Thursday, December 17, 2009

KPP

9.00 pagi
Bertolak dari rumah aku di Saujana Impian. Naik kereta Gen2 Abang Nazri. Aku bersama tiga orang lagi iaitu Ira, Hazwani, dan Kak.. apa nama dia aku tak tanya pula. Hehe.. Aku rasa 'excited' sangat. Lamalah juga di dalam kereta. Agaknya adalah dalam setengah jam kot..

10.00 pagi
Pendaftaran peserta di lobi bangunan Metro Driving Academy.Masuk saja dalam bangunan tu aku rasa macam aku kecil sangat. Huhuh.. orang lain semua tinggi-tinggi. Padahal boleh kata semua umur sama saja. Kemudian, kena tunjuk kad pengenalan dan buat pemeriksaan cap jari macam biasa. Lepas tu aku disuruh untuk masuk ke dalam satu bilik khas. Aku tak tahu tu bilik apa. Di dalam tu aku disuruh duduk di depan komputer dan buat ujian. Aku yang tak berperasaan ni terus tekan-tekan apa yang diarahkan di dalam komputer tu. Selepas tu, aku dikehendaki menjawab soalan-soalan yang berkaitan warna. Mula-mula aku pelik juga kenapa dia nak kena tanya soalan yang senang macam tu. Lepas buat tu baru aku terfikir sebabnya. Huhu.. Seterusnya kami semua diarahkan ke Dewan 3 selepas selesai ujian tersebut. Aku dengan muka berlagak tahu bersama Ira melangkah ke dewan tersebut. Malangnya, kami tak tahu jalan yang betul. Sesat. Ada seorang pak cik yang baik hati ni tunjukkan tempat tu. Aku dan Ira gelak sajalah. Nak kata apa? Buat malu saja! Heheh..

10.30 pagi
Sesi pertama dimulakan. Lebih kurang 40 orang hadir pada hari ini. Cikgu tu cakap selalunya dua tiga orang saja sekali satu dewan. Sesi kali ni memang seronok sebab cikgunya pun boleh tahan. Rupa-rupanya Metro Driving Academy di Puchong baru beroperasi selama sebulan. Hm.. Apa yang kami belajar tentulah berkenaan undang-undang jalanraya.

1.30 petang
Rehat. Aku dan Ira solat Zohor. Kemudian kami ke kantinnya meninjau makanan yang ada. Aku tak rasa nak makan. Memang nampak menyelerakan. Tapi.. Uh, tak payah cakaplah. Waktu rehat memang agak menyeksakan. Aku rasa macam nak bentang tilam, letak bantal dan tidur dalam dewan tu. Mengantuk sangat..

2.30 petang
Sesi kedua bermula. Sambungan daripada pelajaran sebelumnya. Tapi, cikgu bertukar. Kali ni lebih seronok sebab cikgunya kelakar. Ada saja yang benda yang membuatkan kami tergelak. Dia cakap sebab takut kami tidur. Jadi, dia buatlah kelas tu agak santai..

5.00 petang
Semua peserta bersurai. Hari Isnin ni insya'Allah aku ambil ujian berkomputer pula.


0 komentar: