10 Perangkap Syaitan ALLAH berfirman yang bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.'' ( An-Nisa': 120-121).www.iLuvislam.com I_am_KidaL editor : kasihsayang Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri. Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri. Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia, pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut. Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah. Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut.
Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu: 1. Melalui sifat bohong dan angkuh Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan. 2. Melalui sifat bakhil dan kedekut Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah. 3. Melalui sifat takbur dan bongkak Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23) 4. Sifat khianat Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya. 5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain. 6. Melalui sifat hasad Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim). 7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim). 8. Melalui sifat ujub atau bangga diri Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal) 9. Melalui sifat suka berangan-angan Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya. 10. Melalui sifat buruk sangka Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim) |
Thursday, December 25, 2008
10 perangkap syaitan..
Tulisan tangan wananis pada 3:31:00 PM 0 komentar
bab : KongsiIlmu
My Heart Will Go On - Celine Dion
Every night in my dreams
I see you, I feel you
That is how I know you go on.
Far across the distance
and spaces between us
You have come to show you go on.
Near,Far,wherever you are
I believe that the heart does go on
Once more, you opened the door
And you're here in my heart,
and my heart will go on and on.
Love can touch us one time
and last for a lifetime
And never let go till we're gone.
Love was when I loved you,
one true time to hold on to
In my life we'll always go on.
Near, far, wherever you are
I believe that the heart does go on
Once more, you opened the door
And you're here in my heart,
and my heart will go on and on.
You're here, there's nothing I fear
And I know that my heart will go on.
We'll stay, forever this way
You are safe in my heart
and my heart will go on and on.
Tulisan tangan wananis pada 3:22:00 PM 0 komentar
bab : Lagu
Wednesday, December 24, 2008
Teruknya!!!!
Tadi aku baru pergi sekolah beli buku.Buku teks dah ambil hari Isnin.Jadi,aku terfikir baik pergi pejabat ambil keputusan akhir tahun sekali.Hm..
Err..nampaknya keputusan aku teruk sangatlah kali ini.Huh,teruk..sangat!!Seumur hidup aku tak pernah dapat 3 matapelajaran gagal.Aduh..Ni mesti kes aku tak 'study' betul-betul hari tu.Heh..Padanlah muka.Huhu..
Apabila difikirkan semula,baik aku belajar tahun ni.Tahun depan tak adalah kelam-kabut saja.Tapi,susah juga ya.Aku ni jenis nak belajar ikut 'mood'.Kalau tak datang 'mood' tu,aku mana boleh belajar.Nanti tidur atas meja pula.Hai...
Tulisan tangan wananis pada 2:50:00 PM 0 komentar
bab : HidupKu
Friday, December 19, 2008
Sunnah Nabi..
Dikat
The Truth
Janga
Orang
berad
Apa ilmu pun yang
di ajar pun tak akan boleh
Perca
Untuk
Addit
Kuku panja
Nasih
berpe
1] jari manis
2] jari kelin
dan janga
1] jari tenga
2] jari telun
Nabi Muham
Perha
Cara memak
p/s: sauda
Tulisan tangan wananis pada 2:57:00 PM 0 komentar
bab : KongsiIlmu
Monday, December 15, 2008
Kak Syeeri bertunang..
Majlis ini diadakan pada 12 Disember 2008 iaitu pada hari Jumaat yang lalu.Memang agak meriah jugalah majlis itu,adakalanya rasa seperti majlis perkahwinan pula.Aku pula,seperti biasa menjadi salah seorang jurugambar yang tak diiktiraf.Hahha..Kiranya semua perkembangan dari sebelum majlis hinggalah selepas majlis aku ikuti.Hm..Seronok juga ya!Kak Syeeri tu dua pupu aku.Kami semua memang rapat dengan keluarga dua pupu aku tu sebab nenek aku memang rapat sangat-sangat dengan kakaknya.Maklumlah,dua beradik saja.Hm..Kak Syeeri yang memang dah sedia cantik tu bila didandan memang nampak seperti pengantin baru!Tengok sajalah gambar-gambar yang aku ambil.Err..aku memang suka ambil gambar 'candid'.Harap maaf jika tidak memuaskan.Haha..Lagi satu,susunan gambar berterabur.Tak apalah ya..Akhir kata "Tahniah ya,Kak Syeeri!!!".
Kak Syeeri dengan mak cik aku,Cik Yen.
..dengan adiknya,Kak Wa.
..dengan akulah..
Serba hijau..
Tunangnya yang hensem,Nuqman.
..dengan bakal mak mertua.
Berdebar nampak..?
Para tetamu dan saudara-mara yang hadir.
Ketibaan rombongan pihak lelaki.
Cik Tini sedang menggubah hantaran.Seriusnya!
Pok Ba,pakcik aku.Seorang jurukamera professional.
Nenek aku (kiri) dan kakaknya.
Pelamin yang dibuat oleh Pok Ba,Cik Tini dan Pok Akim.Betul ke aku eja?Hahha..
Tulisan tangan wananis pada 9:40:00 PM 0 komentar
bab : HidupKu
Aidiladha 2008...
Agak meriah jugalah.Cuma taklah semeriah Aidilfitri.
Dalam proses penyembelihan.
Mereka ni tengok saja.Bukannya tolong pun.Sentuh pun tak..
Semasa nak menggantung untuk disiat kulit.
Mengepam.Aku tak tahu pam apa.???
Tulisan tangan wananis pada 9:22:00 PM 0 komentar
bab : HidupKu
Saturday, December 6, 2008
Erk..?
Hari ni aku ke kenduri perkahwinan sepupu ayah aku.Di Seremban.Memang ramai jugalah saudara-mara sebelah ayah aku.Err..bukan ramai juga,memang ramai.Semuanya berloghat Besut ala-ala Kelantan.Pekat aku dengar.Hehe..bahasa mereka cakap memang pelik bagi aku kerana aku sendiri pun tak reti cakap macam tu.Hihi..loghat Terengganu pun tak pandai,lagikan loghat Kelantan.Hahha!!!
Sebenarnya aku nak cerita benda lain.Hm..tak tahulah kelakar ke apa.Aku tak tahu nak kata.Baca sajalah..
Tadi di majlis perkahwinan tu memang meriah fasal memang ramai sangat yang hadir.Sudah majlis macam tu memanglah ramai.Huhu..Tapi,aku rasa keluarga aku saja pun dah penuh satu rumah.Ngehehe..Semasa makan,seperti biasa ada orang yang berikan bunga telur kepada tetamu.Tapi,di rumah tadi tetamu dewasa diberi kek dan kanak-kanak diberi gula-gula.Kakak tu..errgh..aku tak tahu nak cakaplah.Sebelum tu aku nak tanya.Adakah muka aku nampak sangat macam kanak-kanak??Aku tak tahulah apa jawapannya.Yang aku hairannya,kakak yang bagi kek dengan gula-gula tu dia bagi aku gula-gula.Erk..aku rasa macam nak tercekik pun ada masa makan tadi.Oh,sabar sajalah!Tambahan lagi,adik-adik aku semuanya dapat kek.Adik lelaki aku kata "Kenapa Kak Long dapat gula-gula?" dan dia gelakkan aku.Ish,tampar baru tahu!Waaahhh!!!Aku pun balas balik "Sebab Kak Longkan sentiasa muda,hahaha...".
Tulisan tangan wananis pada 10:50:00 PM 0 komentar
bab : HidupKu
Thursday, December 4, 2008
5 syarat melakukan maksiat..
"Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham.
Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.
"
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:
"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.
"
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.
"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata:
"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-NYA.
"
Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.
"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya:
"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.
Ibrahim menjawab:
"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:
"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan:
"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu.
Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:
"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?"
Ibrahim pun menjawab:
"Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.
"
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf.
Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.
"
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.
"Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.
Kesimpulan: JANGAN MELAKUKAN MAKSIAT.
Tulisan tangan wananis pada 6:36:00 PM 0 komentar
bab : KongsiIlmu
teka-teki imam Al-Ghazali..
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :
Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang 2 '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.
Imam Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
'
' Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.
Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '
IMAM GHAZALI: ' Apa yang paling berat didunia ? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.
Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
Tulisan tangan wananis pada 6:28:00 PM 0 komentar
bab : KongsiIlmu
..."I'm perfect?"...
A: has a smile to die for =) B: is a nerd at times C: can kick ur butt D: great friend E :has beautiful eyes F: wild and crazy G: HOTT H: likes someone I: bestt boyfriend or girlfriend J: is really sweet K: gorgeouss L: very good kisser M: can be funny and dumb at times N: easy to fall in love with O: has one of the best personalities ever P: popular with all types of people Q: makes people laugh R: gives good hugs S: NICE BUTT T: very opened - minded U: is loved by everyone V: not judgmental W: very romantic X: never let people tell you what to do Y: very hot Z: makes dating fun ----------------------------- W: very romantic A: has a smile to die for =) N: easy to fall in love with A: has a smile to die for =) N: easy to fall in love with I: bestt boyfriend or girlfriend S: NICE BUTT A: has a smile to die for =) T: very opened - minded H: likes someone I: bestt boyfriend or girlfriend R: gives good hugs A: has a smile to die for =) H: likes someone |
Tulisan tangan wananis pada 5:57:00 PM 0 komentar
bab : HidupKu
Wednesday, December 3, 2008
'Reunion' 3 Amanah 2007
Tak ada apa yang nak dibicarakan.Cuma nak cakap,mak Nadhirah masak memang sedap.Haha..
.Ni Nadhirah,tuan rumah..Kesian dia,makan paling akhir..huhu.
.Mereka tengah menonton televisyen.
.Ezrul (duduk),Anwar dan Fathi (baring).
.Tonton video kelas yang dirakam tahun lepas..Dari kiri,Razak,Uzair dan Nadh.
.Nadiah (baju ungu),Fareesha,Ain,dan Zulaikha (duduk).
.Hanis (tudung putih coklat),Fadilah (tudung hitam),dan Asma.
.Asma dan Angah (Amira).
.Aeishah (kiri),aku dan Hazwani.
.Fareesha,Aisyah dan Fathanah.
.Zulaikha dan Nadiah.
Tulisan tangan wananis pada 10:54:00 PM 0 komentar
bab : HidupKu