Wednesday, March 10, 2010

Ujian JPJ

Tidak tepat pada pukul 8.00 pagi, van yang aku naiki bertolak ke pusat memandu IMKEDA. Macam biasalah janji pukul 8.00 pagi tapi pukul 8.30 pagi baru sampai. Huhu.. Okey. Hm.. Sesampainya aku di pusat memandu, aku mengikut sahaja kawan-kawan aku ke sebuah bilik. Agaknya adalah dalam lebih 50 orang di dalam bilik tersebut. Aku buat muka slamber dengan membawa bantal di tangan. Ah, peduli apa orang nak pandang. Heheh.. Aku yang bernombor giliran 50 termangu-mangu pabila diberitahu aku akan menjalani ujian pada sesi yang ketiga. Oh, apa aku nak buat dengan masa yang ada? Bayangkan dari pukul 9.00 pagi sehingga 1.30 petang aku terpaksa menunggu giliran. Ada kakak ni telefon ayahnya sebab nak balik. Lama kot.. Kalau ikutkan aku pun aku nak balik juga. Heh.. Aku dan kawan-kawan duduk saja di surau. Buat apa lagi kalau tak berborak lepas tu tidur. Haha..

Tepat jam 1.30 petang iaitu selepas kami solat zohor, kami ke dewan. Haha? Dewan?? Aku pun tak tahulah. Huhu.. Pegawai JPJ memberi ceramah pada kami semua tentang perjalanan sepanjang ujian berlangsung. Setelah itu, nombor-nombor diserahkan. Saat ini aku terserempak dengan Cheah Ka Shing. Betul ke aku eja nama dia? Huhu.. Selesai berurusan di dewan tu kami terus ke pondok berdekatan bukit. Perasaan duduk di situ macam perasaan nak tengok kereta berlumba. Hahha.. Mana taknya, kereta berderet depan mata.

Aku macam cacing kepanasan tak senang duduk di pondok tu. Panas. Aku berdoa di dalam hati supaya Dia mempermudahkan urusanku. Tunggu punya tunggu, akhirnya tiba giliran aku. Memang berdebar juga. Tak normallah kalau aku tak ada perasaan macam tu. Em.. Pegawai JPJ tanyakan nama aku. Kemudian aku disuruh untuk mulakan ujian. Pegang saja stereng, perasaan takut aku terus hilang seolah-olah perasaan tu meresap ke dalam stereng kereta itu. Aku pun membaca basmallah dan menarik nafas kemudian menghembus perlahan-lahan. Dengan yakin, aku memulakan ujian bahagian II. Mula-mula, semua berjalan dengan lancar. Aku menarik nafas lega apabila sampai tepat di atas garisan kuning di atas bukit. Tersenyum ke arah pegawai JPJ dan segera mengangkat tangan tanda aku sudah berpuas hati. Pegawai tersebut menanyakan nombor giliran aku kemudian menyuruh aku meneruskan perjalanan.

Saat inilah aku agak resah. Gear satu tak masuk. Berkali-kali aku cuba namun hampa. Agak lama aku di situ. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk membutakan mata untuk itu. Tekan minyak dan lepaskan klac seperti biasa. Lepaskan brek tangan dan aku hanya redha. Aku tahu aku akan gagal. Kalau lepas pun, itu satu benda yang agak mengejutkan aku. Sangkaan aku tepat apabila kereta tersebut berundur ke belakang. Pegawai itu tersenyum dan mengarahkan aku supaya keluar daripada perut kereta. Aku macam tak percaya aku tak lepas bahagian bukit. Ya Allah, aku tahu Kau sedang menguji aku. Masa tu aku memang rasa macam nak menangis. Uhh.. Sedih sangat. Tapi, disebabkan aku dengar pegawai JPJ tu membebel depan aku, aku tak jadi menangis. Pegawai tu memang kelakar. Terima kasih ya, pak cik! Aku memang panggil dia pak cik pun. Haha..

Ujian seterusnya, ujian bahagian III. Di jalanraya. Ujian ini berjalan dengan lancar walaupun keadaan jalanraya agak sibuk. Aku pun dah biasa dengan keadaan ni. Alhamdulillah, syukur aku lulus. Bolehlah mengubat kecewa aku tadi. Huhu.. Nampaknya lepas ni aku kenalah ambil ujian lagi sekali. Aku masih memegang status pelajar di IMKEDA. Heheh.. Tak apa, tak apa. Ujian kedua nanti aku mesti boleh. Yeah! Semangat lebih ni..

Satu lagi debaran menanti aku. Esok! Ya, aku perlu bersedia untuk hari esok. Aku terima saja dengan ikhlas apa sahaja yang berlaku esok. Ya Allah, aku tahu aku memang tak layak. Tapi, aku minta Kau berikanlah aku yang terbaik. Aku terima segalanya. Aku tahu Kau takkan berikan ujian yang tak mampu aku tanggung. Amin.. Kepada kawan-kawan aku semoga apa yang didoakan oleh kamu semua akan dikabulkan oleh Allah..

3 komentar:

zusai said...

huhu..xpe..kite pun xlulus gak..gudluck ye!

syAfA said...

kak sopa 2x x lulus jalan raye..~HUHU.`

xpe..usha lg..
Allah hnya menguji hamba-Nya..
insyallah nti akan lulus..ley bawak kak sopa jalan2 yer..:))

wananis said...

ikha..
awk pon smoga bjaya jgk!
agk2 kte jmpa lg ke??
hahha.. =)

k.sopa..
k.long mmg btol2 diuji..
ok2..
lulus nnt k.long blanje eh?
hehhe..