Monday, March 1, 2010

"1 new message(s)"




" Doa shbt yg dmakbulkan Allah ialah doa seorg shbt wat shbt yg lain tnpa dketahui oleh shbtnye tu.. Insya'Allah.. niat wan baik cuma kate2 je kurg tepat. wpun kte cuma 4wrd msg 2, tp x salahkn kalo kte olah sikit supaya msg 2 lbih manis dbaca n menghasilkn snyuman wat mereka yg mbaca shgga timbul rasa untk 4wrd msg 2 pd kwn lain or mengaminkn kata2 dlm msg td. juz an opinion bukn mbantah 100%.. salah silap hrp dmaafkn.. asif jiddan.. =) "

-mira roslen-




Selalunya aku tak pernah layan pun 'forward messages' ni. Entah kenapa hari tu aku terasa nak hantar pada kawan-kawan yang lain. Mesej apa tak payahlah tahu. Huhu.. Pabila selesai hantar, baru aku teringat yang aku terlupa nak 'edit' sikit mesej tu. Aduh.. mula-mula tu aku tak kisah. Tak apalah kan. Agak-agak dalam masa satu jam lepas tu, aku terima mesej di atas daripada seorang kawan aku. Ya Allah.. Rasa macam ada batu besar menghempap kepala aku ni. Memang terkena batang hidung. Rasa macam nak kemik dah kot.. Huhu..

Lepas aku baca ni, aku memang rasa diri aku ni terlalu.. terlalu.. terlalu kebudak-budakan. Terasa diri ini terlalu kerdil. Walaupun aku ikhlas menghantar mesej tersebut, aku tetap rasa kecewa dengan diri aku. Terima kasih ya Allah kerana Engkau berikan aku sahabat begini, yang dapat menyedarkan aku. Membuka mata hatiku. Aku memang berterima kasih sangat dengan kawan yang macam ni sebab tak takut untuk berterus-terang.

0 komentar: