Sunday, June 21, 2009

Pulau Langkawi..

Kami ke Langkawi pada 14 Jun 2009.Maksudnya semasa orang lain tengah sibuk memulakan hari persekolahan.Nak buat macam mana..Dah itu saja hari yang ada.20 Jun ayah dah nak balik Riyadh semula..

Baru tiba di bumi Langkawi.

Inilah tempat pertama yang kami pergi.Beras Terbakar ya??Iyalah kot..Huhu..

Selepas itu,kami membeli-belah berhampiran Beras Terbakar.Murah-murah..


Kemudian,kami ke Underwater World.Awal-awal masuk dah nampak ikan besar.Di situ memang banyak ikan yang pelik-pelik.Piranha pun ada.Aku paling suka penguin.Comel..

Yang ini 'printed hand' kami berempat.Diperbuat daripada lilin.'Peace' tu Abang Cik punya.'Colourful' tu aku.Oren Angah dan yang akhir adik.

Selepas tu,barulah kami ke hotel selepas penat berjalan.

Berehat di pantai di kawasan hotel sebentar sebelum bertolak ke tempat-tempat yang lebih menarik dan seronok.




Di Langkawi Geopark,kami ingin menaiki kereta kabel.Malangnya tempat kereta kabel tutup.Dua hari.Memang tak ada rezeki.Hm..Tapi,kami dapat pergi ke taman tempat pemeliharaan haiwan seperti arnab dan rusa.Seronok..


Pasir Hitam.Di sini tiada apa yang menarik sangat.Cuma pemandangannya lain daripada yang lain.Iyalah..Pasir pun dah hitam,mestilah nampak lain.

Bagi aku,ni paling seronok sebab banyak aktiviti selain dapat menikmati pemandangan yang sangat mengagumkan.Memang aku terharu kerana dapat menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Kuasa ini.Bersyukur sangat.Ya Allah,aku terpegun sangat.Tak terkata.Memang menyentuh hati aku..serius!Aktiviti yang kami buat sepanjang perjalanan menaiki bot termasuklah pergi ke kawasan helang.Memang banyak helang di situ.Tapi,abang yang bawa bot tu cakap,itu baru sikit.Aku tak dapat bayangkan macam mana yang dia kata banyak sebab yang aku tengok tu pun dah cukup banyak.

Lepas tu,kami ke kawasan rumah atas air.Di situ kami dapat tengok macam-macam ikan pelik termasuklah pari.Pari tu memang sangat jinak.Kalau kita kocakkan permukaan air,pari tu akan timbul minta diusap dan dimanjakan.Seronok sangat..

Akhir sekali,kami pulang ke daratan melalui kawasan laut.Abang yang bawa bot tu memang 'sporting' la..Dia bawa kami ke tengah-tengah laut.Sebenarnya pihak bot tu tak benarkan melintasi kawasan laut.Bahaya.Haha..Kebetulan pada masa tu ombak agak kuat.Huh..mencabar jugalah.Tapi,aku suka!Ada sekali tu bot hampir-hampir terbalik disebabkan abang tu tersilap langkah.Hoho..Nasib baik dia dah 'pro' bawa bot.Kalau tidak memang dah tenggelam semua dalam laut.Huhu..

Malam itu,kami makan di satu restoran.Layanannya memang cukup ekslusif.Huh..Bayangkan di tempat parkir kereta ada orang yang jaga di belakang setiap kereta.Hm..mulanya aku pelik juga tempat ni.Layanan macam di hotel.Hm..sekali tengok menu semua telan air liur.Huh..mahal gila!Pertama kali makan macam ni.Haish..Nampak kan gambar 'lobster' di atas?Tahu tak..Harganya memang tak pernah aku bayangkan.RM250.Huh..dahsyat.Boleh pengsan..Rasanya ni kali pertama dan terakhir makan di situ.Haha..

Ini aktiviti terakhir kami selama tiga hari dua malam kami di Langkawi.Berenang di pantai dan berkayak.Tunggang terbalik aku berkayak bersama Abang Cik.Huhu..

Akhir sekali,memang 'best' Langkawi ni.Tak rugi kalau pergi.Haha..'Promote'..'promote'..Tapi,aku bukan orang yang suka nak promosi-promosi ni.Cuma aku nak cakap memang seronoklah di sana.Tak terkata..Huhu..Kalaulah aku dapat pergi waktu cuti sekolah,lagi seronok kan??Tak payah fikir fasal sekolah di sana..


0 komentar: