Wednesday, December 22, 2010
Haiwan jadi contoh juga.
Tulisan tangan wananis pada 12:21:00 PM 1 komentar
bab : Pendapat
Tuesday, December 14, 2010
Thursday, December 9, 2010
Ayunya Ana Raffali..
Tulisan tangan wananis pada 3:51:00 AM 0 komentar
bab : Pendapat
Tuesday, December 7, 2010
Balik Kajang tiga hari..
Tulisan tangan wananis pada 12:14:00 AM 0 komentar
bab : HidupKu
Monday, November 29, 2010
29 November 2010
Hari ni Pak Kumbang dah daftar masuk politeknik. Politeknik Premier Sultan Abdul Aziz Shah. Seharian aku tak mesej langsung dengan dia. Rindu tak payah cakaplah kan.. Tak tahu nak cerita macam mana rasanya. Huhu.. Dulu aku kat kem PLKN macam nilah juga. Sedihnya.. Hm.. Berat sebenarnya nak lepas dia pergi sana. Tapi, tak apalah. Demi masa depan dia kan..
Tentang aku pula. Nampaknya adik-adik aku akan bersekolah di Dungun tahun depan. Aku pun insya'Allah akan kembali pada diri aku semula. Masa depan aku. Menyambung cita-cita untuk belajar di Akademi Jarum Berlian. Selama hampir dua tahun aku akan menuntut di sana. Sekurang-kurangnya dekat dengan keluarga kan? Kata orang dua tahun tak lama. Tapi, aku ni melebih-lebih rasa macam nak pergi 10 tahun. Huhuh.. Orang lain belajar lagi lama. Lima ke enam tahun paling kurang. Iyalah.. zaman sekarang susah nak dapat kerja kalau belajar tak tinggi. Em.. Biasanya orang akan belajar untuk kerja. Biasalah kan? Tapi, sebaik-baiknya kita pasanglah niat belajar untuk mencari keredhaanNya. Itu lebih baik. Barulah dapat bekerja dengan ikhlas. Iya kan?
Tulisan tangan wananis pada 11:31:00 PM 1 komentar
bab : HidupKu
Wednesday, November 24, 2010
Aku ni agak menggelabah juga ya?
Tulisan tangan wananis pada 4:25:00 PM 0 komentar
bab : HidupKu
Friday, November 12, 2010
Saujana Impian, Kajang..
Tulisan tangan wananis pada 3:28:00 AM 0 komentar
bab : HidupKu
Thursday, October 28, 2010
Wanita Dari Kacamata Lelaki
Tulisan tangan wananis pada 11:06:00 PM 0 komentar
bab : KongsiIlmu
Tuesday, October 26, 2010
Thursday, October 21, 2010
Wanita itu mahal..
Perempuan begitu penting dalam kehidupan seorang lelaki.
Jika tidak ,Allah swt tidak akan menjadikan Siti Hawa a.s dari tulang rusuk Nabi Adam a.s sendiri untuk memenuhi rasa sunyinya yang keseorang didalam syurga.
Perempuan begitu bererti bagi seorang lelaki, kerana tanpa perempuan:
1. hidup seorang lelaki tidak akan sempurna.
2. tidak akan bertambah zuriat di muka bumi.
3. tidak akan bergelar seorang suami.
4. tidak akan menjadi pemimpin dalam rumahtangga.
5. tidak teman untuk bergurau senda.
Kejadian perempuan adalah lemah kerana dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok.
Ini menyebabkan ada kalanya ia sukar dibentuk kecuali dengan hikmah dan kebijaksanaan yang tinggi oleh lelaki yang dapat membimbingnya ke arah kebaikan.
Perempuan tidak boleh :
1. menjadi wali
2. menjadi rasul atau nabi
3. memberi talak
Tetapi dua per tiga daripada perempuan menjadi penghuni neraka.
. Keadilan Allah kepada perempuan :
1. kelonggaran dalam soal-soal ibadah kerana kedatangan haid dan nifas.
2. tidak perlu berjemaah di masjid atau di surau.
3. tidak wajib menunaikan solat Jumaat.
4. tidak disentuh api neraka,jika ikhlas berkhidmat untuk suami dan keluarganya serta memelihara kehormatan diri dan suaminya.
Banyak lagi kebaikan dan keistimewaan yang Allah beri kepada perempuan yang tidak diberi kepada lelaki ,ini membuktikan betapa kasihnya Allah swt kepada hambanya yang bergelar perempuan, wanita, gadis, isteri, ibu atau nenek ini.
KEDUDUKAN DAN KEMULIAAN PEREMPUAN
Allah telah menetapkan kedudukan perempuan adalah di belakang lelaki sebagaimana firmanNya dalam surah an-Nisaa ' , ayat 34 yang bermaksud:
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.
Sebab itu wanita solehah ialah yang taat kepada Allah dan memelihara diri ketika ketiadaan suami sebagaimana yang Allah tetapkan.
Namun tidak bermakna perempuan hanya menjadi pak turut tanpa ada kuasa menyatakan pendirian, pegangan, pendapat atau lain-lain.
Jauh tersembunyi, perempuan sebenarnya dianugerahkan dengan kuasa pengaruh
yang jika digunakan dengan tepat, lelaki bersedia menurut kehendaknya dan memberi segala haknya.
Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam firmannya, surah Aali-Imran, ayat 14 yang bermaksud :
"Dihiasi dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan kepada
perempuan".
Sabda Rasulullah saw tentang besarnya peranan perempuan ini ialah :
"Perempuan itu tiang negara, jika baik perempuan di sesuatu negara
itu, maka baiklah negara itu, begitulah sebaliknya."
KUASA PUJUKAN PEREMPUAN
Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi.
Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini.
Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.
Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita :
1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon
Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :
1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.
KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN
Hal ini diketahui oleh semua orang.
Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar.
Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.
KUASA LAYANAN PEREMPUAN
Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu.
Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja
mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.
KUASA DOA PEREMPUAN
Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw :
"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya :" Kenapa ya Rasulllah ?" Jawab baginda :" Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
KUASA TAKWA PEREMPUAN
Ketakwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah.
Orang yang paling bertakwa adalah orang yang paling dikasihi Allah.
Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
Kuasa takwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
Kekuasaan takwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian menatih, mendidik,memelihara dari kecil hingga dewasa.
Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan
kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis
Rasulullah saw :
"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung diudara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya
dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."
KEKALKAN KEMULIAAN PEREMPUAN
Kalau demikian tinggi dan hebat kemuliaan dan kedudukan perempuan,wajiblah dipelihara dengan sebaik-baiknya kerana jika Allah mencabut kemuliaan itu, perempuan akan menjadi amat hina hingga tiadalah tempat lain yang lebih berhak baginya kecuali neraka.
maka berdoalah kamu..
"Ya Allah, kekallah kami sebagai perempuan yang penuh dengan kemuliaan dan berkedudukan tinggi di sisiMu dan peliharalah kami dari ujian yang tidak mampu kami lakukan dan kami memohon kepadaMu agar diberikan kekuatan dalam melaksanakan kebaikan kepada meraka yang berada di sekeliling kami."
Amin ya rabbal ' alamin.
PANDUAN UMUM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH TERHADAP KEDUDUKAN WANITA
Wanita dan lelaki adalah sama dari segi kemanusiaan.
Mempunyai hak dan kewajiban yang sama dalam melaksanakan tugas-tugas agama.
. Islam menghapuskan tuduhan yang dilemparkan oleh ahli-ahli agama sebelum Islam yang merendahkan kedudukan wanita.
. Islam memerintahkan manusia supaya memuliakan wanita sebagai anak kecil, isteri dan ibu.
KEDUDUKAN WANITA DALAM SYARIAT ISLAM
Islam menganjurkan supaya wanita diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan/pelajaran yang sama dengan kaum lelaki.
Islam menetapkan asas-asas institusi keluarga yang menjamin kepentingan wanita.
TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIBAN WANITA MENURUT SYARIAT ISLAM
. Tanggungjawab sebagai hamba Allah
. Tanggungjawab sebagai isteri
. Tanggungjawab sebagai pemimpin yang membantu suami dalam urusan rumahtangga
. Tanggungjawab sebagai pendidik generasi akan datang.
Tulisan tangan wananis pada 11:21:00 AM 0 komentar
bab : KongsiIlmu
Wednesday, October 20, 2010
Selamat Hari Jadi, Adik dan Eisya!
Adik dan Eisya. Kedua-duanya berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu pada 19 Oktober 1999. Kembar siang malam. Hehe.. HAPPY BIRTHDAY!!
Tulisan tangan wananis pada 4:50:00 PM 0 komentar
bab : HidupKu
Tuesday, October 19, 2010
Monday, October 18, 2010
Gambar-gambar PLKN
Tarikh : 21 Jun 2010 - 2 September 2010
Kompeni : Charlie
Kerajaan : Busar
*kalau nak tengok gambar besar, klik saja pada gambar. Aku rindu gila kat korang, terutamanya wirawati Charlie.
Tulisan tangan wananis pada 10:20:00 PM 0 komentar
bab : HidupKu
Sunday, October 17, 2010
Suka ayat ni..
' Perempuan ni ibarat coklat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even jatuh ke lantai pun orang still nak. Tapi, kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat donno. Ada tu, kalau boleh, siap nak pijak lagi. ' *http://theotherkhairul.blogspot.com/
Tulisan tangan wananis pada 2:00:00 PM 0 komentar
bab : KongsiIlmu
Thursday, October 7, 2010
Kenyataan harus diterima..
Tulisan tangan wananis pada 5:28:00 PM 1 komentar
bab : HidupKu
Tuesday, October 5, 2010
Thursday, September 23, 2010
Orang yang paling aku sayang di dunia telah pergi buat selamanya..
Tulisan tangan wananis pada 12:45:00 AM 1 komentar
bab : HidupKu
Monday, September 13, 2010
Selamat bertemu lagi blogku sayang..
Tulisan tangan wananis pada 10:30:00 PM 0 komentar
bab : HidupKu
Friday, June 18, 2010
Thursday, June 17, 2010
Kerinduan..
Tulisan tangan wananis pada 9:42:00 PM 0 komentar
bab : HidupKu
Friday, June 11, 2010
Pergilah Ayu – The Fabulous Cats
Kosong hidupku tanpa mu
Cermin ku membayangkan bayanganmu
Pameran kaseh ku layu
Tiada dirimu tiada untukku
Tinggalkanku dalam anganku
Sakitku mencintaimu
Deritaku merinduimu
Lemah hati menginginkanmu
Kau hilang terus kau menyepi
Tawaku bila ku ketahui
Berita kau sudah berpunya
Hancur hatiku
Berkeping-keping jadinya
Hilangku bukan kerana cinta
Hilangku bukan untuk menyeksa
Bagiku semua tiada berharga
Biarku telan semua derita
Pergilah kau pergi dariku
Biarkan ku jalani hidup tanpamu
Tiada cinta dan kasehmu
Meski hati merelai
Mati hariku di kotak sepi
Di situ kau mula mahu mengenalinya
Langkahku songsang mula ku sedari
Semula ku hias kau jauh dah pergi
Putus komunikasi kau elakkan diri
Ku mencari jalan kembali kau mahu terus pergi
Ku ingatkan kau memori kau tutupkan telinga
Nyata tiada kita nyata tiada jalan penyambungnya
Ya Allah maha pemurah dan maha pencipta
Terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia
Jika nyata bukan dia pemilik tulang rusukku
Kikiskanlah pesonanya dari kedua mata
Dengan kelebihan dan kekurangan yang ada
Bahagiakanlah mereka ku doakannya
PadaMu ku pohon sucikan hatiku
Sehinga dapat melaksana kehendak dan rencanaMu
Amin
Korus
Pergilah pergilah ayu
Jangan kau
Hiraukan tentang diriku
Pergi kau pergi kau ayu
Ku anggapkan ini satu tragedi
Kau hapuskan semua yang kita bina
Kau hancurkan harapan ku
Untuk hidup bahagia bersamamu
Berkali kau bersumpah untuk berubah
Tapi janji kosongmu
Tak sudah sudah
Entah sampai bila
Kau lepaskan saja aku
Ulang Korus
Pergilah kau pergi dariku
Biarkan ku jalani hidup tanpamu
Tiada cinta dan kasehmu
Meski hati merelai
Tulisan tangan wananis pada 10:30:00 PM 0 komentar
bab : Lagu
Thursday, June 10, 2010
Medical Check up.
Tulisan tangan wananis pada 5:07:00 PM 0 komentar
bab : HidupKu
Wednesday, June 2, 2010
Sang Mantan - Nidji
Dulu aku kau puja
Dulu aku kau sayang
Dulu aku sang juara
Yang selalu engkau cinta
Kini roda telah berputar
Kini aku kau hina
Kini aku kau buang
Jauh dari hidupmu
Kini aku sengsara
Roda memang telah berputar
Mana janji manismu
Mencintaiku sampai mati
Kini engkau pun pergi
Saat ku terpuruk sendiri
Akulah sang mantan
Akulah sang mantan
Sakit teriris sepi
Ketika cinta telah pergi
Akulah sang mantan
Akulah sang mantan
Mana janji manismu
Setia sampai aku mati
Kini engkau pun pergi
Saat ku jatuh dan sendiri
Mana janji manismu
Mencintaiku sampai mati
Kini engkau pun pergi
Saat ku terpuruk sendiri
Akulah sang mantan
Akulah sang mantan
Akulah sang mantan
Akulah sang mantan
Mana janji-janjimu
Tulisan tangan wananis pada 11:58:00 AM 0 komentar
bab : Lagu
Monday, May 31, 2010
PLKN sesi ke-3
Semakan Status Terpilih Dan Semakan Penempatan Bagi Kump. 3 Siri 7/2010
NAMA | : | WAN ANIS ATHIRAH BINTI WAN KHAIRUL ANNUAR | |
NO. KAD PENGENALAN | : | 92070211**** | |
KUMPULAN | : | 3 | |
PUSAT BERKUMPUL | : | PERHENTIAN BAS KAJANG, JLN REKO, KAJANG | |
NEGERI PUSAT BERKUMPUL | : | SELANGOR | |
NAMA KEM | : | KEM ULU PARI, REMBAU, NEGERI SEMBILAN | |
ALAMAT KEM | : | KEM ULU PARI AQUA VILLAGE | |
KAMPUNG GADONG | |||
KOTA | |||
POSKOD KEM | : | 71350 | |
BANDAR KEM | : | REMBAU | |
NEGERI KEM | : | NEGERI SEMBILAN | |
TARIKH LAPOR | : | 21-JUN-2010 | |
MASA LAPOR | : | 09:30 PAGI | |
CATATAN | : | Pelatih Terpilih Siri 7/2010 | |
NPP | : | Muatturun Notis Pemberitahuan Pelatih (NPP) |
Tulisan tangan wananis pada 12:53:00 PM 2 komentar
bab : HidupKu
Thursday, May 27, 2010
KMKm atau SKM??
Tulisan tangan wananis pada 12:24:00 AM 0 komentar
bab : HidupKu