Monday, April 5, 2010

Avanza? Heh..

Rancangan pagi tadi :
Ambil gambar untuk buat lesen.
Ke Tesco.
Pergi buat lesen.

Dalam pukul 10.00 pagi, Ibu keluarkan kereta dari halaman depan rumahku. Lepas tu, Ibu tekan 'controller' pagar automatik lantas pagar tertutup dengan sendirinya. Tiba-tiba Ibu memandang ke arahku. Ibu berkata "Kak Long bawa kereta ni boleh ke?".

"Entah Ibu. Belum cuba, belum tahu.. Hehe..", dalam hati ni bagai meronta ingin pegang stereng Avanza Ibu. Hehe.. Iyalah, Ayah dah cakap kalau tak siap lesen tak boleh bawa kereta. Hm..

"Kak Long 'try' bawa dulu. Tak apa", kalau dah ditawar begitu siapa yang tak nak. Lagi-lagi bagi orang yang macam aku ni. Dah ada lesen tapi ditahan tak boleh memandu. Huhu..

"Okey. Tapi kena ada bantal. Haha..", aku pun terus masuk ke rumah kembali untuk mengambil bantal wangi. Wangi sebab tu bantal kat ruang tamu. Hehe.. Kesimpulannya, aku dah bawa keretalah. Mula-mula memang aku tak yakin sangat nak pandu Avanza yang memang jauh bezanya dengan Kancil yang kecil tu. Dahlah bukan manual. Tapi, kalau aku tak cuba bila lagi aku nak pandai kan..

'Part' yang seronoknya masa nak masuk parking di dalam Tesco. Hehe.. Disebabkan aku tak boleh nak agak berapa panjang Avanza tu, aku dengan slamber telah menyondol kereta di dalam petak parking sebelah. Err.. Aku tak sengaja. Aku tak sengaja. Ibu aku buat muka biasa macam tak ada apa yang berlaku. Hm.. Ibu cakap tak ada apa, cuma cat kereta Ibu melekat pada kereta tu. Aku dah cuak. Haih.. berparut Avanza. 'First time' bawa dah macam ni. Heh.. Pelik-peliklah aku ni.. Huhu..

Hari ni, seharian aku pandu Avanza. Banyak kali kena hon dari belakang. Terkejut juga. Nasib baik aku tak terlepas brek kaki. Hm.. Memang biasa agaknya bagi budak macam aku ni. Huhu.. Sampai sahaja di rumah, aku dan Ibu terus pengsan kat ruang tamu. Haha.. Ibu letih tengok aku memandu sebenarnya. Kecut perut katanya. Hehe.. Siapa berani jadi penumpang aku? Haha..

0 komentar: