Monday, March 8, 2010

'Reunion' 5 Wibawa 09


Tarikh : 5 Februari 2010

Tempat : Rumah Khalidah


Ni semua adalah cewek 5 Wibawa yang comel.. Hah? Comel? Haha..

Dalam gambar, Hidayu, Shazwani, Khalidah, Amira, Azza, Puan Azmiza, Shafida, Cikgu Kamsiah, Puan Noraidah, aku, Ain, dan anak Puan Noraidah.

Masa ni tak semua datang. Mungkin sibuk agaknya. Hm.. Walaupun agak terlambat, aku nak abadikan juga gambar-gambar ni dalam blog aku. Bila lagi nak jumpa macam ni kan?? Sedih betul tak dapat bawa kamera. Huhhu.. Ni pun aku curi gambar-gambar dalam Facebook Ain. Hehe.. 'Thanks' ya Ain!!

Sunday, March 7, 2010

PLKN

Aku rasa macam dah pernah 'post' tajuk ni. Tak apalah. Hoho.. Erm.. Sebenarnya aku baru 'checked' mengenai penglibatan diri aku dalam PLKN ni. Melalui sms.

PLKN KEM 92070211... ke 15888

Lepas tu aku terima mesej..

RM0.2o PLKN:
92070211...
Tahniah. Anda ditempatkan di Kumpulan 3.
Penempatan akan dimaklumkan kemudian.

Aku cepat-cepat beritahu Ibu. Hehe.. Ibu cakap, "Alah, tak dapatlah tu. Nanti dah masuk U kan..". Aku tahu sangatlah. Ibu dan Ayah macamlah nak lepas aku macam tu saja. Dahlah tiga bulan. Aku macam biasalah tak ada perasaan. Haha.. Tapi, sejak kebelakangan ni aku rasa macam tak nak pergi PLKN tu. Haih.. Kenapa? Aku pun tak tahulah. Memang lagi seronok duduk di rumah kan..

Friday, March 5, 2010

Okey..



Keputusan SPM keluar pada 11 Mac. Tak sabar. Takot. Berdebar. Apa lagi??




'Tension'!!! Sebabnya.. Aku dah tak boleh sabar lagi menjahit kain yang tak habis-habis menyakitkan hati aku! Jahit manik lagi bagus la. Huhu.. Ya Allah..




Wuu.. Rindunya.. Rindunya..




Bab PLKN.. Aku dapat ke tidak ni ha? Dahlah internet buat hal. Laman web penting pun tak boleh buka. Hish.. Geram aku!!


Tuesday, March 2, 2010

Peristiwa 1 Mac


.....

semalam

aku tak mimpi kan?

Hm.. Hoho..


Em.. Bila tarikh sebenar keputusan SPM keluar ya? Ada yang cakap 1 Mac. Okey, yang ni dah 'comfirm' tipu. Hahha.. Lepas tu, ada pula yang cakap 11 Mac. Boleh diterima. Dan yang tarikh yang terakhir aku dengar 16 Mac. Erk.. Aku tak nak 16 Mac!! Aku tak setuju. Aku nak jumpa kawan-kawan.. Masa tu aku tak ada kat Kajang. Huhu.. Macamlah orang peduli aku ada ke tak ada masa tu kan.. Heh..

Tarikh ujian JPJ aku dah ditetapkan 10 Mac ini. Hm.. Aku harap boleh buatlah nanti. Sedia ke tak.. Itu belakang kira. Memang aku kena buat juga. Kalau tak jadi, kena bayar RM60. Aiyoo.. Nak duit sajalah.. Bagi aku pula, nak dapat P. Selagi tak dapat satu huruf ni, tak senang aku. Masalah banyaklah. Huhhu..

Monday, March 1, 2010

"1 new message(s)"




" Doa shbt yg dmakbulkan Allah ialah doa seorg shbt wat shbt yg lain tnpa dketahui oleh shbtnye tu.. Insya'Allah.. niat wan baik cuma kate2 je kurg tepat. wpun kte cuma 4wrd msg 2, tp x salahkn kalo kte olah sikit supaya msg 2 lbih manis dbaca n menghasilkn snyuman wat mereka yg mbaca shgga timbul rasa untk 4wrd msg 2 pd kwn lain or mengaminkn kata2 dlm msg td. juz an opinion bukn mbantah 100%.. salah silap hrp dmaafkn.. asif jiddan.. =) "

-mira roslen-




Selalunya aku tak pernah layan pun 'forward messages' ni. Entah kenapa hari tu aku terasa nak hantar pada kawan-kawan yang lain. Mesej apa tak payahlah tahu. Huhu.. Pabila selesai hantar, baru aku teringat yang aku terlupa nak 'edit' sikit mesej tu. Aduh.. mula-mula tu aku tak kisah. Tak apalah kan. Agak-agak dalam masa satu jam lepas tu, aku terima mesej di atas daripada seorang kawan aku. Ya Allah.. Rasa macam ada batu besar menghempap kepala aku ni. Memang terkena batang hidung. Rasa macam nak kemik dah kot.. Huhu..

Lepas aku baca ni, aku memang rasa diri aku ni terlalu.. terlalu.. terlalu kebudak-budakan. Terasa diri ini terlalu kerdil. Walaupun aku ikhlas menghantar mesej tersebut, aku tetap rasa kecewa dengan diri aku. Terima kasih ya Allah kerana Engkau berikan aku sahabat begini, yang dapat menyedarkan aku. Membuka mata hatiku. Aku memang berterima kasih sangat dengan kawan yang macam ni sebab tak takut untuk berterus-terang.