Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

Lupakan kelemahannya..

Aku ada baca satu artikel ni di sini. Pasal anak-anak. Tapi, aku cuba fahaminya dari sudut lain. Anak tu tukar jadi kawan, sahabat ataupun friends. Ataupun zamil zamilah, sodiq sodiqah ataupun apa-apa sajalah yang korang suka.


Kat sini aku nak hurailah sikit. Kita ni kan manusia yang tak sempurna. Tak payahlah nak benci-benci orang disebabkan kelemahan yang ada pada dirinya. Kalau nak benci orang pun cermin diri dulu. Banyak lagi kelemahan yang kita sendiri ada. Entah-entah lagi banyak daripada orang yang kita benci tu kan. Huhhu..


Kalau dah benci, banyak lagi dosa lain yang kita dapat. Oh, aku pun dah semestinya tak lari dari benda-benda ni. Tapi setakat ni alhamdulillah aku tak benci sesiapa. Em.. Kalau dah benci, mesti kita rasa menyampah gila kat orang tu kan. Nak tengok muka dia pun rasa macam rela tengok muka hantu daripada tengok muka dia. Heheh.. Secara tak langsung, kita dah semestinya tak nak tegur dia. Em.. Lagi? Kalau dah ramai kawan mestilah nak cerita macam-macam kan. Inilah yang selalunya terjadi. Ya, mengumpat. Lagi? Kalau ada yang jenis batu api, habis semua keburukan-keburukan lain yang ada pada dia dihuraikan. Orang yang tak tahu pun jadi tahu. Lagi menaikkan amarah orang. Yang ini paling aku benci. Dah orang cerita tu, dengar sahajalah. Cari jalan nak damaikan. Tak payah nak tokok tambah. Akhir sekali, yang paling teruk, fitnah. Dah orang duk cerita macam-macam pasal dia mulalah timbul fitnah lain. Entahkan betul, entahkan tidak. Betul kan? Kadang-kadang benda kecil boleh jadi besar tau!





Pendapat aku, penyelesaian untuk kebencian tu.. Pertama, buatlah macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dia buat salah kat korang, tapi korang buat macam biasa. Kedua, mendiamkan diri, simpan sendiri masalah tu. Allah kan maha mengetahui. Bukan kamu saja yang tahu. Ketiga, kalau tak tahan sangat, luahkan pada dia sebaik-baiknya. Jangan luahkan pada orang lain terutamanya yang macam kat atas tu. Si tukang batu api dengan si pembuat fitnah. Kalau dia marah, biarkan. Cakap saja kat dia "Kita sayang, kena tegur. Tak sayang, tak payah tegur." Lepas tu, senyum. Dia nak terima ke tak, biar dia fikir sendiri. Iyalah, tak ramai yang berani tegur kawan dia buat salah kan. Kalau betul nak dia berubah, tegur. Kalau nak dia ulang lagi, tak apa, tak payah beritahu. Teruskan usaha anda untuk bertahan dengan perangainya. Hehe..


Em.. kita kan bersahabat kerana Allah. Jadi, carilah banyak pahala melalui bersahabat. Bukan cari dosa okey? Hihhi.. Allah saja yang Maha Sempurna. Allah pun boleh menerima ketidaksempurnaannya, apatah lagi kita yang tak layak ni. Sama-sama ada keburukan, tak sempurna. Prinsip aku satu saja dalam bersahabat ni. Kalau nak jadi sahabat yang baik, terimalah sahabat kita seadanya.






Wednesday, June 15, 2011

Maafkan saya.

Pening kan kalau kita buat salah dengan orang? Serba salah. Lagi-lagi dengan orang yang rapat dengan kita. Macam-macam benda yang kita akan fikir. Nak minta maaf takut tak tuan punya badan tak terima. Lagi teruk, silap-silap kena pukul. Huhu..




Apa kata kalau minta maaf macam ni? Bagi bear, then letak kertas macm tu. Lagi sweet kalau letak depan pintu rumah orang tu. Hehe..


Tak susah minta maaf sebenarnya. Sekarang kan banyak medium yang boleh kita guna. Mesej, Facebook.. Tapi, tapi.. Bagi aku, lagi baguslah kalau face to face kan? Nampaklah keikhlasannya. Sebaik-baiknya, jangan gunakan orang tengah. Silap-silap ada pula yang akan menokok tambah cerita. Kita bukan nak bercerita, tapi nak selesaikan cerita. Lagi parah nanti. Huhu.. Cuma, kalau yang ego macam aku ni.. Oh, ego rupanya! Huhuh.. Agak susah nak ucap kata-kata ni depan-depan. Aku tahu aku salah, tapi tak tahu kenapa susah. Keling! Tadi kata senang. Hahha! Aku tahu bukan aku saja yang macam ni. Ramai lagi kan? Haha.. Aku faham, aku faham..


Lagi satu. Perkataan 'maaf' dengan 'sorry'. Rasanya lagi senang sebut 'sorry' kan? Kenapa eh? Atau aku saja yang rasa macam tu? Huhu..


Em.. Okay. Kalaulah kita dah minta maaf tapi orang tu tak nak maafkan, macam mana tu? Pujuklah sampai dia maafkan. Sekurang-kurangnya dia tak belasah kita kan? Pening kalau jadi macam ni. Rasa susah gilalah nak minta maaf ni. Memang susah. Cerewet. Bagi akulah.. Hehheh.. Tak,tak.. Tak payah pening-pening kepala. Anggap saja tanggungjawab kita dah selesai. Nak memaafkan tu tanggungjawab dialah kan? Pastikan kita sentiasa tanya adakah dia sudah maafkan kita sampailah dia.. sekurang-kurangnya angguk. Itu dah kira okaylah kan. Hehe.. Daripada dia tak maafkan kita sampai mati. Lagi payah. Dunia akhirat tau tak tenang..





Kalau boleh, jangan fikirkan sangat.. "Betul ke dia dah maafkan aku? Macam tak je..". Yep. Itu biasa. Kitakan manusia biasa. Tak sempurna. Tak ramai yang boleh terus lupakan kesalahan kita pada dia. Lagi-lagi kesalahan yang berat macam bunuh mak dia. Eh, teruk sangat tu! Senang, macam rampas pakwelah. Kan ramai yang kena macam tu. Nak-nak lagi yang rampas tu kawan baik pula. Haih.. Panas betul. Hehe.. Memang semua akan fikir macam tu lepas minta maaf. Em.. terutamanya apabila orang yang memaafkan tu macam nak tak nak saja layan kita kan. Kalau boleh, janganlah fikirkan sangat. Masih banyak lagikan masalah kita yang tak selesai. Anggap sajalah urusan kita dengan dia dah selesai. Lama-lama insya'Allah mesti dia dapat lupakan juga..


Dan buat diri kita.. Kalau nak maafkan tu, maafkan seikhlas hati. Kalau boleh senyumlah masa maafkan dia tu. Walaupun dalam hati hanya Tuhan yang yang tahu. Haha! Fikirkan apa perasaan dia ketika minta maaf tu. Malu pun ada kan? Kiranya, dah cukup dah tu dia menebalkan muka minta maaf. Agak tersinggung kalau dia dah minta maaf tapi kita buat dia macam.. "Ha?? Sape yang bercakap tu?". Kalau akulah, nak bagi selipar saja kat dia. Dan, dan.. lagi satu, kalaulah dia dah minta maaf, tak payahlah ungkit lagi cerita lama. Buang yang keruh, ambil yang jernih kan?


Wednesday, December 22, 2010

Haiwan jadi contoh juga.

Ada satu hari, ramai saudara datang rumah nenek aku. Biasalah anak-beranak ramai macam ada kenduri kahwin. Hehhe.. Tapi, hari tu macam biasa saja. Taklah ramai macam Hari Raya. Aku pun buat air sunquick, tuang air macam biasa. Lepas tu, nenek aku alas jag tu dengan pinggan dan letakkan air dalam pinggan tu untuk elakkan semut hurung air sunquick. Hm.. Biasalah air sedap-sedap ni semut suka nak berkongsi sekali. Hehe..



Beberapa jam lepas tu, Angah cakap semut-semut dah hurung air yang dalam pinggan tadi. Kira tak dapat nak minum air sunquick tadilah. Tak sangka semut-semut tu nak juga air tu walaupun dah ada 'protection'. Em.. Petang itu juga aku tengok air di dalam pinggan sudah kering separuh! Wow! Tak reti mengalah betul semut-semut ni. Patutlah ada pepatah 'rajin seperti semut'. Huhu.. Semut pun lagi rajin daripada aku. Uhuk..





Hari kedua pula. Aku jemur kain kat belakang rumah. Sedang aku berjemur.. Eh, berjemur? Hahha! Aku tengok Comel, kucing yang Adik bela, duduk termenung. Mengiau-ngiau minta sesuatu sambil memandang aku. Mesti Comel lapar.. Huhu.. Selesai kerja menjemur kain, aku terus ke dalam mengambil makanan kucing. Penuh kucing sekeliling aku mengiau minta makanan. Aku bawa makanan ke luar dan letakkan di atas pondok kat belakang rumah. Berhampiran ampaian tadi.

Sedang kucing-kucing tu makan, tiba-tiba ada bunyi suara anak kucing mengiau-ngiau nyaring. Semua kucing yang sedang makan tadi berhenti makan, mencari arah suara tadi. Salah seekor daripada kucing-kucing tu terus berlari ke arah anak-anak kucing tadi. Rupanya itu adalah ibunya. Aku agak terpegun juga tengok benda ni. Tahu sebab apa? Sebab itu menunjukkan betapa sayangnya kucing tu pada anaknya. Sanggup berhenti makan semata-mata nak bagi anaknya menyusu. Huhu..

Aku terfikir.. Sedangkan kucing sayangkan anak. Apatah lagi manusia. Tapi, mengapa orang zaman sekarang ni dengan rasa tak bersalahnya buang-buang anak?? Dunia sekarang memang dah terbalik. Hm.. Semua ni sama dengan zaman jahiliyyah dulu kan..


Thursday, December 9, 2010

Ayunya Ana Raffali..



Aiyo.. Dah hampir 5.00 pagi sekarang. Mata ni tak nak tidur lagi. Haih.. Degil! Huhhu.. Nilah akibatnya tidur petang. Lepas solat Zohor tadi, aku terus tidur sampai ke Asar. Ni dah jadi terbalik. Jadi burung hantulah nampaknya. Borak-borak dengan Awar, Yen dan Angah. Akhirnya, tak boleh tidur terus. Haiya..!



Ni Ana Raffali. Ayu kan? Aku suka lagunya yang bertajuk Kalau Berpacaran. Bagi aku biasa-biasa saja. Taklah sedap mana. Tapi, penuh erti. Bila cakap Ana Raffali, orang akan tahu tentang stailnya yang lain daripada yang lain. Buat persembahan sentiasa berbaju kurung atau kebaya. Memang ayu.


Cerita yang aku nak cerita ni lain sebenarnya. Hehe.. Hari tu, masa balik Kajang aku ke surau pada hari Jumaat. Dengar ceramah. Kiranya malam Sabtulah kan.. Lepas ke surau, aku, Angah, Abang Cik dan Ayah ke sebuah kedai makan yang terletak di Bangi. Bila kami masuk ke kedai tu, semua orang yang ada dalam tu pandang ke arah kami. Apa hal pandang-pandang?? Macam tak pernah tengok orang. Pelik betul. Lepas tu barulah aku tertangkap yang mereka tu tengok kami sebab kami semua ayu sangat berbaju kurung. Ayah dan Abang Cik pula berjubah. Hehe.. Alim kan? Kelakar pula rasanya. Tapi, bila difikirkan balik, apa yang pelik sangat kalau berbaju kurung? Mesti ada yang cakap baru balik dari kenduri kahwin. Mana taknya, baju aku pun dah macam nak pergi nikah dah. Semua putih dari atas sampai bawah. Tinggal pakai selendang dengan mahkota saja atas kepala. Haha!

Bila aku balik kampung, tiba-tiba nenek aku cerita perihal berbezanya anak dara zaman dulu-dulu dengan zaman sekarang. Aku serius baru tahu yang orang perempuan zaman dulu pakai kain semuanya. Aku fikir segelintir saja. Huhu.. Bayangkan satu kampung kecoh kalau ada seorang anak dara tu pakai seluar. Kira tak boleh buat menantulah.. Lebih kurang macam tulah. Ini maknanya orang perempuan zaman dulu memang sopan sangat sampaikan benda macam tu pun diambil kira. Wow! Teruja aku tau. Hm.. Memang terbalik dengan zaman sekarang. Sekarang pakai seluar dah jadi kebiasaan. Aku sendiri pun pelik bila tengok ada perempuan muda yang pakai baju kurung pergi Alamanda. Macam nak pergi majlis kahwin. Lagi-lagi yang pakai kebaya. Yang itu memanglah kan? Haha.. Bila difikirkan balik, fikiran aku kolot, mungkin?

Dunia ni dah jadi pelik agaknya. Huhu.. Sedikit sebanyak terkesan juga dengan cerita nenek aku. Mana taknya, terkena batang hidung sendiri. Hehe.. Macam orang jahiliyyah dulu. Pelik bila tengok orang berpakaian tutup sana-sini. Orang yang lebih baik dipandang pelik. Em.. Aku tak tujukan pada sesiapa melainkan untuk peringatan pada diri sendiri. Cuma ingin berkongsi sahaja. Lagipun ni blog aku kan? Hehhe..

Hm.. Rupanya impian aku nak berbaju kurung bukan impian semata-mata. Hehe.. Pelik kan impian aku? Nilah salah satu impian aku. Susah sangat nak buat benda ni. Nampak senang kan? Tapi, susah sangat. Tak tahu kenapa. Fikiran aku dah diset untuk pakai baju macam ni kalau ada acara-acara tertentu sahaja. Macam juga baju tidur. Kebanyakan hari aku di rumah pakai baju tidur lengkap menjelangnya malam. Bilalah agaknya aku nak berubah??


Friday, February 12, 2010

Sanggup jadi bini nombor dua?? Sanggup?

Semalam aku sms dengan kawan aku. Mula-mula tanya fasal borang UPU, lepas tu borak-borak fasal suri rumah. Biasalah, aku sekarang kan seorang suri rumah. Hoho.. Bangga jadi suri rumah.. Tiba-tiba, kawan aku ni masuk bab lain..

Kawan : Aku nk tnye ko. Boleh ke bcinta dgn laki orang lepas tu nk rbut laki tu?
Aku : Err.. Laki orang? Mksd ko suami orang? Ish, bdosa weh bcinta ngn laki org..
Kawan : Tp kalo cinta jugak?
Aku : Snang je.. Ko kawen ngn dia.. Jadi bini no 2.. Ko sanggup ke? Drpd ko buat dosa bcinta ngn laki org baik ko kawen je ngn dia trus.. Apsl ko tnye ni, ha?
Kawan : Kalo bini no 1 x rela? Nk gi Thailand ke? Tetiba aku rase cam x boley nk elak sbb laki skang smakin pupus.. (aku nak gelak baca ni.. haha)
Aku : Ada ke mak ayh yg nk ank dia kawen lari? Dah tu jd bini no 2 lak tu.. Drpd ko saketkn ati rmai org, ko sorg je yg bahagia.. Baik ko putus je la.. Lagi bagus..
Kawan : Hehe.. Bpandangn jaoh gk ko eh..

Aku bukannya apa. Cuma bagi pandangan saja. Orang tanya, aku jawab. Hohoh.. Tak sangka pula ada orang nak tanya aku benda macam ni. Aku dahlah tak kahwin lagi kan.. Haha.. Erm.. banyak sebab sebenarnya tak perlu pilih suami orang.

Sebagai anak, cuba kita fikir macam mana kalau ayah kita ada perempuan lain? Mesti rasa sakit hati kan.. Walaupun bukan sebab diri kita disakiti, mesti rasa sakit juga. Mak kita macam mana? Tak pernah terfikir ke perasaan mak kita kalau dia tahu ayah kita ada orang lain? Kalau mak kita sedih, takkan kita sebagai anak tak rasa sedih kan.. Macam tu jugalah perasaan anak-anak 'si dia' tu dekat rumah.


Lepas tu, cuba bayangkan perasaan isteri 'si dia' tu. Bohonglah kalau tak rasa sakit sikitpun. Walaupun si isteri tu suruh suaminya berkahwin lain, mesti sakit hati juga. Macam mana kalau pak we kamu dirampas? Sakit hati kan? Tu baru pak we, belum lagi suami. Huhu.. Aku bukan sekadar cakap. Tapi, aku pernah tengok sendiri betapa sengsaranya si isteri bila si suami ada orang lain. Lagi sengsara kalau si isteri bermadu.. Nak ke dituduh dan dicop sebagai perosak rumah tangga orang? Memanglah bermadu boleh dapat payung emas kat akhirat nanti. Tapi, bukan senang-senang macam tu saja nak dapat. Kena betul-betul ikhlas menerima si 'honey' madu tu. Huhu..

Erm.. sebelum buat keputusan nak kahwin dengan laki orang, cuba fikir.. Kalau 'si dia' boleh buat pada isteri pertama macam tu, jadi tak mustahil nanti 'si dia' buat lagi pada kamu yang nak bercinta dengan suami orang ni. Betul kan? Hehe..

Thursday, February 11, 2010

Kenapa masa tak boleh diulang?

Dulu, aku selalu bertanya pada diri. Kenapa ya masa tak boleh diundur? Tapi sekarang kan aku dah boleh berfikir. Mana mungkinlah kita boleh kembali ke waktu dulu. Hehe.. Lawak juga bila difikirkan. Semua manusia yang hidup pasti akan melalui zaman kanak-kanak, zaman remaja, zaman tua. Ha? Zaman tua? Apalah aku ni.. Hoho.. Kenapalah aku terfikir benda-benda pelik macam ni? Mungkin sebab aku terlampau rindukan zaman budak-budak agaknya. Haha..

Cuba bayangkan bagaimana agaknya hidup kalau semua orang boleh mengulangi masa lalu. Mesti tak ada orang yang akan jadi tukang sapu, pengutip sampah atau seumpama dengannya kan? Kenapa aku cakap macam ni? Sebabnya, semua orang mesti, 'comfirm' nak jadi pandai. Semua orang nak jadi doktor, jurutera, arkitek, cikgu.. Mana ada orang bercita-cita nak jadi pengutip sampah? Cuba tanya dekat satu dunia, siapa nak jadi tukang sapu. Tak ada orang nak kan? Hm.. Sama juga aku. Aku pun tak nak. Huhu.. Bukan menghina, cuma untuk renungan saja. Pusing macam manapun tetap kita kena fikirkan yang Allah itu maha adil. Dia dah tetapkan segalanya. Kita hanya merancang. Semua yang terjadi adalah untuk keseimbangan. Ya, keseimbangan dalam masyarakat. Kalau tak ada tukang sapu dan pengutip sampah, mesti tempat kita kotor. Rumah kita dipenuhi dengan sampah-sarap. Iyalah, dah tak ada orang nak ambil sampah. Sanggupkah kamu pergi ulang-alik ke tempat pelupusan sampah semata-mata untuk menghantar satu sampah? Kalau ada pun segelintir saja.. Betul kan?

Cuba bayangkan lagi kalau masa boleh diundur, apa akan jadi? Pastinya semua nak jadi muda belia sepanjang hayat. Haha.. Aku pun nak macam tu kalau boleh. Tapi, sebagai manusia kita harus melalui dan terima semua tu. Oh, nanti bila dah tua mesti ada kedut-kedut di muka. Hm.. kalau muda tak payah cucuk botox kan. Hehe.. Tapi, semakin kita tua sepatutnya kita harus sedar makin banyak dosa yang kita tanggung. Ini kalau sentiasa muda, mana nak sedar lagi diri banyak dosa. Hoho.. Lagipun proses semulajadi kan lagi cantik, unik? Cuba tengok orang tua yang mukanya berkedut dan tak lama lepas tu mukanya tiba-tiba tegang semacam. Mesti orang pandang pelik. Mesti orang ragu-ragu. Entah-entah dia cucuk botox ke.. Haha.. Em.. kalau semua nak jadi muda, siapa nak jadi tua? Siapa nak jadi bayi? Takkan keluar dari perut mak terus besar kot.. Macam tak adillah. Huhu..

Kalau masa boleh diundur, tak ada orang masuk neraka kot? Semua mesti nak jadi baik. Dah buat jahat lepas tu pergi balik ke masa lalu dengan harapan semuanya boleh dibaiki. Ramai orang nak macam tu kan? Tak mungkin.. Insya'Allah dengan bertaubat dan membuat kebaikan saja mampu menebus dosa. Allah kan maha adil?

Dan yang paling penting kalau masa boleh diundur, kita takkan ada kenangan. Sebab semua kenangan akan tercipta jika kita laluinya sekali seumur hidup. Kalau masa dah diundur, kenangan tersebut takkan menjadi kenangan lagi. Betul kan? Huhu.. Daripada kenangan jugalah munculnya pengalaman. Pengalaman memang banyak mengajar kita, manusia tentang erti hidup yang sebenar. Pengalaman jugalah yang boleh mengubah diri kita supaya menjadi manusia yang lebih baik dan matang.

Thursday, February 4, 2010

Perempuan dan 'make up'..

Si Budak : Nape eh orang perempuan suka mekap?
Aku : Nape tanya?
Si Budak : Mana tau kau pakai kot.. Buat apa mekap tebal-tebal ni? Dahlah banyak bahan kimia. Nnt pakai byk2 muke pucat..
Aku : Mane tau nih? (tau plak dia psl mekap2 ni)
Si Budak : Aku kan ska membaca.. Hehe..
Aku : Owh, abis tu kau tak nak la bini kau lawa eh?
Si Budak : Sikit2 x pe la..
Aku : Oh, ok..
Si Budak : Semulajadi lg cantik kn..
Aku : Ape2 je la..



Aku : Ibu, kawan Kak Long ada tnye knape perempuan suka mekap..
Ibu : Dah mmg lumrah orang perempuan cam tu. Naluri..
Aku : Betul jgk..
Ibu : Kalau tak mekap nnt laki cari lain. Nak ke?
Aku : Ha?? (telan liur.. Haha..)
Ibu : Kalau nak yg smula jadi cantik baik ambik model je terus..
Aku : Tu la masalahnya model pun mekap jgk.. Orang sekarang yg cantik jarang la yang tak mekap.. Kurang2 pakai la bedak sikit.. Hm..
Ibu : Orang lelaki pun mekap ape..
Aku : Hehe..



Haha.. mana ada perempuan yang tak bersolek sebelum keluar rumah. Kalau ada pun sikit sangatlah. Kalau nak pergi pasar ke lain ceritalah kan.. Aku pun kadang-kadang malas juga nak bersolek sebelum keluar. Tambah lagi kalau setakat nak pergi Tesco je.. Macam la Tesco saja dekat dengan rumah aku kan. Haha.. Aku lebih-lebih pun kalau ada 'dinner' atau majlis-majlis tertentu saja. Bukan senang nak 'make up' ni tau.. Jadi, bagi orang yang pandai bersolek ni, tahniahlah! Selain tu, kalau rajin aku pakai bedak dengan celak saja. Gincu? Oh, aku tak suka pakai 'lipstic'. Rasa peliklah.. Eh, lelaki pun ada yang bersolek tau. Haha..

Ya, memang semulajadi lagi cantik. 'Natural beauty' kan.. Betullah kata Si Budak tadi. Aku tak nafikan. Tapi, lumrah manusia, tak puas dengan apa yang ada. Aku pun macam tu. Nanti adalah yang tak kena kalau tak 'make up'. Bukan saja tak kena pada diri sendiri, tapi orang lain juga. Cuba bayangkan orang yang mukanya berminyak atau apa-apa saja yang agak tak sedap dipandang melekat kat muka. Walaupun bukan kamu yang mengata tentu ada juga orang-orang yang akan mengata. Mulut orang mana boleh tutup. Heheh.. Alhamdulillah, aku tak tergolong dalam si 'Joyah' mulut jahat tu.. Fasal apa entah aku suka kaitkan nama Joyah dengan kecoh ni. Huhu.. Sesiapa yang ada nama macam tu, maaflah ya.. Jadi, untuk menutup mulut mereka cuma satu. Ubah penampilan walaupun sedikit. Lepas tu, kalau mereka tu nak kutuk juga tak tahulah kan.. Huh.. Aku serius tak suka orang macam ni. Dahlah dengan slambernya kutuk orang, macamlah dia tu 'perfect' sangat kan..

Tuesday, January 26, 2010

Mampukah aku??


Aku selalu bertanya pada diri sendiri. Macam mana kalau kita dah suka? Soal perasaan kan tak boleh ditahan, atau.. dipaksa? Mampu ke aku bertahan dengan status 'single' sekarang? Aku tak berani nak cakap sebab aku belum 'jumpa'.

Pernah dengar tak 'couple' itu haram? Aku tak nafikannya. Cuma aku tak berani nak cakap lebih-lebih. Takut nanti aku malu sendiri. Takut aku diuji, dan takut aku tak dapat hadapi. Tuhan kan selalu uji kita?? Benda yang kita tak nak selalunya akan jadi. Itulah ujian namanya..

Mungkin kita cakap tak nak 'couple', tapi hati kita macam mana? Kita sebagai manusia cuma boleh berdoa supaya dijauhkan daripada benda-benda sebegini.. Insya'Allah.. kita takkan terjebak..

Thursday, January 21, 2010

Cinta zaman dulu, cinta zaman sekarang..


Orang dulu susah nak bercinta. Dahlah pemalu. Lagi-lagi perempuan. Kalau mula dulu, nanti dicop sebagai 'perigi cari timba'. Hm.. orang sekarang ni, perempuan lelaki semua tu dah tak kisah lagi. Err.. bagi aku, sepatutnya lelaki yang mula dulu. Pendapat aku begitu sebab nampak sangatlah lelaki tu penakut, perempuan pula yang lagi berani. Huhu.. Apa-apa sajalah kan..

Orang dulu, sampai berpeluh-peluh nak tulis surat untuk luahkan perasaan. Tu dah sehari.. Belum lagi campur dengan berpeluh memikirkan tentang nak bagi ke tak surat tu dekat si dia. Huhu.. Ni zaman tak ada 'handphone' lagilah. Lepas tu, nak bagi pula surat dekat si dia tunggu esok hari. Esok tu kalau si dia ada tak apalah. Kalau tak ada, kecewalah sebab dah penat-penat kumpul semangat nak bagi surat tu kan. Lepas tu, kena pula tunggu si dia baca. Entah bila si dia nak buka surat tu tak tahu. Hm.. bila si dia dah baca, kena pula tunggu si dia balas. Panjang betul cerita fasal surat yang satu tu. Lain dengan orang sekarang, beberapa saat dah boleh tahu jawapan si dia. Orang dulu, tunggu nak balas surat pun sampai nak berjanggut. Sebab itulah cinta orang dulu-dulu kekal lama. Tak banyak cerita. Malas-malas tulis surat, kahwin terus.. Hehheh..

Aku?? Akukan orang zaman sekarang.. Haha.. Tak payah bercintalah. Kahwin saja terus. Tak banyak cerita, tak banyak dosa. Hehe.. Lagi senang. Hoho.. Satu persoalan lagi.. 'I Love You' senang disebut. Tapi, kenapa 'Saya cintakan awk' susah disebut walaupun 'sms'?? Hm..


Tuesday, January 5, 2010

Perempuan??

Hm.. Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Kalau cakap ada yang terasa. Hm.. Senang cakap, aku pun perempuan juga. Jadi, sama-sama terasalah kan. Sebenarnya, Angah ada cerita macam-macam kat aku. Aku ni pula, hanya jadi pendengar yang setia. Aku ni pula jenis yang suka buat kesimpulan. Heheh.. Apa yang aku dengar, tak kisahlah daripada Angah atau sesiapapun, ramai yang tengah bercinta bagai nak rak. Macam dah bertunang. Em.. macam dah kahwin pun ada kot. Aku bukannya kisah pun fasal tu. Tak salah jadi orang yang setia. Cuma yang sayangnya ada ramai yang putus tengah jalan. Hm.. Macam mana tu?

Aku terfikir perkara ni sebab aku dah tengok cara kawan-kawan lelaki aku mempermainkan budak-budak perempuan. Aku sebagai perempuan ni, mana tak angin tengok mereka tu. Huh.. Suka hati mereka saja. Tapi, aku tak boleh nak kata apa sebab bagi aku agaknya orang lelaki memang macam tu. Em.. aku tahu bukan semua lelaki macam tu. Huhu.. Aku nak cincang saja mereka bila tengok mereka senang-senang 'mengayat' budak perempuan sampai perempuan tu sanggup putus dengan teman lama. Hm.. susah-susah saja putus. Tengoklah nanti dah dapat budak perempuan tu, dia cari orang lain pula. Tak rasa.. aku nak cakap apa ya? Tak payah tulislah, nanti ada yang marah. Aku cuma tulis saja, tak nak bermusuh. Fikir-fikirkanlah ya.. Aku sebagai perempuan juga tak nak tengok hati perempuan lain hancur berderai. Huhu..

Hm.. dalam pukul 6.30 petang tadi ibu sampai di rumah. Macam-macam ibu cerita. Aku rasa macam tak sanggup nak dengar lagi. Sedih.. Bayangkan mak cik dan pak cik aku tu dah buat segala persiapan untuk menimang cahaya mata. Tiba-tiba jadi macam ni. Hm.. aku tak rasa yang aku boleh pergi ke sana. Tak sanggup. Dengar cerita pun aku dah menangis. Terbayang-bayang rasanya.. Hm..