Hm..ni dah kali ke berapalah jadi macam ni.Tahun lepas ada cikgu bengang dengan kelas kami.Tahun ni pun budak-budak lelaki tu buat hal juga.Kasihan betul cikgu.Cikgu Azmiza,kami minta maaf ya!Budak-budak tu memang betullah tak matang.Tak tahu agaknya cikgu marah ke tak.Ish,ish,ish...
Friday, July 31, 2009
Cikgu merajuk??
Tulisan tangan wananis pada 7:06:00 PM 0 komentar
bab : HidupKu
Friday, July 24, 2009
Hahha..kasihan..
Heheh..tadi budak-budak kelas aku merancang sesuatu.Agaknya dari semalam benda tu dah dirancang.Lawak pun ada,kasihan pun ada..Hm..begini ceritanya.Hari ni hari jadi ketua kelas kami.Jadi mereka semua dah rancang nak buat 'surprise'.Mula-mula aku pun tak tahu apa kejutannya.Lepas mereka ceritakan semuanya barulah aku tahu.Sebelum balik sibuk budak-budak tu bertanya masa yang sesuai.Penolong ketua kelas kami,Ain kata buat masa balik.Hm..memang teruk Akid kena.Memang kasihan sangat.Aku memang tak dapat tengok macam mana budak-budak tu kenakan Akid,tapi aku cuma dapat tengok rupa dia selepas mereka baling telur dan tepung.Ya Allah,memang terkejut aku tengok.Haha..putih tak nampak rupa dah.Yang kasihannya,semua orang yang ada di depan sekolah pada masa tu dapat menyaksikan kekejaman budak-budak kelas kami.Sampai habis putih motor dia..Ish,ish,ish..kasihan..
Pagi tu ada solat hajat dengan ceramah Isra' dan Mi'raj.Erm..ruginya tak cukup masa.Ceramah tadi 'best'.Tak macam selalu.Aku rasa macam nak dengar lagi cerita ustaz tu berkenaan balasan untuk manusia yang beramal baik dan jahat.Tapi,apa boleh buat..Kalau aku yang bayar tak apalah juga kan?Hehe..
Tulisan tangan wananis pada 11:14:00 PM 0 komentar
bab : HidupKu
Wednesday, July 22, 2009
Jarang 'online'..
Aku ditahan selama beberapa bulan daripada 'online' internet.Ini semua sebab SPM!!Wargh..SPM!SPM!SPM!!Tak ada sebab lain ke?Emm..Sebenarnya sekarang aku tengah sakit kepala melayan mulut adik-adik aku yang bising tu.Huh..Buat orang 'tension' sajalah!
20 Julai lalu,di sekolah ada majlis penyampaian hadiah untuk Bulan Sains dan Matematik.Aku,Murnirah dan Kausalya telah mendapat johan dalam pertandingan membuat mural Kimia.Sebenarnya mural tu aku dan Murnirah saja yang buat.Sebabnya,Kausalya demam teruk.Jadi tak dapatlah dia buat sekali.Hm..tak apalah Kausalya.Kesihatan lagi penting kan?Lagi susah kalau dia tiba-tiba pengsan di rumah aku pula.Haha..
Hari ini,aku terpaksa buat ujian lisan Bahasa Arab sekali lagi.Hm..Ustzh. Anida cakap,budak-budak yang dapat markah tinggi dan rendah sahaja akan dipanggil.Huh..sah-sah aku tergolong dalam yang markah rendah.Haha!!Sudahlah kena buat di depan pemeriksa yang lain.Haih..gugup dibuatnya.Apa-apa sajalah..Err..tak seronok nak menaiplah sebab tak ada 'mood'..
Tulisan tangan wananis pada 10:07:00 PM 0 komentar
bab : HidupKu
Wednesday, July 15, 2009
Beautiful Girl - Jose Mary Chan
Beautiful girl, wherever you are
I knew when I saw you, you had opened the door
I knew that I'd love again after a long, long while
I'd love again.
You said "hello" and I turned to go
But something in your eyes left my heart beating so
I just knew that I'd love again after a long, long while
I'd love again.
Refrain : It was destiny's game
For when love finally came on
I rushed in line only to find
That you were gone.
Whenever you are, I fear that I might
Have lost you forever like a song in the night
Now that I've loved again after a long, long while
I've loved again.
*Repeat Refrain
Beautiful girl, I'll search on for you
'Til all of your loveliness in my arms come true
You've made me love again after a long, long while
In love again
And I'm glad that it's you
Hmm, beautiful girl
Tulisan tangan wananis pada 7:10:00 PM 0 komentar
bab : Lagu
Sunday, July 5, 2009
Hari Puteri 2009
Tulisan tangan wananis pada 12:49:00 AM 0 komentar
bab : HidupKu
Friday, July 3, 2009
Apa yang seronok??
A'ah baru saja 'call' aku.Heheh..Rindu pula dia.Hm..Dia tanya fasal kelayakan ke PLKN.Aku cakap sajalah aku dapat.Dia beriya-iya sangat gelakkan aku.Dia tak dapat.Fasal tulah seronok sangat!!Dia beriya-iya tak nak sampai buat solat hajat.Haish..sampai macam tu sekali??Tapi, aku tak rasa macam ditertawakan pun.Hahaha...Bagi aku,'best' juga dapat PLKN ni kan?Yelah,aku baru sekali dapat pergi kem macam tu.Itu pun dua hari saja.Tak puaslah..Hm..macam manalah agaknya keadaan di sana ya?Biarlah dulu..Fikirkan SPM..Aku dah tak sabar nak ambil SPM.Haha..Yakin nampak??Dahlah 'result' teruk.Ada hati nak ambil SPM.Hehe..
Tulisan tangan wananis pada 5:52:00 PM 0 komentar
bab : HidupKu
Thursday, July 2, 2009
2 Julai 2009
Hari ni hari jadi aku yang ke-17.Haha..Dah 17 tahun aku ya!Tadi satu kelas nyanyi untuk aku.Huhu..Malunya!!Apa-apa pun terima kasih semua ya!!Aku tak akan lupakan kamu semua..Yeah, 5 Wibawa memang 'the best'..
Tulisan tangan wananis pada 5:05:00 PM 0 komentar
bab : HidupKu