Sunday, July 5, 2009

Hari Puteri 2009

Hari Puteri 2009 diadakan pada 4 Julai 2009.Semua wakil unit beruniform Pergerakan Puteri Islam dari setiap sekolah di seluruh daerah Hulu Langat terlibat dalam majlis ini.Majlis ini dijalankan di SMK Abdul Jalil.Pelbagai aktiviti seperti pertandingan marhaban,pertandingan membuat kraftangan,pertandingan membaca doa dan macam-macam aktiviti lain diadakan.Sekolah kami,SMK Saujana Impian diwakili oleh empat orang peserta.Aku,Farah Izzati,Syamimi dan Asma.

Ni kawan lama aku.Dari kiri,aku,Awatif,Diana dan kawan mereka.Mereka comel sangat!

Ni pula Farah Izzati dan Syamimi.Bosan mendengar ucapan.Kami pun apa lagi..'posing' la..Syamimi wakil bagi pertandingan poster dan Farah Izzati pula wakil bagi pertandingan pidato.

Persembahan dikir dari SMK Bandar Rinching.Betul ke aku taip ni??Apa-apa pun,memang 'best' dan suara tukang karutnya memang mantap!

Acara terakhir ialah acara penyampaian hadiah.Memang gamat suasana pada masa tu.Kecoh..Asma telah mendapat Johan dalam pertandingan membaca doa.Sepatutnya Johan setiap pertandingan kena masuk ke peringkat negeri.Tapi,Asma tolak sebab SPM.Sayangnya..

Ini pun kawan lama aku semasa di SKTAAM.Di kiri aku,Amira dan di kanan ialah Adillia.Wah,seronoknya dapat jumpa kalian!!Rindunya!

Aku sebagai wakil bagi pertandingan jahitan sulaman.Huh,sampai nak pengsan aku buat uncang telefon bimbit.'Tension' sebab kebanyakan barang yang aku bawa tak boleh digunakan.Hm..apa-apa sajalah..Agaknya sebab pertama kali aku sertai pertandingan peringkat daerah,fasal itulah aku tak boleh nak tumpukan perhatian sangat.Memang takut sangat.Tak pernah rasa macam ni.Huhu..Sebelum ni pun pernah sertai acara di peringkat daerah tapi secara berkumpulan,ramai pula tu..Apa pun,sekurang-kurangnya aku dapat juga pengalaman..

0 komentar: