Wednesday, October 8, 2008

Malam 8 Syawal..



Hari ini adalah hari yang agak memenatkan aku jugalah.Tapi,seronok.Hm..Penat ni sebab petang tadi lepas balik sekolah terus pergi beraya ke rumah kawan.Rumah Pn.Nuraidah sekali tau!!Huhu..Kawan-kawan aku semua tak beritahu pun nak datang rumah.Itulah yang kelam-kabut sikit.Tapi,tak apalah..Ni dia kawan-kawan aku yang datang tadi..


Hm..cerita fasal ni teringat pula duit raya.Heheh..tahun ni tak dapat banyak sangat macam biasa.Haha..tak sedih pun fasal dah besar.Malu pun adalah juga masa nak ambil duit tu.Alang-alang cerita fasal raya,cerita sajalah fasal saudara-mara aku pula ya..

Sunday, September 28, 2008

Yeah!Balik kampung...

Esok aku pulang ke kampung.Kampung aku di Dungun,Terengganu.Dua-dua,ibu dan ayah.Cuma kampung saja lain-lain.Eeii..seronoknya dapat jumpa sepupu-sepupu!!Lagi seronoknya,aku balik sini,Kajang semula hari Selasa minggu depan.Terpaksa!Ayah ada kerja yang tak dapat dielakkan di Besut.Hehe..seronoklah ye!!


Oh,terlupa pula!Hari Rabu ni 1 Syawal kan??Kemungkinan hari tu aku tak ada kesempatan untuk ucap Salam Lebaran dalam blog ni.Jadi aku buat sekaranglah..



Jadi,aku nak minta maaf kepada sesiapa yang baca blog aku ni.Terutamanya kalau orang tu aku kenal.Aku nak mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung jari kaki ya..!Manalah tahu kalau-kalau aku ada buat silap yang aku sendiri pun tak sedar kan??Hihi..Ok-lah,selamat menyambut hari lebaran dengan penuh makna..

Saturday, September 27, 2008

Hm..

Banyak juga aku nak cerita hari ni.Erm..mula-mula,fasal ujian lisan.Alhamdulillah aku dah selesai buat semua ujian lisan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.Huh,lega rasanya.Itu pun hari Khamis baru buat.Nak tahu sebabnya?Sebab..masa hari Selasa hari tu budak lelaki kelas aku buat hal.Macam mana cikgu tak marah,dah dekat sebulan cikgu suruh bersedia tapi diorang semua belum sediakan apa-apa lagi.Aku pun samalah,hehe..tapi sekurang-kurangnya aku buat jugalah malam tu.Semua budak-budak perempuan mengamuklah bila cikgu merajuk dan terus keluar kelas.Sebabnya,semua dah bermati-matian hafal skrip pembentangan yang dah dibuat.Nasib baiklah hari Khamis tu nama aku antara yang awal cikgu sebut.Kalau tak mesti sekarang ni aku dah terseksa buat benda yang aku benci.Huh..

Oh,aku tak ceritakan apa pembentangan aku untuk ujian lisan.Sebenarnya fasal pengalaman aku sebagai seorang pengawas semasa di sekolah rendah.Oleh sebab saiz badan aku yang kecil ni,banyak jugalah benda-benda kelakar yang aku lalui.Masa menjadi pengawas,aku seorang yang garang jugalah.Hehe..Pernah juga aku cubit seorang budak ni sampai menangis.Dia ugut aku nak beritahu kepada mak ayahnya.Aku cuak juga masa tu.Haha..Satu lagi,masa jaga satu kelas darjah enam,waktu tu aku baru darjah enam,pat.Aku benci betul seorang abang ni.Dia ni..err..lelaki lembut.Dia selalu buat bising saja.Aku marah,dia lawan balik.Mentang-mentanglah dia besar kan?Dia memang suka sangat mengusik aku.Ada hari tu dia geram dengan aku dan dia cubit bahu aku sampai merah.Aduh,kena penangan lelaki lembut sekali!Hish..Itu sajalah aku cerita bab ni.Malaslah panjang-panjang.

Kedua,aku ada bagi kepada Aina kad raya hari tu.Aina tu budak baru dalam kelas aku.Dia suka duduk seorang dan diam sendiri.Hari Khamis tu juga,dia balas kad raya aku.Aku gembira sangat sebab dapat tahu yang dia pandai melukis kartun anime.Comel sangat dia lukis dalam kad yang diberi pada aku.Dahlah aku ni suka sangat-sangat anime.Seronoknya!!Dan,hari tu Murnirah balik sekolah awal.Dia terpaksa hantar adiknya pergi ke sekolah awl.Aku memang sudah lama menunggu saat ni.Saat balik bersama Aina.Aku nak tanya dia macam-macam.Kalau di sekolah mungkin dia malu untuk berterus-terang di depan orang.

Semasa aku berjalan pulang bersamanya,aku bertanya "Kenapa awak selalu senyap dalam kelas?".Selepas tu,dia ceritalah.Sebenarnya,dulu dia agak bising jugalah.Ha?Aku pun terkejut juga bila dia cakap macam tu.Erm..dia kata dulu ada seorang rakannya menegurnya kerana dia selalu buat bising.Selepas itu,dia terus jadi pendiam.Tak berapa nak bercakap.Tapi,aku terfikir juga teruk sangat ke tahap kebisingannya sampai kena tegur?Hm..Ok-lah,aku dah dapat tahu kenapa selama ni dia senyap saja.

Hm..lupa pula!Rahmah dan Azza ada bagi pada aku nombor telefon bimbit seorang budak ni.Tak payahlah tahu siapa kan??Hehe..Aku mati-mati cakap yang aku tak minat langsung dah budak tu.Mereka boleh pula usaha untuk buat aku sukakan dia balik.Pening jugalah dengan kerenah mereka ni.Sebenarnya,budak yang aku maksudkan tu aku minat dari tingkatan satu lagi.Tapi,sekarang ni dah tak ada perasaan langsung dengannya.Hish..Apalah..

Monday, September 22, 2008

Esok ujian lisan..

Benda yang aku paling benci muncul lagi.Ah,menyampahnya!Aku tak tahu mahu bentangkan tajuk apa esok.Padahal cikgu dah bagi tarikh hampir sebulan sebelum tu jugalah.Haih..

Saturday, September 20, 2008

Seronoknya!!!

Laptop ayah aku dah siap dibaikilah!!!Bolehlah aku tulis dalam blog lagi.Hehhe..Sebenarnya,ibu beritahu kepada aku seorang saja fasal ni.Disebabkan perkara ini,aku terpaksa bersabar dan tunggu masa yang sesuai untuk buka internet.Sekarang ni pun semua orang pergi solat terawih.Tinggallah aku seorang saja di rumah.

Aku tak sabar nak luahkan di blog ni.Dua tiga hari lagi aku akan dapat pergi membeli-belah!Bolehlah beli macam-macam nanti fasal dah dapat duit gaji.Hahha..Duit upah menjahitlah..Puas hati rasanya dapat habiskan kesemua baju-baju raya orang lain.Sekarang ni ada lagi 10 pasang belum siap lagi.Ah,tak sabarnya nak keluar!Dah lama pula aku tak keluar dari rumah jalan-jalan.

Cerita kedua yang aku tak sempat tulis di sini ialah Syafikar,rakan sekelasku mengidap demam denggi berdarah.Daripada cerita budak-budak lain,telinganya berdarah.Oh,seram pula rasanya!Kesiannya dia.Hari itu,17 September budak-budak kelas 4 Wibawa,kelasku,pergi ke HUKM untuk melawat dia.Sesampainya mereka di sana,Syafikar sudah pulang ke rumah.Hm..nasib baik aku batalkan keinginan aku untuk turut pergi.Kesiannya mereka..Tapi,tak apalah.Itu menandakan Syafikar sudah sembuh walaupun mungkin bukan sepenuhnya.

Semalam pula,Aeishah datang ke rumahku.Rindunya dia!!Lama tak jumpa.Katanya dia masih dalam proses membiasakan diri di sekolah barunya,Sekolah Integrasi Gombak.Macam-macam kami cerita.Dia tetap sama,tak berubah pun.Selepas itu,kami ke rumah Hanis sekejap.Dua jam jugalah.Hehhe..Borak-borak.Lama tak jumpa kan??Biasalah..

Sekarang aku dapat rasakan hidup aku dah semakin baik dari dulu.Mungkin sebab aku dah dapat lihat dunia yang lain daripada dulu.Dunia yang macam mana aku pun tak tahu nak terangkan.Hm..macam mana pun,aku kini masih dalam proses mencari diri aku yang sebenarnya..