Thursday, May 27, 2010

KMKm atau SKM??


Semalam.. Aku buka internet. Seperti biasa aku akan menjelajah Facebook dulu tanpa memikirkan benda lain. Tak lain tak bukan pergi situ bersembang dan buang masa. Lepas tu, melilau tengok komen-komen orang. Hehe.. Tapi, bagus jugalah aku menyibuk ni. Aku dapat tau banyak benda. Terutamanya mengenai benda-benda yang aku biasanya lambat tau. Uhuk.. Biasalah orang macam aku kan.. Malas tengok berita. Malas baca suratkhabar. Kadang-kadang buatlah juga. Baiklah juga seposen. Hohoh..

Dan daripada Facebook jugalah aku tahu yang keputusan penempatan calon ke matrikulasi bagi pengambilan kedua dah keluar. Tapi, aku ni macam biasalah tak berapa 'excited' sangat. Huhu.. Tak berubah lagi rupanya aku ni. Haih.. Lepas 'offline' Facebook, aku terus ke Blogger pula. Sengaja lambat-lambat sikit tengok keputusan matrik. Baca blog orang. Hm..

Agak-agak dalam sejam dua barulah aku habis meng'usha' blog orang. Oh, tak sangka aku baca lambat sampai macam tu. Heh.. Lepas tu, barulah aku semak keputusan matrik..



Program Pengajian : Program Satu Tahun
Kursus : M001-Sains
Nama Kolej : 56 - Kolej Mara Kulim (KMKm)
Tarikh Mendaftar : 25 Mei - 3 Jun 2010



Mula-mula dapat tu rasa teruja nak cerita kat orang. Lepas cakap kat Ibu, aku telefon Ayah. Lepas telefon Ayah, aku berfikir, berfikir dan berfikir. Agak berat juga. Sebenarnya, ada satu perkara yang membuat aku berfikir panjang. Akademi Jarum Berlian. Em.. aku tak pernah cerita kan fasal benda ni?

Aku tak tau nak cerita macam mana tentang Jarum Berlian ni. Tapi ini berkenaan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Aku lebih berminat dalam bidang kemahiran berbanding akademik. Tentang ini, aku berani cakap ramai yang tak setuju dengan pilihan aku. Termasuklah keluarga aku. Tapi bukan Ibu, Ayah dan adik-adik akulah.. Yeah, memang ramai yang akan cakap, "Ruginya dapat matrik tapi tak nak masuk..". Em.. Aku rasa aku lebih tahu apa yang aku inginkan. Biarlah apa orang kata. Ya Allah, moga-moga aku dapat buat keputusan yang tepat kali ini. Tengoklah tiga empat tahun lagi. Satu lagi butik akan wujud kat Kajang ni. Hehe.. Oh, berangan.. Berangan..

Bila pula keputusan penempatan calon PLKN na keluar?? Benda ni agak kacaulah..


0 komentar: