Thursday, March 11, 2010

Keputusan SPM

Budak-budak yang berumur 18 tahun macam aku memang tertunggu-tunggu saat ni. Walaupun aku tak dapat rasakan degupan jantung yang laju seperti orang lain, aku tetap suka melihat suasana yang kecoh di sekolah tadi. Tepat jam 11.00 pagi, aku, Ibu dan Murnirah bertolak ke SMK Saujana Impian. Sudah hampir tiga bulan aku tidak menjejakkan kaki di sini. Sekolahku yang cantik dah jadi bertambah cantik dengan pagar yang berwarna 'peach'. Heheh..

Lebih kurang pukul 11.30 pagi, cikgu mengumumkan pelajar yang mendapat keputusan terbaik bagi tahun ini. Seramai 18 orang pelajar memperoleh 7A dan ke atas. Para pelajar ini termasuklah Asma, Ili, Syahidah Samsir, dan juga Wong Kang Wei. Tahniah ya!! Masa inilah semua pelajar mempamerkan wajah mereka yang pucat, merah.. Ada juga yang dah menangis. Suasana memang agak bising pada masa tu.

Murnirah dengan muka cuaknya. Heheh.. Gambar aku tak ada sebab muka aku tak berapa nak cuaklah masa tu..

Lepas memperoleh keputusan SPM. Aik?? Mata aku berair? Hohoh.. Aku menangis jugalah masa cikgu umumkan yang bahawa peratus kelulusan matapelajaran Kimia dan Fizik di SMKSI mencapai tahap 100%. Aku terlampau gembira pada masa tu sebab selama ni aku sangkakan aku akan gagal dalam matapelajaran Kimia.

Alhamdulillah.. Keputusan aku agak memuaskan aku. Sebabnya, aku memang tahu aku tak layak untuk mendapat lebih daripada tu. Berbaloi dengan usaha aku yang terus-terang aku cakapkan memang sedikit. Walaupun kesabaran aku kadang-kadang tergugat, tapi aku dengan segera mengingatkan diri aku bahawa ini semua ujian untuk aku. Ujian dari Yang Maha Esa. Ya, aku terima dengan keputusan 3A aku. Syukur semuanya kredit iaitu tidak kurang daripada C.
Buat kawan-kawanku.. Tahniah! Walau apapun keputusan yang kamu dapat, itulah usaha kamu. Kamu dah cuba yang terbaik untuk semua tu. Dan, sebagai kawan aku tumpang gembira dengan keputusan kawan-kawan aku yang memberansangkan.Tahniah ya! Untuk Hanis Nasyitah dan Aeishah Khidir.. Tahniah kerana memperoleh 'straight A'..


2 komentar:

syAfA said...

salam kak long..
alhamdullilah..
xpe,bgus doh tu..kak sopa add mth x kredit..huhu..

arap kak long akan lebuh berjaya di masa depan dan selamat mngahdapi liku2 idop selepas ini..:)))

wananis said...

thnx ye k.sopa!
=))