Showing posts with label HidupKu. Show all posts
Showing posts with label HidupKu. Show all posts

Saturday, July 28, 2012

Ciput versi junior =)

Assalamualaikum!!


Sekarang ni dah pukul 2.47 pagi. Aiseh, tak boleh tidur dah aku ni. Tadi, lepas tengok tv lebih kurang pukul 11.00 malam aku dah tidur senyap. Masa tengok Mega Movie kat TV3 tadi, aku dah tertidur depan tv. Aku masuk dalam bilik lepas Abang Cik kejut aku suruh tidur dalam bilik. Aku pun dengan longlainya bawa masuk sekali si comel Ciput, kucing baru a.k.a adik baru aku dalam bilik. Comel sangat! Comel macam ni. Tapi dia lagi banyak putih. Dalam gambar tu banyak warna hitam. ^ . ^




Ni kes tak boleh nak upload gambar. Habis gambar kucing lain dikebas. Huhu..




Nak dijadikan cerita pagi-pagi buta ni. Ciput tiba-tiba gigit-gigit manja kaki aku. Aku ingat dia nak kejut aku bangun sahur ke, solat Subuh ke. Aku pun sengih kat dia, gerak-gerak kaki sikit, lepas tu tidur balik. Malas nak bangun sebenarnya. Kesian dia tak dilayan. Hehe. Then, aku rasa ada dia naik atas aku, selit-selit kat bawah lengan aku, mengiau. Slow je dia mengiau. Aku pun bangun dan tanya dia " Ciput nak apa ni? Kak long ngantuk la..". Dia turun dari katil dan pergi ke arah pintu, aku pun buka pintu dan keluar dengan dia. Dia pergi ke arah bekas makanan dia berdekatan dapur. Aihh, rupanya dia lapar. Tengok jam, ya Allah, pukul dua pagi! Apa-apalah Ciput.. Sambil tunggu dia makan, aku ambil air untuk dia. Baru nak pusing pergi letak air, tengok-tengok dia dah ada depan bilik air Abang Cik sambil tengok aku. Aku pun bawa dia ke bilik air aku. Kes malas nak tunggu depan bilik air Abang Cik. Dah tahu dah dia nak 'membuang'. Hehe. Lepas dia 'membuang', aku pun basuh la bilik air tu sampai wangi. Allahu Akbar, dera Kak Long pagi-pagi buta ya! Macam-macamlah adik aku sekor ni. Haha!


Lepas excercise basuh bilik air, aku pun buka iPad then online. Haha! Sekarang ni Ciput tengah tidur atas riba aku. Mula-mula tadi, dia kacau aku online, pijak-pijak screen iPad. Lepas tu aku gosok bawah dagu dia, then dia tertidur sendiri. Comellah awak! Hihi..




Sebenarnya, kucing ni Angah bawa dari asrama dia. Kata Angah, dia masuk dalam beg telekung kawan Angah lepas solat terawih. Terbawalah dia sampai asrama. Lastly, budak-budak ni bela dalam bilik. Itulah cerita mula-mula Ciput. Semalam aku ambil Angah dari asrama, dia bawa sekali Ciput naik kereta. Balik rumah, Adik, adik bongsu aku letak dalam bilik air masa dia nak 'membuang'. Lepas sekali 'membuang', dia dah pandai cari bilik air sendiri. Memang pandai! Semalam dia dah 'buang' sampai lima kali. Empat kali tu dia cari bilik air sendiri. Cuma, aku kenalah basuh lepas tu kan. Haha! Mana dia reti nak basuh sendiri. Dia 'buang' sendiri dalam bilik air pun dah cukup bagus dah sebenarnya. Esok, Adik nak mandikan dia pula. Wangilah Ciput kejap lagi. Hehe.



Okey. Habis cerita fasal Ciput. Apa lagi? Aku tak mengantuk ni. Aduh, lagi setengah jam je nak sampai pukul 4 pagi. Nanti nak bersahur. Nampaknya cerita aku habis di sini je dulu. Ada lagi nak cerita sebenarnya, tapi malaslah panjang-panjang sangat. Hehe.. Lain kali pula.


MA' AS SALAMAH, ILAL LIQA'. =)


Sunday, February 19, 2012

Adik baru 10 Februari 2012.

Alhamdulillah.. Agak teruja juga bila dapat adik baru. Iyalah, umur dah 20 tahun kan. Kalau ikutkan dah macam anak sendiri. Hehe..




Inilah adik yang keenam aku. Namanya Wan Sumayyah. Esok, genaplah 10 hari umurnya. Lahir di Kota Bharu. Jadi orang Kelantanlah pula adik aku ni. Buat sementara ni aku kena jaga dia. Buat benda-benda ringan saja. Tukar pampers, buat susu, diamkan kalau dia menangis. Mandikan aku tak berani lagi. Kecil sangat. Huhu..


Sumayyah ni suka sangat menangis. Dia kuat minum susu. Makcik bidan cakap dia minum susu macam budak yang berumur setahun. Tapi memang banyak betul dia menyusu. Terpaksa bagi susu tin kadang-kadang sebab tak sempat keluar susu badan dah lapar.



Friday, January 20, 2012

Situasi.



Dah lama sangat aku tak update blog. Bukan tak nak tapi, banyak benda lain yang membuatkan aku terpaksa tangguhkan dulu. Ingat nak upload gambar projek terakhir aku. Tapi tak apalah, lain kali. Banyak sangat masalah aku sekarang. Huhhu.. Nak menangis pun ada. Terlalu banyak benda yang aku nak kongsi sebenarnya. Em..

Berita aku. Aku sekarang dah masuk 10 hari aku tamat belajar di Akademi Jarum Berlian. Secara batinnya aku dah habislah belajar. Tapi zahirnya belum. Tau kenapa? Sebabnya, aku kena buat praktikal pula lepas ni. Insya'Allah dalam bulan Februari aku mula praktikal. Macam mana agaknya perasaan di alam pekerjaan ya? Aku rasa excited pula bila dengar cerita kawan-kawan senior pasal praktikal ni. Ada yang dapat jahit baju pengantin dah pun.




Insya'Allah impian besarku hampir terlaksana. ^ . ^



Sekarang ni aku dah jadi penduduk hampir tetap Besut, Terengganu. Cakap Kelantanlah nanti aku. Huhu.. Adik-adik aku semuanya sekolah kat sini. Abang Cik sekolah kat SMK Tengku Mahmud 2. Adik pula sekolah SMA Maarif. Angah sekarang bekerja sebagai.. Em.. Apa ya? Entahlah. Lebih kurang macam personal assistant kot.. Aku? Aku sekarang ni menganggur, tak buat apa-apa. Hanya kembali jadi suri rumah sementara menunggu bulan Februari. Bosan? Em.. Bosanlah juga. Huhhu..






Then, pasal hati. Aku serius aku tak tahu apa perasaan aku sekarang. Tak tahu apa yag aku mahukan sebenarnya. Wujudkah orang yang tak faham diri sendiri?? Entah, tapi aku rasa aku macam tu. Fasal 'dia', aku tak tahu. Hanya mampu geleng kepala. Aku rasa akulah yang entah apa-apa. Serabut tak tentu fasal. Mungkin orang yang selalu baca blog ni pun perasan aku tak seceria mana sekarang. Selalu hilang mood kalau ada yang tak kena. Hm.. Ada siapa-siapa yang dapat bantu aku?

Ya Allah.. Hanya Kau yang tahu apa yang aku rasakan. Aku rasa nak menangis. Tapi, masa-masa lalu membuatkan air mata aku dah susah nak jatuh sekarang. Semua masa lalu telah mengajar aku banyak perkara. Mengajar aku untuk berubah. Mengajar aku tak berperasaan. Mengajar aku kesabaran. Kebencian. Sukar percaya pada sesiapa sahaja. Walaupun orang terdekat. Hm.. Aku rasa aku macam dah agak teruk kot sekarang. Entahlah..


Monday, November 28, 2011

Sembilan Projek Dah Siap! (4)

Kali ni aku nak post fasal projek tahap dua pula. Ada sembilan projek kesemuanya. 1 November 2011, jam 1650. Siap sempurna projek aku. Lepas cuti ni aku buat projek tambahan pula. Nantilah aku post lagi fasal projek tu. Tak acilah cerita sekarang.



Projek pertama, jubah. Gambar kedua yang di bawah gambar jubah tu sulam yang aku dah buat di bahagian bawah dan kaf jubah. Benang biru tu pula masa aku berlatih. Aku dah ter'delete' gambar masa mula-mula aku belajar sulam.

Apa-apa pun, aku nak cakap yang sulam ni memang menguji kesabaran aku. Terlalu banyak benang putus semasa latihan berjalan. Aku jadi tension pada awalnya. Mana taknya buat tak jadi. Haish.. Cik Su, cikgu aku cakap, semua tu perkara biasa. Memang betullah. Lama-lama aku jadi bosan sendiri sebab selalu sangat putus. Huhhu.. Tapi seronoklah juga sebab bukan senang nak belajar ni.



Projek kedua, kurung moden.



Kebaya moden adalah projek yang ketiga.



Baju mengandung. Tapi aku tak mengandung lagi pun. Haha! Aku paling suka yang ni sebab comel. Corak polka dots warna merah.



Seluar mengandung projek yang kelima.



Kemeja wanita. Malas rasa nak cakap banyak. Tak apa kan? Hehhe..



Baju yang keenam ni dah start buat baju pelik-pelik. Kali ni vest pula. Disebabkan aku ni kecil, maka baju ni pun ikut kecil juga. Memang nampak cute vest ni.



Dalam banyak-banyak projek yang aku buat, aku paling tak suka projek ketujuh aku. Jaket. Jaket aku ni hodoh kot jahitannya. Tapi aku redha sajalah. Huhu.. Lepas ni jangan ada siapa-siapa tempah baju ni dengan aku sebab aku kecewa. Hehe..



Projek akhir, cheerleading. Orang tanya, apa tu cheerleading? Cheerleading ni ialah baju pasukan sorak ataupun baju pasukan tenis. Aku pun tak sangka bila tengok senarai projek, ada termasuk baju ni. Baju pelik. Kain bergetah.

Alhamdulillah siap juga semua projek aku sepanjang di Akademi Jarum Berlian. Lepas ni siap saja projek tambahan aku nak balik. Nak rehatkan minda, nak rehatkan hati.



Friday, November 11, 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Salam alaik buat blog yang dah lama aku tak kunjung. Dah lama sangat aku tak menaip di sini. Rindulah.. Huhu.. Hari ni 11.11.2011 rupanya. Cantik nombor hari kan. Aku tak sangka aku akan terfikir dapat menulis blog pada tarikh ni.

Sebenarnya, banyak sangat memori dalam kepala yang aku nak update. Tapi masa dan keadaan membuatkan aku terpaksa lupakan semua tu. Aku bukanlah sibuk sangat. Hm.. Hanya Tuhan yang tahu apa masalah aku. Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku nak sebenarnya.

Kali ni, aku rasa aku dah jauh berubah. Aku dah tak macam dulu. Dulu aku cukup jaga hati manusia di sekeliling aku. Walaupun aku terpaksa menahan sakit hati, tapi aku tak kisah asalkan orang yang aku sayang bahagia.

Sekarang, semua tu dah tak ada lagi. Aku terpaksa buat pilihan. Menjaga dua hati yang bakal terluka. Aku sayang semuanya. Tapi, aku dah bertekad membuat pilihan yang paling penting, iaitu hati orang-orang tua di sekeliling aku. Orang yang membuat aku berdiri di sini. Tanpa mereka tiadalah aku. Maaf aku minta kepada orang-orang yang terpaksa aku lukai. Aku bukan sengaja tapi terpaksa.

Kebelakangan ni keserabutan sering mengganggu aku. Kadang-kadang aku rasa lebih baik mati daripada terus-menerus menyakitkan hati orang yang aku sayang. Seriously, aku fikir macam tu. Tapi mengenangkan semua tu ujian dari Allah, aku redha.

Aku tak tahu kenapa aku jadi tak lena tidur sejak arwah Ibu meninggal dulu. Kepala aku macam tak berapa sihat. Sering sakit. Kadang-kadang tak boleh tidur sebab terlalu sakit. Tidur pun dalam keletihan menahan sakit. Angah dah banyak kali suruh pergi cek kat klinik, tapi aku tak nak. Aku takut. Aku tak nak menambah serabut kepala aku. Kadang-kadang masalah ni membuatkan aku menangis. Bila nangis, kepala aku ni mula berdenyut sakit. Sebab tu buat masa ni aku dah malas sangat nak fikir apa-apa yang berlaku. Makin aku fikir, makin sakit kepala. Silap-silap tak boleh tidur.

Sekarang ni tak banyak benda yang aku fikir. Aku cuma fikirkan Ayah, Mama, adik-adik, Nenek-nenek aku, sepupu kesayangan aku. Kedua, bila tamatnya pembelajaran aku. Ketiga, bila aku nak pindah. Itu saja yang aku larat nak fikir buat masa sekarang ni.



Ampuni aku, Ya Allah..


Saturday, October 8, 2011

Buat kawan-kawan aku..


Ada ketikanya insan yang kita sayang, selalu membuatkan kita terluka....
Ada ketikanya insan yang kita sayang, membuatkan kita terkilan....
Ada ketikanya insan yang kita sayang, membuat rasa sabar kita kian menipis....
Ada ketikanya insan yang kita sayang, mengguris hati kita hingga menitis airmata...

Namun kita tetap menyayanginya kerana dia sentiasa bertakhta di hati kita....
UNTUK SELAMA-LAMANYA.....



Terima kasih kepada orang-orang yang memahami aku. Aku doakan moga Tuhan mengiringi kalian dengan kebahagiaan.


Tuesday, September 6, 2011

Syawal 1432H


Salam Aidilfitri!!


Agak lama juga aku tak letak gambar kan? Kali ni aku letaklah lah sebab aku tengok blog ni pun dah tak berapa nak ceria. Huhhu.. Apa-apapun, Selamat Hari Raya buat semua kawan-kawan yang baca blog ni! Tak banyak pun gambar yang aku ada. Malas nak upload banyak sebenarnya. Hehe.. Mood kurang. Aku upload gambar adik-adik aku saja. Tak apalah, kesayangan kan.. Hehhehe..





Hai!





Ni semua gambar adik-adik aku.




Dan ni adik-adik baru aku. Yang kiri darjah tiga, Asna'a. Yang kanan darjah satu, Hanan. Baby tu sepupu aku.



Ni sajalah yang aku nak post kali ni. Hehe.. Nampak sangat pemalas.


Friday, August 26, 2011

Belajar menerima hakikat.


Kasihan blog aku. Dah lama dipinggirkan. Huhu.. Banyak sebenarnya memori yang aku nak coret kat sini. Tapi, masa cemburukan aku. Masa cemburukan aku!

Pertama. Aku dah pun habis tahap satu. Aku kata tahap satu, orang tak faham. Bila cakap semester satu satu barulah faham. Okey, aku ibaratkan macam semester satu. Em.. Sekarang ni aku dah sebulan harungi semester dua. Setakat ni aku dah siap dua pasang baju projek. Jubah dan kurung moden. Naik cuti ni, aku mula masuk kebaya moden pula. Aku sekarang terpaksa jadi orang yang cerewet untuk memuaskan hati cikgu yang mengajar aku. Sebabnya? Cikgu aku, Cik Siti sekarang agak cerewet berbanding dengan Cik Zura. Jadi aku target biarlah aku jadi cerewet untuk kebaikan aku. Sebelum cikgu tengok kerja aku, lebih baik aku sendiri teliti kerja aku dulu. Biar aku jadi cikgu kepada diri sendiri dulu. Hehe.. Bila tunjuk kat cikgu, aku harap dia puas hati.




Kedua, 3 Ogos lalu. Mak cik aku a.k.a. Acik Ma telah meninggalkan kami selamanya. Takziah buat keluarga A'ah. Kak Long faham apa yang korang rasa. Sabar saja yang kita mampu. Ingatlah, doa anak-anak sentiasa mengiringinya di sana. Amal soleh anak juga mampu mengiringinya. Kak Long harap Epi, A'ah, NJ, Baby dan Acik Wan tabah dengan semua ni. Tuhan saja yang tahu betapa berat dugaan ni. Allah takkan menguji jika hambaNya tak mampu.




Ketiga. Aku hanya manusia biasa yang tak mampu menyelami isi hati orang lain dengan hanya melihat. Allah saja yang tahu betapa seksa hidup aku sekarang. Berbekalkan iman dan kesabaran yang semakin hari semakin menipis, aku harungi semua ni. Hampir putus asa, putus harap. Allah.. Namamu saja yang mampu buat sabar aku menebal semula. Kekusutan yang aku hadapi hanya Dia yang tahu. Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku mahukan. Aku buka facebook, ni yang aku jumpa..

Siapa Wanita Cantik?
Wanita cantik ialah:
1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…


Aku mula sedar yang aku bukannya wanita kuat. Bukan wanita cantik seperti yang dikatakan. Ampuni aku Ya Allah.. Aku sering sunyi.



Sometimes, it takes losing something to realize what you've had.



Ya, aku sering terlupa yang aku masih ada ramai orang di sisi aku. Yang sentiasa menyokong aku. Ada ramai lagi orang yang sayang aku, yang tak pernah lupa aku. Aku baru sedar. Maafkan aku. Maafkan aku. Aku tahu lepas ni takkan sama macam dulu. Selepas cuti ni, aku harap aku boleh berubah.




Akhir sekali, aku sangat rindukan arwah Ibu! Bulan puasa macam ni kerinduan ni kerap sangat datang menerpa fikiran aku. Hanya sabar yang mampu kuatkan diri aku. Al-Quran saja yang mampu menenangkan aku. Aku bersyukur kerana masih dikurniakan iman di dada untuk bertahan dengan dugaan yang berat ni. Kalau iman ni tiada, mungkin aku dah tak ada kat sini. Astagfirullah.. Aku masih ingat yang masih ramai di luar sana lebih berat ujiannya berbanding aku. Mungkin dugaan aku ni hanya sekecil kuman saja kan. Huhu..




Buat orang-orang yang banyak memberi nasihat dan sokongan pada aku. Terima kasih banyak kerana membuat aku banyak berfikir baik buruknya keputusan aku. Hanya Tuhan yang dapat membalas segalanya. Terima kasih juga kerana mendengar luahan hati aku di saat aku tiada sesiapa yang menemani di sisi. Aku amat hargai segalanya.


Thursday, July 21, 2011

Salam Ramadhan!


Bulan yang mulia ni dah setahun aku tunggu. Akhirnya bakal tiba. Insya'Allah aku dapat menjalani ibadah ni nanti. Panjang umur bolehlah kita bertemu, ya Ramadhan. Hati ini terlalu rindukanmu. Tahun ni mesti tak macam tahun-tahun dulu. Sibuk dengan baju-baju raya pelanggan. Sekarang semuanya dah berubah. Ya Allah, aku rindukan waktu dulu. Aku redha dengan apa yang berlaku. Buat kawan-kawan, selamat berpuasa!! Biarlah belum tiba pun. Aku nak juga wish. Sebabnya, aku rasa aku tak boleh nak update 1 Ogos nanti. Sibuk. Hehe..










Saturday, July 16, 2011

Mood : Rasa tak dihargai









10 Projek Dah Siap! (3)


Nilah dia baju projek aku yang kesepuluh. Pijamas kanak-kanak. Dah siap letak nama dah kat situ. Aku tak sempat nak ambil gambar kat rumah. Ni dah siap gantung barulah sibuk nak ambil gambar. Hehhe.. Lepas siap projek ni, aku rasa macam baru hidup semula pun ada. Iyalah.. Macam-macam halangan yang kami dah lalui sepanjang masa nak siapkan kesemua projek ni.
Oh, dugaan..











Yang ni pun dah siap. Baju Melayu adik aku, Abang Cik. Haish.. Tak sabar rasanya nak tengok Abang Cik pakai baju ni. Ni sebenarnya projek haramlah juga. Haha! Mana ada baju ni tersenarai dalam projek aku. Aku, Kak Ida, Kak Fiza, dan Yah saja yang nak belajar dengan Cik Zura. Alhamdulillah nak juga Cik ajar kami ni. Kiranya aku dah bolehlah buat baju melayu. Hehe..



Tuesday, July 5, 2011

8 tahun menanti, akhirnya bertemu jua..




Aku rindu gila dengan kawan aku yang sorg ni. Kawan baik aku masa sekolah rendah. Farid Nazren. Rapat sangat. Aku berpisah dengan dia masa darjah 5. Dialah satu-satunya kawan lelaki yang paling rapat pernah aku kawan. Kalahlah pakwe aku. Hehhe.. Iyalah.. Sekolah rendah kan. Mana tahu apa-apa lagi. Seronok
sangat bila terkenang zaman sekolah rendah aku dulu.




-Teringat kita selalu rehat sama-sama.
- Main waktu rehat sama-sama.
-Makan sama-sama.
-Aku ingat lagi ramai yang suka buli kau, tapi kau balas balik kan..
-Kau lembut, tapi ganas.



Memang tak banyak yang aku boleh senaraikan kat sini. Tapi, tu semua kita buat hari-hari kan. Semua yang kita buat menyebabkan kenangan kau dengan aku melekat kat otak ni. Dah lapan tahun aku tak jumpa kau. Rindu sangat! Terima kasih kepada Ain Hajar add aku dalam group SKTAAM '99. Buat Fakhrul Radzi juga terima kasih banyak sebab buat group budak-budak SKTAAM. Kalau x, aku takkan jumpa dia dan korang.. Syukur sangat!





Monday, July 4, 2011

Purdah



Tempoh hari aku pergi melawat adik aku, Abang Cik di Sepang. Tahfiz apa aku pun tak tahulah. Huhu.. Kami borak macam-macam kat sana. Banyak sangat yang kami cerita. Lama tak jumpa kan. Tapi, jangan harap aku nak tulis kat sini. Secret! Biasalah adik-beradik.. Hehhe..


Masa tu juga ada satu keluarga kawannya datang juga. Kata Abang Cik, budak baru. Aku dan Mama bersalam dengan emak dia. Lepas aku dan Mama borak-borak dengan makcik tu, Abang Cik panggil aku suruh teman dia makan nasi. Em.. Kitorang memang romantik. Heheh.. Aku tak habis minum air ke, makan tak habis ke.. Abang Cik tolong habiskan. Borak pun berdua sokmo. Tak apalah.. Adik saja kan. Tak buat dosa pun.. Dapat pahala ke? Aku tak pastilah tu.


Bila aku duduk sebelah Abang Cik, aku cakap..

Aku : Bang Cik. Mak sape tu?
Abang Cik : Tu mak budak baru sini. Kak Long mana kenal.
Aku : Macam la yang lain Kak Long kenal. Oh, cantik la pulak makcik tu pakai purdah. Habis semua tutup. Serba hitam.
Abang Cik : Oh.. Nanti Abang Cik nak suruh korang pakai macam tu jugak. Pergi Yaman nanti nak beli jubah dengan purdah banyak-banyak bagi korang pakai.
Aku : Ha?? (Telan liur saja)
Abang Cik : Okey apa. Tak ada la pakai seksi-seksi. Orang pun tak rasa nak tengok.
Aku : Habis tu, ni Kak Long tengok apa makcik tu. Tak berkelip pulak tengok dia.
Abang Cik : Tu lain la!!
Aku : Hahhaha!



Aku masih tak mampu untuk melangkah lebih jauh.



Sebenarnya, aku telan liur apabila Abang Cik cakap macam tu sebab hati aku tak terdetik sedikit pun nak pakai purdah. Tiba-tiba bila dia cakap macam tu, aku rasa macam.. "Perlu ke aku pakai? Aku taklah sebaik tu". Huhu.. Tapi, aku rasa bersyukur dapat adik macam ni. Dia seboleh-bolehnya cuba menjaga saudara perempuannya
daripada fitnah dunia. Lagilah bila terkenang lelaki zaman sekarang bukan senang nak dapat yang macam ni. Jadi, kepada budak-budak yang teringin jadi adik ipar, aku tak naklah yang biasa-biasa macam aku. Hehe.. Sebabnya, aku sendiri pun rasa macam jauh beza aku dengan dia. Adik aku ni dah banyak ilmu sejak dia tinggal di asrama Sepang ni. Aku ni pula sukalah tanya macam-macam kat dia sebab aku ni miskin ilmu kan..


Buat kawan-kawan yang dah berpurdah, teruskanlah. Purdah kan simbol hijab bagi keaiban dan kelemahan diri. Dan, buat kawan-kawan yang ada niat nak pakai, teruskan niat tu. Aku memang suka sangat tengok orang pakai purdah ni. Kadang-kadang tak berkelip. Suka tambah kagum sebab aku tak boleh nak pakai macam tu juga. Hehe..




Saturday, July 2, 2011

Dah besar dah..



Terima kasih buat sesiapa yang wish kat aku! Terima kasih banyak.. ^ . ^





- Naqiuddin Fahmi (The first!)
- Farida Fasha
- Nadiah Nabihah
- Nur Hafizah
- Siti Ruqaiyah
- Nur Fadila
-Farahani
-Hanis Nasyitah



Sunday, June 19, 2011







....







Walau jauh, kamu tetap di sini. HATI.



Thursday, June 16, 2011

10 projek hampir siap! ( 2 )


Manik pada cheongsam aku dah siap. Aku malas nak letak lebih-lebih.. Buat banyak-banyak takut tak pakai pula nanti. Tak fasal-fasal membazir manik. Hehheh..




Kenapa? Kenapa?



Kenapa hidup aku begini?? Wuuwuu.. Rasa macam nak menangis pun ada. Tapi, kena tahan sebab aku berada di zon membencikan. Menyampahkan. Marah lebih menguasai sedih. Rasa nak tendang meja. Rasa nak baling segala benda yang ada dalam rumah. Boleh tak? Uhh..














Tapi..












Aku rasa lebih baik mendiamkan diri.


Lebih baik biar syaitan tu kalah kan?



Rindunya kamu..!





Minggu depan kita jumpa ya? Hehe.. Dah rindu dah ni. Dah dekat tiga minggu kot tak gelak-gelak sampai bergegar dunia. Dah tiga minggu tak dapat rasa korang masak. Hahha! Rasa macam lama gila cuti.. Aish.. Projek aku tak siap lagi la..





Bila agaknya kita dapat bertemu lagi? Masing-masing sibuk dah sekarang. Aku pun sama tengah sibukkan diri. Duduk jauh pula sekarang. Memang agak mustahillah nak pergi Kajang dari Terengganu. Huhhu.. Rindunya!! Siapa nak kahwin dulu ni? Tak sabar rasanya nak pergi kenduri kahwin korang. Bolehlah jumpa nanti. Hehhe..



Monday, May 23, 2011

10 projek hampir siap!


Assalamualaikum!!!

Dah lama tak menaip kat sini kan.. Rindu rasa. Huhhu.. Sibuklah katakan. Walaupun tak sesibuk mana.. Sebenarnya satu saja. Kenalah mengaku sebab kat Akademi Jarum Berlian a.k.a. AJB tak ada wireless. Huhu.. Sedih, sedih.. Tak guna juga kalau ada pun. Kami menjahit saja di sini. Tak adanya sempat nak online. Kadang-kadang rasa lambat, kadang-kadang rasa cepat masa berlalu. Lambat bila terfikir bila agaknya aku nak balik Kajang lagi. Dah rindu sangat dah ni. Tapi, masa akan dirasakan berlalu dengan cepat kalau aku tengok projek aku yang dah hampir sampai ke penghujungnya. Biarpun rasa lambat dan sedih, tapi buat-buat rasa cepat sajalah. Oh, keling betul aku ni. Cakap belit-belit. Apa-apa saja. Hm.. Nilah hasil aku belajar di AJB. Baru tahap 1 kan.. Jadi, di peringkat ni ada 10 projek semuanya. Setakat ni aku dah siapkan sembilan helai. Helai ke pasang?? Entah. Uhh, biarlah..



Ni projek pertama aku. Kain belah hadapan. Suka hati nak buat seksi ke tak. Tapi dah comfirmlah aku pilih tak seksi. Susahlah pula nak berjalan kalau kain ditiup angin. Habis nampak semua. Free.. Heheh..



Ni pula kain kembang payung. Aku tak tahu payung ke tak. Saja tambah. Hoho.. Projek kedua aku.



Projek ketiga, slek. Nampak dah aku pemalas konyot-konyot gitu. Hah, biarkan..



Ni blaus. Dah macam baju cleaner pula. Hahha.. Lagilah kalau pakai dengan slek tu. Aku rasa sah-sah lepas fitting aku tak pakai lagi kot. Hehe..



Projek yang paling dinantikan oleh kebanyakan budak AJB. Keempat, baju kurung.



Kurung kedah. Projek kelima. Bagi aku, baju ni baju yang paling senang untuk dijahit. Tak cerewet.



Keenam, kebaya lipat. Aku paling suka baju ni. Tapi, aku tak boleh pakai sebab terlalu ketat. Masa fitting saja aku berani pakai baju ni.



Ketujuh, cheongsam. Aku tak sangka langsung yang aku akan buat cheongsam. Agak excited jugalah bila tahu kami kena buat baju ni. Iyalah, tak pernah pakai cheongsam kan. Hehe..


The cutest one. Gaun kanak-kanak. Dahlah pink. Baju ni ambil masa paling lama untuk siap. Dengan smooking di dada, sulam di kolar. Memang agak lambat juga. Lebih kurang seminggu aku buat baju ni.

Baju yang terakhir, on the way nak siap. Pijamas kanak-kanak. Tergendala buat sementara waktu disebabkan AJB dalam proses berpindah ke bangunan baru.

Aku masih resah memikirkan bagaimana agaknya masa fitting nanti? Aku ni dahlah makin gemuk. Huhhu.. Asal aku balik saja mesti ada yang tegur berisi. Aku secara jujurnya tak kisah. Tapi, bila orang tegur baju makin ketat, malulah kan.. Huhhu.. Aku pun memang sedar badan makin naik. Dah nak buat macam mana, budak-budak bilik aku masak sedap sangat. Rugilah kalau diet. Hehhe.. Tengoklah nanti habis belajar, aku buat macam rutin dulu. Makan nasi sekali saja sehari. Biar lapar.. Diet. Hehhe..



*mood : ingin berubah. Niat ada, tapi hati masih keras.


Sunday, February 27, 2011

Makin banyak dosa aku.

Semakin lama aku hidup, semakin aku sedar terlalu banyak kelemahan yang ada pada diri aku. Ketika aku berseorangan, aku akan termenung. Bukan termenung memikirkan pakwe, tapi termenung memikirkan betapa lalainya aku dengan dunia. Dunia yang hanya sementara. Difikiranku selalu terdetik, "Kalau esok lusa aku mati macam mana agaknya?" Aku serba salah pada diri sendiri. Aku hidup ni kerana apa? Masih serba salah. Emm..

Banyaknya dosa aku.. Huhu.. Semalam agak tersentap dengan sindiran mak tiri aku. Aku berseluar jeans dan berbaju t-shirt. Bagi aku, biasalah kan.. Aku memang dah agak dia akan tegur. Ya, aku tahu yang dia memang suka berterus-terang. Hehhe.. Bagus juga ni. Boleh aku berubah sedikit demi sedikit. Tapi, tapi.. Nilah hati manusia. Sentiasa berperang dengan nafsu. Jihad kan? mestilah agak sukar. Akukan manusia.. Lemah pula. Jadi, benda-benda macam ni memang aku mengaku susah sangat nak dilaksanakan. Huhhu.. Bilalah aku nak berubah ni? Hari-hari terdetik benda yang sama saja dalam fikiran aku. Tapi, keputusannya tetap sama. Hati keras. Belum lembut lagi. Insya'Allah sebelum ajal sampai, aku akan berubah. Tapi, macamlah aku tahu bila ajal sampai kan? Huhhu.. Sedih rasanya. Ya Allah, berilah hidayah buatku..





Oh ya, aku dah ada Mama sekarang. Baru semalam. Terkejut ke?? Janganlah terkejut. Dah jodoh, nak buat macam mana kan? Kan itu salah satu janji-Nya.. Aku segan dengan keluarga belah Mama aku. Hm.. Iyalah, akukan tak sempurna. Tak macam kawan-kawan aku yang bertudung labuh, berbaju kurung. Hanya berseluar dan ber't-shirt'. Memang Ayah dah banyak kali tegur. Aku berubah juga, tapi macam tulah. Perubahan yang sangat sedikit. Tak ketara. Hm.. Aku sendiri pun selalu berdoa agar aku sendiri boleh berubah. Bukan untuk orang lain, tapi diri sendiri. Pelik kan?? Tapi, itulah hakikatnya. Niat dah ada, cuma keadaan yang buat aku masih begini. Hm.. Semoga aku cepat berubah.



*Aku rindu semua kawan-kawan aku kat Kajang. Rindu sangat-sangat!