Thursday, May 6, 2010

Asmaradana



Aku minat sangat cerita ni. Bagi aku, cerita ni memang 'best'. Pengakhiran cerita ni memang bagus sebab lain daripada yang lain. Hero dan heroin tak disatukan. Lagi satu, watak utamanya atau heronya berubah daripada baik kepada jahat. Dah lama tinggal sekolah. Lupalah.. watak apa ya? Dinamis?? Hehe.. Cerita ni dah tamat Isnin lalu. Cuma tak ada kesempatan nak 'post' kat blog ni..

Shaheizy Sam. Aku memang minat dengan lakonan dia. Semua watak yang dipegang menjadi. Dia pandai buat mimik muka. Tengok dia menangis dalam cerita ni, aku pun rasa nak menangis. Eh, bukan rasa tapi memang menangis pun. Haha.. Dalam drama kali ni dia memegang watak sebagai Amran yang amat mencintai Azizah. Di akhir cerita, Amran menjadi gila disebabkan tak dapat menerima perkahwinan antara Azizah dengan orang lain.

Tiz Zaqyah memegang watak sebagai Azizah. Pada awal cerita, Azizah memadu kasih dengan Amran. Tetapi cintanya beralih arah setelah berkahwin dengan orang lain. Akhirnya, dia terpaksa membunuh Amran demi mempertahankan keluarganya.


0 komentar: