Sunday, June 21, 2009

Cuti pertengahan tahun..

Banyak sangat cerita yang aku tak taip.Cuti ni banyak benda yang berlaku di kampung aku.Letih jugalah.Tak sempat nak buat pakej kerja rumah aku.Huhu..Sesak..Sesak..Nak mula dari mana eh?Mula dari mula la..Haha..Benci sebenarnya nak 'upload' banyak-banyak foto ni.Tapi tak apalah.Demi kenangan..

Ni sekadar hiasan..

Ni saudara aku nikah pada 29 Mei.Sebenarnya di situ ada dua orang yang akan dinikahkan.Nak cakap yang baju putih,dua-dua pun baju putih.Hm..saudara aku yang kanan tu tau.Kalau nak kenal boleh,tapi dengan tok kadi tu sajalah ye..

Hari esoknya.Bersanding.Selamat Pengantin Baru ya!!Untuk Abang Piyi' dan Kak As.

Gambar kahwin tu diambil di Perlis.Sebelum kami ke majlis tersebut,ber'shopping' sakan..He..Selepas itu,kami semua berangkat pulang terus ke Terengganu.Penat tu tak payah ceritalah.Bayangkan kami semua terpaksa menempuh perjalanan selama hampir 12 jam dari Perlis ke Terengganu.Fuh..

Nak cerita sikit.Masa tu,dalam 4.30 pagi,kami berhenti di sebuah warung.Orang Thailand agaknya.Hm..kami semua dengan ada yang mamai,terpisat-pisat lagi,'order'lah makan minum.Nak dijadikan 'hot' cerita ni,kami semua jadi nak mengamuklah kalau boleh.Ada ke patut masa memasak kakak tu boleh 'sms'.Tersengih-sengih pula tu.Cepat tak apalah.Ni lambat tahap gila.Siapa tak hangin.Huh..Dah tu,menu berterabur dia hantar.Heheh..satu ayat dari mulut Abang Faizal aku tak boleh lupa.."Eh,ada lori gula terbalik ke kat sini?".Tahu kenapa?Dia masak uish..manis gila!!Haha..padan muka.Dahlah sombong,tak minta maaf pun.Nak juling mata jeling pada kami ni.Hish..Apa da..Teruk betul.Kata ibu,"Kita dah salah tempat la..".Hm..Nak buat macam mana kan??Nasib..nasib..

31 Mei pula sambut hari jadi sepupu aku ni,Wan Afina Batrisya.Si 'Birthday Girl' ni sebenarnya lahir pada 29 Mei.Huhu..Terlajak kot..Kata ayahnya,Pok Ba "Saja nak bagi ramai..".Masa ni aku agak 'tension' sebab gambar yang aku tangkap tak 'clear'.Buruk!

Ni 'cupcakes' yang Cik Na buat.Hadiah untuk Afina.'Cute' kan??

Ni pula Kak Wani dan Abang Wadi.Haha..Nama mereka sesuai kan??Kak Wani tu adik kepada Abang Piyi'.Aku tak tahu nak eja nam dia macam mana.Pandai-pandailah sebut ya..

Wah,nampak berseri-seri saja!Semoga berkekalan hingga ke anak cucu cicit ye..



Gambar pertama tu,nak tunggu ibu dan ayah tiba dari KL.Ayah pula dari Riyadh sebenarnya.Rindunya..Gambar di bawah,setibanya ibu dan ayah.

Hiasan kot..Ni sebenarnya baju Kak Syeeri.Aku buat manik tu dengan ibu.Ok tak??

Tak lupa juga.Cu Ja dan tunang adiknya.Kami ke majlis ini walaupun tak kenal.Hehehe..



Makan..makan..Ahli keluarga berkumpul.Gambar atas,besan bertemu besan.Dua orang sebelah kiri nenek-nenekku dan kanan pula Pok Su Ba.Gambar tengah,Ayah (kiri) dan Aboh.Gambar bawah aku la..dan Angah.

0 komentar: