Friday, July 31, 2009

Cikgu merajuk??

Hm..ni dah kali ke berapalah jadi macam ni.Tahun lepas ada cikgu bengang dengan kelas kami.Tahun ni pun budak-budak lelaki tu buat hal juga.Kasihan betul cikgu.Cikgu Azmiza,kami minta maaf ya!Budak-budak tu memang betullah tak matang.Tak tahu agaknya cikgu marah ke tak.Ish,ish,ish...


Budak-budak perempuan pula semua rasa bersalah.Iyalah,tepuk paha kiri,paha kanan pun terasa kan?Walaupun kami tak buat salah,tapi mereka tu kawan-kawan kami.Jadi,kalau mereka buat salah pada cikgu,kami pun rasa sekali bebannya.Hish..apalah budak-budak lelaki kelas aku.Tak pernah serius pun.Ceria-ceria,main-main pun ada batas juga.Mereka tu tak rasa apa-apa ke?Siap boleh ketawa riang lagi.Hm..apa nak jadi ni??

Friday, July 24, 2009

Hahha..kasihan..

Heheh..tadi budak-budak kelas aku merancang sesuatu.Agaknya dari semalam benda tu dah dirancang.Lawak pun ada,kasihan pun ada..Hm..begini ceritanya.Hari ni hari jadi ketua kelas kami.Jadi mereka semua dah rancang nak buat 'surprise'.Mula-mula aku pun tak tahu apa kejutannya.Lepas mereka ceritakan semuanya barulah aku tahu.Sebelum balik sibuk budak-budak tu bertanya masa yang sesuai.Penolong ketua kelas kami,Ain kata buat masa balik.Hm..memang teruk Akid kena.Memang kasihan sangat.Aku memang tak dapat tengok macam mana budak-budak tu kenakan Akid,tapi aku cuma dapat tengok rupa dia selepas mereka baling telur dan tepung.Ya Allah,memang terkejut aku tengok.Haha..putih tak nampak rupa dah.Yang kasihannya,semua orang yang ada di depan sekolah pada masa tu dapat menyaksikan kekejaman budak-budak kelas kami.Sampai habis putih motor dia..Ish,ish,ish..kasihan..

Pagi tu ada solat hajat dengan ceramah Isra' dan Mi'raj.Erm..ruginya tak cukup masa.Ceramah tadi 'best'.Tak macam selalu.Aku rasa macam nak dengar lagi cerita ustaz tu berkenaan balasan untuk manusia yang beramal baik dan jahat.Tapi,apa boleh buat..Kalau aku yang bayar tak apalah juga kan?Hehe..

Wednesday, July 22, 2009

Jarang 'online'..

Aku ditahan selama beberapa bulan daripada 'online' internet.Ini semua sebab SPM!!Wargh..SPM!SPM!SPM!!Tak ada sebab lain ke?Emm..Sebenarnya sekarang aku tengah sakit kepala melayan mulut adik-adik aku yang bising tu.Huh..Buat orang 'tension' sajalah!

20 Julai lalu,di sekolah ada majlis penyampaian hadiah untuk Bulan Sains dan Matematik.Aku,Murnirah dan Kausalya telah mendapat johan dalam pertandingan membuat mural Kimia.Sebenarnya mural tu aku dan Murnirah saja yang buat.Sebabnya,Kausalya demam teruk.Jadi tak dapatlah dia buat sekali.Hm..tak apalah Kausalya.Kesihatan lagi penting kan?Lagi susah kalau dia tiba-tiba pengsan di rumah aku pula.Haha..

Hari ini,aku terpaksa buat ujian lisan Bahasa Arab sekali lagi.Hm..Ustzh. Anida cakap,budak-budak yang dapat markah tinggi dan rendah sahaja akan dipanggil.Huh..sah-sah aku tergolong dalam yang markah rendah.Haha!!Sudahlah kena buat di depan pemeriksa yang lain.Haih..gugup dibuatnya.Apa-apa sajalah..Err..tak seronok nak menaiplah sebab tak ada 'mood'..

Wednesday, July 15, 2009

Beautiful Girl - Jose Mary Chan

Beautiful girl, wherever you are
I knew when I saw you, you had opened the
door
I knew that I'd love again after a long, long while
I'd
love again.
You said "hello" and I turned to go
But something in your eyes left my heart beating so
I just knew that I'd
love again after a long, long while
I'd love again.

Refrain : It was destiny's
game
For when love finally came on
I rushed in line only to find
That you were gone.

Whenever you are, I fear that I might
Have lost you forever like a
song in the night
Now that I've loved again after a long, long while
I've loved again.

*Repeat Refrain

Beautiful girl, I'll search on for you
'Til all of your loveliness in my arms come true
You've made me love again after a long, long while
In love again
And I'm glad that it's you
Hmm, beautiful girl

Sunday, July 5, 2009

Hari Puteri 2009

Hari Puteri 2009 diadakan pada 4 Julai 2009.Semua wakil unit beruniform Pergerakan Puteri Islam dari setiap sekolah di seluruh daerah Hulu Langat terlibat dalam majlis ini.Majlis ini dijalankan di SMK Abdul Jalil.Pelbagai aktiviti seperti pertandingan marhaban,pertandingan membuat kraftangan,pertandingan membaca doa dan macam-macam aktiviti lain diadakan.Sekolah kami,SMK Saujana Impian diwakili oleh empat orang peserta.Aku,Farah Izzati,Syamimi dan Asma.

Ni kawan lama aku.Dari kiri,aku,Awatif,Diana dan kawan mereka.Mereka comel sangat!

Ni pula Farah Izzati dan Syamimi.Bosan mendengar ucapan.Kami pun apa lagi..'posing' la..Syamimi wakil bagi pertandingan poster dan Farah Izzati pula wakil bagi pertandingan pidato.

Persembahan dikir dari SMK Bandar Rinching.Betul ke aku taip ni??Apa-apa pun,memang 'best' dan suara tukang karutnya memang mantap!

Acara terakhir ialah acara penyampaian hadiah.Memang gamat suasana pada masa tu.Kecoh..Asma telah mendapat Johan dalam pertandingan membaca doa.Sepatutnya Johan setiap pertandingan kena masuk ke peringkat negeri.Tapi,Asma tolak sebab SPM.Sayangnya..

Ini pun kawan lama aku semasa di SKTAAM.Di kiri aku,Amira dan di kanan ialah Adillia.Wah,seronoknya dapat jumpa kalian!!Rindunya!

Aku sebagai wakil bagi pertandingan jahitan sulaman.Huh,sampai nak pengsan aku buat uncang telefon bimbit.'Tension' sebab kebanyakan barang yang aku bawa tak boleh digunakan.Hm..apa-apa sajalah..Agaknya sebab pertama kali aku sertai pertandingan peringkat daerah,fasal itulah aku tak boleh nak tumpukan perhatian sangat.Memang takut sangat.Tak pernah rasa macam ni.Huhu..Sebelum ni pun pernah sertai acara di peringkat daerah tapi secara berkumpulan,ramai pula tu..Apa pun,sekurang-kurangnya aku dapat juga pengalaman..

Friday, July 3, 2009

Apa yang seronok??

A'ah baru saja 'call' aku.Heheh..Rindu pula dia.Hm..Dia tanya fasal kelayakan ke PLKN.Aku cakap sajalah aku dapat.Dia beriya-iya sangat gelakkan aku.Dia tak dapat.Fasal tulah seronok sangat!!Dia beriya-iya tak nak sampai buat solat hajat.Haish..sampai macam tu sekali??Tapi, aku tak rasa macam ditertawakan pun.Hahaha...Bagi aku,'best' juga dapat PLKN ni kan?Yelah,aku baru sekali dapat pergi kem macam tu.Itu pun dua hari saja.Tak puaslah..Hm..macam manalah agaknya keadaan di sana ya?Biarlah dulu..Fikirkan SPM..Aku dah tak sabar nak ambil SPM.Haha..Yakin nampak??Dahlah 'result' teruk.Ada hati nak ambil SPM.Hehe..


Oh ya!Tadi ada program Temu Mesra di sekolah.Wargh,bosannya!Siap kerja sekolah aku dekat situ.Huhu..Tapi,yang tak sukanya tak ramai yang datang.Yang datang pun balik awal,sebelum rehat.Aku pula kenalah tunggu sampai pukul 11.30 pagi baru ibu sampai.Nasib baiklah ada kawan aku di kelas sebelah yang tak balik.Boleh 'tumpang sekaki'.Ngeheheh..Em..keputusan aku teruk sangat!!Aku dapat 4A2G..Hehe..2A saja..4A tu sebab campur dengan markah PJK dan Sivik..Yang aku suka..Fizik aku dah lulus!!Walaupun cukup-cukup makan..Tak apalah,bukan senang nak lulus Fizik.Dan macam biasa,aku gagal Matematik Tambahan dan Kimia..Huhu..Sedihnya..Bilalah aku nak pandai macam orang lain??Ya Allah,kuatkanlah hatiku untuk terus berusaha sehingga berjaya..Janganlah hidupkan rasa putus asa dalam diri ini..Berilah yang apa yang terbaik bagiMu..Aku tahu aku sebagai manusia hanya mampu merancang dan mengusahakannya,dan hanya Kau saja yang dapat menentukan segalanya..Namun,aku minta kepadaMu agar berilah peluang untuk aku membuat ibu dan ayah gembira...

Thursday, July 2, 2009

2 Julai 2009

Hari ni hari jadi aku yang ke-17.Haha..Dah 17 tahun aku ya!Tadi satu kelas nyanyi untuk aku.Huhu..Malunya!!Apa-apa pun terima kasih semua ya!!Aku tak akan lupakan kamu semua..Yeah, 5 Wibawa memang 'the best'..


Hm..Semalam kecoh fasal Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)..Satu kelas aku teruja nak tahu sama ada mereka dapat pergi atau tidak.Aku sajalah agaknya yang tak kisah sangat fasal tu.Bagi aku, dapat tak apa..tak dapat lagilah tak apa.Haha..Petang tu aku 'check' di internet.Manalah tahu dapat kan?Hehe..Selesai tulis nombor kad pengenalan, aku tunggu..Tunggu punya tunggu, dia kata..'Tahniah dan semoga maju jaya..' dan entah apa-apa lagi dia tulisnya.Huhu..Aku dapatlah!Tapi perasaan aku tak tersentuh pun.Tak rasa apa-apa,cuma macam biasa saja.Terkejut pun tak.Apalah aku ni..Orang lain semua 'excited', ada yang terketar-ketar pun..Haha..Aku pula macam tak ada perasaan..