Friday, July 24, 2009

Hahha..kasihan..

Heheh..tadi budak-budak kelas aku merancang sesuatu.Agaknya dari semalam benda tu dah dirancang.Lawak pun ada,kasihan pun ada..Hm..begini ceritanya.Hari ni hari jadi ketua kelas kami.Jadi mereka semua dah rancang nak buat 'surprise'.Mula-mula aku pun tak tahu apa kejutannya.Lepas mereka ceritakan semuanya barulah aku tahu.Sebelum balik sibuk budak-budak tu bertanya masa yang sesuai.Penolong ketua kelas kami,Ain kata buat masa balik.Hm..memang teruk Akid kena.Memang kasihan sangat.Aku memang tak dapat tengok macam mana budak-budak tu kenakan Akid,tapi aku cuma dapat tengok rupa dia selepas mereka baling telur dan tepung.Ya Allah,memang terkejut aku tengok.Haha..putih tak nampak rupa dah.Yang kasihannya,semua orang yang ada di depan sekolah pada masa tu dapat menyaksikan kekejaman budak-budak kelas kami.Sampai habis putih motor dia..Ish,ish,ish..kasihan..

Pagi tu ada solat hajat dengan ceramah Isra' dan Mi'raj.Erm..ruginya tak cukup masa.Ceramah tadi 'best'.Tak macam selalu.Aku rasa macam nak dengar lagi cerita ustaz tu berkenaan balasan untuk manusia yang beramal baik dan jahat.Tapi,apa boleh buat..Kalau aku yang bayar tak apalah juga kan?Hehe..

0 komentar: