Sunday, April 11, 2010

'Cupcakes', kek cawan




Kek ni ada 20 biji semuanya. Rasa teruja bila siap sebab inilah kali pertama aku buat 'cupcake'. Hehe.. Rasanya bolehlah tahan. Selalunya aku buat kek dalam loyang saja. Saja bosan duduk di rumah berseorangan. Ibu dan Adik pergi ke Pulau Pinang pada malam Jumaat lalu. Jadi, hari Jumaat tu aku seorang saja tinggal di rumah memandangkan Angah dan Abang Cik ke sekolah.

Sekarang, kek-kek ni tinggal dua biji saja di rumah. Aku sempat makan dua biji saja. Huhu.. Dalam masa empat hari, tinggal dua biji saja? Aku pun tak sangka. Tapi, memang banyak juga aku beri pada orang lain. Tinggal enam saja yang ada di rumah ni. Oh, aku tak tahu adik-adik aku pun sukakan kek coklat. Selalunya aku yang habiskan. Heheh..

Lagi dua biji aku sorok. Hehe.. Ibu dah 'booked' awal-awal lagi dah..

Thursday, April 8, 2010

Sejarah hitam.




Harap lepas ni tak ada benda yang lagi teruk. Huhu..

2010 memang nak kenakan aku ya?



Monday, April 5, 2010

Avanza? Heh..

Rancangan pagi tadi :
Ambil gambar untuk buat lesen.
Ke Tesco.
Pergi buat lesen.

Dalam pukul 10.00 pagi, Ibu keluarkan kereta dari halaman depan rumahku. Lepas tu, Ibu tekan 'controller' pagar automatik lantas pagar tertutup dengan sendirinya. Tiba-tiba Ibu memandang ke arahku. Ibu berkata "Kak Long bawa kereta ni boleh ke?".

"Entah Ibu. Belum cuba, belum tahu.. Hehe..", dalam hati ni bagai meronta ingin pegang stereng Avanza Ibu. Hehe.. Iyalah, Ayah dah cakap kalau tak siap lesen tak boleh bawa kereta. Hm..

"Kak Long 'try' bawa dulu. Tak apa", kalau dah ditawar begitu siapa yang tak nak. Lagi-lagi bagi orang yang macam aku ni. Dah ada lesen tapi ditahan tak boleh memandu. Huhu..

"Okey. Tapi kena ada bantal. Haha..", aku pun terus masuk ke rumah kembali untuk mengambil bantal wangi. Wangi sebab tu bantal kat ruang tamu. Hehe.. Kesimpulannya, aku dah bawa keretalah. Mula-mula memang aku tak yakin sangat nak pandu Avanza yang memang jauh bezanya dengan Kancil yang kecil tu. Dahlah bukan manual. Tapi, kalau aku tak cuba bila lagi aku nak pandai kan..

'Part' yang seronoknya masa nak masuk parking di dalam Tesco. Hehe.. Disebabkan aku tak boleh nak agak berapa panjang Avanza tu, aku dengan slamber telah menyondol kereta di dalam petak parking sebelah. Err.. Aku tak sengaja. Aku tak sengaja. Ibu aku buat muka biasa macam tak ada apa yang berlaku. Hm.. Ibu cakap tak ada apa, cuma cat kereta Ibu melekat pada kereta tu. Aku dah cuak. Haih.. berparut Avanza. 'First time' bawa dah macam ni. Heh.. Pelik-peliklah aku ni.. Huhu..

Hari ni, seharian aku pandu Avanza. Banyak kali kena hon dari belakang. Terkejut juga. Nasib baik aku tak terlepas brek kaki. Hm.. Memang biasa agaknya bagi budak macam aku ni. Huhu.. Sampai sahaja di rumah, aku dan Ibu terus pengsan kat ruang tamu. Haha.. Ibu letih tengok aku memandu sebenarnya. Kecut perut katanya. Hehe.. Siapa berani jadi penumpang aku? Haha..

Friday, April 2, 2010

Lulus.

Aku tahu aku sepatutnya dah lama dapat tanda 'P' ni. Tapi, nak buat macam mana kan? Hehe.. Alhamdulillah.. Akhirnya hari ini aku dapat juga keluar dari satu ujian yang memang agak mencabar. Bagi aku, bukan senang nak dapat ni. Hm.. Mungkin ada orang yang pelik kalau baca apa yang aku tulis ni. Huhu.. Memang tak mustahil juga ada sesetengah orang yang setuju dengan apa yang aku katakan.

Bukan maksud aku susah bawa kereta. Cuma susah nak dapatkan lesen P. Sebabnya, banyak benda yang tak kita jangka tak mustahil akan berlaku. Melalui kelalaianku, aku banyak belajar. Ya, sangat banyak benda yang aku belajar dari situ. Aku sedar itulah hikmahnya. Dari situ juga aku jadi banyak berfikir. Kita tak boleh nak salahkan kereta tu. Iyalah, kemungkinan ada kereta yang kondisinya agak tak memuaskan seperti brek tak makan ke.. gear rosak ke.. Semua kemungkinan ini boleh berlaku. Jangan salahkan kereta tu. Sebabnya, memang semua kereta kondisinya berbeza. Aku juga terfikir, bukannya aku nak pakai kereta Kancil sampai bila-bila kan? Jadi, kena biasakan juga dengan benda-benda macam ni. Bersedia untuk apa saja kan? Hehe..

Ya Allah.. Aku bersyukur sangat! Pengalaman aku nak dapatkan lesen P ni memang banyak mengajar aku. Aku lebih menghargai dan terasa nikmatnya pabila menempa kejayaan. Walaupun kejayaan yang tak seberapa, tapi kali ni memang aku rasa lain sangat. Tak tahu nak terangkan macam mana perasaan tu..

Thursday, April 1, 2010

1 April 2010



Bangun tidur.
Kemas-kemas rumah.
Masak.
Mesej.
Makan.
Tidur.
Apa lagi??

Bosan betul. Hari-hari pun macam ni. Huhu.. Macam jadual pula. Dah dekat empat bulan aku duduk macam ni. Hm..

Hari ni aku keseorangan di rumah. Adik-adik aku semua belum balik lagi. Bila cakap fasal adik-adik aku, mesti teringat pertanyaan maut. Heh.. Soalannya berbunyi..

1. Kak Long, bila nak kahwin ni?
Huh? Kebelakangan ni aku tak terfikir pun nak kahwin. Haha.. Macam sebelum ni terfikir pula.

2. Siapa ya bakal suami Kak Long?
Haish.. Tak sabar betul mereka ni. Lambat lagi..

Semua fasal kahwin. Huh.. Apa ni? Aku tak sedia lagi. Masak pun tunggang-langgang lagi. Heh.. Ibu aku cakap, tahun depan kalau ada orang masuk meminang Ibu lepas.. Aku agak cuak juga. Hish.. Apa ni? Apa ni? Ah..

Oh, lagi satu. Susah ke diterima akal kalau aku ber'couple' ha?? Ish.. ish.. Kalau aku cakap aku dah berpunya, mesti orang gelak. Okey.. Mungkin aku cakap main-main masa tu. Tapi, cara mereka gelak nampak sangat takkan percaya kalau aku betul-betul 'couple'. Em.. kenapa agaknya ya?

Duduk di rumah ni aku dah tak ada nafsu nak tengok tv. Hm.. Dua tiga hari ni saja baru aku tengok. Tunggu cerita Asmaradana. Cerita ni agak 'best' juga. Ini pun nak cerita ke? Sah-sah bosan. Huhu..