Thursday, September 23, 2010

Orang yang paling aku sayang di dunia telah pergi buat selamanya..


Ya Allah, teguhkan imanku, tinggikan kesabaranku, tabahkan hatiku.. Sesungguhnya aku amat merinduinya ya Allah..

Ibu, terlalu banyak benda yang kita lakukan bersama dulu. Memasak, menjahit, bercerita, gelak tawa. Makan sepinggan, minum secawan. 'Shopping' bersama, 'jogging bersama. Kak Long rindukan semua ni. Bila Kak Long masuk PLKN, semuanya jadi kenangan. Kat PLKN, hampir setiap malam Kak Long menangis sebab Ibu tak ada depan mata seperti hari-hari sebelumnya. Kak Long dah tak dapat buat semua ni lagi sampailah sekarang.

Tapi, bila difikirkan balik semua yang berlaku memang ada hikmahnya. Kalau aku tak pergi PLKN, dapatkah aku menanggung semua ni? Selepas PLKN tempoh hari aku rasa jiwa aku lebih kental. Dapat berjauhan daripada keluarga. Berjauhan dengan Ibu.

Ibu, ibulah teman Kak Long, Ibulah ibu yang terbaik yang Tuhan telah pinjamkan dunia akhirat. Allah lebih menyayangi Ibu. Kak Long redha dengan ketentuanNya.. al-Fatihah buat Ibu..



22 Sept 2010, 12 Syawal 1431H

1 komentar:

Unknown said...

wan..maaf kte baru dpt tau...
smoga awk tabah menghadapi dugaan ni..
awk tabah,ank yg solehah,awk kuat..
sbb tu Allah bagi awk dugaan utk uji awk..
smoga iman awk smakin teguh..
jgn mengalah..
fikirkan adik2 awk yg ibu awk dah amanahkan pd awk...
smoga Allah merahmati arwah..smoga arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman..

Takziah buat keluarga..