Friday, May 27, 2011

Quartet - Saidatul Saffaa

"Buah tangan SAIDATUL SAFFAA kali ini dengan lembut mahu membawa anda mencari cinta yang hakiki. Mencintai diri untuk mencintai Allah".




----------




"I just want... a bond yang halal untuk kita orang berdua. Macam hadis, tidak terlihat oleh dua orang yang saling mencintai selain pernikahan. I just want something.. yang halal. As simple as that. Even mak pun terkejut, and Mak tanya Ngah nak bagi anak orang makan apa? But... just have faith la. Allah pun cakap, jangan takut kahwin awal kerana takut miskin. Sebab Allah akan luaskan rezeki tu, lepas kahwin lagi luas. And I know I'm not doing maksiat. Plus, we're in the same uni. That's why... Ngah berani propose kat dia. Dan alhamdulillah, she agreed." Jeda.




----------




"Misa.. Kiranya kau anggap semua orag perceive kau as baik hanya sebab pakai tudung? Perfect, solehah, baik... macam tu?"

Misa angguk.

"Tau tak? Kita semua ni berdosa. Tapi, kenapa orang tak nampak pun yang kita ni banyak dosa? Sbab Allah tu sifatnya as-Satir, Yang Maha Melindungi. Allah tutup semua cacat cela kita. Allah lindungi semua dosa kita di hadapan mata manusia lain. Allah tak ada cakap apabila kita pakai tudung, kita jadi maksum macam Nabi. Tak ada pun Misa..." Azra menggeleng perlahan.

"Kita pakai tudung bukan sekadar nak cakap kita ni seorang muslimah, tapi kita seorang yang cuba mempraktikkan agama yang sempurna ini. Kita amalkan semua ajaran agama ni sebab nak tunjukkan pada orang kecantikan Islam ni," sambung Azra lagi.




----------



Bagi aku, novel ni memang best sangat. Banyak buat aku rendah diri. Novel ini mengisahkan tentang seorang wanita yang bernama Rumaisa' a.k.a. Misa. Banyak perubahan yang dilakukan oleh Misa untuk berubah menjadi seorang muslimah sejati. Daripada dia freehair, bershawl, tudung bidang 45, sampailah dia bertudung bulat tu. Banyak transformasi yang Misa telah buat sepanjang dia berada di negara orang. Cerita ni sebenarnya bertemakan cinta islamik. Cinta pada manusia yang membawa kepada cinta Allah yang hakiki.

Kesedihan, kelukaan, bahkan kebahagiaan.. Semuanya membuatkan kita lebih dekat pada-Nya. Walaupun kita pernah rasakan macam.. it's end of the world. Sampai kita rasa macam nak mati, gila. Yes. Aku pun pernah rasa tu. Tapi, akhirnya aku sedar, semua tu buat aku jadi lebih kuat untuk harungi hari-hari yang akan datang. Bukan aku seorang yang rasa macam tu. Semua orang pun akan rasa. Manusia kan sentiasa diuji? Hm.. Tuhan tahu apa yang kita mampu dan tak mampu. Jadi, jangan katakan kita tak mampu nak harungi semua tu kerana Allah Maha Mengetahui...



1 komentar:

azwafi said...

wan.. nnt nk baca.. bwk dtg sini tw..