Hahha..Duit upah menjahitlah..Puas hati rasanya dapat habiskan kesemua baju-baju raya orang lain.Sekarang ni ada lagi 10 pasang belum siap lagi.Ah,tak sabarnya nak keluar!Dah lama pula aku tak keluar dari rumah jalan-jalan.

Cerita kedua yang aku tak sempat tulis di sini ialah Syafikar,rakan sekelasku mengidap demam denggi berdarah.Daripada cerita budak-budak lain,telinganya berdarah.Oh,seram pula rasanya!Kesiannya dia.Hari itu,17 September budak-budak kelas 4 Wibawa,kelasku,pergi ke HUKM untuk melawat dia.Sesampainya mereka di sana,Syafikar sudah pulang ke rumah.Hm..nasib baik aku batalkan keinginan aku untuk turut pergi.Kesiannya mereka..Tapi,tak apalah.Itu menandakan Syafikar sudah sembuh walaupun mungkin bukan sepenuhnya.

Semalam pula,Aeishah datang ke rumahku.Rindunya dia!!Lama tak jumpa.Katanya dia masih dalam proses membiasakan diri di sekolah barunya,Sekolah Integrasi Gombak.Macam-macam kami cerita.Dia tetap sama,tak berubah pun.Selepas itu,kami ke rumah Hanis sekejap.Dua jam jugalah.Hehhe..Borak-borak.Lama tak jumpa kan??Biasalah..

Sekarang aku dapat rasakan hidup aku dah semakin baik dari dulu.Mungkin sebab aku dah dapat lihat dunia yang lain daripada dulu.Dunia yang macam mana aku pun tak tahu nak terangkan.Hm..macam mana pun,aku kini masih dalam proses mencari diri aku yang sebenarnya..

Sunday, September 14, 2008

Sedihnya...

Kenapa??Komputer di rumah aku dah rosak!!!Dah lama aku tak buka internet.Ini pun sebab ada laptop sepupu aku.Waargh!!

Saturday, September 6, 2008

Makan hati..

Kenapa??Kenapa aku tak boleh tahu apa-apa pun?Oh,aku paham.Aku orang luar bukan?Hm..kawan baik pun boleh tipu aku ke?Aku tak boleh terimalah!!Aduh,kenapa dengan aku ni?Sabar..sabar..Kalau orang yang aku kata ni baca baguslah.Aku pun tak sabar-sabar nak dia tahu macam mana perasaan aku sekarang.Sakit hati tu taklah.Tapi makan hati..Arghh!!lupakan saja Wan Anis..lupakan.Kalau ingat-ingat lagilah parah nanti.Inikan bulan puasa.Tak baik marah-marah kan??Ya.Aku boleh maafkan dia memandangkan ini bulan puasa.Bulan Ramadhan bulan yang mulia.

Thursday, September 4, 2008

kertas ujian..

Semua keputusan ujian dah dapat cuma nombor belum lagi.Huh,nombor tak pentinglah.Yang penting peratusan markah.Hm..Alhamdulillah,aku lulus semuanya.Markah aku ada yang okey,ada yang tak.Maknanya aku budak yang seimbang.Aku tak adalah bijak sangat kan?Dan juga taklah dungu sangat.Haha..Karang kalau kata 'bodoh' peliklah.

Aku rasa sedih pula markah Bahasa Melayu aku tinggi.Sepatutnya gembira.Aku jadi serba salah pula Murnirah,kawan aku diam lepas dapat keputusan.Hm..nak buat macam mana.Aku bukannya boleh tukar markah pun.Apa-apa sajalah..

Tuesday, September 2, 2008

Jason Miraz - I'm Yours

Well you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but you're so hot that I melted
I fell right through the cracksand now I'm trying to get back
Before the cool done run outI'll be giving it my bestest
Nothing's going to stop me but divine intervention
I reckon it's again my turn to win some or learn some

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm yours

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find love love love love
Listen to the music of the moment people dance and sing
We're just one big family
And It's our God-forsaken right to be loved love loved love loved

So I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is shortThis is our fate, I'm yours

Scooch closer dearand i will nibble your ear
I've been spending way too long checking my tongue in the mirror
And bending over backwards just to try to see it clearer
My breath fogged up the glass
And so I drew a new face and laughed
I guess what i be saying is there ain't no better reason
To rid yourself of vanity and just go with the seasons
It's what we aim to do
Our name is our virtue

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate Our time is short
this is our fate, I'm yours

Well no no, well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find the sky is yours
Listen to the music of the moment come and dance with me
A lá one big family (2nd time: A lá happy family; 3rd time: A lá peaceful melody)
It's your God-forsaken right to be loved love love love

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

No please, don't complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

No please, don't hesitate
no more, no more
It cannot wait
The sky is your's!

Monday, September 1, 2008

1 Ramadhan...

Argghh!!Seronoknya tahan lapar.Tak tahu kenapa.Mula-mula tu rasa memulas-mulas jugalah perut ni,minta makanlah.Puasa bulan Ramadhan tak sama dengan puasa ganti.Haha..Em..Sebenarnya,ada satu perkara yang utama aku suka sangat puasa. Boleh berdiet.Ya,diet!Dalam masa seminggu ni berat aku boleh turun sampai 5 kg.Huhu..

Em..aku tak tahu nak taip apa lagi dah.Okeylah,aku kena 'off' dulu.Dah nak berbuka ni.