Thursday, June 17, 2010

Kerinduan..



Agak teruja menunggu hari-hari lalu berlalu. Hm.. Mengenangkan aku akan berangkat ke kem PLKN pada hari Isnin ni, rasa hati berbaur. Rasa teruja sebab tak sabar nak menempuh hari-hari yang mencabar di sana. Sedih pun ada. Iyalah.. Semestinya aku kena 'homesick' nanti. Biasalah orang yang malas keluar macam aku ni lebih aman duduk di rumah. Hehe.. Sejak tamat SPM tahun lepas, aku memang sentiasa ada di rumah. Sebagai seorang suri rumah sementara, nanti mesti aku rindu nak buat kerja-kerja rumah.. memasak.. Huhhu.. Kat Negeri Sembilan nanti orang pula masak untuk aku. Heheh.. Risau juga ya. Takut makanan kat sana pedas. Kalau pedas sah-sah aku 'maintain' nanti. Badan tak naik. Abang Cik cakap, aku ni bagi la makanan banyak manapun, perut kecil mesti tak nak masuk juga. Untung juga perut kecil. Hehe..

Aku tengah berfikir apa yang perlu dibawa ke sana nanti. Benda utama yang aku risaukan ialah 'sunblock'. Ergh.. Aku paling tak suka satu benda ni. Dahlah lambat kot nak tempek kat muka. Kena pula orang cerewet macam aku ni. Mesti nak rata. Tak nak nampak pucat. Oh, memang aku cerewet. Aku mengakulah kan.. Ditambah dengan muka aku yang agak sensitif. Silap-silap makin banyak jerawat aku pakai benda ni. Haih.. 'Sunblock' macam mana agaknya yang kena dengan kulit aku. Dan, dan.. yang boleh pakai dengan cepat. Kalau boleh aku malas gila nak pakai benda tu. Tapi.. Ah.. Habislah muka aku hitam balik. Dah lebih lima bulan aku kekalkan warna kulit aku. Tiba-tiba, dalam masa sehari saja boleh musnahkan semua ni? Oh, sabar sajalah..

Okey, okey.. Semangat balik. Biarlah hitam kan. Bak kata Pak Kumbang, eh.. Hehe.. Buat ni untuk negara. Aku teruja nak pergi ni. Hehe..



0 komentar: