Wednesday, November 24, 2010

Aku ni agak menggelabah juga ya?

Kenapa aku rasa si dia makin menjauh?? Em.. Kebelakangan ni aku rasa sedih. Emosi bercelaru. Mungkin disebabkan banyak sangat berfikir. Atau mungkin firasat aku betul? Eh, tak.. Tak betul. Em.. tapi mungkin juga kan? Aku bukannya 24 jam jaga dia kan. Huhu.. Walaupun agak risau, tapi ni mungkin perkara biasa. Huh.. Buat apalah aku nak risau sangat? Mestilah risau.. Orang dah jauh. Tak nampak depan mata. Ada buah hati, tapi macam tak ada. Hm.. 29 November ni dia dah nak daftar politeknik. Bertambah risaulah aku nanti. Apa boleh aku buat? Redha sajalah.. Huhu..

Friday, November 12, 2010

Saujana Impian, Kajang..

Afina dan Damia.

Lama betul aku tak 'update' blog ni. Huhu.. Kesian blog aku terbiar macam tak ada tuan. Hm.. Aku tak tahu nak coret apa kat sini. Sejak hari 'tu', otak aku jadi agak sesak nak fikir macam-macam. Tambahan lagi sejak aku tinggal di Dungun lebih kurang sebulan yang lalu. Aku ni susah sikit nak 'update' blog kalau ada orang. Kat rumah nenek aku tu ramai sangat budak-budak. Hm.. Biasalah cucu 'mok'. Semua comel-comel. Hehhe.. Banyak benda sebenarnya yang dah berlaku. Aku saja yang malas nak tulis kat sini.

Di rumah nenek kat Padang Jambu, pagi-pagi mesti aku layan Damia dan Afina. Budak-budak ni memang banyak sangat kerenah. Lagi-lagi si kakak, Afina. Tapi, mereka ni bagus. Bangun awal daripada aku. Aku ni, lepas Subuh selalu tidur balik. Hehe.. Selalunya Afina yang kejut aku bangun dari tidur.

Dia akan cakap, "Kak Long, bakpe dok bangun agi? Ceroh doh ea.. Jom main game."
Aku akan cakap, "Ok, ok.. Kak Long bangun. Nak mandi dulu. Pina gi la main dulu," dia terus monyok bila aku cakap macam tu. Selalunya macam tulah..


Afina ni suka sangat bergaya depan kamera. Makumlah dari kecil dah bergambar. Ayahnya cameraman. Hehe..

Ada satu hari, berlaku kejadian yang tak diduga. Aku dan Cik Dah di dapur. Afina, Damia dan nenek aku tengok anak-anak kucing kat luar rumah. Kawasannya dekat dengan pintu utama. Anak kucing tu merayau-rayau tak tentu hala. Si Afina ni pula takutkan kucing. Bila dia tengok anak kucing tu datang ke arah dia, terus ditutup pintu sebab takut. Tiba-tiba, terdengar Damia menangis dengan kuat. Rupanya jari Damia tersepit di celah pintu. Banyak betul darah mengalir. Aku pula bagai nak pitam tengok darah. Jari kelingking Damia dah berubah rupa. Cik Dah kelam-kabut telefon Pok Ba di sekolah. Sementara tu aku pujuk Afina yang menangis sebab kena marah. Tapi, Si Damia ni menangis sekejap saja. Siap boleh gelak-gelak lagi. Budak kecil macam tu mana tahu-menahu. Yang dia tahu rasa sakit saja. Beberapa minit lepas tu, Pok Ba dan Cik Dah bawa Damia ke hospital. Kena dua jahitan. Hm.. Macam-macam budak-budak ni. Mereka ni tak sah kalau sehari tak menangis. Biasalah budak-budak meragam. Serius aku cakap, kadang-kadang aku geram betul dengan ragam mereka. Tapi, bila teringat balik, seronok sebenarnya layan budak-budak ni. Hehe..


Damia ni muka memang 'innocent'. Muka comel saja. Tapi, degil juga dia ni. Kadang-kadang dia yang buli kakaknya dulu. Aiyoo..

Cerita hari ini. Pagi tadi lepas Subuh aku terus tidur. Bangun-bangun dah pukul 9.00 pagi. Kela-kabut aku mandi. Gosok baju sikit-sikit saja. Pakai tudung ekspres. Hehe.. Hampir terlupa tujuan sebenar aku balik Kajang. Pagi tadi aku dan Ayah pergi ke Mahkamah Rendah Syariah untuk urusan faraid. Aku diperlukan sebagai saksi. Aku sangka kena tandatangan dokumen ke apa. Rupanya kena masuk kandang macam dalam tv tu. Hakim tu tanya macam-macam. Alhamdulillah aku boleh jawab dengan tenang. Hehe.. Dapat juga aku merasa duduk dalam tempat macam tu ya. Yang sedihnya, kebanyakan orang yang hadir di situ atas urusan perceraian. Ada yang bercerita sampai orang lain boleh dengar. Hm..

Lepas solat Isya' tadi, Pak Kumbang 'called' aku. Lama gila tak bercakap dengan dia. Ya, ya.. SMS tak habis-habis. Sampai sepupu aku cakap, "Dok penoh tengok pon Kak Long cakap tepon dengan dia". Gilalah aku kan? Hehe.. Tadi aku tak ada kredit. Adalah benda yang membuatkan dia 'called' aku. Tengah syok bercakap tiba-tiba putus. Huhu.. Sedih kot. Lepas telefon mati, aku pandang telefon bimbit aku. Tiba-tiba rasa rindu sangat kat dia. Iyalah.. Sebelum ni, 'the last called from him' masa aku kat kem PLKN. Tak ke lama tu? Jarang sangat bercakap. Jumpa lagilah jarang. Tak apa. Baguslah daripada tak jumpa langsung. Jumpa selalu pun tak seronok juga kan? Hihhi..

Aku rasa, aku akan jarang 'update' blog lepas ni. Atas sebab-sebab tertentu. Rindu gila nak tulis blog sebenarnya ni. Tak ada cerita tapi nak juga adakan cerita. Hehe..


Thursday, October 28, 2010

Wanita Dari Kacamata Lelaki


Seorang lelaki balik rumah.. Dia jadi heran gler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut. Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.

“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu.

“Tak lah”, jawab isterinya ringkas.

“Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.

“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..

NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI”

Kau isteriku

Dari ilham seorang lelaki..
“ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”

Bezanya antara ibu zaman dulu dengan ibu zaman sekarang… Ibu sekarang tidak mencubit atau memiat telinga anak-anak. Itu mungkin one of da reason why anak-anak tak berapa takut and at times, hanya memekakkan telinga setiap kali ibu member “ceramah percuma”. Mungkin anak-anak tak terasa kehilangan or boleh jadi melompat keriangan bila ibu takde kt uma (for instance if he’s gone for a short holiday)

Budak-budak zaman sekarang ramai kawan, banyak caranya mereka mengisi waktu. They will go for movies, clubbing, or most to most lepak kat tempat yang happening. As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang betul, jika isteri ada kat umah, kepala selalu pening. Pantang kalo isteri ada kat umah and I’m off duty, sure at times boleh membuat kepala serabut.

Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth… Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa.

Eventhough kat office, ramai yang cun melecun, wajahnya yang ditatap sejak dari tarikh menikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memanglah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat ati and sukar ada pengganti.

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah habis ntuk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup???!

And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!


“Ibu, ibu… engkaulah ratu hati ku…”

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? Tak tau lah budak-budak zaman sekarang tp mse kcik, kalo mak takde, sumanya serba tak kena! Jgnkn seminggu, dua hari je dia takde kt uma, hidup mcm da tak bermakna. Memangla, mse mula-mula mak kuar umah, hati melonjak HAPPINESS!! Kalo mak takde, telinga boleh lega sebab if she’s around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter…. Pooott peeett. Pooottt, peeett, boleh pecah eardrums. And if mak menjerit , boleh bergegar isi perut. Silap gaya, tingkap jendela tu pon ley tercabut. And if mak takde, Bangzaii!! Merdeka!!! Can do whatever!!!!

Boleh main galah pnjg smpai senja, boleh tgk tv smpai nk kua bijik mata, boleh monteng ngaji, boleh bergayut kt tepon lme2, n plg shiokk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari kedua dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadi sunyi sepi mcm “haunted village”. Pada ketika itulah kite sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semuanya seperti MATI..

Without mum, hidup ni takde cabaran, no challenging, no suspense. Balik kul brape pon takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Then we realized, jari jemari mak yang suka cubit dan memiat telinga itu la rupanya menjadikan hidup lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Tanpanya, hidup tidak berseri dan bererti. Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!


SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..
HARGAI MEREKA!!!!!



Tuesday, October 26, 2010

Aizat - Sungai Lui

Thursday, October 21, 2010

Wanita itu mahal..

Perempuan begitu penting dalam kehidupan seorang lelaki.

Jika tidak ,Allah swt tidak akan menjadikan Siti Hawa a.s dari tulang rusuk Nabi Adam a.s sendiri untuk memenuhi rasa sunyinya yang keseorang didalam syurga.

Perempuan begitu bererti bagi seorang lelaki, kerana tanpa perempuan:

1. hidup seorang lelaki tidak akan sempurna.

2. tidak akan bertambah zuriat di muka bumi.

3. tidak akan bergelar seorang suami.

4. tidak akan menjadi pemimpin dalam rumahtangga.

5. tidak teman untuk bergurau senda.

Kejadian perempuan adalah lemah kerana dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok.

Ini menyebabkan ada kalanya ia sukar dibentuk kecuali dengan hikmah dan kebijaksanaan yang tinggi oleh lelaki yang dapat membimbingnya ke arah kebaikan.

Perempuan tidak boleh :

1. menjadi wali

2. menjadi rasul atau nabi

3. memberi talak

Tetapi dua per tiga daripada perempuan menjadi penghuni neraka.

. Keadilan Allah kepada perempuan :

1. kelonggaran dalam soal-soal ibadah kerana kedatangan haid dan nifas.

2. tidak perlu berjemaah di masjid atau di surau.

3. tidak wajib menunaikan solat Jumaat.

4. tidak disentuh api neraka,jika ikhlas berkhidmat untuk suami dan keluarganya serta memelihara kehormatan diri dan suaminya.

Banyak lagi kebaikan dan keistimewaan yang Allah beri kepada perempuan yang tidak diberi kepada lelaki ,ini membuktikan betapa kasihnya Allah swt kepada hambanya yang bergelar perempuan, wanita, gadis, isteri, ibu atau nenek ini.


KEDUDUKAN DAN KEMULIAAN PEREMPUAN

Allah telah menetapkan kedudukan perempuan adalah di belakang lelaki sebagaimana firmanNya dalam surah an-Nisaa ' , ayat 34 yang bermaksud:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.

Sebab itu wanita solehah ialah yang taat kepada Allah dan memelihara diri ketika ketiadaan suami sebagaimana yang Allah tetapkan.

Namun tidak bermakna perempuan hanya menjadi pak turut tanpa ada kuasa menyatakan pendirian, pegangan, pendapat atau lain-lain.

Jauh tersembunyi, perempuan sebenarnya dianugerahkan dengan kuasa pengaruh

yang jika digunakan dengan tepat, lelaki bersedia menurut kehendaknya dan memberi segala haknya.

Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam firmannya, surah Aali-Imran, ayat 14 yang bermaksud :

"Dihiasi dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan kepada

perempuan".

Sabda Rasulullah saw tentang besarnya peranan perempuan ini ialah :

"Perempuan itu tiang negara, jika baik perempuan di sesuatu negara

itu, maka baiklah negara itu, begitulah sebaliknya."


KUASA PUJUKAN PEREMPUAN

Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi.

Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini.

Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita :

1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.

2. Anthony dan Cleopatra

3. Hitler dan Matahari

4. Samson dan Delila

5. Abu Lahab dan Hendon

Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :

1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.

2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.

3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.

4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.


KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN

Hal ini diketahui oleh semua orang.

Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar.

Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.


KUASA LAYANAN PEREMPUAN

Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu.

Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja

mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN

Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw :

"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya :" Kenapa ya Rasulllah ?" Jawab baginda :" Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

KUASA TAKWA PEREMPUAN

Ketakwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah.

Orang yang paling bertakwa adalah orang yang paling dikasihi Allah.

Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

Kuasa takwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

Kekuasaan takwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian menatih, mendidik,memelihara dari kecil hingga dewasa.

Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan

kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis

Rasulullah saw :

"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung diudara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya

dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."


KEKALKAN KEMULIAAN PEREMPUAN

Kalau demikian tinggi dan hebat kemuliaan dan kedudukan perempuan,wajiblah dipelihara dengan sebaik-baiknya kerana jika Allah mencabut kemuliaan itu, perempuan akan menjadi amat hina hingga tiadalah tempat lain yang lebih berhak baginya kecuali neraka.

maka berdoalah kamu..

"Ya Allah, kekallah kami sebagai perempuan yang penuh dengan kemuliaan dan berkedudukan tinggi di sisiMu dan peliharalah kami dari ujian yang tidak mampu kami lakukan dan kami memohon kepadaMu agar diberikan kekuatan dalam melaksanakan kebaikan kepada meraka yang berada di sekeliling kami."

Amin ya rabbal ' alamin.


PANDUAN UMUM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH TERHADAP KEDUDUKAN WANITA

Wanita dan lelaki adalah sama dari segi kemanusiaan.

Mempunyai hak dan kewajiban yang sama dalam melaksanakan tugas-tugas agama.

. Islam menghapuskan tuduhan yang dilemparkan oleh ahli-ahli agama sebelum Islam yang merendahkan kedudukan wanita.

. Islam memerintahkan manusia supaya memuliakan wanita sebagai anak kecil, isteri dan ibu.


KEDUDUKAN WANITA DALAM SYARIAT ISLAM

Islam menganjurkan supaya wanita diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan/pelajaran yang sama dengan kaum lelaki.

Islam menetapkan asas-asas institusi keluarga yang menjamin kepentingan wanita.


TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIBAN WANITA MENURUT SYARIAT ISLAM

. Tanggungjawab sebagai hamba Allah

. Tanggungjawab sebagai isteri

. Tanggungjawab sebagai pemimpin yang membantu suami dalam urusan rumahtangga

. Tanggungjawab sebagai pendidik generasi akan datang.


*http://www.facebook.com/home.php?#!/note.php?note_id=137744129584630&id=100000804352331