Tuesday, May 25, 2010

Dimanakah Cinta...??!



MUNGKIN ANTARA KITA YANG PERNAH TERBACA KISAH NI..
KISAH YANG BANYAK PENGAJARAN
ADA KEBENARAN YANG TERSEMBUNYI..
HAYATI…

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka…

Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata


“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.






Surat tersebut berbunyi begini:






“Sayang!

Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”


*terjumpa dalam Facebook.



Sunday, May 23, 2010

Benci!!


Kebelakangan ni muka aku dah tumbuh banyak jerawat. Argh!! Oh, okey. Biasalah kan.. Huhu.. Mungkin disebabkan aku baru tukar jenis pencuci muka. Sabar sajalah.. Em..

Tapi, ada satu benda lagi yang menambahkan jerawat aku. Aku benci nak cakap. Tapi, biarlah. Ni blog aku kan? Oh, benci gila perasaan yang satu ni. Dah lama perasaan ni tak hidup dalam diri aku. Sekarang ni dah hidup balik pula. Haih.. Aku rasa nak menangis. Nak nangis!! Huhu.. Rasa cemburu gila nak mati okey! Ergh.. Geram. Macam mana nak tafsirkan rasa marah aku ni? Agaknya macam api yang dah bakar 10 buah rumah kot. Sakitnya hati!!!

Ya Allah.. Aku tak tahu macam mana nak tahan rasa sakit hati ni. Geram gila!! Dada ni rasa macam nak meletup dah. Kepada orang yang dah buat aku rasa macam ni.. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Hah! Macam mana aku nak simbah air kat 'api' yang semakin marak ni?? Rasa nak menangis puas-puas!!! Rasa nak sebut nama dia kuat-kuat. Nak pekik bagi semua orang tahu. Tapi, aku tahu aku tak mampu. Uhh..


Sunday, May 16, 2010

I'm Nice Blogger.. Hehe..



1. Apa yg bermain dlm fikiran kamu sekarang?

Rindu kawan-kawan sekolah. Sebab hari ni hari guru. Hehe..


2. Nama samaran kamu?

Wan Anis. Kak Long. Hihi..


3. Berikan tiga orang yang kamu sayang

Lebih tiga kot.. 'Family' dah enam. Kawan-kawan. Dan, dia.


4. Panggilan untuk si dia

Tak ada.


5. Hadiah yang korang impikan dari orang tersayang?

Mereka sayang aku. Tu pun dah lebih dari cukup.


6. Blog mana korang suka follow?

Banyak! Hohoh..



*tak mampu nak bagi 'award' kat orang dah.. Haha..


Friday, May 14, 2010

Adamaya


Tema cerita ni agak sama dengan cerita Asmaradana. Mengenai seorang lelaki yang tak dapat menerima kenyataan yang kekasihnya sudah menjadi milik orang lain. Cuma, cerita ni tak terlalu berat. Lebih sempoi..

Sebenarnya, kebelakangan ni saja aku baru mula tengok cerita ni. Sebelum ni aku tak tengok pun.. Minggu lepas kot aku tengok cerita ni macam 'best' pula. Hehe.. Lepas tu barulah aku melekat depan TV pukul 6.30 hingga 7.30 petang.

Ini dia adik Mya Sara atau lebih dikenali sebagai Amani. Memang comel sangat! Mungkin sebab dia jugalah ramai yang melekat depan TV bila drama ni bermula. Hohoh..


Wednesday, May 12, 2010

Ciko oh Ciko..




Ciko hilang!!! Huhu.. Sedih kot..

Sampai sekarang tak balik-balik lagi..