'First time' aku pergi sana.Huh..Memang seronok sangat.Banyak buku-buku yang aku minat.Harap tak cukup duit saja.Kalau tidak memang aku dah rembat semua.Huhu..Yang bencinya,tak dapat dinafikan ramai tahap gilalah orang dekat situ.Terpaksa berhimpit-himpit,berasak-asak..Huh..Penat betul berjalan satu pusat tu.Angah memang tak boleh tahan dengan keadaan macam tu.Dia kata,sumpah lepas ni tak nak pergi lagi dah.Hahha!!'At last' aku menjelajah seorang diri ke tingkat atas.Angah hanya menunggu saja di ruang rehat.Penat katanya..
Sunday, April 26, 2009
PWTC
Tulisan tangan wananis pada 11:19:00 PM 0 komentar
bab : HidupKu
Kalimah Sobahiyyah..
Untuk pertama kalinya dalam hidup,aku masuk pertandingan syarahan.Kalimah sobahiyyah atau disebut syarahan dalam Bahasa Arab.Haha..Entah apalah yang aku dah syarahkan tadi.Tak adalah berdebar tapi tergagap-gagap banyak.Haish..Bila difikirkan semula,tak apalah.Sekurang-kurangnya aku cuba juga kan??Angah pula masuk pertandingan drama.Aku tak sangka pula adik aku boleh berlakon.Hahaha..Hebat betul bebudak kelas dia.Macam 'real' pun ada.
Tulisan tangan wananis pada 12:26:00 AM 0 komentar
bab : HidupKu
Wednesday, April 15, 2009
Ujian darah..
Hari ni di sekolah ada aktiviti anjuran Yayasan Jantung Malaysia.Aktiviti yang dikatakan termasuklah ujian untuk kolesterol,gula dalam darah,tinggi,berat,darah tinggi ke..darah rendah ke..BMI cukup ke tak..semua tulah.Semua macam takut-takut saja.Bukan apa,takut sakit kena jarum.Hihi..Tak kena bayar pun.'Free'..Kalau cikgu kena bayar tau.Untung kan??Hehe..
Tulisan tangan wananis pada 5:58:00 PM 0 komentar
bab : HidupKu
Friday, April 10, 2009
Seganlah..
Heheh..pagi tadi aku nak ke sekolah.Agak tergesa-gesa.Huh,dahlah tengah 'hot'.Hm..aku pun tak tahu kenapa aku macam tu.Memang pagi-pagi 'mood' aku selalu macam tu kot..Entah,aku pun tak faham juga.Ah,sudahlah!Aku nak cerita fasal lain..
Tulisan tangan wananis pada 7:34:00 PM 0 komentar
bab : HidupKu
Wednesday, April 8, 2009
Dan Sebenarnya-Yuna
Oh bulan
Jangan layan diriku lagi
Pabila,
Air mata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku
Pabila,
Kau bersama yang lainAdakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku
Ku enggan
Berpura pura ku bahagia
Ku enggan
Melihat kau bersama si dia
Oh ku akui cemburu
Telah menular dalam diri
Pabila
Kau bersama yang lain
Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku
Pabila kau merenung matanya
Ku rebah,
Jatuh ke bumi
Di saat kau benar-benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air
Tulisan tangan wananis pada 9:09:00 PM 0 komentar
bab : Lagu
Sunday, April 5, 2009
Haish..Macam-macamlah..
Ish..Letih sangat kebelakangan ni.Ergh..pengetua sekolah aku nak 'check' semua buku latihan dan nota.Memang letih sangat..Tak tahu nak cakap macam mana lagi.Huh..Nota Sejarah aku belum habis buat bab dua tapi,sekarang ni aku terpaksa cepat siapkan sampai bab empat!Gila!!Dahlah banyak.Lepas tu,nota Agama lagi..Errgh!!Pening..pening..Aku lagi rela tak sekolah kalau macam ni..Teruk!
Tulisan tangan wananis pada 8:40:00 PM 0 komentar
bab : HidupKu