Sunday, October 17, 2010

Suka ayat ni..

' Perempuan ni ibarat coklat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even jatuh ke lantai pun orang still nak. Tapi, kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat donno. Ada tu, kalau boleh, siap nak pijak lagi. ' *http://theotherkhairul.blogspot.com/

Kata-kata ni aku tak tujukan buat sesiapa pun. Aku cuma tertarik saja dengan kata-kata ni. Bagi yang faham maksudnya, baguslah. Yang tak faham buat-buat faham sudah.

*tak ada mood nak menaip banyak-banyak.

Thursday, October 7, 2010

Kenyataan harus diterima..

Dah dekat tiga minggu Ibu tinggalkan kami. Sebagai anak memang aku sangat terasa kehilangannya. Tapi, aku kena sabar meghadapi semua ni. Kalau aku sedih, aku sakit. Adik-adik aku tengok mesti mereka pun turut sedih. Aku ikut apa yang orang kata.. Yang pergi tetap akan pergi, kita yang hidup ni perlulah teruskan kehidupan seperti biasa. Janji tetap janji.
Tapi, aku rasa bersyukur sebab masih ada ayah. Teringat seorang kawan aku yang tiada ayah. Dia perlu bekerja untuk menampung serba sedikit keperluan keluarga. Terasa yang aku masih beruntung. Lagipun bukan aku seorang yang sedih dengan kehilangan ini. Ramai lagi. Sekarang kan aku masih ada ayah, adik-adik aku, saudara-mara, kawan-kawan, pak kumbang.. Hm.. Rindu pula kat kawan-kawan aku. Rindu pak kumbang..
Em.. Dan, dah dekat seminggu aku duduk di rumah nenek kat Dungun. Angah dan Adik dah mula sekolah kat sini hari Isnin. Adik kat SK Bt. 48, Angah kat SMK Seri Dungun. SMK Seri Dungun tu sebenarnya dah jadi macam sekolah anak-beranak dah. Habis saudara aku sekolah kat situ. Haha.. Apa-apa sajalah eh.. Aku pula, duduk di rumah nenek melayan kerenah Afina dan Damia. Pening juga dibuatnya. Huhu.. Tapi, sekurang-kurangnya benda-benda ni semua dapat mengurangkan kesedihan aku.
Fasal gambar pula, aku sekarang ni tak ada 'mood' nak letak kat blog. Banyak betul gambar PLKN yang lepas. Adoi.. Bilalah aku nak 'upload' ni. Huhu..

Tuesday, October 5, 2010

Pujaan Malaya - Adzrin Adzhar

Thursday, September 23, 2010

Orang yang paling aku sayang di dunia telah pergi buat selamanya..


Ya Allah, teguhkan imanku, tinggikan kesabaranku, tabahkan hatiku.. Sesungguhnya aku amat merinduinya ya Allah..

Ibu, terlalu banyak benda yang kita lakukan bersama dulu. Memasak, menjahit, bercerita, gelak tawa. Makan sepinggan, minum secawan. 'Shopping' bersama, 'jogging bersama. Kak Long rindukan semua ni. Bila Kak Long masuk PLKN, semuanya jadi kenangan. Kat PLKN, hampir setiap malam Kak Long menangis sebab Ibu tak ada depan mata seperti hari-hari sebelumnya. Kak Long dah tak dapat buat semua ni lagi sampailah sekarang.

Tapi, bila difikirkan balik semua yang berlaku memang ada hikmahnya. Kalau aku tak pergi PLKN, dapatkah aku menanggung semua ni? Selepas PLKN tempoh hari aku rasa jiwa aku lebih kental. Dapat berjauhan daripada keluarga. Berjauhan dengan Ibu.

Ibu, ibulah teman Kak Long, Ibulah ibu yang terbaik yang Tuhan telah pinjamkan dunia akhirat. Allah lebih menyayangi Ibu. Kak Long redha dengan ketentuanNya.. al-Fatihah buat Ibu..



22 Sept 2010, 12 Syawal 1431H

Monday, September 13, 2010

Selamat bertemu lagi blogku sayang..




Woah!! Rindu gila nak menaip kat sini. Huhu.. Dah tiga bulan kot tak usik. Duduk di Rembau, Negeri Sembilan buat aku tak dapat nak jenguk Facebook, Blogger.. Tambah lagi dengan laptop yang rosak. Adehh.. Agak sengsara hidup. Nak 'upload' gambar PLKN pun susah. 'Memory card' kamera tu buat hal pula. Haish.. kena tutup antivirus la, apa la.. Bertimbun virus! Entah bilalah gambar PLKN nak wujud dalam FB aku.. Ni pun aku guna laptop saudara nak letak gambar raya. Oh ya.. Tahun ni memang aku tak sempat nak 'wish' SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kat sini.. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK pun lagilah tak sempat. Huhu.. Tak apalah.. Okeylah.. aku dah nak balik. Ni ada kat Kuala Terengganu. Nak balik Dungun pula..