Thursday, October 1, 2009

Komik 'Hari-Hari Midori'

Aku baru saja selesai baca komik yang bertajuk "Hari-hari Midori". Seronok sangat baca komik ni. Aku sanggup tunggu jilid yang seterusnya sehingga tamat dan akhirnya aku dapat juga baca sehingga habis dari jilid 1 hingga 8.

Aku tertarik dengan jalan ceritanya yang kelakar dan romantis. Walaupun hanyalah komik dan kartun, ceritanya mampu membuat ramai pembacanya tersentuh. Ceritanya juga ada dalam bentuk CD. Tapi, aku lebih suka memilih komik. Penyampaian dan jalan cerita antara komik dan CD sama walaupun keadaannya lain.

Cerita ini mengisahkan tentang seorang remaja lelaki yang ganas dan bengis. Namanya Sawamura Seiji. Dia sering bergaduh di sekolah dan dia digelar Anjing Gila Sawamura. Walaupun begitu, impiannya hanyalah satu iaitu ingin memiliki teman wanita. Disebabkan sikapnya yang ganas, ramai gadis menolak untuk menjadi teman wanitanya. Suatu hari, ada remaja perempuan tiba-tiba muncul sebagai tangan kanannya. Remaja perempuan tersebut ialah Midori. Midori amat mencintai Seiji tetapi dia tiada keyakinan untuk meluahkan pada Seiji. Perkara ini menyebabkan dia menjadi tangan kanan Seiji. Pelbagai kesulitan yang terpaksa mereka lalui bersama. Cerita ini berakhir dengan kesudahan yang gembira dan mengharukan.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang cerita ni, bacalah sendiri. Aku tak larat nak tulis panjang-panjanglah.. Haha..


0 komentar: