Friday, August 26, 2011

Belajar menerima hakikat.


Kasihan blog aku. Dah lama dipinggirkan. Huhu.. Banyak sebenarnya memori yang aku nak coret kat sini. Tapi, masa cemburukan aku. Masa cemburukan aku!

Pertama. Aku dah pun habis tahap satu. Aku kata tahap satu, orang tak faham. Bila cakap semester satu satu barulah faham. Okey, aku ibaratkan macam semester satu. Em.. Sekarang ni aku dah sebulan harungi semester dua. Setakat ni aku dah siap dua pasang baju projek. Jubah dan kurung moden. Naik cuti ni, aku mula masuk kebaya moden pula. Aku sekarang terpaksa jadi orang yang cerewet untuk memuaskan hati cikgu yang mengajar aku. Sebabnya? Cikgu aku, Cik Siti sekarang agak cerewet berbanding dengan Cik Zura. Jadi aku target biarlah aku jadi cerewet untuk kebaikan aku. Sebelum cikgu tengok kerja aku, lebih baik aku sendiri teliti kerja aku dulu. Biar aku jadi cikgu kepada diri sendiri dulu. Hehe.. Bila tunjuk kat cikgu, aku harap dia puas hati.




Kedua, 3 Ogos lalu. Mak cik aku a.k.a. Acik Ma telah meninggalkan kami selamanya. Takziah buat keluarga A'ah. Kak Long faham apa yang korang rasa. Sabar saja yang kita mampu. Ingatlah, doa anak-anak sentiasa mengiringinya di sana. Amal soleh anak juga mampu mengiringinya. Kak Long harap Epi, A'ah, NJ, Baby dan Acik Wan tabah dengan semua ni. Tuhan saja yang tahu betapa berat dugaan ni. Allah takkan menguji jika hambaNya tak mampu.




Ketiga. Aku hanya manusia biasa yang tak mampu menyelami isi hati orang lain dengan hanya melihat. Allah saja yang tahu betapa seksa hidup aku sekarang. Berbekalkan iman dan kesabaran yang semakin hari semakin menipis, aku harungi semua ni. Hampir putus asa, putus harap. Allah.. Namamu saja yang mampu buat sabar aku menebal semula. Kekusutan yang aku hadapi hanya Dia yang tahu. Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku mahukan. Aku buka facebook, ni yang aku jumpa..

Siapa Wanita Cantik?
Wanita cantik ialah:
1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…


Aku mula sedar yang aku bukannya wanita kuat. Bukan wanita cantik seperti yang dikatakan. Ampuni aku Ya Allah.. Aku sering sunyi.



Sometimes, it takes losing something to realize what you've had.



Ya, aku sering terlupa yang aku masih ada ramai orang di sisi aku. Yang sentiasa menyokong aku. Ada ramai lagi orang yang sayang aku, yang tak pernah lupa aku. Aku baru sedar. Maafkan aku. Maafkan aku. Aku tahu lepas ni takkan sama macam dulu. Selepas cuti ni, aku harap aku boleh berubah.




Akhir sekali, aku sangat rindukan arwah Ibu! Bulan puasa macam ni kerinduan ni kerap sangat datang menerpa fikiran aku. Hanya sabar yang mampu kuatkan diri aku. Al-Quran saja yang mampu menenangkan aku. Aku bersyukur kerana masih dikurniakan iman di dada untuk bertahan dengan dugaan yang berat ni. Kalau iman ni tiada, mungkin aku dah tak ada kat sini. Astagfirullah.. Aku masih ingat yang masih ramai di luar sana lebih berat ujiannya berbanding aku. Mungkin dugaan aku ni hanya sekecil kuman saja kan. Huhu..




Buat orang-orang yang banyak memberi nasihat dan sokongan pada aku. Terima kasih banyak kerana membuat aku banyak berfikir baik buruknya keputusan aku. Hanya Tuhan yang dapat membalas segalanya. Terima kasih juga kerana mendengar luahan hati aku di saat aku tiada sesiapa yang menemani di sisi. Aku amat hargai segalanya.


Sunday, August 7, 2011

Owl City - Vanilla Twillight ^ . ^

Friday, July 22, 2011

Islam kini..


Aku sedih tengok video ni..


Terima kasih buat sahabat.. MERAH.


Insaflah wahai saudara seagamaku..










Thursday, July 21, 2011

Salam Ramadhan!


Bulan yang mulia ni dah setahun aku tunggu. Akhirnya bakal tiba. Insya'Allah aku dapat menjalani ibadah ni nanti. Panjang umur bolehlah kita bertemu, ya Ramadhan. Hati ini terlalu rindukanmu. Tahun ni mesti tak macam tahun-tahun dulu. Sibuk dengan baju-baju raya pelanggan. Sekarang semuanya dah berubah. Ya Allah, aku rindukan waktu dulu. Aku redha dengan apa yang berlaku. Buat kawan-kawan, selamat berpuasa!! Biarlah belum tiba pun. Aku nak juga wish. Sebabnya, aku rasa aku tak boleh nak update 1 Ogos nanti. Sibuk. Hehe..










Tuesday, July 19, 2011

Lupakan kelemahannya..

Aku ada baca satu artikel ni di sini. Pasal anak-anak. Tapi, aku cuba fahaminya dari sudut lain. Anak tu tukar jadi kawan, sahabat ataupun friends. Ataupun zamil zamilah, sodiq sodiqah ataupun apa-apa sajalah yang korang suka.


Kat sini aku nak hurailah sikit. Kita ni kan manusia yang tak sempurna. Tak payahlah nak benci-benci orang disebabkan kelemahan yang ada pada dirinya. Kalau nak benci orang pun cermin diri dulu. Banyak lagi kelemahan yang kita sendiri ada. Entah-entah lagi banyak daripada orang yang kita benci tu kan. Huhhu..


Kalau dah benci, banyak lagi dosa lain yang kita dapat. Oh, aku pun dah semestinya tak lari dari benda-benda ni. Tapi setakat ni alhamdulillah aku tak benci sesiapa. Em.. Kalau dah benci, mesti kita rasa menyampah gila kat orang tu kan. Nak tengok muka dia pun rasa macam rela tengok muka hantu daripada tengok muka dia. Heheh.. Secara tak langsung, kita dah semestinya tak nak tegur dia. Em.. Lagi? Kalau dah ramai kawan mestilah nak cerita macam-macam kan. Inilah yang selalunya terjadi. Ya, mengumpat. Lagi? Kalau ada yang jenis batu api, habis semua keburukan-keburukan lain yang ada pada dia dihuraikan. Orang yang tak tahu pun jadi tahu. Lagi menaikkan amarah orang. Yang ini paling aku benci. Dah orang cerita tu, dengar sahajalah. Cari jalan nak damaikan. Tak payah nak tokok tambah. Akhir sekali, yang paling teruk, fitnah. Dah orang duk cerita macam-macam pasal dia mulalah timbul fitnah lain. Entahkan betul, entahkan tidak. Betul kan? Kadang-kadang benda kecil boleh jadi besar tau!





Pendapat aku, penyelesaian untuk kebencian tu.. Pertama, buatlah macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dia buat salah kat korang, tapi korang buat macam biasa. Kedua, mendiamkan diri, simpan sendiri masalah tu. Allah kan maha mengetahui. Bukan kamu saja yang tahu. Ketiga, kalau tak tahan sangat, luahkan pada dia sebaik-baiknya. Jangan luahkan pada orang lain terutamanya yang macam kat atas tu. Si tukang batu api dengan si pembuat fitnah. Kalau dia marah, biarkan. Cakap saja kat dia "Kita sayang, kena tegur. Tak sayang, tak payah tegur." Lepas tu, senyum. Dia nak terima ke tak, biar dia fikir sendiri. Iyalah, tak ramai yang berani tegur kawan dia buat salah kan. Kalau betul nak dia berubah, tegur. Kalau nak dia ulang lagi, tak apa, tak payah beritahu. Teruskan usaha anda untuk bertahan dengan perangainya. Hehe..


Em.. kita kan bersahabat kerana Allah. Jadi, carilah banyak pahala melalui bersahabat. Bukan cari dosa okey? Hihhi.. Allah saja yang Maha Sempurna. Allah pun boleh menerima ketidaksempurnaannya, apatah lagi kita yang tak layak ni. Sama-sama ada keburukan, tak sempurna. Prinsip aku satu saja dalam bersahabat ni. Kalau nak jadi sahabat yang baik, terimalah sahabat kita seadanya.