Wednesday, July 22, 2009

Jarang 'online'..

Aku ditahan selama beberapa bulan daripada 'online' internet.Ini semua sebab SPM!!Wargh..SPM!SPM!SPM!!Tak ada sebab lain ke?Emm..Sebenarnya sekarang aku tengah sakit kepala melayan mulut adik-adik aku yang bising tu.Huh..Buat orang 'tension' sajalah!

20 Julai lalu,di sekolah ada majlis penyampaian hadiah untuk Bulan Sains dan Matematik.Aku,Murnirah dan Kausalya telah mendapat johan dalam pertandingan membuat mural Kimia.Sebenarnya mural tu aku dan Murnirah saja yang buat.Sebabnya,Kausalya demam teruk.Jadi tak dapatlah dia buat sekali.Hm..tak apalah Kausalya.Kesihatan lagi penting kan?Lagi susah kalau dia tiba-tiba pengsan di rumah aku pula.Haha..

Hari ini,aku terpaksa buat ujian lisan Bahasa Arab sekali lagi.Hm..Ustzh. Anida cakap,budak-budak yang dapat markah tinggi dan rendah sahaja akan dipanggil.Huh..sah-sah aku tergolong dalam yang markah rendah.Haha!!Sudahlah kena buat di depan pemeriksa yang lain.Haih..gugup dibuatnya.Apa-apa sajalah..Err..tak seronok nak menaiplah sebab tak ada 'mood'..

0 komentar: